Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, April 26, 2010

Mr & Mrs BFF 20

“Ada hikmah juga ya hujan tu turun malam ni, yang.” Khusyairi berbisik suka di telinga isterinya membuatkan Amishah meremang bulu roma.
Ini bukan kali pertama mereka tidur berdua di atas katil yang sama tapi entah kenapa kali yang ini jantungnya mengada-ngada tak mahu berhenti berdegup. Tapi kalau berhenti berdegup, maksudnya dah mati...ah..
Mungkin sebab aku dah suka dekat dia ke?
Seram sejuk rasanya. Hujan yang tadi lebat mujur sudah semakin reda. Tapi sejuk di dalam dirinya saja yang tak mahu reda. Semakin rapat tubuh Khusyairi, semakin dia terasa mahu menangis.
“Jauh sikit boleh tak?.” Pintanya dalam malu.
“Alah, takkan peluk pinggang pun tak boleh? Aku kan suami kau. Tak berdosa pun.”
“Memanglah tak berdosa tapi...”
“Tapi apanya? Tak salah. Ke kau tak suka aku dekat dengan kau? Tak suka aku tidur atas katil ni dengan kau?.”
“Hish, bukanlah cuma..”
“Bukan? Jadi kau sukalah aku tidur sama dengan kau ya?.” Khusyairi senyum penuh harapan. Dagu lekuknya diletak pada bahu Amishah. Malam-malam yang sejuk seperti ini...berkongsi selimut dengan Amishah yang wanginya terasa melebih-lebih pula malam ini...oh, kuatkan imanku!
“Ri!.”
“Okey...okey, janganlah marah. Gurau aje.”
“Ri!.”
“Yelah, aku tidur. Aku tak dekat-dekat dah.” Spontan tangannya melurut jatuh ke tilam. Daripada Amishah merajuk, dia rela menyimpan perasaan dalam hatinya yang semakin mengganas ini.
Khusyairi mengalihkan tubuh membelakangkan Amishah. Matanya sudah mahu terpejam apabila guruh berdentum kuat secara tiba-tiba menyebabkan seseorang di belakangnya tiba-tiba sudah memeluk tubuhnya. Dia tahu dia lelaki tapi mukanya terasa ketat dan panas semacam tiba-tiba. Shah?


Perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa setengah jam menjadi sejam dibuatnya. Dalam hati, dua-dua enggan berpisah.
Khusyairi sengaja menekan sedikit sahaja pedal minyak. Meter di depan mata pun baru mencecah 50 km sejam. Jelingan dua tiga pemandu lain yang memotong dibiarkan dengan riak selamba.
Amishah di sebelah menekur pandangan ke luar tingkap. Malu ada, bahagia pun ada. Malu sebab sekarang dengan rasminya Khusyairi sudah tahu macam-macam tentang dirinya. Bahagia sebab dia dapat merasa kasih-sayang lelaki seorang ini. Lelaki yang paling memahami tapi manjanya mengalahkan anak-anak kecil. Kuat merajuk tapi dia suka memujuk.
“Errr....tak nak singgah hi-tea dulu ke?.” Antara dengar dan tidak suara Khusyairi memecah kesepian di dalam kereta. Amishah telan liur.
Sejak kejadian semalam, ini baru kali ketiga dia mendengar suara suaminya. Entah Khusyairi malu atau apa? Tapi takkanlah dia malu? Sejak semalam senyum memanjang tengok orang tu apa?
“Ermm, terpulang pada kaulah. Aku ikut aje.” Walau malunya setebal pasir di pantai, dia sedaya upaya mahu berlagak biasa. Kalau tidak, Khusyairi mesti akan mengejek nanti.
“Okey.”
Angguk serentak. Kereta dibelok perlahan masuk ke satu simpang. Amishah diam memandang ke luar. Sunyi semacam. Satu dua kereta saja yang kelihatan.
“Eh, kita nak pergi mana ni?.”
“Pergi minumlah. Kenapa?.”
“Tak nampak restoran pun? Kau nak bawa aku ke mana sebenarnya?.”
Entah soalannya menampakkan sangat kerisauan atau kebodohan, tapi Khusyairi sudah menepuk pehanya dengan gelengan tak berhenti. Sekali lagi kereta membelok masuk ke satu simpangan lain. Sehinggalah sampai ke satu kawasan, Amishah sendiri terangguk-angguk.
Berderet kereta pelbagai bentuk di kawasan tempat letak kereta di luar sana. Suasana riuh di kawasan pantai dan restoran. Spontan matanya singgah memandang orang sebelah.
“Jom keluarlah. Kita minum dulu ya. Ada sejam lebih lagi nak masuk kapal kan.”
Amishah angguk pantas. Belum sempat mencapai beg tangan yang diletak di tempat duduk belakang, Khusyairi sudah lebih pantas bertindak.
“Thanks.”
“Benda kecil. Jom keluar.” Ajaknya sekali lagi.
Amishah segera membuka pintu mendapatkan Khusyairi yang sudah berdiri meluruskan pinggang di tepi kereta. Letih agaknya!
Tadi setengah hari lelaki itu ke tapak pembinaan kemudian pergi berurusan di bank sebentar sebelum pulang ke rumah solat dan makan. Dan kini terpaksa pula menghantarnya ke airport.
“Nak minum apa, yang?.”
“Teh O ais limau cukuplah. Kau nak makan apa-apa ke?.”
“Rasa kenyang dengan nasi ayam kau masak tadi. Sedap sangat. Tapi aku nak minum macam kau juga.” Memang nasi ayam yang disediakan Amishah tadi mengancam selera siapa pun yang merasa. Sampai dua kali bertambah dibuatnya.
“Iyelah sangat sedapnya tu.”
“Betul, sedap. Tapi entah bilalah baru aku dapat merasa lagi nak makan masakan kau bila balik dari office.” Anak matanya singgah terus ke wajah Amishah.
Walaupun dia tidak pasti dengan perasaan sebenar Amishah padanya namun hal semalam itu...seolah-olah membuktikan bahawa isterinya ini turut menyimpan perasaan yang sama...tapi benarkah telahannya ini?
Ah, entah betul entahkan tidak....
Amishah yang dia kenal sejak kecil memang suka mengalah pada macam-macam kehendaknya. Apakah hal semalam itu cuma kerana dia tidak sampai hati mengecewakan aku? Seperti kebiasaannya?
Tapi....
“Ri?.” Panggilan lembut dengan usapan di tangannya membuatkan dia lekas-lekas meraup muka. Melihat pelayan lelaki yang berdiri dengan dua gelas air di atas dulang, Khusyairi tersengih menutup malu.
“Thanks.”
“Jemput minum, kak, bang.”
“Ya..ya..” Laju anggukannya. Amishah di sisi sudah tergeleng kepala. Macam-macamlah Khusyairi ni..
“Menungkan apa panjang sangat tu? Sampai tak sedar budak tu dah berdiri lama tengok kau.”
Sekali lagi dia senyum. Menjeling pada Amishah yang masih cuba menahan ketawa. Manisnya riak muka Amishah membuat dia lupa seketika pada soalan gadis itu.
“Ri? Ri?.”
“Hah?.”
“Apa hal ni? Aku tahulah kita dah nak berpisah sekejap lagi tapi tak usahlah kau dok usha muka aku sampai macam tu sekali. Tak bertambah cantiknya pun.”
Memanglah tak bertambah cantik tapi kau memang yang paling cantik dalam hati aku sekarang dan sampai bila-bila pun, shah...
“Tengok tu! Pantang aku cakap sikit, dah mula balik mengelamun dia tu.”
“Eh, aku bukan mengelamunlah, yang...suka buat tuduhan melulu macam tu.” Dia cuba berdalih. Teh O ais limau di depan mata segera dicapai.
Panjang cebikan Amishah mendengar jawapannya. “Habis tu? Berfikir ya?.”
“Tak adalah. Aku sedang menikmati keindahan alam.”
“Keindahan alam?.” Peliknya. Spontan Amishah meliarkan pandangan ke segenap ruang. Bukan nak mengata tapi pantainya tak boleh dikategorikan pun sebagai indah. Pohon ru pun macam dah berpuluh tahun tak bercantas. Ini...restoran ini sendiri pun amatlah uzur. Bak kata orang, sekali diserang anak-anak kecil tsunami, sudah lama restoran ini dibawa masuk oleh ombak ke dalam laut. “Alam mana yang kau tengok?.”
“Alam..alam sekitar...kan cantik, mendamaikan, sampai susah nak hilang dari pandangan dan fikiran.”
Amishah angkat kening dengan senyuman bermakna, yang hanya dia sendiri mengerti maksudnya. “Apa-apa ajelah, Ri. Tak habis-habis.”
Khusyairi ketawa bahagia di dalam hati. Ah, bahagianya kalau Amishah boleh menambah cuti! Dia mahu menikmati keindahan ‘alam’ ini sekali lagi, sepuas-puasnya sebelum berpisah...oh, tuhan, aku cinta isteri aku!

