Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, January 31, 2013

Jangan senTuh haTiku 7



7
“Buat apa tu?.”
Sumayyah yang terjengul di muka pintu tersenyum-senyum. Budak seorang ni memang selalu langgar adab. Dia masuk dulu, bila nampak tuan punya bilik tunjuk muka tegang, baru dia pura-pura mengetuk pintu.
“Nak apa ni?.” Suraya bertanya malas. Dia sudahlah penat dari pejabat. Ini nak kena sambung pula kerja mengurus kad kahwin Encik Naufal sampai ke rumah.
Eh, iya ke penat?
“Eh, kad apa tu, kak long?.” Tangan Sumayyah sudah sampai pun ke dalam kotak. Tak sempat dia nak mengelak. “Wah, kad kahwin siapa ni? Tak ada nama kak long pun?.”
“Hish, mulut tu, Sumayyah. Ada cakap macam tu. Kalau kad kahwin kak long, takkan Sumayyah tak tahu pula.”
Kad berwarna merah hati bertinta emas itu dibelek dengan bibir melebarkan sengih. Rasa menyesal juga bergurau lebih-lebih walau dia rasa macam pelik sangat. Suraya bukan wedding planner ke apa yang nak sibuk-sibuk uruskan kad kahwin orang lain. “Sumayyah gurau ajelah, kak long. By the way, siapa Adib Naufal ni? Kawan kak long?.”
“Bukan.”
“Dah tu?.” Tak pelik ke?
Suraya kerling saja adik ketiganya yang elok saja meniarap di atas katil. Kotak kecil berisi separuh daripada baki 600 kad jemputan kahwin Encik Naufal dia tarik ke tepi.
“Kak long?.”
Jari-jemari yang rasa lenguh diregangkan dua tiga kali. “Dia kan bos kak long.”
Sumayyah mengangguk faham. Tapi tak lama kemudian, di dahinya ada kerutan semula. “Kalau dia bos kak long, bukan dia sepatutnya orang kaya ke? Dan orang kaya bukan ke biasanya upah wedding planner?.”
Sumayyah kan, memang banyak mulut, banyak tanya!
“Entahlah, Sumayyah. Kak long cuma tolong buat apa yang Encik Naufal suruh.” Walaupun hati sendiri rasa macam disiat-siat tiap kali dia tanggalkan kertas nama dan alamat tu. Suraya senyum kecil berfikir.
Bantal peluk saiz kecil dengan kartun Pooh bercetak besar itu diambil Sumayyah. Badannya sengaja digolek ke kiri dan kanan. Sedap sangat baring atas katil Kak long sebab cadarnya sentiasa bersih dan wangi.
“Eh, daripada habis cadar kak long tu Sumayyah kerjakan, why don’t you help me finish this? Kak long dah letihlah.”
Sumayyah segera mencebik. “Tak naklah. Kak long pun satu, bos dera pun kak long tak tahu.”
“Dera apa pula?.”
“Tu buat benda tu, deralah namanya tu.”
Sekeping kad dimasukkan ke dalam sampul. Lepas yang ini, agaknya ada lagi dalam 100 keping. Allah, larat ke aku ni?
“Ini bukan deralah, Sumayyah. Memandai buruk sangka.” Marahnya. Sempat dia cubit sikit kaki Sumayyah yang digoyang-goyang di tepi katil.
“Kak long. For your information, ini adalah penderaan namanya. Cuba kak long ingat balik, siapkan kad kahwin bos tu masuk tak dalam skop kerja seorang PA? Ada mendatangkan apa-apa faedah untuk syarikat?”
Niatnya hendak mencapai sekeping lagi kad terbantut. Untuk beberapa saat, Suraya pandang Sumayyah yang terus bergolek senang hati di atas katil. Dia mahu marah tapi bibirnya sudah senyum.
Sumayyah ni, umur baru 13 tapi mulut dan pemikirannya, macam orang dah umur 23 tahun!
“Betul kan apa Sumayyah cakap?.”
Suraya senyum lagi. Kepalanya digeleng. “Kak long bukan buat kerja ni as a PA. Kak long ikhlas nak tolong Encik Naufal. Kesian dia nak buat semuanya seorang.”
Ikhlas?
Iya, Suraya ikhlas. Memanglah Encik Naufal siap bagi dia offer VIP seat untuk Suraya dan Farahin waktu majlisnya nanti sebagai ganti. Dan offer itu sudah sah dia takkan terima pun.
Nak suruh dia duduk di kawasan dekat dengan pelamin?
Suraya tergeleng-geleng. Nak pergi majlis tu nanti pun dia rasa macam mustahil. Kalau hatinya tak cukup kuat waktu tu, Suraya tak risau. Dia dah ada 20 alasan nak diberi pada Encik Naufal kenapa dia tak dapat datang.



