Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, May 24, 2011

Aku terima nikahnya 3

“Abang, marilah jumpa Auntie Sarah dengan Uncle Mansur dulu.”

Syed Uthman Affan yang baru mahu melangkah naik ke atas melangkah lambat-lambat mendapatkan umi dan walid di ruang tamu.

Tadi semasa makan tengah hari bersama, dia sudah bersalaman dan berbual serba-sedikit dengan pasangan suami isteri itu. Mereka kawan lama walid semasa belajar di Liverpool dulu. Itu yang walid beritahu.

“Buat apa dekat dapur tadi, Uthman?.” Tegur Puan Sri Sarah Munawwarah mesra. Di bibirnya sudah ada segaris senyuman manis.

“Tak ada apa, auntie. Tolong kemaskan dapur sikit-sikit.”

“Rajinnya anak teruna awak ya, Aisyah. Pandai awak didik.”

Umi tersenyum senang. Ditepuk-tepuknya bahu kanan si anak yang memang banyak membantunya menguruskan rumah selama ini.

“Apa boleh buat, kak. Dah tak ada rezeki kami nak dapatkan anak perempuan. Syukurlah anak lelaki pun tak berbeza sangat. Masih boleh tolong mana yang patut.” Ujar umi dengan rendah hati.

“Yelah. Dia Maha Adil. Setiap apa yang dah Dia tentukan, tentu ada hikmah yang tersendiri. Nanti-nanti tak lama lagi, ringanlah beban Aisyah bila dah dapat anak menantu perempuan.”

Syed Uthman Affan mengulum senyum sendiri. Dia tidak tahu bila dia akan menamatkan zaman bujangnya ini. Syed Umar Uzair sendiri pun belum pernah membawa mana-mana anak gadis untuk diperkenalkan sebagai bakal isteri, jadi dia tahu sendiri yang masanya belum tiba.

Biarlah Syed Umar Uzair yang menikah dulu. Dia hormatkan abang sulungnya yang seorang itu.

“Mudah-mudahan begitulah hendaknya, kak. Umar yang sulung tu dah duduk dekat Terengganu. Dah jauh dari pandangan kami berdua. Itu yang saya harap sangat dia cepat-cepat menikah.”

Baru lima bulan Syed Umar Uzair ke sana. Tuntutan kerja memerlukannya meninggalkan negeri Sabah ini. Walaupun anak sulungnya itu akhlak dan peribadinya elok tapi sebagai lelaki, tentulah banyak ujiannya.



p/s : ampunlah klu pendek sgt..huhu..ada hal sket. tengah bz nak bt ulangkaji ni sbb lusa 26hb ada interview dgn SPP..doakan aku boleh jwb dgn baik n lulus ya?

Sunday, May 22, 2011

Aku terima nikahnya 2

Hujung minggu ini, Syed Uthman Affan lebih suka duduk di rumah. Berbual dengan walid, umi, Syed Umar Uzair dan Syed Umar Adib. Atau kalau tidak sekali pun, menolong umi memasak dan selebihnya dia suka membaca di dalam bilik.

Tapi pagi minggu ini, dia dikerah umi menemaninya ke pasar memborong bukan satu tapi hampir sepuluh jenis lauk. Umi membeli seolah-olah di pasaraya. Capai saja apa yang dia mahu tanpa cerewet.

“Umi ada tetamu ke?.” Tanyanya dengan bakul sarat berisi ikan dan sayur-sayuran di tangan.

Peliknya, bila ditanya umi akan senyum simpul saja. Langsung tak bersuara. Tangannya makin ligat memilih-milih buah tembikai madu sampai dua biji.

“Jangan beli banyak sangat, umi. Nanti tak habis makan semua ni. Membazir pula.” Tegahnya bila umi sudah berura-ura hendak membeli buah betik yang sudah masak ranum itu. Di rumah, bukannya ada yang suka makan betik.

Sehingga penuh bakul di tangan, barulah umi berhenti berjalan. Melilaukan mata sebentar dan akhirnya melangkah ke arah si penjual ulam-ulaman.

“Umi ni macam orang mengidamlah. Umi mengandung ke?.”

Untuk bisikan nakal itu, satu cubitan dan jelingan umi hadiahkan kepada Syed Uthman Affan yang hanya menyeringai di belakang.

“Soalan tak senonoh betul.” Marah umi sambil mencapai seikat kacang botol.

“Ampun, umi. Abang gurau-gurau aje. Tapi kalau ya pun, apa salahnya. Rezeki Allah nak bagi.”