Thursday, April 22, 2010

Mr & Mrs BFF 20

Jam sudah melewati angka lapan semasa dia membuka pintu rumah. Amishah sedang terbaring santai di atas sofa sambil menggigit pop corn, menonton tv.
“Amboi, tak perasan husband dah sampai ke, cikgu?.” Usiknya melihat sedikit pun Amishah tak bergerak.
Senyap. Khusyairi memandang pelik. Khusyuknya lain daripada biasa. Amishah selalu bukannya duduk diam membatu begini kalau di depan tv. Biasanya mulut dia takkan reti diam. Kalau boleh, tiap langkah pelakon pun dia nak komen.
“Yang? Kau tengok apa tu?.”
Rambut Amishah diusik dengan hujung jari. Melekat bau wangi syampu di situ.
“Jangan kacaulah.”
Khusyairi senyum lagi. Anak matanya segera berpaling ke kaca tv. Hah? Di luar sedar, ketawanya tiba-tiba kedengaran. Dari perlahan menjadi kuat. Menyebabkan Amishah dari diam jadi menjeling.
“Hish, busuk! Pergi jauh-jauh. Pergi mandi. Dah busuk datang kacau orang lagi.”
“Alah, busuk-busuk pun macho. Handsome.”
“Handsome? Uwekk...kau ni, mat perasan rupanya.” Panjang lidahnya dijelirkan dengan sebelah tangan mencubit selamba pada lengan Khusyairi. Tak disangka pula lelaki seorang ni pun dah pandai nak memperasankan diri.
“Aku tak perasanlah, shah. Ini kan memang kenyataan. Kau dah lupa ke berapa orang kawan kau yang syok gila dekat husband kau ni waktu sekolah dulu. Sampai ada yang sanggup kirim coklat tiap hari. Macamlah aku suka coklat, kan?.”
Kenyataan itu sekali lagi membuatkan Amishah menjelir lidah. Hal yang dah sekian punya lama pun nak diungkitnya..
“Itu hal lama. Budak-budak kampung, biasalah.”
“Yelah, budak kampung pun pandai juga diorang menilai ya. Aku juga yang diorang syok bersungguh padahal nak diikutkan anak Cikgu Razaklah yang paling pandai mengayat.”
“Anak Cikgu Razak?.”
“Ha’ah. Si mat romeo tu.”
“Oh, Ikhman ke?.”
“Siapa lagi. Dialah. Pengayat nombor satu tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin juga.”
Amishah senyum sendiri. Teringat pula lagak Ikhman si mat romeo itu pernah cuba mengirimkan surat kepadanya tetapi akhirnya diletakkan Khusyairi di atas meja Cikgu Razak sendiri. Esoknya, berbirat tangan Ikhman dan mereka berdua pula sudah saling senyum sendiri.
“Jahat juga kau dengan dia kan. Sampai hati kau aniaya dia sampai kena balun dengan abah dia yang garang mengalahkan singa tu.”
“Aku bukannya apa. Saja nak ajar dia tu sikit. Talam dua muka betul. Depan abah dia, mengalahkan malaikat. Sekali dalam kelas, huh!.”
“Alah, biasalah budak remaja. Tengah naik. Memanglah macam-macam perangai yang dia nak buat.” Kaki Amishah yang melunjur panjang ditarik Khusyairi lalu diletak pada ribanya. Niatnya mahu mandi tadi semakin pudar.
“Mana boleh kata macam tu. Sebab dia budak remajalah dia kena diajar.”
“Biarlah dia. Asalkan dia tak buat perkara melampau sudah!.”
“Hish!.” Khusyairi mencuit sedikit hujung dagu isterinya. “Anak mana boleh dibiarkan macam tu aje. Apa, anak kita nanti pun kau nak biarkan macam tu ke?.”
Biji pop corn yang baru sahaja melepasi kerongkong hampir terlompat keluar dibuatnya. Amishah merah muka. Anak kita?
Matanya spontan merenung lantai. Malulah! Anak kita pula tu. Bunyinya macam sedap aje didengar tapi.....betulkah dia nak ada anak dengan aku? Ke main-main aje macam yang selalu dia buat?
Beberapa saat matanya memandang wajah selamba Khusyairi yang kini sudah selesa menyandarkan badan ke sofa dengan sebelah tangan bermain-main dengan jari-jemarinya.
Suasana senyap itu membuatkan dia akhirnya menarik kakinya berniat mahu bangun masuk ke bilik namun terhenti pabila Khusyairi menggenggam tangannya erat-erat.
“Kau nak pergi mana? Temankanlah aku tengok tv dulu.”
“Err....aku...aku nak masuk bilik. Kau tengoklah sendiri. Jangan lupa mandi dan solat isya sebelum tidur.”
“Alah...janganlah tidur dulu.”
Amishah cebik bibir. Gila ke apa nak duduk berdua-duaan dalam keadaan mesra macam ni....dahlah tadi cakap pasal anak....menakutkan...kalaulah betul dibuatnya dia nak...oh, tidak! Aku tak berani!