Saya yang menurut perintah,

__________________
(S.R.J D.T 2013)



~ Haha...aku betul2 menurut perintahmu yg telah menyuruhku post tengah malam ni. suka tak? suka tak?~

Wednesday, January 30, 2013

Jangan SenTuh haTiku 6



6
“Come on in, Suraya.”
Kepalanya diangguk. Selepas mendapat anggukan Encik Naufal agar pintu tidak ditutup, barulah dia bergerak membawa kotak berisi kad kahwin itu ke arah meja Encik Naufal.
“Suraya tak sibuk sangat kan?.” Lelaki berkulit cerah itu terus bertanya. Dia sudah mengalih perhatian daripada fail laporan kewangan syarikat di tangan.
“Tak, Encik.”
“Okey, boleh duduk.”
Suraya angguk lagi. Kerusi berdekatan ditarik lalu punggungnya terus dilabuh di situ. Kotak pula diletak di atas meja. Dia membiarkan saja Encik Naufal menggagaukan tangan mengambil sekeping kad.
Seketika Encik Naufal menarik nafas panjang sebelum meletak semula kad yang diambilnya tadi ke dalam kotak. “Nampaknya Suraya kena tolong saya siapkan benda ni. Ayah dah siap warning tadi suruh buat cepat-cepat.”
“Boleh. Tak ada masalah.” Satu senyuman dia ukir di hujung kata-katanya.
Dia Personal Assistant. Haruslah dia tolong buat apa saja yang disuruh oleh Encik Naufal.  Padahal Suraya, kalau masuk bab Encik Naufal, tak payah disuruh pun dia tetap dengan senang hatinya buat.
“Suraya tolong lekatkan nama dan alamat ni. Saya pula lekat nama dekat dalam kad.”
“Okey.”
Sekeping kad diambil di dalam kotak. Suraya sudah sedia menanggalkan keratan nama dan alamat. Mujurlah self-adhesive. Kalau tidak, terpaksa guna stick glue. Matanya memandang tingkah Encik Naufal.
“Your turn.”
Kad dihulur disambut Suraya. Sempat juga matanya curi pandang nama pengantin perempuan.
Adib Naufal & Sharifah Aqilah
Sharifah Aqilah? Dalam tangan cekap menampal di atas sampul, sibuk dia cuma mengingat gerangan empunya nama. Rasanya Sharifah Aqilah ni tak pernah datang ke pejabat. Lagipun Encik Naufal mana pernah menerima tetamu perempuan yang datang atas urusan peribadi.
Suraya pasti sangat. Sebabnya tiap kali ada orang hendak berjumpa Encik Naufal, dia yang jadi tukang tapis. Bukan semua orang yang datang boleh masuk ke dalam pejabatnya.
Lewat pukul 1, sudah hampir 100 kad yang lengkap bertampal alamat dan selamat sudah di dalam sampul. Jam di tangan dikerling sebentar. Niat hendak menyambung kerja menampal nama terhenti.
“It’s lunch time, Suraya. Kita rehat dulu.” Encik Naufal menyandarkan tubuh ke kerusi sambil menarik nafas panjang. Penat.
Sampul terakhir disusun elok di dalam kotak lagi satu yang diberi Encik Naufal sebelum projek khas ini bermula tadi.
“Penat?.”
Suraya senyum saja. Mahunya tak penat. “Kalau macam tu, saya keluar dulu. Jam berapa nak sambung kerja ni?.”
“Err, jam 2.30?.”
Matanya laju ikut merenung Elle Studio di pergelangan tangan. Allahuakbar, ada lagi tak sampai sejam masa rehat. Mana sempat nak turun dengan Farahin cari makanan. Nak solat lagi.
Dia baru mahu mengangguk setuju walau dalam hati rasa macam mahu merayu Encik Naufal anjakkan lagi masa bila lelaki berkemeja biru belang putih itu tiba-tiba bersuara.
“Suraya solat dulu. Biar saya belikan makanan. Habis solat nanti, boleh makan.”
Eh?
“It’s okay, saya belanja. Pergilah solat dulu.” Ujarnya dalam senyum ikhlas. Dia faham sangat kerut wajah Suraya tadi. “Nanti saya cakap kat Farahin.”
“Oh, baik, Encik Naufal. Thanks. Saya keluar dulu.”
Selepas mengucap salam, Suraya terus bergegas kembali ke mejanya. Kasut di kaki ditanggal di bawah meja sebelum diganti dengan selipar. Beg kecil berisi Neutrogena cleansing milk dan kapas muka dibimbit di tangan kanan.
Langkahnya ke surau kali ini rasa lain.
Harus aku senyum atau apa sekarang?

