Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, July 29, 2009

sesuci kasih seorang isteri 22

Siti menyambut kemunculanku dengan pandangan ceria. Aku pula yang terasa pelik semacam. Ada lagikah berita gembira untuk aku seawal-awal pagi begini selain daripada mendengar Asha menyebut ‘ma’ di depanku tadi?
“Assalamualaikum, tuan.”
“Waalaikumsalam. Tolong buatkan saya satu surat untuk jemput board meeting next monday.”
“Ya, tuan.”
Aku terus memulas tombol pintu tetapi akhirnya berpaling semula kepada Siti apabila terperasan sesuatu.
“Kamu tak kunci ke pintu ni semalam?.” Setahu aku, tak pernah sekali pun Siti lupa untuk mengunci pintu bilik ini saban kali mahu keluar meninggalkan ruang pejabat. Apatah lagi semasa aku ke Kuantan dua hari lepas.
“Err…”
“Kenapa ni, Siti?.”
Siti menggaru kepalanya yang berbalut tudung. Ada sesiapa memecah masuk ke?
Tanpa sabar, aku meneruskan membuka pintu dan akhirnya mengeluh lega bila menyedari kelibat Radzin yang ada di dalam pejabat. Walaupun sesuatu terdetak di hati, namun aku masih terasa lega yang amat. Lebih baik daripada terpaksa menatap muka Sofea pula pagi-pagi begini.
“Hei, awalnya kau dah ada kat office aku ni? Ada apa-apa ke?.”
“Eh, apa-apa apa pula. orang nak jenguk dia.”
“Nak jenguk aku? Duduk office aku sebelum aku sampai, kata nak jenguk aku? Kau ni biar betul. Ke nak jenguk….”
Sengaja aku menaikkan kening. Melirik ke pintu. Siti dengan muka cerianya. Radzin dengan kunjungan tiba-tibanya. Semacam ada sesuatu antara mereka.
“Apa pula kau ni?.”
“Ek eleh…kalau dah berkenan tu, cakap aje lah. Mana tahu aku boleh arrangekan date korang. Half day untuk Siti mungkin. Whatever you want, buddy.”
Radzin buat muka selamba. Diletakkannya surat khabar ke atas meja dan terus meneliti telefon bimbit.
Menyedari yang gurauanku seakan tidak mengena masanya, akhirnya terlepas pula satu keluhan dari mulutku. Dan ini berjaya menarik pandangan Radzin kembali tepat kepadaku.
“What’s wrong?.” Soalnya pula agak prihatin. Telefon bimbit Black Shine disimpan di dalam saku kot.
“Tak ada apalah. Benda biasa.”
Radzin mengerutkan dahi. “Aku tak tahu benda biasa apa yang kau fikir sampai mengeluh macam tadi, Zik.”
Aku ketawa cuma. Mana mungkin berita ini aku sampaikan kepada orang lain? Sedangkan papa dan mama pun tak tahu, takkanlah aku nak buka mulut dengan Radzin? Kawan baik aku dari sekolah menengah ni?
“Kalau ada problem tu, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong. Kalau tak tolong settle, tolong dengar pun kira okeylah kan?.”
“Huh, kalau setakat tolong dengar, baik aku cakap dengan baby aku kat rumah tu aje.”
“Eleh, orang offer baik-baik…”
“Ish, thanks ajelah. Aku malaslah nak kongsi-kongsi problem ni. Macam perempuan. Nak mengadu sana-sini.” Selamba aku membalas sambil menghidupkan komputer. Nampaknya dah lebih dari menjenguk si Radzin ni.
“Macam perempuan?.”
“Iyelah. Kalau perempuan, asal ada problem aje mesti nak cari kawan. Nak mengadu. Cerita semua benda.”
“Alishah macam tu ke? Dia mengadu kat siapa?.” Soalnya pula.
“Opss…excluding my wife. Dia takkan cerita apa-apa pada sesiapa.” Belaku tegas.
Betullah. Alishah nak bercerita pada siapa? Nak bercerita tentang apa? Dia yang aku kenal bukan jenis perempuan yang suka menabur cerita. Sedangkan dengan aku sendiri pun dia tak pernah bercerita tentang sesiapa. Melainkan sedikit cerita mengenai arwah ayah dan umi.
“Untung betul kau dapat Alishah tu, Zik.” Radzin meraup muka. “Kau tau tak, aku sebenarnya jealous dengan nasib kau.”
“What?.” Pandanganku serta merta mengecil. Komputer aku tolak ke sisi.
“Iyelah. Kau dengan dia elok aje.”
Oh… “Alhamdulillah. We work hard to make it real okay.”
“Tak macam aku ni hah. Ada bini tak nak beranak. Sekarang dah cerai, anak pula tak suka tinggal dengan aku.”
“Hah? Ilyas tak nak tinggal dengan kau? Apahal?.” Sejak bila pula ya Radzin berdepan masalah anak ni?
Dia ketawa. Pandangannya dihalakan ke dinding. Bergerak ke kiri, ke kanan. Bola matanya menunjukkan dia sememangnya tidak tenang sekarang.
“Dia kata papa dia ni tak pandai masak. Tak pandai nak bacakan dia buku cerita. Tak teman dia melukis dan main remote control car.”
Kali ini, tanpa berfikir-fikir aku meletuskan tawa di luar sedar sehinggalah Radzin menunjukkan reaksi sakit hati dengan responku. Rasa lucu mengisi seluruh ruang dalam bilikku namun akhirnya aku cuba bertahan untuk mempamerkan wajah serius.
“Alah, come on lah. Budak-budak memanglah macam tu. Dia tahu dia aje. Mana nak fikir perasaan kita. Relax ajelah.”
“Cakap senanglah.” Radzin mengeluh tak puas hati.
“Memanglah senang. Aku buka mulut aje.”