Dua buah beg pakaian yang sudah siap berkemas di tepi almari ditenung lagi. Esok hari ahad. Penerbangannya jam 4 petang esok. Tinggal beberapa jam dari sekarang. Tanpa sedar, ada sesuatu mengalir turun dari pelupuk matanya.
Ri.....
Lelaki yang dulunya kawan baik kini sudah jadi suami. Niat nak bercerai tapi hati rasa semacam. Dan tadi....anak kita? Anak kita?
Mendengarnya macam rasa bahagia betul tapi betul ke tidak? Serius ke tidak? Dan paling penting aku nak ke tidak?
Aku macam nak tapi.....entahlah. perempuan yang dia panggil sayang dulu tu macam mana?
Dipanggil mama, umi, ibu, mummy atau apa sekali pun tak kisahlah. Asalkan merasa juga aku dipanggil begitu....dan dia? Papa? Walid? Erm, lain macamlah pula dengan karektor kami. Ayah? Abah? Nanti sama dengan aku pula. Daddy? Ah, kami bukannya orang putih.
Mungkin lebih sesuai panggil papa dan mama kot.....
Dan di hujung angan-angannya, ada segaris senyuman manis terukir di bibir. Air mata yang mengalir perlahan tadi mula berhenti. Alangkah...
“Yang? Sayang?.” Ketukan di pintu membawa jauh lamunannya pergi. Amishah lekas berpaling ke arah pintu yang sudah berkunci.
“Sayang? Shah? Dah tidur ke?.”
Dia cuba menahan senyum mendengar panggilan itu. “Erm...nak apa pula? Mengantuk ni hah.”
“Bukalah pintu ni dulu. Nak tanya sesuatu ni.”
“Alah, cakap ajelah. Bukannya hal apa pun.” Ish, saja ajelah tu nak cari peluang masuk ke sini.
“Kedekut betul nak bagi aku masuk ya.”
Senyumannya ditahan lagi. Mendengar nada manja dalam suara Khusyairi, biasanya dia memang akan mengalah tapi malam ini biarlah dulu.
“Kalau betul ada benda nak cakap, cakaplah cepat. Aku mengantuk ni. Lambat tak kena layan nanti.” Ugutnya.
“Yelah tu. Ni aku nak tanya, mana cadar dengan selimut aku sekali? Kau dah buang ke mana?.”
“Cadar? Selimut?.”
“Yelah. Yang kau pergi basahkan pagi tadi tu.”
Cadar? Amishah menggaru kepala. Cadar. Seingatnya pagi tadi dia sudah bersusah-payah mengeluarkan kedua-dua benda itu ke balkoni untuk dijemur. Jemur?
“Ya Allah, Ri.”
Dia bingkas bangun dengan jeritan. Hampir-hampir Khusyairi yang berdiri di hadapan pintu dilanggarnya.
“Apa hal kau ni? Macam apa aje.”
“Tak, Ri...cadar..cadar dengan selimut kau yang aku jemur tu...”
“Kenapa?.”
“Aku...aku lupa nak angkat. Kejap, aku pergi ambil.” Tanpa berlengah dia mengatur langkah pantas ke pintu dapur. Membuka pintu belakang dan sekali lagi menjerit melihat cadar dan selimut tebal itu kini sedang dibasahi hujan. Sejak bila hujan turun?


p/s : My dearest readers (Friends,ok?) : Saya tambah sikit ya...saya sedang menyambung cerita BFF ni skarang..syukur sebab rasanya ada idea dah sikit..macam semalam tu, saya tau idea xde tapi dipaksa keluar..but malam ni dia keluar sendiri walau sikit2..bab tu nak sambung cepat2 b4 hilang..haha..

