Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, October 29, 2010

~Susun Silang Kata 2 ~

Ampuun...malam ni,malam semalam, malam esok, lusa dan tulat, aku pun tak pasti apa ada dalam kepala aku ni. Aku patutnya study sungguh2 sebab isnin & selasa ni aku final exam tapi hakikatnya, aku melangut depan laptop, main fb, tengok tv...nak sambung cite syah, baru masuk folder, dah kosong kepala. Uhuhuh...adakah nikmat idea tu dah ditarikNya? Nauzubillah....jadi sebab kepala kering sikit, aku sampaikan cerita baru ni. Selamat membaca....

Deringan telefon bimbit di atas katil menyebabkan aku terburu-buru masuk ke dalam bilik. Cik abang!

Berjanji akan turun dalam masa lima minit, aku lekas merembat tudung yang sentiasa ada tersedia di tepi almari. Memastikannya elok terletak dan menyembur sekali lalu minyak wangi ke tubuh, aku terus meluru turun ke bawah.

“Assalamualaikum..” sapanya dengan senyuman melebar. Mataku melekap ke tubuhnya yang masih dibaluti baju melayu berseluar khakis.

“Waalaikumsalam…abang belum balik ke rumah ke? dari masjid terus ke mari?.”

Gusar pula aku dibuatnya. Maksudnya dia masih belum makan malamlah kerana aku tahu dia cuma makan malam selepas kembali dari solat berjemaah di masjid. Sudahlah bertugas sampai ke lewat petang.

Dia cuma terus tersenyum. Oh…benarlah telahanku. Terasa bersalah pula terpaksa menyusahkan dirinya sedangkan aku boleh saja menyediakan sendiri makanan untuk diriku.

“Sorry, abang…Nur tak tahu abang belum balik rumah pun. Kalau tahu, Nur tak minta apa-apa dengan abang tadi.” Ujarku masih dengan perasaan bersalah.

“Ya Allah…tak mengapa. Bukannya susah sangat. Singgah aje dekat restoran, bukannya kena masak sendiri.”

“Tapi abang…”

“No, it’s okay…it’s my pleasure to treat you.” Pujuknya.

Aku memang paling mengelak sebelum menyusahkan orang lain. Bukankah tidak elok asyik menyusahkan? Sedangkan aku boleh berusaha sendiri?

“Ambillah. Abang belikan nasi goreng cendawan dengan ayam masak halia. Sayang punya favorite kan?.”

Antara rasa bersalah dan sedikit segan, beg plastik di tangannya aku capai jua. Semerbak bau nasi goreng cendawan di dalamnya memang menyelerakan. Kegemaran kami berdua sejak di bangku sekolah.

“Bukan favorite Nur seorang…abang tak suka ke?.”

“Masih suka…sama macam tuannya juga. Tuannya tak berubah hati kan?.” Usiknya nakal. Aku sekadar tersengih membalas pandangannya sebelum menundukkan pandangan. Berdosa.

“Insyaallah tidak…kenapa? Orang yang bertanya dah berubah hati ke?.”

Pantas dia menggeleng bagai sikap Amirah apabila takut dimarahi papa dan umi. “Abang tak pernah cintakan perempuan macam mana abang cintakan sayang. Sayang pun tahu kan?.”

Ya, dia memang mencintaiku setakat yang aku tahu. Walaupun jarak usia kami agak besar namun itu bukanlah halangan. Dia cuba mendekatiku pun semasa aku baru di tingkatan satu. Semasa program orientasi sekolah.

“Terima kasih.”

“Untuk makanan ke atau..”

“Untuk kedua-duanya…untuk makanan ni dan untuk cinta abang.” memang aku bersyukur dengan cintanya. Dia yang tidak pernah mengambil kesempatan dan menyelar kesucian cinta kami dengan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.

Sebelum berpisah, dia bertanyakan pelbagai perkara tentang diriku disulami dengan jenaka-jenaka nakal berunsur nasihat di dalamnya. Banyak benar yang dia mahu ketahui perihal diriku.

“Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.”