Belum sempat aku keluar dari kereta, telefonku bergegar minta perhatian. Penat mencengkam diri tapi aku tetap mencapainya.
“Angah.” Argh…along!!
Dalam malas, aku mengucap salam. Pintu rumah yang terbuka lebih menarik perhatian. Alishah dan Asha. Melambai-lambai padaku dengan senyuman ceria.
“Aku nak ingatkan aje. Tolong buat apa yang kau kena buat.”
“Apa yang saya dapat selain daripada Alishah dan Asha?.”
“Eh, aku abang kau. Kalau bukan kau tolong aku, siapa lagi, ngah? Kita dua beradik aje dalam dunia ni.” Dia berkeras, aku semakin lemah. Lemah dengan semua ujian yang datang bertimpa-timpa ini.
Alishah di muka pintu bergerak keluar. Mungkin baru perasan yang aku sedang bercakap di telefon, dia akhirnya bermain-main dengan puteri kecil kami. Jari telunjuknya dihalakan ke arah pokok bunga orkid sambil bercakap sesuatu pada Asha.
“Angah, aku betul-betul harap ini kali terakhir aku kena tebalkan muka minta tolong dengan kau.” Suara kesal Along kedengaran. Aku mengeluh malas. Kita hanya mampu merancang sedangkan Allah s.w.t jualah yang menentukan semuanya.
“Sudahlah, long. Saya malas nak fikir pasal benda yang belum jadi ni.”
“Aku minta maaf.”
“Tak ada guna pun nak minta maaf. Hidup saya ni pun dah tak tentu arah sekarang. Semua benda dah kacau.” Putus asa? Ya, mungkin.
“Angah..”
Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu kereta. Menarik kunci dan mencapai briefcase di tempat duduk belakang.
“Okeylah, long. Saya nak masuk rumah ni. Bagilah saya peluang rasa happy kejap dengan Alishah dan Asha.”
“Angah, aku..”
Tanpa salam, aku segera memutuskan talian dan mendapatkan kedua orang puteri penyeri hidupku. Tubuh Alishah ku peluk sebelum mengucup seluruh wajah Asha. Mengekeh dia ketawa.
“Happy nya anak papa.” Pipinya yang gebu ku kucup sekali. Lekas saja tangannya menggagau minta diambil.
“Mestilah happy kalau jumpa papa, kan sayang?.” Alishah pula mengucup pipi anak kami. Bertambah lebar senyuman Asha dengan mata yang tertutup-tutup.
“Jom masuk, both of you. Kita minum petang.”
“Hmm…how about having hi-tea over here? Kat beranda ni angin dia fresher. Anak papa setuju tak?.”
Bagai mengerti, Asha menganggukkan kepala. Rambut ikalnya terjuntai-juntai ke dahi. Semakin comel dia di mataku. Dengan matanya yang galak, bibir yang merah macam ceri, hidung yang kecil walaupun tidak mancung…dia bagai bidadari padaku.
Alishah tertawa kecil dengan telatah anaknya. Sebelum dia bergerak ke dapur, sempat lagi dia mendaratkan sebuah ciuman untuk aku dan Asha.
“Anak papa ni makin cantiklah. Tapi promise dengan papa, jangan kalahkan mama tau. Papa nak mama aje yang paling cantik. Anak papa kedua cantik.” Usikku pada Asha. Anak kecil kami ini tetap mengekeh ketawa. Entah mengerti entah tidak.

Thursday, July 23, 2009

siapa yang salah?10

Terbatuk-batuk aku kat kerusi. Wahh…ajaklah aku, handsome..aku ok punyalah…biar mak ngah nak mengamuk pun aku mesti keluar.
“Betul nak belanja?.” Oh, Izzah..syukurlah adik aku sorang ni pandai…
Doktor handsome terangguk-angguk. Cik Sha tersengguk-sengguk. Tak terucap betapa gembiranya aku hari ini…oh…Alhamdulillah.
“Kita inject ya?.”
“Promise belanja makan ais krim.”
Dr.handsome angguk kepala berkali-kali. Dan aku tiba-tiba menegakkan badan dengan wajah paling manisnya memeluk Izzah, meredakan ketakutannya sedikit dan ambil hati si handsome banyak.
Mungkin kerana Izzah tak takut jadi proses menyuntiknya cuma mengambil masa paling singkat pernah aku rasa. Sampel darahnya diambil dan diserahkan pada nurse di bilik sebelah.
“Okey, adik boleh tunggu kat luar. Nanti ambil ubat erk?.”
“Thanks, doc.”




Hari ini, cepat sangat aku menyiapkan semua kerja. Lepas memasak makan tengah hari aku terus ke sekolah mengambil dua orang yang berkepala batu. Kepala batu pun kepala batulah…aku tak kisah.
Kain dah angkat, siap lipat dan iron lagi. Makin tak sabar aku dibuatnya. Setengah jam lagi jam lima. Doktor handsome cakap, petang ni dia nak belanja aku dan Izzah makan ais krim so I’m waiting, dear.
Argh, terasa gatalnya aku sejak kenal dengan si mamat handsome ni. Tapi nak buat macam mana kan? I can’t control my feeling…love is a miracle, if you don’t know that…
“Sha?.”
“Eh, awak? Dah sampai?.” Alamak, kantoi betul Fahmi nampak aku duduk buaian macam sekarang. Nampak macam aku tunggu dia pula.
“Happy to see you here. Tunggu abang ke?.”
Gulp…
“Err..”
“Perasanlah, abang oi…kak sha tunggu doktor handsome jemput kitoranglah. Tunggu abang buat apa?.”
“Izzah!!.” Ish, pecah rahsia betul budak ni…
Fahmi kaku tengok aku. Seolah-olah nak bertanya dakwaan adiknya tadi. Nak tak nak akhirnya aku anggukkan kepala. Nak kelentong pun mulut celupar adik dia dah pecahkan rahsia.
“Doktor handsome mana?.”
“Err..tak..bu..bukan doktor handsome..”
Dahinya berkerut lagi. “Doktor biasa aje. Dia yang rawat izzah tadi.”
“Tak handsome lah?.” Adoi, naifnya soalan…
“Err..handsome bagi saya..err..” Jujur…memang bagi aku dia handsome sangat-sangat..kalau tak, aku tak fall in love lah..
“Bagi izzah pun dia handsome.”
“Lebih handsome dari abang?.”
Izzah angguk cepat sebelum sempat aku mengangkat bahu. Sorry…that the truth is, he is more more more and more handsome than you…well, what else can I do? I really can’t help that I love him…