Monday, April 19, 2010

Mr & Mrs BFF 19

Selesai bermesyuarat, Khusyairi beriring langkah bersama pembantunya menuju ke tapak pembinaan. Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi akan dimulakan hari ini dan dia sudah diarahkan turun menyelia.
Namun malangnya, baru setengah jam di sana, matanya tidak semena-mena terpandang kemunculan sebuah kereta mewah jenama Nissan di pintu masuk. Spontan dia berpandangan dengan Aisyah.
“Alamak, bahaya dah datang. Bala betul kalau aku jumpa dia.” Keluhnya menepuk dahi. Aisyah tergelak lucu. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Khusyairi.
“Bos dah tak dapat lari nampaknya. Dia mesti dah tanya kat office tu mana bos pergi.”
“Itulah pasal. Aku dah kali-kali pesan dekat orang office jangan bocor rahsia tapi diorang cakap juga. Ini ada yang nak kena ni!.”
Jawapan itu mengundang tawa Aisyah meledak lagi. Kepalanya tergeleng-geleng perlahan.
“Alah, relaxlah bos. Bukan bos tak tahu cik puan gediks ni suka mengugut. Siapa tak beritahu, kena report dekat Datuk. Siapa tak takut, kan?”. Dia bukan menuduh tapi itu kenyataan.
Dulu dia juga pernah kena bilamana Khusyairi meninggalkan pesan jangan membocorkan rahsia. Alih-alih Datuk Rahman menelefonnya memberi teguran yang kalau siapa pun mendengarnya tahu itu ialah ‘amaran’.
“Haih, macam tu sekali ke?,”
“Memang macam tu, bos.”
“Haih, kalau pun aku minat, terus jadi tak minat bila jumpa perempuan macam ni.” Ujarnya selamba bingkas menjauh. Dia mahu mencuba nasib bersembunyi di kalangan para pekerja kontrak yang sedang sibuk. Sempat juga ditukarnya topi keselematan berwarna putih di kepala dengan topi kuning yang dipakai salah seorang pekerja.
Mata-mata pelik buruh-buruh kasar tersebut dibalasnya dengan senyuman bermakna. Semakin hampir Nuraina kepada Aisyah, semakin ke dalam dia menyusup. Syukur dia tidak membawa keretanya sendiri hari ini. Jadi adalah alasannya kalau nanti dia mengatakan dia bukan berada di sini.
“Hei, mana bos kau?.” Kedengaran suara manja dibuat-buat Nuraina walau dari jauh.
“Err.....dia..”
“Baik cakap betul-betul. Mana Khusyairi aku? Kalau tak cakap, biar aku yang cakap dengan papa.”
Khusyairi serba-salah melihat riak wajah pembantunya yang tergaru-garu kepala. Nuraina memang melampau! Macamlah dia seorang aje anak orang kaya..anak orang berpangkat.
“Bos...bos..err...dia sibuk dekat dalam, cik. Dia tengah buat pemantauan tu.” Akhirnya! Walau serba salah, antara bos dan anak big boss, dia memang betul-betul dah tersepit.
Nuraina senyum meleret. Dengan lenggok menggodanya itu, sempat lagi dia mencebik pada Aisyah sebelum berlalu ke arah tempat persembunyian yang dikatakan gadis berselendang biru itu.
“Syairi! Sayang?.”
Suaranya makin dekat. Khusyairi di celah-celah pekerja yang sedang sibuk mendirikan tiang cerucuk semakin berpeluh.
Kalau boleh, dia betul-betul tak mahu diseret ke mana-mana oleh Nuraina. Asal dengan Nuraina, semua benda akan jadi gila. Diheret ke shopping mall, dengan beg kertas pelbagai jenama bersidai di tangan.....aduh, menyeksakan.
Dia pernah juga menemani Amishah bershopping tapi tidaklah dia disuruh mengangkat semua barang. Malah dia pula yang terpaksa menggertak supaya Amishah memberinya barang-barang itu untuk diangkat.
Aduh, Amishah dan Nuraina......macam langit dengan bumi!
“Syairi? Honey?.”
Pekerja bangla yang berdiri di sisi tiang tersengih-sengih memandang Khusyairi. Kepalanya digaru-garu. Rimas.
“Ikut arah belakanglah, bos. Sana banyak sibuk. Orang banyak. Dia tidak perasan punyalah.” Cadangnya dengan suara hampir berbisik.
Khusyairi membulatkan mata. Tadi enggan juga dia mendekatkan telinga ke mulut busuk mat bangla gigi rongak seorang ini tapi bila mendengar ideanya, terasa berbaloi juga menadah telinga.
“Kau jamin ke dia takkan perasan?.”
“Jamin!.”
“Okey...tapi jangan cakap dekat perempuan tu saya lalu di situ tau. Kalau tak, saya akan buat sesuatu.” Dalam gegas, sempat juga dia mengugut. Terjangkit penyakit salah-guna-kuasa Nuraina.