Salamnya aku sambut di dalam hati. Saat aku mahu menutup semula pintu pagar, baru ku sedar ada seseorang sedang memandangku dari rumah sebelah.

Huh, lelaki sombong!

“Sementara nak tunggu keputusan mana-mana IPTA ni, papa kira ada baiknya Siti ambil lesen memandu. Boleh isi masa lapang.” Cadang papa tiba-tiba.

Suapanku terhenti seketika. Umi memandang sama kepadaku dengan pandangan setuju. Mungkin bagi umi, jika nanti aku sudah ada lesen bolehlah aku menggantikan papa menghantarnya ke mana-mana. Maklum sajalah umi.

“Umi pun setuju, Siti. Nanti tak adalah umi tertinggal kelas memasak ke, ceramah agama ke sebab papa sibuk dekat pejabat. Siti boleh tolong hantar umi.” Pujuk umi dengan pandangan bersinar.

“Tapi Siti tak suka memandu, pa. takutlah. Tak pandai.”

“Sebab tak pandailah jadi Siti kena pergi ikut kelas memandu. Dekat sana nanti semua benda diorang akan ajar. Siti tinggal kena serius aje.”

“Tapi, pa…”

Papa turut menghentikan suapannya. Bersungguh-sungguh benar dia mahu aku mengambil lesen. Benarlah banyak kebaikannya tapi aku sama sekali tidak terniat hendak belajar memandu.

Selama ini kalau hendak ke mana-mana, ada papa yang akan menghantar. Kalau abang ada, dia juga akan sentiasa bersedia jadi pemandu. Dan kalau tiada kedua-duanya, teksi kan ada.

Selepas kahwin nanti, ada dia yang akan jadi pemandu sejatiku sampai ke akhir hayat, insyaallah.

“Nanti Siti boleh tolong hantarkan umi. Temankan umi. Dan kalau ada rezeki Siti masuk ke universiti, kan senang Siti pergi kuliah. Papa pun sibuk. Mana dapat hantar Siti ke sana ke mari.”

“Teksi ada, pa. umi pun boleh naik teksi juga.” Di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu ini, perkhidmatan awam bukan masalah. Kalau terlebih rajin lagi, boleh menaiki bas.

Umi membeliakkan mata mendengar cadanganku. Aku tahu umi tidak suka teksi walau apa pun alasannya.

“Umi tak suka naik teksilah, Siti. Bahaya.”

“Tak bahayalah, umi. Insyaallah.”

“Eh, tak mahulah saya, bang. Abang tahu sendiri saya memang tak berani naik teksi sampai bila-bila pun. Saya takut.” Adu umi pula. pandangannya terus kepada papa. Mengharapkan sokongan papa.

Seakan termakan dengan pujukan umi, papa terangguk-angguk memandangku. “Papa harap Siti boleh fikirkan semula tentang cadangan papa ni. Untuk kebaikan Siti sendiri.”

“Err…”

“Tak apalah, makan dulu. Habiskan nasi tu dulu. Kemudian baru cakap pada umi dengan papa tentang keputusan Siti.”

Seketul ayam goreng sudah mendarat masuk ke dalam pingganku. Aduh, aku memang tidak berniat langsung mahu belajar memandu. Kenapalah papa dan umi tak mahu dengar pendapat aku?

“Janganlah monyok. Tak baik buat muka masam depan rezeki macam ni.”

“Bukannya monyoklah, umi.”

“Habis tu, nasi tu langsung tak diusik dari tadi. Nanti tak makan, datang lagi sakit gastrik tu, nak masuk hospital?.” Umi menjeling ke pingganku yang hanya terusik sedikit sahaja isinya.

Aku hanya mampu tersengih daripada membalas kata-kata peringatan umi itu. Betullah katanya. Nanti menyusahkan mereka pula.

“Tak apalah, umi, papa. Siti rasa Siti dah kenyang. Siti bangun dulu ya.” Pingganku aku bawa ke sinki. Aku cuci serentak dengan bekas yang digunakan umi semasa menyediakan makanan tadi.

“Siti.”

Niatku hendak melangkah naik ke bilik terhenti. Papa tiba-tiba tersenyum-simpul berpandangan dengan umi. Ada apa?