Tuesday, July 21, 2009

sesuci kasih seorang isteri 21

Hari isnin aku bekerja, sumpah aku tak senang hati. Berbakul zikir ku baca tapi mungkin fikiranku sendiri yang menidakkan ketenangan itu.
Begitu lama aku menunggu telefonku berbunyi tapi sekali pun tiada. Takkan lelaki tua tu dah lupa pula?
Akhirnya aku mengangkat gagang mendail nombor sofea sendiri.
“Mana ayah sofea ni? Tak call pun?.”
“Ayah janji nak call abang hari ni tapi mungkin dia busy. Hold on, saya call ayah kejap.”
“Okey.”
Menunggu seminit dua sambil menggigit jari. Terasa bodohnya aku sejak kebelakangan ini. Along yang membuat aku menderita, sofea yang menyeksaku dalam diam, alishah yang ku permainkan kedudukannya.
“Abang?.”
“So?.”
“Ayah ada kat airport sekarang. Nak balik turki. Ayah cakap abang dah tahu apa benda yang dia nak cakap? Betulkah?.” Perlahan benar suaranya.
“How do I know, sofea?.”
“Maaf. Nanti saya call ayah lagi. Biar dia cakap betul-betul dengan abang.”
Tiada salam, aku meletak gagang, dengan kasar tentunya. Sesaat kemudian, along pula menggegarkan telefon bimbitku.
“Ngah, kau ingat tak apa aku cakap hari tu?.”
“Cakap apa? Pasal sofea?.”
“Kau kena sentuh dia malam sabtu ni. Kalau kamu dah bersama, dia akan lepaskan Irman. Bagi passport kami dan kami akan balik Malaysia secepat mungkin. Please, ngah. Kau ajelah yang boleh lepaskan kami.”
Bisu aku dibuatnya. Senangkan mengaturkan orang begitu? Detail hari dan waktunya bila aku perlu merasmikan isteri keduaku.
Bodoh!!!!!
Ya Allah!!!!!!



Ralit aku merenung Alishah yang sedang bersiap di hadapan cermin. Menyapu sedikit bedak ke muka dan mengenakan lapisan nipis gincu warna natural sebelum mengenakan tudung.
“Abang?.”
“Hah?.”
Senyum dia melihat aku masih lagi berbaring lengkap berseluar panjang tapi belum memakai baju sedangkan setengah jam lagi kami mesti sampai ke rumah mama. Mengiring mereka ke lapangan terbang.
“Nak Isha tolong pakaikan baju atau nak Isha siapkan baby dulu?.” Rambutku diusap-usap. Jemari runcingnya lembut benar.
“Mak Mah dah siapkan baby kot?.”
“Taklah. Mak Mah dah kena jemput lagi awal oleh pak long tadi. Nak tolong-tolong mama kat rumah.”
“Bila masa? Abang tak tahu pun.”
Sekali lagi senyumannya melebar. “Waktu abang pergi isi minyak kereta tadi. Isha lupa nak cakap.”
Aduh, aku boleh tak perasan?
“Hmm..kalau macam tu, sayang siapkan baby dulu. Abang siap sendiri.”
Pipinya yang mulus aku kucup sebelum dia mengenyit mata nakal.
“Thanks.”
“For what?.”
“Thanks for the kiss.”
Aik, bukankah ciuman begitu memang selalu aku berikan pada dia? Kenapa nak say thanks pula? ada apa-apa lagikah yang aku tak perasan?
“You didn’t give me any kiss since yesterday. Now you had kissed me, it really makes my day. Thanks again.”
Bisu. Sekali lagi aku terbisu di atas katil dengan mata terkebil-kebil. Iyakah?????



Malam khamis. Kami berempat ke rumah mama di Bukit Antarabangsa, meramaikan majlis doa selamat untuk papa dan mama yang sudah selamat mengerjakan umrah. Aku kepenatan baru pulang dari Kuantan bertemu client tapi tiada pilihan. Kalau bukan aku, siapa lagi?
Tumpuanku makin hilang pada semua perkara hinggakan saat pak imam dari masjid meminta aku mengetuai bacaan doa, aku terkapar dengan mata buntang. Satu doa pun tak terlintas dalam otak.
“Zikri?.”
Pak long memandangku hairan. Selama ini aku boleh mengendalikan solat jemaah siap dengan doanya sekali tapi malam ini aku betul-betul hilang punca.
“Ammar Zikri?.”
“Saya minta maaf, semua. Saya sakit kepala. Silakan pak imam saja yang bacakan doanya. Lebih berkah. Insyaallah.”
Pak imam terangguk-angguk. Tebal mukaku. Bapa orang tapi tak reti membaca doa selamat? Mungkin itulah yang terlintas di benak mereka.
Hingga waktunya menjamu selera, aku betul-betul tak berdaya lagi. Rasanya mahu saja aku naik ke bilik dan menutup mata. Sepuluh patah orang bertanya, satu dua saja jawapanku. Nak tidur, tak elok pula. walaupun ada pak long, tetap tak sama.
“Abang nak makan sekarang?.”
“Tak seleralah, sayang. Sayang makanlah dulu.”
“It’s okay. Kalau abang nak makan, cakap aje kat isha. Biar isha sediakan. Isha nak makan dengan abang.” Asha di dalam pelukannya mengekeh ketawa bila hidungnya yang comel itu ku cuit.
“Kalau abang tak makan?.”
“Isteri abang pun tak nak makan jugaklah.”
“Kenapa pula, sayang?.”
“Rindu sangat nak makan dengan abang. Dah satu hari semalam kita tak makan sama.”
Ya, sehari semalam. Aku ke kuantan hari rabu pagi. Hari ini sudah khamis. Maknanya hanya tinggal sehari semalam sebelum hari itu. Argh, aku tak mahu…tolonglah hambaMu ini, Tuhanku…aku tidak sanggup menduakan Alishah, aku tidak sudi menyemai cinta dengan Sofea.
Apa yang patut aku buat? Ikut arahan bodoh itu dan melukakan hati Alishah? Atau ingkar dan mengorbankan along sekeluarga? Tapi kalau pun aku ingkar, akhirnya papa dan mama akan tahu dan secara tak langsung, Alishah juga akan tahu.
Oh, tuhan…sebanyak-banyak hambaMu, kenapa aku yang Kau pilih untuk menerima beban seberat ini? Mengapa?
Aku tak kuat, ya Allah…hatiku tidak sekudus hati kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w….tolonglah aku menghadapi semua ini…
Berikan aku seluruh rahmatMu…berikan aku selurus-lurus petunjukMu…langkah yang bagaimana harus ku atur…jalan yang mana harus ku tempuh…