Thursday, April 15, 2010

Mr & Mrs BFF 18

Perlahan-lahan, dia mengatur langkah masuk ke ruang tamu. Sepi. Amishah tiada di atas sofa. Khusyairi meraup muka. Getarnya tiba-tiba terasa. Amishah larikah?
Tapi pintu berkunci sepanjang hari ini. Dan kunci dia sendiri yang memegangnya.
Dari ruang tamu, dia pantas ke bilik tidur yang sudah dicatnya dengan warna kesukaan Amishah itu. Kebetulan pintu tidak berkunci memudahkannya memboloskan diri masuk ke dalam.
“Sayang?.”
Amishah dilihatnya sudah lena membelakangkan pintu. Dia baru mahu menaikkan selimut yang sudah terselak apabila terdengar sendu Amishah.
“Sayang?.” Tubuhnya dikalih pantas.
Sah! Ada air mata di pelupuk matanya.
“Sayang, aku minta maaf sangat sebab tak dapat balik awal. Kau janganlah sedih ya.” Pujuknya namun semakin kuat pula tangisan isterinya.
Tangan Amishah dicapai namun wanita itu cekap mengelak. “Buat apa janji kalau tak nak balik. Menyakitkan hati betul.”
“Shah, aku betul-betul minta ampun. Aku...aku banyak kerja.” Semuanya kerana Nuraina. Gadis itu memang pandai mempergunakan kedudukannya sebagai anak Datuk Rahman.
Dia mencuba lagi mencapai tangan Amishah. Nasibnya baik pabila Amishah lambat bertindak. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya. Bibirnya singgah mendarat di situ untuk beberapa saat sebelum tangisan Amishah menjadi semakin kuat.
“Shh..aku minta maaf ya. Aku janji esok aku akan balik awal.” Pujuknya. Air mata yang mengalir diseka dengan hujung jari.
Merah hidung Amishah membuatkan senyumannya muncul di bibir. Comel! Amishah dalam keadaan apa pun memang comel!
“Apa senyum-senyum?.” Amishah menjerkah marah. Orang sedih begini pun dia boleh nak senyum lagi ke? Dah buat salah tu, masih nak happy.
“Kau nampak makin comel bila menangis macam ni. Ingatkan aku seorang saja yang manja, tengok kau macam ni, aku rasa kau pun manja sama macam aku.”
“Hish!.”
“Betul apa, yang. Nangis dan merajuk tu manjalah. Kalau The Rock tak nangis. Tak merajuk. Tak minta dipujuk tau.”
“Minta dipujuk?.” Air matanya kering serta merta. Amishah membulatkan mata memandang wajah lesu Khusyairi. Baju kemejanya sudah dilonggarkan. Lengannya berlipat hingga ke siku. “Hei, cik abang! Aku tak minta dipujuk pun. Kau yang menyibuk datang sini. Pergilah!.”
Tubuh lelaki itu yang semakin rapat ditolak kasar. Namun terdetik juga di hatinya akan kata-kata Khusyairi tadi. Dia minta dipujukkah?
Melihat reaksi Amishah, Khusyairi cuma mampu menggeleng. Kalau telahannya betul, Amishah dan dirinya sebenarnya sedang berkongsi perasaan yang sama. Tapi dia kurang yakin dengan telahan itu. Kadang-kadang Amishah kelihatan seperti menyimpan perasaan padanya tapi ada masa lain pula, gadis ini nampak tidak berperasaan langsung.
“Kalau betul pun kau minta dipujuk, apa salahnya yang. Kau wife aku. Aku sanggup buat apa saja yang kau suruh.”
Jawapan Khusyairi menimbulkan debar hebat di dada. Amishah menarik nafas dalam-dalam sebelum mengalihkan tubuh membelakangkan suaminya.
“Keluarlah. Aku nak tidur.”
“Aku tidur sama dengan kau boleh?.”
“Mengada. Pergi keluar. Badan busuk, nak tidur sama konon.”
Khusyairi tahan ketawa. “Oh, maknanya kalau aku dah mandi, dah wangi-wangi, aku boleh datang tidur dengan kau ya?.”
“Gila ke apa kau ni!.”
“Aku bukan gila biasa. Aku tergila-gilakan kau.” Bisiknya dengan nakal tepat di telinga Amishah membuatkan dia menggeliat kegelian mendengarnya. Sebiji bantal di sisi dicapai lalu dihumban ke arah Khusyairi. Gatal!
“Dahlah, Ri. Aku mengantuk ni. Kau pergilah mandi kemudian tidur, dalam bilik kau sendiri. Esok pagi nak bangun awal pula. Please?.”
“Huh, mengantuklah sangat. Orang baru habis menangis tak mengantuk tau?.”
“Ri, please..” Amishah melembutkan suara, separuh merengek. Memang pun dia tak mengantuk. Dia cuma kurang selesa dengan kehadiran Khusyairi di dalam biliknya, lewat malam begini. Dengan perasaannya yang jadi aneh kini.
“Pergi mandi ya. Kemudian tidur. Aku tau kau dah makan dekat luar tadi.” Suruhnya.
Khusyairi diam. Dengan malas, dia bangun juga dari katil. Makan? Melayan Nuraina makan membuat seleranya hilang saja tapi dia tetap menyudu spagheti ke mulut tadi. Alang-alang sudah dibelanja, apa salahnya makan.
“Esok kau bangun awal nak buat apa?.”
Senyap.
“Sayang, esok kau bangun awal nak buat apa?.”
“Ri...Ya Allah, pergi keluarlah. Menyampah betul dengan kau ni tau.” Amishah memandang tajam Khusyairi yang senyum simpul di muka pintu. Puas melihatnya tidak dapat melelapkan mata.
“Yelah..yelah..orang tak suka. Aku keluarlah ni.”
“Tahu pun.”
“Apa dia, yang?.”
“Tak ada apa. Tikus dah bangun.”
“Ermm..apa-apa sajalah, dear. Apa pun, aku tetap gembira dengan kau. Good nite, dear.” Pintu tertutup perlahan.
Di luar, Khusyairi meraup muka. Gembira kerana dapat melayan rajuk manja Amishah. Kesal kerana sampai sekarang masih tidak dapat menyelami perasaan sebenar isterinya.
Di dalam, Amishah senyum sendiri. Ri..Ri...aku dear kau ke? Dear? Maksudnya sayangkan? Ri, aku pun...erm...