“Sebenarnya papa minta Siti ikut kelas memandu sebab insyaallah dua minggu lagi, abang sekeluarga akan berpindah sementara ke rumah ni. Jadi..”

“Pindah sementara? Maksudnya?.” Alhamdulillah…maksudnya Amirah akan ada sama di rumah ini.

“Abang dapat tawaran kerja dekat universiti. Jadi untuk sementara waktu nak cari rumah sendiri, mereka akan tinggal dengan kita.”

Aku masih berkerut dahi cuba memikirkan apa juga kaitan antara kelas memandu dengan kehadiran abang dan keluarganya.

“Apa maksud papa?.”

“Siti kenalah tolong pergi hantar Amirah pergi tadika sebab abang dengan kakak kena keluar awal pergi kerja.” Sampuk umi sebelum sempat papa mengeluarkan suara.

Dan aku sudah terjerit gembira mendengarnya. Lebih banyak masa bersama si kecil bermulut petah yang cerdas otaknya itu? Alhamdulillah…Alhamdulillah…terjerit umi saat tubuhnya ku peluk kuat.

Sunday, October 24, 2010

Mr & Mrs BFF 54

Dah baca yg sebelumnya? Ep 53? Kalau belom, jangan baca ep ni. hehe..tetiba merajinkan diri upload sampai 2 ep dlm sehari...mahunya tak komited gitu...


“Kamu apa khabar?.”

“Alhamdulillah. Saya masih begini, mak cik.”

Kepala Kamariah lekas memusing. Tepat menghadap wajah suram itu. Dia merasakan air matanya sudah berebut mahu keluar dan membasahkan pipi namun dia cuba untuk bertahan.

“Mishah dah tak nak panggil mak ke?.” wajah suram Amishah diusapnya dengan ibu jari.

Selepas perpisahan Khusyairi dan Amishah, menantu kesayangannya ini, baru sekali dua dia dapat meluangkan masa datang ke rumah kayu ini. Dia sibuk dengan urusan kerja, dengan urusan rumahtangga. Apalagi sejak kebelakangan ini tahap kesihatannya semakin merudum jatuh.

Pertama kali dia dan suaminya datang dengan niat mahu melawat Amishah, bekas menantunya ini tiada di rumah. Masih sibuk menguruskan aktiviti perkhemahan di sekolah. Tapi hari ini dia muncul mahu menyampaikan rasa hatinya.

Semalam Khusyairi menelefonnya. Mengeluh keadaan dirinya yang semakin tidak menentu. Seringkali hampir demam dan kesunyian. Rasanya, dia tahu apa sebenarnya yang berada di dalam hati anak lelakinya itu.

“Dah hilang kelayakan untuk Mishah panggil macam tu. Mishah bukan menantu mak cik.”

“Mishah.”

“Tak apa. Panggil mak cik ke, mak ke…saya tetap akan sayang mak cik. Saya kenal mak cik sejak kecil sampai dah besar, sempat pula jadi menantu mak cik, saya tahu mak cik baik. Macam mak saya sendiri.”

Ah, nampaknya Amishah semakin jauh dengannya. Sudah membahasakan dirinya ‘saya’…memanggilnya mak cik.

“Mak minta maaf atas kesilapan Ri. Mak yakin dia dah buat kesilapan paling besar.”

Senyuman Amishah mekar di bibir. Tiada gunanya pun membicarakan benda yang sudah jauh tertinggal di belakang. Past is past. Just leave it behind. Itu prinsip yang menguatkan dirinya selepas berpisah dengan Khusyairi. Kini dia mesti lebih berfokus kepada apa yang akan dihadapinya pada masa depan.

“Benda dah berlalu, mak cik.”

“Kalau ada ruang untuk bersama lagi pada masa depan?.” Dia boleh memujuk dan menyedarkan Khusyairi kalau itu perlu untuk menyatukan semula ikatan yang sudah terlerai ini.

Amishah lekas menggeleng. Mengulangi sesuatu yang menyakitkan? Itu sama seperti membelah hati yang sudah hancur berderai. “Luka yang lama pun tak sempat nak sembuh, saya tak sanggup nak dapat luka baru.”