Friday, July 17, 2009

sesuci kasih seorang isteri 20

Kelibat kereta BMW warna biru berkilat papa di garaj tiba-tiba menghantar debar yang bukan kepalang dalam dada. Buat apa mama dan papa datang?
Semakin aku hampir ke ruang tamu, semakin lemah rasanya lututku. Kedengaran suara ketawa mama yang pastinya bermain dengan Asha.
“Abang?.”
“Ah?.”
Alishah. Dia sudah siap berpakaian dengan wajah yang segar turun dari tangga. Spontan aku memandang jam. Pukul 6. Dia mesti baru sampai.
“Assalamualaikum.” Ucapnya lembut sambil menghadiahkan satu ciuman mesra ke pipiku. Beg kerjaku diambilnya seperti selalu.
“Mama dengan papa dah lama sampai ke?.”
“Mama aje. Papa nanti baru datang.” Tali leherku dilonggarkan. “Mama sampai lepas asar tadi mak mah cakap. Rindu dengan cuculah tu..”
Segaris senyumku terukir juga akhirnya. Kami sama-sama bergerak ke dapur. Suara mama mengagah Asha semakin jelas.
“Assalamualaikum, ma.”
“Eh, lambatnya kamu balik rumah zik. Dah jam enam.”
“Abang banyak kerja kat pejabatlah tu, ma.” Alishah sudah menjawab. Melegakanku. Sebenarnya kerjaku habis pukul lima lagi tapi aku habiskan sejam di masjid. Bertafakur. Cuba mencari ketenangan dalam diri.
Alishah maju ke kabinet. Mencapai cawan, diletakkan satu uncang teh, sedikit gula, sehiris lemon segar dan dituangkan air panas. Walau cuma minuman secawan, diletak juga dalam dulang. Disertakan sepiring kuih koci sebelum dihidangkan padaku.
“Sayang tak minum sekali?.”
“Tak apa. Abang cerita-ceritalah dengan mama. Isha nak tolong mak mah siapkan makan malam. Nanti papa sampai, kita boleh makan jemaah.”
Satu rancangan yang sangat baik. Dia penat tapi lebih mengutamakan suami dan keluarga mertua. Mulianya isteriku.
“Mama datang ni nak khabarkan yang kami dah confirm nak fly pergi mekah hari selasa depan. Nak melawat along sekali.”
Huh! Mujur sekali ini aku tak terkejut. Kalau tak, mau tersembur teh panas ke muka mama. Nahas aku nanti.
“Kamu tak nak ikut sekali ke?.”
“Hah?.” Tak sempat tertahan, terlepas juga air teh dari mulut ke muka mama.
“Zikri!!.”
Kelam-kabut aku mengambil tisu. Tapi Alishah lebih pantas. Dilapnya muka mama dengan tisu, perlahan. Lembut. Kemudian diambilnya sehelai lagi tisu buat mengelap sekitar mulutku yang sudah bersememeh.
“Thanks, dear.” Sempat aku kucup pipinya. Tersipu-sipu dia.
“Entah apa hal anak mama ni ,Isha. Terkejut sampai sembur muka mama.” Kecoh mama menjelingku. Yalah, anaknya yang dah 28 tahun boleh minum sampai tersembur.
“Abang ingat kat siapa ni? Dreaming?.” Sempat pula dia mengusik.
“Ingat kat siapa lagi. Kat angel depan mata ni lah.”
“Thanks.” Dilayannya juga gurauanku sebelum dia meminta diri ke dapur semula. Lenggangnya menjadi tatapan mataku sampai dia menghilang di balik pintu. Sedar-sedar mama menyiku lenganku dengan jelingan nakal.