“Ri, bangun subuhlah.” Amishah menyentuh lengan Khusyairi yang terdedah. Pukul lima dia sudah terjaga dek deringan jam loceng Khusyairi tetapi lelaki itu masih belum berganjak sedikit pun. Alih-alih akhirnya dia pula yang terjaga.
Niatnya mahu menyambung tidur selepas solat tapi bila teringat Khusyairi akan ke pejabat hari ini, dia bergegas ke dapur. Memeriksa ada apa lagi yang boleh dibaling masuk ke dalam kuali untuk dijadikan sarapan.
“Ri, subuh. Bangun.”
Khusyairi kaku memeluk bantal. Pabila rambutnya disentuh Amishah, dia cuma menggeliat dan akhirnya tidur semula. Amishah kemik bibir. Pergi mana semalam agaknya? Takkan kerja dekat site penatnya mengalahkan buruh kasar.
“Ri, bangunlah. Dah subuh pun. Nanti terlepas waktu pula.”
Dengkur halus Khusyairi menjengah telinga. Semakin lena tidurnya bila dibelai manja begitu oleh Amishah. Dalam keadaan dingin subuh seperti ini.
“Ri, aku kira sampai tiga ya. Kalau kau tak bangun juga, aku siram dengan air sejuk.” Amishah mendapat idea. Memandangkan cara halus tak berkesan, lebih baik guna cara kasar.
Khusyairi tak boleh marah. Niatnya baik. Dia cuma mahu mengajak suaminya ke jalan yang benar. Bak kata ustaz, amar ma’ruf nahi mungkar!
“Satu...duuuuaa....ti...ga......”
Aik? Tak bangun juga?
Melihat lena Khusyairi sikit pun tak terganggu, dia bergegas masuk ke bilik mandi. Baldi kecil yang tersusun kemas di atas rak kaca dicapainya lalu diisi sehingga penuh. Sempat juga dia mencelupkan jari ke dalam air. Sejuk! Cukup sejuk!
Tanpa lengah, sebaldi air itu terus dituang ke atas kepala Khusyairi dan benar jangkaannya, Khusyairi terkejut beruk dan menjerit!
Besar matanya merenung Amishah. “Apa ni? Basahlah semua bedsheet aku!.”
“Huh, padan muka! Siapa suruh tak nak bangun. Degil sangat.”
“Hei, kot ya pun kejutlah elok-elok sikit. Ini basah tilam aku tau! Selimut pun basah.”
Amishah mengatur langkah selamba ke pintu, mahu segera melarikan diri. “Aku dah cukup lembut, elok kejutkan orang tu tadi tapi dah degil sangat. Nak buat macam mana. Niat aku cuma nak ajak kau kerjakan perintah tuhan. Itu aje.”
“Aku tahulah tapi....”
“Alah, apa kau susah? Kau kerja nanti aku jemurlah semuanya. Itu pun nak bising-bising sangat. Macam mak nenek.”


p/s : Maaf sekali lagi...haha..dah naik muak korang dengan alasan2 aku yer? apa2 jer la..layan pada yang sudi...Wendy??? Wendy??

Thursday, April 8, 2010

Mr & Mrs BFF 17

“Hah, Khusyairi. Meeting tu tak jadi petang ni. Postpone pergi minggu depan.”

Jeritan kuat itu menarik perhatiannya. Di balik pintu, Munirah mengangkat tangan tanda bagus dan spontan bibirnya mengukir senyuman. Syukur alhamdulillah!

“Betul tak jadi?.”

“Lah, buat apa saya nak menipu pula. Tak ada hallah nak kelentong bos sendiri. Meeting kena tangguh sebab bos besar ada hal lain nak selesaikan dekat HQ.”

“Oh, baguslah. Saya pun tak selesai nak revise case lagi. Takut pula kalau Datuk naik angin. Silap-silap, ada yang kena potong gaji nanti. Bertambah miskinlah saya.” Selanya dengan gelengan.

Disebabkan sibuk menjaga Amishah di hospital, perjalanan projek mereka masih ada yang belum dia dalami sepenuhnya. Memang mengejutkan apabila dia dikejutkan dengan berita bahawa hari ini Datuk Rahman akan turun padang mahu mengadakan mesyuarat. Mahu disembur dia nanti kalau ada maklumat yang diberikannya tidak memuaskan hati.

“Hish, mustahillah bos pula yang kena marah. Orang kepercayaan dia sendiri.”

Khusyairi menggeleng. “Jangan berharap sangat. Datuk ni lain sikit orangnya.”

“Insyaallah, tak mungkin.”

“Mudah-mudahan macam itulah juga.” Doanya.

“Lagipun bakal menantu, mana boleh nak perkecilkan macam tu aje. Ye tak?.”

Entah kenapa, kata-kata itu hampir membuat dia menyemburkan air milo panas di mulutnya ke lantai. Bakal menantu?

“Hish, apa kamu cakapkan ni? Bakal menantu apa?.”

Munirah senyum simpul. Semua orang sudah tahu Nurainah gila bayang dekat Khusyairi. Takkanlah Khusyairi sendiri tak perasan pula? Ke saja buat-buat tak faham pula kot?

“Alah, bos. Dah masuk perahu, janganlah buat-buat tak tahu.”

“Apa pula masuk perahu semua ni? Hish, tak kuasalah saya nak bercakap dengan awak, Mun. Awak ni kalau bab merepek memang nombor satu. Dah, sekarang get me the file. Saya kena siapkan cepat sebelum jam empat. Nak balik awal!.”

Sekali lagi Munirah senyum sendiri memandangnya penuh erti. Belum pun sempat dia mahu bersuara, dari arah belakang, seorang gadis berbaju kurung pesak biru muncul. Serentak dia mengeluh di dalam hati.

“Syairi!.”



Dengan beberapa barangan basah yang begitu terhad di dalam peti sejuk, Amishah cuma mampu menyediakan hidangan makan malam yang ala kadar.

Di atas meja, tempe goreng bercampur kacang bersalut madu, ayam percik tak cukup bahan dan sayur kangkung tanpa belacan sudah sedia menunggu. Pukul tujuh dia sudah siap memasak tetapi Khusyairi memberitahu dia akan balik sedikit lewat.