Umi menampar perlahan bahu si anak. Dibiarkannya usikan nakal Syed Uthman Affan tidak berjawab. Pasti semua yang diperlukan sudah dibeli, umi bergerak dari celah kesesakan orang ramai di pasar itu.

Dia perlu cepat pulang ke rumah. Menyediakan makanan kerana dalam masa dua jam lagi, tetamu yang menelefon dua hari lalu dengan janji hendak datang berkunjung itu akan sampai ke rumah.

“Dah, mari balik. Umi nak lekas ni. Nanti abang dengan adik tolong umi dekat dapur, okey?.”

“Dah nak masak? Awalnya, umi?.” Syed Uthman Affan menelek jam di pergelangan tangan. Baru pukul sembilan. Biasanya umi mula memasak pukul sebelas. Mimpi apa umi semalam?

“Alahai, abang ni! Banyak sangat tanya. Selalu tak macam ini pun.” Rungut umi sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

“Bukan banyak tanya, umi. Abang cuma pelik. Tak pernah-pernah umi nak turun pasar. Selalu umi boleh suruh aje abang datang pasar dengan list kat tangan. Sudah tu, beli sikit punya banyak barang.”

Memangnya dia yang bertugas turun ke pasar membeli apa saja yang disuruh umi. Abang Umarnya pula sudah jauh ke Terengganu. Kalau dia pulang, umi tak akan menyuruhnya buat apa-apa kerja.

“Umi ada tetamu ya?.”

“Kenapa tanya macam tu?.”

Syed Uthman Affan menayang senyuman manisnya. “Saja tanya. Biasa kalau nampak umi kalut macam ni, ada tetamu penting nak datang ke rumah. Iya ke?.”

Seperti tahun-tahun yang sudah, umi akan jadi lelah sendiri ke sana ke mari mahu menyiapkan semua benda bila dia dapat tahu rumahnya akan dikunjungi. Biar cuma kawan lama dari kampung yang hendak datang, umi akan tetap jadi cemas secemas-cemasnya.

Umi menarik nafas panjang memandang Syed Uthman Affan menghidupkan enjin kereta. Memang ada tetamu yang akan datang ke rumah sebentar lagi. Orang jauh yang sudah lama tak bertukar cerita dengannya tapi masih tetap lekat di hati.

“Iye ke, umi?.”

“Agaknyalah, abang. Orang jauh nak datang ke rumah. Risau umi dibuatnya.” Akuinya kemudian.

“Umi janganlah risau sangat. Nanti pening lagi kepala umi tu. Biarlah dia orang nak datang, nak menziarah. Bukannya datang nak meminang, umi. Jangan risau.” Di hujung kata-katanya itu, Syed Uthman Affan mengulum senyum.

Umi risau mengalahkan emak orang yang nak menerima rombongan meminang anak dara saja lagaknya.



p/s : insaf dah..malas nak awal2 komen kat atas..hikhik..selamat membaca.

Thursday, May 19, 2011

Aku terima nikahnya 1

~ Ish, nampak tajuk mcm novel...tapi tetap bebelanku juga yg muncul dulu...kekeke..jangan marah. Aku dah sekian lama tak post apa2 cerita dekat sini kan? Utk pengetahuan korang, inilah karya terbaharu aku setakat ini yg entah bila akan siap sebab berbesarlah hati kiranya novel ni boleh menyusul kakaknya SKSI jadi novel versi cetak. Aku mengharapkan doa korang semua. Hehehe...


Demi Allah, maruahku terbang melayang

Lelah.

Penat.

Letih.

Teramat mengantuk.

Ada lagikah perkataan atau frasa yang hampir sama waktu dengannya dalam mana-mana edisi Kamus Dewan? Kalau ada dia mahu letakkan di sini.

Tapi rasanya memang itu saja yang ada. Atau lebih spesifik lagi yang dia tahu. Sebabnya dia memang kurang membaca malah jujurnya tak pernah sekali pun membelek bukan saja isi malah kulit Kamus Dewan itu.

Sehari semalam dia duduk menelaah buku-buku rujukan yang bertimbun di atas meja dan tidak sampai tiga jam, semua yang berjaya masuk ke dalam kepalanya itu ditumpahkan ke atas lima helai kertas putih berjalur-jalur buatan Malaysia.

Dan, that’s it.

Itu saja.

Kadang-kadang rasa tak adilnya sistem pendidikan di Malaysia ini. Berbulan-bulan malah bertahun-tahun menelaah buku, dalam masa singkat ilmu itu dicurahkan ke atas kertas. Untuk dinilai pula oleh orang lain.