Hari ini hari minggu. Dua hari lagi mama dan papa akan memulakan perjalanan ke mekah menunaikan umrah. Mama mengadakan kenduri doa selamat. Sekali lagi aku dan Alishah dijemput bermalam di Bukit Antarabangsa.
Memandangkan begitu ramai saudara-mara kami yang datang maka kali ini mama atau papa tidak bercadang pun mahu menggunakan khidmat katerer. Sebaliknya, mama membahagi-bahagikan kerja kepada semua orang kecuali jiran-jiran terdekat yang kebanyakannya orang kenamaan.
Aku bersama sepupu-sepupu yang lain bertugas memasang khemah di halaman, menyusun atur meja kerusi dan memasang lampu kalimantang.
Saudara-mara perempuan pula seperti lazimnya bertugas di bahagian dapur. Mama tak menggalakkan Alishah ikut sama kerana Asha masih kecil tapi dua orang puteriku itu bagai dapat kata sepakat.
Asha ditinggalkan pada mama dan mak mah yang menjaga bergilir-gilir manakala Alishah ke belakang rumah meringankan tangan membantu memasak. Asha pula tak meragam langsung walau mamanya tiada di depan mata.
Usaha kami yang bermula pada pukul tiga petang berakhir jam tujuh malam. Tetamu mula berkerumun datang mengambil tempat. Lelaki di khemah, perempuan di dalam rumah.
Rakan-rakan papa datang mengucapkan selamat jalan dan selamat beribadah. Begitu juga untuk mama.
Seketika aku terlupa yang aku punya bebanan paling berat yang perlu aku pikul berkait rapat dengan perjalanan mama dan papa sehinggalah telefonku bergegar di dalam poket.
Sofea!!
Cepat-cepat aku meminta diri masuk ke dalam rumah. Naik ke bilik dan terus menguncinya. Harap-harap Alishah tak perasan.
“Assalamualaikum, abang.”
“Kenapa, sofea?.” Salamnya terbiar. Aku masuk pula ke bilik air dan memasang pili. Membiarkan air mencurah-curah dan menimbulkan kebisingan.
“Ayah ada cakap apa-apa tak dengan abang?.”
“Nak cakap pasal apa pula?.”
Kedengaran keluhannya di hujung sana. “Saya baru sampai Malaysia. Seminggu saya kat turki uruskan pasal passport saya. Abang apa khabar?.”
“Sihat. Tapi just cakap apa yang ayah sofea dah cakap.”
“Hmm…ayah ada balik sini dengan saya. Tapi duduk rumah dia sendiri.”
Balik sini? Ya Allah…
“Jadi kenapa? Cakaplah cepat.”
“Saya segan nak sampaikan, bang.”
Pula? “Is it something that may embarrass you or me?.”
“Saya bagi phone number abang kat ayah. He will give you a call tomorrow. Saya memang tak berani nak sampaikan.”
“Dah tu, apahal call abang?.” Sabarku sentiasa ada hadnya.
Diam. Sesaat dua kedengaran pula dehemannya. Mungkin soalanku terlalu pedih membelah hatinya. Ya, aku memang punya lidah belati bila berhadapan dengan sesuatu yang tidak menyenangkan hatiku.
“Tak apalah, bang. Nanti saya call lagi kalau ada apa-apa. Itu saja saya nak cakap. Assalamualaikum.”
“Hmm..sorry.” sekali lagi salamnya terbiar begitu saja dan hanya selepas aku memasukkan telefon ke dalam poket, bibirku ringan pula menyambutnya.

Saturday, July 11, 2009

sesuci kasih seorang isteri 19

Seawal-awal pagi, aku keluar ke pejabat sebelum sempat menikmati sarapan. Alishah tidak banyak soal malah dia tetap membawa sama si kecil untuk ku cium di muka pintu.
“Hello, along.”
“Kenapa, ngah?.”
“Mama dengan papa ada call along tak?.” Pejabat masih sunyi. Mungkin baru aku seorang yang sampai. Jam pun baru pukul tujuh.
“Tak ada pula. Apa hal? Angah cakap pasal Irman kena culik ke?.”
“Mana ada. Semalam isteri saya cakap, mama dengan papa nak buat umrah minggu depan. Bertolak tuesday nanti.”
“Hah? Don’t tell me..”
“Ya, diorang memang nak melawat along sekali. So, nak buat apa ni? Diorang mesti hairan kalau Irman tak ada kat rumah. Sekarang bukan summer.”
Along terdiam. Papa memang tak cukup percaya dengan anak sulung dia ni. Waktu remaja nakal bukan main, pelajaran entah ke mana…dah jadi bapa orang pun, keluarga pula tak keruan…
“Along kena jumpa syaitan tu. Mesti.”
“Saya pun fikir macam tu juga. Kalau along tak bertindak sekarang, pecah rahsia kita. Yang kena nanti, saya juga. Saya tak nak kehilangan isteri dan anak saya.”
“Alishah tu kan baik? Dia tak terima ke kalau dia dimadukan?.” Provokasi along yang satu ini hampir-hampir membuatkan aku terjatuh dari kerusi. Dah menyusahkan aku, dia boleh tanya soalan bodoh macam tu?
“Sekali lagi along cakap macam tu, saya tak teragak-agak ceraikan sofea dan korbankan along sekeluarga.” Titik. Aku terus menghempas telefon.
Bosan. Letih dengan karenah satu-satunya saudara yang aku ada. Mungkin selama ini aku nampak lembut sangat jadi along mengambil kesempatan. Tapi dalam hal ini, Alishah sentiasa yang utama dalam hatiku. Malah aku kadang-kadang jauh lebih sayangkan Alishah berbanding kedua orang tuaku yang sepatutnya wajib aku taati.
Mungkin adat orang beristeri memang begini. Tak dapat aku bayangkan kalau aku perlu berpisah dengan Alishah. Tak mungkin. Aku mungkin boleh mati dibuatnya.
Aura Alishah terlalu kuat menyelebungi seluruh hidupku. Aku tak pasti kenapa. Sedangkan kami bercinta cuma selepas akad nikah. Baru setahun lebih kami bersama tapi sayangku sudah benar-benar menggila.


Sedang aku elok bermesyuarat, telefon pula bergegar tanda ada panggilan yang masuk. Segan, aku biarkan. Dua minit menjerit akhirnya dia diam semula. Huh!
“Tuan, saya..”
Suara Hei Wan terpintas. Bunyi gegaran telefonku sekali lagi mengganggu. Kali ini semua orang memfokuskan pandangan kurang senang padaku. Terpaksalah juga aku keluar dari bilik mesyuarat.
“Angah!!.”
“Janganlah jerit, long.” Tak selesa.
“Along minta maaf. Kau kena buat sesuatu kalau tak nak rahsia kita pecah.”
Adakah itu ugutan? Terdiam aku menyandar di dinding.
“Apa lagi?.”