“Nak.” Tangan Amishah dicapainya. “Mungkin hubungan kamu masih boleh diperbaiki. Berbincanglah dulu elok-elok. Mungkin bukan hanya silap sebelah pihak.”

“Bukan silap Ri? Itu maksud mak cik?.”

“Tak..bu..”

“Mungkin memang bukan salah dia. Saya yang silap. Saya yang tak cukup baik untuk dia. Jadi apa gunanya nak teruskan?.”

“Mishah…”

“Saya dah fikirkan benda ni masak-masak. Bila saya dilepaskan, maksudnya saya bukan yang dia mahukan.”

Kamariah semakin buntu. Amishah sudah lain pendiriannya kini. “Macam mana dengan baby kat dalam tu? Dia perlukan papanya.”

“Kalau Ri memang masih ingat dan sudi tengok baby ni, saya tak ada halangan. Saya benarkan mereka berjumpa.”

Mr & Mrs BFF 53

Salam penuh keinsafan...sepi blog ni beberapa hari..ampun dan tentang janji saya nak sambung cerita Mr & Mrs BFF hari tu, ampun sekali lagi. Baru arini ada sambungannya.


Matanya sudah memberat. Kertas-kertas di atas meja yang diselaknya sebentar tadi ditenung lesu. Letih. Memang dia teramat letih seharian duduk di pejabat bersama AIsyah dan Munirah berbincang soal projek yang kini sudah berada di peringkat akhir. Dua minggu akan datang, Datuk Rahman akan turun padang memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Interkom di atas meja ditekan. Kepalanya semakin memberat rasanya.

“Yes, boss?.” Suara Munirah kedengaran sedikit lemah. Mungkin ibu muda itu pun sudah keletihan. Bekerja sejak pukul sembilan pagi hingga kini sudah pun jam lapan malam.

“Tolong panggilkan Aisyah.”

“Aisyah? Baik, bos.”

Dia tidak menunggu lama. Belum sempat dia membetulkan duduk, pintunya sudah diketuk. Aisyah menjenguk sekadar di pintu.

“Banyak lagi ke yang nak buat?.” Soalnya.

Aisyah mengangguk perlahan-lahan. Banyak…Khusyairi melepaskan keluhan. Letih. Bagai hendak kejang tengkuk dibuatnya. Makan pun belum. Tapi sejak kebelakangan ini, dia memang sudah jarang makan. Dia hilang selera mahu makan. Apalagi bila terpaksa menghadap wajah muncung Nuraina.

“Kalau macam tu, aku rasa baik korang balik dululah. Mun pun mesti dah letih tu. Esok kita sambung lagi.” Risau juga dia. Ibu beranak kecil seperti Munirah, mestilah diperlukan sangat di rumah. Anaknya yang baru berumur lima bulan itu tentu mahu ditidurkan ibunya.

Bercakap soal anak, entah kenapa fikirannya tiba-tiba terkenangkan seseorang. Seseorang yang tidak lama lagi akan bergelar ibu juga. Sama seperti Munirah. Tapi anak Munirah punya ayah, anak yang itu bagaimana?

“Bos?.”

“Err…balik dululah. Cakap dengan Mun. suruh dia balik dulu. Baby dia kat rumah tu entah-entah dah menangis nakkan Mun.” ibu dan anak memang tidak boleh dipisahkan.

“Bos tak nak balik ke?.”

“It’s okay. Korang balik ajelah dulu. Aku stay sorang-sorang pun tak apa. Aku ni lelaki. Tak ada orang nak kacau.”

Jawapan Khusyairi mengundang ketawa kecil Aisyah. “Apalah bos ni. Memanglah lelaki takkan diganggu tapi bos takkan tak reti letih kot? Kita sama-sama sibuk siapkan kerja.”

“Aku okeylah. Dah, pergi balik cepat. Jangan lambat esok.” Khusyairi memusing-musing kepalanya. Beberapa kali pula tengkuknya diusap.