Contoh paling tak adilnya, SPM, PMR dan UPSR.

Tapi ya lah, dia bukan siapa-siapa pun di negara ini. Cuma rakyat biasa. Kalau dia duduk di kabinet, perkara pertama yang dia mahu ubah ialah sistem pendidikan.

Oppss...yang berkenaan jangan ambil hati ya. Itu cuma cakap-cakap kosong. Angan-angan seorang mahasiswa tahun akhir yang sudah naik bosan duduk periksa.

Dan mengenangkan dirinya begitu, Syed Uthman Affan tergeleng-geleng sendiri. Back pack penuh berisi pakaian dan buku itu dibetulkan kedudukannya. Beg itu bukanlah berat sangat sebenarnya tetapi berjalan di bawah panas mentari begini membuatnya terasa seperti mahu berlari sepantas mungkin menuju stesen bas itu.

Terasa jerihnya menjadi seperti Ifwat si anak nelayan itu yang tiap kali hendak pulang kampung perlu berjalan kaki ke stesen bas dengan beg pakaian penuh berisi oleh-oleh untuk adik-adiknya.

Nasib mereka jauh berbeza. Dia sendiri anak seorang peguam dan doktor. Tapi yang menyamakan mereka kini dia juga perlu berjalan kaki dari asrama gara-gara kereta walid masuk bengkel dan kereta umi pula dibawanya ke Tawau untuk bermesyuarat.

Mujur saja, tidak sampai lima belas minit menunggu, sebuah bas yang dipasang air cond berhenti di hadapannya.

Matanya yang terasa berat dibuka sedikit. Dia melihat ke kiri, tembus keluar tingkap.

“Oh, masih kat sini?.” Keluhnya dan menutup mata semula dengan seluruh rasa malas. Ingatkan sudah sampai di bandaraya Kota Kinabalu.

Rasa lelah bercampur kantuk yang terhimpun sejak semalam dihilangkan dengan tidur sepuas-puasnya. Dia mahu mendapatkan sedikit tenaga kerana tiba di terminal nanti, dia perlu mencari teksi pula untuk pulang ke rumah.

“Excuse me..”

Ah, matanya semakin berat rasanya.

“Eh, abang...bang..”

Eh, aku dah sampai ke rumah ke? Bila masa pula umi pulang ke rumah? Bukan umi mesyuarat dan sambung kursus sampai seminggu ke?

“Bang..excuse me..”

Syed Uthman Affan mendiamkan diri seketika. Otaknya semakin ligat berfikir. Harumnya bau. Setahunya ini bukan bau minyak wangi yang dia sembur ke tubuh pagi tadi. Lagipun dia sembur sedikit saja. Bau ini pula kuat semacam. Menyengat hidung. Menggoda naluri lelakinya.

Syed Uthman Affan tergeleng-geleng dengan mulut terkumat-kamit sendiri. “Astaghfirullah...astaghfirullah...”

“Hah, bangun pun. Excuse me, saya nak turun ni.” Satu suara gemersik begitu hampir di telinganya. Istighfarnya terhenti seketika.

Kenapa hampir sangat? Fikirnya.

Tapi belum sempat suaranya keluar dari celah bibir, sel-sel otaknya tiba-tiba bercantum, menerima maklumat dan tak sampai sesaat, satu kesimpulan dia dapat. Serentak dengan tolakan di kepalanya.

Kepala?

Astaghfirullah. Patutlah. Patut sangatlah bau harum itu kuat sangat.

Kepalanya ditegakkan sepantas kilat. Dia rasa kulit mukanya sudah jadi merah pekat saat ini. Suaranya tertahan dan dia langsung tidak berkata apa melihat si gadis berambut panjang separas bahu dengan pakaian yang...masyaallah, dia jadi malu hendak menyebutnya...itu berlalu turun meninggalkannya terkebil-kebil sendiri di sini.

Sehinggalah dia ‘dipaksa’ turun oleh si pemandu bas, barulah dia tersedar yang dia rupanya sudah tidur beralaskan bahu si gadis tadi. Otaknya sampai jadi segan hendak menjangka sudah berapa lama dia tertidur di situ...dengan lenanya...

Oh, patutlah walid selalu memberi ingatan..tiap inci dari namanya seorang perempuan, itu memang mengasyikkan. Oh, astaghfirullah...walid benar...sedangkan dia yang cuma bersandar kepala ke atas bahu seorang perempuan saja sudah bergetar hati, apalagi mereka-mereka yang dengan selambanya berpegang tangan, berpeluk bahu.

Astaghfirullah...


Popular Posts