Hancur. Musnah. Ya Allah…
Sejak mendengar ugutan ayah sofea, aku rasa terlalu tertekan. Silap sikit, aku mungkin boleh menjadi gila. Ya, perasaanku jadi tak keruan. Emosiku memuncak. Selera hilang. Semuanya jadi serba tak kena di mataku.
Di pejabat, PA dan secretary jadi mangsa paling kerap, di rumah…mak mah yang aku hormat pun aku dah pandai kuatkan suara. Tercengang orang tua itu dibuatnya. Nasib baik aku belum pernah menyakiti Alishah dan Asha.
Rasanya aku boleh membunuh orang saat ini dan orangnya ialah abang kandungku sendiri. Silapnya. Kebodohannya. Kenapa sampai aku yang jadi mangsa? Kenapa? Itu yang buat aku terasa terlalu bodoh dan kecewa.
Kenapa aku ditakdirkan punya saudara sebodoh along? Kenapa tak dia dilahirkan dalam keluarga lain? Atau kenapa tidak dia jadi cacat saja waktu kecil jadi dia tiada peluang menyusahkan dan mendera aku sampai begini sekali?
“Kau kena bersama sofea. “
Arahan tu bodoh!!! Memperbodohkan. Mungkin kalau lelaki lain tidak kisah malah tak perlu sampai diugut untuk menerpa ikan segar di depan mata seperti sofea tapi aku bukan lelaki begitu.
Aku ada harga diri. Alishah padaku ada kedudukannya sendiri yang takkan terserah kepada orang lain lagi. Walau siapa. Walau sampai bila. Cintaku. Diriku. Batinku. Semuanya hanya untuk Alishah seorang.
Arghhh!!!!!!!!!!!!!

p/s: jgn pertikaikan napa pendek...hehe..plez..saya busy gila2 n sedang usaha gila2 nak sambung cite ni..sorry erk..n thanks 4 the support...

Tuesday, July 7, 2009

cuci bersih-bersih ya...4

“Mama.”
Juwairiyah yang kelam-kabut bersiap menoleh juga. Beberapa saat diam, akhirnya dia senyum girang melihat anaknya lengkap berpakaian.
“Nak ikut mama erk?.”
Suri angguk manja. Dia sudah penat disuruh berehat di rumah. Bukan boleh buat apa benda pun duduk seorang.
“Give me the key. Nak panaskan enjin sementara mama siap.”
“In the first drawer. Go get it yourself.”
Suri ikut saja. Mengambil kunci di dalam laci almari dan terus turun. Tidak lama kemudian sudah kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan.
“Sweet , masuk dulu minum. Kita tak sempat ni nak breakfast sampai lunch.” Juwairiyah sudah siap berbaju kurung batik di muka pintu. Dengan sedikit solekan di muka, dia masih nampak muda berbanding usia sebenar.
“Mama hantarkanlah milo untuk suri.”
“Why should I ?.”
“Mama, mana boleh tinggal kereta yang enjinnya dah hidup macam ni. Nanti ada pencuri, macam mana?.”
“Yalah kalau anak mama ni. Saja aje lah.”
Suri sengih. Sebenarnya dia tengah syok layan lagu-lagu di hitz.fm. Malas nak tinggalkan kereta and tanggal kasut lagi.





“Suri?.”
“Kak Anis….”
“Wah, makin cun nampak? Ini mesti dah dapat tackle dua tiga balak kat Uk.”
“Mana ada balak kat sana, kak.”
Anis jungkit kening, hairan. Tak ada balak kat UK? Takkan negara tu cuma ada perempuan kot? Ke Suri maksudkan tak ada balak kat kolej dia?
“Macam mana boleh tak ada balak?.”
“Memanglah tak ada balak kat sana. Ada pokok pain aje.”
“Suri!!!!!.”
Suri sudah tergelak-gelak suka dapat mengenakan pembantu mamanya. Anis tarik muka masam. Perangai suka kenakan orang suri memang tak reti nak hilang.
“Jahat.”
“Bukan jahat, Anis. Anak akak nakal.” Juwairiyah menyampuk. Dia tidak pernah memanggil anaknya jahat. Kalau suri buat hal pun, dia memang akan cakap…bertuah…kalau marah sangat, dia cakap nakal.
“Sorry, kak ju.”
“Hah, itulah kak anis. Suri ni anak kesayangan mama tau so kalau nak cakap suri jahat, jangan cakap depan mama.” Sempat lagi suri berbisik sebelum dia menurut mamanya masuk ke dalam bilik pejabat kecil di bahagian belakang dobi.
Anis cuma ketawa dan meneruskan kerjanya membasuh pakaian yang sedia tersusun berpuluh plastik di tepi mesin.




“Suri tolong jaga kaunter erk. Mama ada hal nak keluar kejap.”
“Mama nak uruskan apa?.”
“Ada hal kat bank. It wouldn’t take long. Just one hour. Lepas tu, kita pergi makan lunch. Okey?.”
“Mama belanja lah.”
Juwairiyah besarkan mata. Sengaja mengusik. Suri membalas membeliakkan matanya yang galak menikam dengan biji mata hitam bersinar.
“Kalau mama nak makan pau sebiji dua aje untuk lunch nanti, I’ll treat you. How about that?.”
“Hmm…padahal ada lagi pocket money pak usu bagi suri kan before he left? Entah-entah nenek pun ada donate.”
“Agak-agaknya?.”
Juwairiyah terus mencapai kunci kereta dan beg tangan di atas meja. Dia tahu Faiz memang akan berikan anaknya duit poket setiap kali dia datang ke rumah. Bagi tu pula bukan alang-alang. Kadang-kadang sampai beratus. Maknya pun sama. Murah hati sangat kalau dengan suri. Duit yang dia kirim, suri juga yang akhirnya dapat.
“Mama nak jalan. Please take good care of this dobby.”
“Don’t worry. I’ll be here all the time. Watching all of them do their work out there.”
“I hope so.”
“You can count on me. Kalau ada apa-apa mess, suri berani belanja mama makan kat hotel lunch nanti.”
“Hah, mengaku pun dia ada banyak duit.”
Suri menepuk dahi. Terlepas cakaplah pula.