Aisyah membisu merenung gelagat Khusyairi. Sejak kebelakangan ini, dia perasankan sesuatu. Khusyairi suka bersendirian di pejabat. Dia suka pulang lewat ke rumah. Dia tahu kerana secara tidak sengaja dia terlihat punch card lelaki itu.

“Are you sure you are okay?.” Dia masih kekal berdiri di tempat yang sama.

“Syah, aku okeylah.”

“Syah?.”

“Syah?.” Soalan itu membuat dahinya berkerut sendiri namun degupan jantungnya tiba-tiba seolah terhenti. Syah?

“Bos ni, sejak bila pulak lah panggil saya Syah ni? Saya Aisyahlah. Tak nak orang panggil saya Syah. Itu nama lelaki.”

Bukan..itu bukan nama lelaki. Itu nama wanita. Wanita yang paling dia cintai suatu ketika dahulu. Tapi paling dia…rindui? Bukan. Dia mungkin hanya rasa bersalah melepaskan Amishah di saat wanita itu sedang hamil. Ya, itu yang dia rasai kini.

Tapi iyakah?

Keluhannya terlepas lagi. Aisyah mengerutkan dahi sekali lagi. Sahlah Khusyairi memang sedang dilanda masalah. Mungkin memikirkan Nuraina yang gedik itu agaknya.

“Dah..dah..pergi balik cepat. Aku okey. Kejap nanti tahulah aku nak balik.” Khusyairi cepat memintas, sebelum Aisyah yang ala-ala psikik itu membaca fikiran dan perlakuannya.

Kedua bahunya diangkat. “Okey. Kalau macam tu kami balik dulu. Tapi kalau dah letih sangat tu, elok balik berehat aje.”

“Tahu.”

Aisyah tergeleng-geleng meninggalkan Khusyairi terus melayan rasa letihnya sendirian. Seketika dia membelek telefon bimbit, wajah Amishah muncul di paparan skrin. Eh, bila masanya aku letak gambar Shah ni?

Friday, October 22, 2010

Special N3..SKSI...

Aku saja coretkan sikit kat sini beberapa bab tapi dalam bentuk ringkas aje. Enjoy..pada yang rindu nak baca, silakan..with all my love.

Senyumannya kelihatan di bibir. Direnungnya mataku lama. Aku yang tidak perasan sudah tersebut nama Alishah mengerutkan dahi kurang mengerti.

“Nama dia Alishah ya, bang? Cantik nama tu. Mesti orangnya pun cantik, kan?.”

Untuk soalan itu, mulutku terkunci sendiri dan saat terlihat ada air jernih bergenang di pelupuk matanya, mulutku semakin kukuh terkunci.

“Abang?.” Matanya tepat merenung ke dalam mataku.

“Boleh tak for these few seconds, Sofea peluk abang lagi?.”


***************

Hujan lebat yang mengirimkan kedinginan yang bukan sedikit malam semalam telah melewatkan aku untuk bersolat subuh hari ini. Bersolat sendirian memandangkan si buah hati sedang mengalami keuzuran.

Kedinginan hujan itu satu lagi alasan namun selebihnya aku sukar hendak melelapkan mata sebenarnya. Semuanya gara-gara sofea.

Sofea yang aku tinggalkan sedang menangis sendirian di rumahnya semalam. Sofea yang aku takuti akan menghalang aku daripada memasuki syurga Ilahi. Sofea yang tidak pernah aku layani.

**************

Melalui hari-hari berikutnya, semakin mendera perasaan lelakiku. Entahlah tapi aku sudah mula merasakan Alishah sedikit dingin denganku. Dua hari lalu, dia membenarkan aku mula masuk ke pejabat. Aku membantah kerana aku lebih tenang berada di sisinya.

Tapi yang tenangnya aku, bukan dia. Dia sudah mengaku dan berterus-terang mengatakan hatinya benar-benar luka dan perlukan masa untuk menerimaku seperti dulu.

“Tapi, Isha..”

“Isha nak belajar biarkan abang tak ada di samping Isha sepanjang masa. Abang ada tanggungjawab lain jadi abang kenalah bertanggungjawab.”


Popular Posts