Walau kecewa tetapi dia cuba memujuk hati. Memang Khusyairi sibuk bekerja. Apa boleh buat. Lagipun sedikit sebanyak, kesibukan lelaki itu bukan saja-saja. Tiap bulan, lima enam ratus masuk juga ke dalam akaunnya.

“Tak apa. Nafkah dari suami kau.” Itu alasannya bila Amishah cuba menolak pemberian itu. Besar sangat jumlahnya!

“Ri, aku kan dah ada gaji. Aku makan seorang aje. Bagi mak dengan abah sikit, ada banyak lagi untuk aku.”

“Shah, kita kahwin olok-olok pun, nafkah tetap kena jalan. Kalau tak nak pakai sekarang pun boleh simpan. Mana tahu nanti nak kena pakai.”

“Nafkah?.” Amishah tahan debaran. “Zahir dan batin ke?”.

Dan yang kedengaran selepas itu cumalah bunyi ketawa Khusyairi.

Ah, Khusyairi! Mengingatkan lelaki itu, Amishah menjeling jam di dinding. Sudah sejam melewati pukul tujuh. Khusyairi masih belum muncul juga.

Amishah meletak kepala di penjuru sofa. Selesa sebentar rasanya sebelum telefon di atas meja kopi bergetar. Mesej!

Melihat sahaja nombor yang tertera pada skrin, senyumannya melebar pantas. Namun seketika cuma apabila selepas itu, dia kembali berbaring. Dengan hati yang kecewa. Dan sebal!

I’m so sorry, dear. Aku kena stay back sekejap. Lepas ni kalau semua inspection process siap, aku akan balik secepat mungkin. Tunggu tau.

Ah, apalah gunanya menunggu kalau cuma kecewa yang akan aku dapat? Keluhan kecilnya terlepas lagi. Penat memasak yang tadinya sudah hilang kini terasa mengisi seluruh ruang hati. Terasa sengal otot sendi dibuatnya.

Pukul sembilan setengah!

Khusyairi menoleh ke arah jam di dashboard kereta. Risau dan bersalah menguasai diri. Entah macam mana agaknya keadaan Amishah di rumah sendirian!

Selepas selesai dengan tugasnya pukul lima setengah tadi, dia sudah berkira-kira mahu terus pulang sebelum Nuraina muncul sekali lagi, dengan niat yang sama.

Pertama kali dia datang, Khusyairi sudah berhasil menipu namun kali kedua itu tadi, dia terperangkap dalam jeratnya sendiri. Alasan kononnya dia sedang berpuasa terbongkar apabila wanita manja itu melihat dia meneguk air mineral di dalam pantry.

“Oh, kata puasa! Awal berbuka nampak?.” Sergahnya dengan senyuman melirik mesra.

Khusyairi cuma mampu mempamer sengihan tak berharga. Kantoi! Betul-betul dia kantoi!

“Ermm...I memang puasa tadi tapi rasa tak sedap badan pula. Jadi I makanlah panadol.”

“Lah, tadi kata puasa. Sekarang kata tak sedap badanlah pula. Nakallah you ni, Syairi! But I like it.”

Dan sebelum sempat dia mengelak, lengannya sudah disambar terus dipeluk erat. Ah, bertambah lagilah dosa nampaknya! Kalau diikutkan hati, sebenarnya dia memang sungguh-sungguh tak mahu keluar dengan gadis seorang itu.

Dengan Nuraina, makannya berjam-jam. Dari pukul enam masuk ke dalam restoran sampailah ke pukul lapan.

“Mengada-ngada!.”

Nuraina memang mengada-ngada. Makannya sengaja dilambat-lambatkan. Menyudu ais krim pun macam dihidangkan batu. Mengunyah macam nenek tua.

Lepas dah kenyang, merengek pula minta temankan ke kedai pakaian. Khusyairi seakan hendak pengsan bila dia diusung ke sana ke mari. Dan hampir-hampir mati bila dibawa memilih pakaian dalam. Sungguh tak sopannya anak gadis Datuk Rahman! Belajarnya sampai ke luar negeri tapi akalnya pendek.

Itu pun nasibnya memang sangat baik malam ini. Kalau selalu Nuraina akan berjalan mengeliling satu pusat membeli-belah, kali ini gadis itu tiba-tiba disuruh pulang segera ke rumah oleh ibunya.

Dia pun apalagi. Sebaik sahaja berpura-pura berat hati melepaskan Nuraina, segera bergegas masuk ke dalam kereta dan kini dia sudah pun sampai ke blok apartmentnya.

Langkah kakinya lemah gemalai menaiki tangga. Briefcasenya ditinggalkan saja di dalam kereta. Penat. Di atas sana, dia cuma mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada Amishah.

p/s : salam ukhwah salam alaik....minta ampun banyak2 sebab terlalu busy dan mengabaikan perasaan korang yang tertunggu-tunggu ( bling..bling..yeke???)...harap masih ada yang sudi membaca garapan karut saya ni....

Popular Posts