Friday, July 3, 2009

siapa yg salah ? 9

Mulanya nak singgah klinik yang mak ngah biasa pergi tapi sekali tengok ramai sangat patient yang menunggu, aku bawa Izzah pergi klinik yang sama yang doktornya tolong angkatkan Izzah dulu. Kebetulan pula kliniknya cuma ada dua orang patient.
“Nur Izzah Idznur..”
“Eh, nama Izzah tu. Jom masuk.”
“Tak laratlah, kak. Dukung boleh?.”
Hah? Nak aku dukung pula? ish, tak laratlah aku. Lagipun segan orang lain tengok.
“Tak apa. Akak pimpin izzah.”
“Tak nak.”
“Izzah, come on.” Aku terus berdiri. Nurse di pintu bilik rawatan dah terjengah-jengah mencari. Sampailah aku angkat tangan baru dia senyum.
“Akak, nak dukung.”
“Izzah..akak tak larat tau.” Masih cuba mengawal emosi. Izzah ni kan memang manja melampau-lampau. Mengalahkan budak kecik.
“Kenapa, puan?.”
Huh? Puan?
“Puan?.”
“Err..adik sepupu saya ni. Nak minta saya dukung. Manalah larat.” Cepat aku menjelaskan kedudukan sebenar. Ada ke patut aku dikatakan mak budak? Cis..ada juga yang kena pelempang sulung aku ni.
“Lah, adik boleh jalan lagi tak?.”
Izzah terus menggeleng.
“Okey, akak ambilkan stretcher nak tak? Or wheel chair?.” Umpannya lagi. Aku sudah mula senyum sendiri di belakang. Bagus juga idea tu!
“Akak, pimpin izzah jalan.”
“Hah, macam ni kan senang. Baik adik akak.”
“Tapi akak janji jangan biar doktor inject izzah tau. Izzah tak nak. Sakit.”
“Okey, kita tengok macam mana nanti.”
“Akak!!.”
Hihi…



“Eh?.”
“Ya, doc. Kami dua oranglah yang doktor pernah tolong dulu. Masih ingat ?.”
“Ingat. Sebab budak ni berat sangat, sakit tangan saya.” Selamba aje rupanya doktor ni. Nasiblah baik Izzah dah lupa so dia tak fahamlah apa yang kitorang discuss kan.
“Sakit apa pula this time?.”
“Doctor kenalah check. Baru doctor tau. Tanya saya, saya mana tahu apa-apa.” Sengaja mahu bergurau. Dah dia pun nampak selamba, buat apa aku nak bertegang and bertegas? Iya tak?
Doktor handsome..ya, bila dia senyum aje, jangan kata aku…entah-entah Izzah pun dah terpikat sama. Senyuman kelas pertama. Gigi dia putih. Kemas. Bersih. Dia ada lesung pipit tapi muncul kalau dia bercakap ajelah.
Pernah tak terfikir? Kenapa orang cantik ni selalu physically memang complete habis. Dah handsome, kerja bagus, gigi cantik, senyuman dia hebat…semualah. Tapi itu semua luaran aje kan? Lagipun mana ada hamba Allah yang sempurna serba-serbi.
“Adik demam dah berapa hari?.” Tiba-tiba doktor handsome sentuh tangan Izzah yang diletak atas meja.
Izzah toleh pada aku. Aik, dah kelu dah budak ni?
“Mak ngah saya cakap, baru pagi tadi dia rasa kepala anak dia ni panas.”
“Hmm..adik, lain kali janganlah main hujan. Tak elok. Kan dah demam.” Amboi…nasihat budak-budak pun dia pandai sampai Izzah yang jarang mendengar cakap pun terangguk-angguk, akur. Oh, my handsome..
“Sekarang kita kena check suhu badan adik. Bolehkan?.” Doktor handsome bangun. Aku masih ralit perhatikan semua pergerakan dia. Ya, aku nak admit…aku memang dah dilamun cintun…ahh..terasa gatalnya aku…
Diambilnya satu benda serupa batang ais krim dan letak kat mulut Izzah. Dia suluh-suluh sekejap dan kemudian suruh buat itu ini….rutin pemeriksaanlah..
“Eh, panas sangatlah badan adik sepupu cik ni.”
“Ya?.” Urghh…bodoh..kenapa tunjuk sangat tak tahu bidang medic ni? Hantu betul aku kali ini.
Doktor handsome senyum sekali lagi. Cik Sha terpempan sekali lagi. Doktor handsome kenyit mata di luar dugaan. Cik Sha hampir-hampir terbersin.
“Hmm..adik, doctor kena inject sikit. Bolehkan?.”
“Hah? Tak..tak nak..” aik, tak cukup bius lah pula Izzah ni. Ingat tadi dah terbuai habis layan doktor handsome yang siap tepuk-tepuk tangan dia perlahan gila.
“Sikit aje. Sakit sekejap kemudian adik sihat semula sampai bila-bila.” Pujuk lagi.
“Alah, tak nak..sakit.”
“Memang sakit tapi sikit aje, dik. Macam kena gigit semut hitam yang nakal tu aje. Tak sampai seminit, dah hilang sakit.”
“Adik tak nak…sakit. Dah pernah kena.” Menangis-nangis Izzah merayu, aku buat macam tak ada aku antara diorang. Tak ada masa aku nak layan Izzah, baik aku ‘pay attention’ pada si handsome seorang kat depan ni. Lega hati tengok dia.
“Adik, nak demam sampai buta atau inject sekejap dan terus sihat? Boleh makan ais krim.”
“Adik tak nak…takut..”
Hah, teruskan Izzah main peranan. Lagi lama korang pujuk-memujuk, lagilah aku suka. Bukan selalu boleh hadap muka doktor handsome ni lama-lama. Tak ada orang sakit, maknanya tak adalah chances aku nak datang sini.
“Adik? Sikit aje ya?.”
“Tak nak..”
“Hmm…macam mana kalau doctor belanja adik makan ais krim dengan kakak manis ni petang nanti?.”
Hah? Kakak manis?

Wednesday, July 1, 2009

sesuci kasih seorang isteri 18

Dua puluh minit sebelum waktu wajib aku sampai ke rumah, aku menggagahkan kaki menekan pedal minyak menuju ke hospital. Berat rasanya hati nak singgah tapi takut pula nanti Alishah dan Asha diapa-apakan. Biarlah aku berkorban sedikit.
“Hi, baru sampai encik?.”
“Eh, ya. Baru balik dari office. Sofea macam mana, doktor?.”
“Dia okey. Cuma kesianlah sebab hari ni tak ada lagi orang datang melawat. Dia sunyi, and now not in a good mood.”
Aku ketawa perlahan, dalam hati. Kesian? Aku tak kesianlah. Mana orang tua dia pergi? Dah balik Turki dah? Ingat aku nak jagalah tu anak dia kat sini.
Waktu aku masuk, sofea berbaring di atas katil dengan mata terpejam. Tidur ke ni?
Menyangka yang dia memang benar-benar tidur, aku mengambil tempat di sofa berdekatan tingkap. Mencapai surat khabar bahasa inggeris yang disediakan di atas meja.
“Abang?.”
Hah? Cepat aku mendongak.
“Eh, dah bangun ke?.”
“Saya tak tidur pun.” Iyalah sangat tak tidur. Aku buka pintu tadi takkan dia tak dengar bunyi?
“Saya melamun.”
Dia tahu pula apa aku fikir. Hebat juga Sofea ni.
“So, macam mana sekarang? Dah rasa okey?.”
Lima hari lesap, datang tanya khabar macam tu aje. Ah, suka hati akulah. Kita layan orang yang kita sayang dengan yang kita tak sayang memang lain. Berat sebelah? Betul.
“Doktor dah bagi saya discharge petang esok. Abang boleh ambil saya tak?.” Muka dia dah berubah lagak manja.
Lama aku berfikir. Esok petang? Esokkan hari sabtu. Hari sepatutnya aku habiskan masa dengan Alishah dan Asha. Especially Asha yang dah jarang aku layan main.
“Hmm..papa dengan mama awak tak datang?.” Maksud tersiratnya, aku malas nak buang masa datang ambil dia di wad dan hantar pula ke rumah. Aduh, menyampahnya.
“Abang busy ke?.”
“Eh, tak…saya tanya aje.” Aduh….kantoi.
Sofea senyum. Dialihkannya rambut yang menutup pipi ke belakang.
“Saya faham. Kalau abang tak dapat jemput saya, saya boleh panggil driver saya datang ambil.”
“Oh..baguslah cadangan awak tu.”
Tahu pula dia berfikir mencari jalan penyelesaian sendiri. Kalau dari awal macam ni, kan senang hidup orang dibuatnya?
“Abang, hari jumaat minggu depan saya nak balik Turki sekejap. Uruskan something. Bolehkan?.”
“Eh, pergi ajelah. Saya tak kisah.” Hah, mulut suami jahat betul aku sekarang. Adui, tak berlapis langsung.
Akhirnya, apabila aku hanya buat selamba dengan semua bual bicaranya, Sofea menutup mulut. Diam. Aku meneruskan pembacaan. Sekejap lagi aku akan beredar pulang. Dah nak maghrib.






Alishah belum ada di rumah semasa aku sampai. Mungkin jalan jam. Maklum saja hari jumaat petang. Mungkin ramai yang nak balik kampung, mana yang dekat.
Aku habiskan masa melamun di atas katil. Asha pula dibawa Isha ke pejabat. Selalu pula dia membawa anak kami ke pejabat. Dia tak sibukkah?
“Zikri?.”
“Ya, Mak Mah?.”
“Jom, turun minum petang. Mak mah buatkan kek pisang yang zik suka tu. Marilah.”
Kek pisang?
“Boleh juga. Nanti saya turun. Mak mah turunlah dulu.”
“Jangan tak turun pula.”
Aku senyum sendiri. Kek pisang. Kek yang paling aku suka dari kecil sampai dah jadi bapa budak. Terutamanya kek pisang buatan mak mah. Alishah pandai juga tapi buatan mak mah lebih sedap. Isteri aku kalah dalam hal ini saja.
Sampailah kami siap minum petang berdua barulah kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan di luar rumah. Aku bergegas ke muka pintu. Bersedia untuk keluar mengambil Asha.
“Assalamualaikum, bang.”
Melihat mukanya yang menampakkan benar kepenatannya, aku mengukir senyum simpati. Memeluknya sekejap dan terus mengambil Asha yang lena tertidur di back seat.
“Sayang masuklah dulu. Abang angkatkan baby.”
“Tak apa, bang. Ada barang dapur kat belakang tu.”
“It’s okay. Isha masuklah dulu. Abang hantarkan baby baru ambilkan barang-barang tu.”
Akhirnya dia mengalah juga. Sekejap nanti dia dah nak kena memasak makan malam pula. beratnya tugas seorang isteri.


“Penat?.” Tengkuknya ku kucup sebelum tanganku menjalar mengurut. Kasihan betul tengok Alishah berpenat lelah menjalankan tugas seharian. Jadi isteri, ibu dan bos di pejabat.
“Nak abang urut tak?.”
“Boleh juga. Nak juga rasa suami Isha ni mengurut macam mana.” Reaksinya. Pandai dia nak mengusik.
Sambil-sambil mengurut, aku mengambil kesempatan sepenuhnya merenung seluruh wajah dan tubuh isteriku. Mendamaikan sesiapa saja yang memandangnya, insyaallah.
“Abang tau tak, mama dengan papa dah tentukan tarikh nak pergi umrah tu. Abang tau kan?.” Suara halusnya tiba-tiba keluar.
“Umrah? Bila?.”
“Kalau tak silap Isha, insyaallah awal minggu depan. Hari selasa kot.”
“Oh..” dan aku masih meneruskan urutan sampailah Isha meneruskan bicara tentang keberangkatan papa dan mama ke mekah.
“Mama dengan papa nak lawat along sekali lepas umrah.”
“Lawat along?.” Automatik. Berhenti tanganku bergerak. Walaupun ini kali kedua aku mendengar mengenainya tapi aku masih tetap terkejut. Terkejut yang amat.
“Kenapa, abang?.”
“Hmm..nothing. abang masuk bilik dulu ya.”

Popular Posts