Monday, January 28, 2013

Jangan SenTuh HaTiku 5



5
Suraya sedang sibuk menaip semasa bau Acqua Di Gio Giorgio Armani itu masuk ke hidungnya. Tindakan refleks, matanya beralih daripada skrin ke sisi kiri.
Betul.
“Assalamualaikum, Encik.” Suraya mengukir senyum biasa. Walaupun hati terasa macam nak ukir senyum istimewa tapi akalnya cepat melarang. Sia-sia dapat dosa buat benda bodoh nak menggoda lelaki.
“Waalaikumsalam.”
“Encik nak kad tu sekarang?.”
Naufal senyum kecil sebelum menggeleng. Dia ada banyak sangat kerja nak diselesaikan pasal bisnes. “Nantilah. Maybe after lunch time.”
“Oh, okey tapi Datuk Muaz dah pesan suruh Encik uruskan kad tu cepat-cepat.” Lambat-lambat dia bercakap.  Iyelah, dia memegang amanah dua belah pihak. Keliru juga hendak ikutkan cakap yang mana satu.
“Iya?.”
Untuk soalan itu, Suraya cuma mengangguk. Memang dah betullah Datuk Muaz sudah pesan hari itu. Tolong ingatkan Encik Naufal supaya jangan ambil mudah urusan kad jemputan kahwinnya.
“Tolong buka kotak tu. Nak tengok sekejap.” Naufal tiba-tiba mendekat ke arah meja.
Suraya bingkas bangun. Kotak yang dia letak di bawah meja dan selalu syaitan bisikkan suruh dia tendang itu, Suraya capai. Cutter di dalam bekas alat tulis di atas meja dilalukan dengan cekap pada bahagian yang bersalotape.
Entah berapa ratus keping kad yang tersusun di dalam kotak itu, tak mampu dia hendak mengira. Agaknya Encik Naufal tak pakai wedding planner. Sebab itu soal kad jemputan pun kena uruskan sendiri.
“Oh, wow! That’s a lot of cards, Suraya.” Reaksi pertama Encik Naufal mengundang senyum spontan Suraya. Dah kad kahwin, haruslah ada banyak. Lagi-lagi untuk golongan macam Encik Naufal, kan?
Tangan Encik Naufal sudah sampai ke atas kotak. Kemudian kotak itu dibeleknya kiri dan kanan sebelum menemui maklumat yang dicari ada dilekat pada bahagian sisi.
“1000 pieces?.”
Suraya yang sudah duduk semula ikut menoleh. “Bila Encik Naufal nak start buat?.”
“Suraya sibuk ke?.”
“Sibuk sikit aje. I’ll finish this first if you need my help, Encik.” Kerjanya tinggal lagi sikit. Siap ditaip, dia akan print dalam bentuk draf, semak kemudian edit kalau-kalau ada tersalah eja ke di mana-mana, akhir sekali print. Paling lama dia perlu juga sejam untuk pastikan surat jemputan penceramah ini sempurna.
Tangan kanan yang memegang kotak tadi dibawa ke dahi. Beberapa saat, Encik Naufal terus senyap berfikir namun akhirnya lelaki itu meminta diri masuk ke biliknya dengan janji akan memberitahu Suraya keputusannya sebentar lagi.
Suraya yang diam menunggu angguk saja. Kotak yang sudah terbuka tadi diturunkan semula sebelum ada sesiapa datang dan sibuk-sibuk hendak menjenguk isinya. Dia malas nak bersoal-jawab bagai.
Dia baru hendak menyambung kerjanya yang tertangguh tadi bila interkom di sisi kanan tiba-tiba berkelip. Butang hijau ditekan laju.
“Ya, Encik?.”
“Masuk kejap. Bawa kotak tu sekali.”

Sunday, January 27, 2013

Jangan SenTuh haTiku 4




Telekung dibuka lalu disangkut pada penyidai kayu di tepi tingkap. Suraya kerling jam dinding. Baru pukul sembilan. Tubuhnya dibawa ke katil dan terus dihempas di situ.
Dua tahun. Sudah dua tahun dia bekerja jadi pembantu peribadi lelaki itu. Sudah dua tahun juga dia menyimpan rasa. Sejak terlihat si dia berwudhu di masjid tiga minggu selepas dia bekerja di syarikat pembinaan itu, hati kecil Suraya sudah digam dengan gam UHU pada lelaki itu.
Bukan dia sengaja didik hatinya hendak jatuh cinta dekat lelaki yang lahir dalam lombong emas macam Naufal itu. Dia terjatuh cinta. Sumpah.
Suraya kan gadis serba sederhana. Hatinya bukan spesis hati yang minat pada wang ringgit, pada rupa paras macam Christiano Ronaldo, pada yang romantik gila-gila.
Tak.
Dalam hatinya selama ini, dia cuma mahu cari calon suami yang sederhana serba-serbi tapi mantap soal pegangan agama. Itu saja. Soal duit, cukuplah orangnya yang boleh mencukupkan keperluan sehari-hari dia dan anak-anak. (Amboi…dah sampai ke peringkat kebajikan anak-anak Suraya fikir..)
Dia tak nak yang kaya, sebab susah sangat hendak jumpa lelaki kaya yang dekat pada Allah swt dan luhur hatinya.
Dia tak nak yang romantik, sebab lelaki romantik bukannya boleh percaya sangat. Mulut manis mengalahkan orang tertelan setempayan gula.
Dia tak nak yang kacak rupawan, sebab Suraya sedar diri. Dia gadis biasa-biasa. Langsung tak terfikir dia hendak berdiri di sebelah lelaki begitu.
Habis tu, Naufal?
Dalam mata terkebil-kebil, bibir Suraya tiba-tiba mengukir senyum malu. Malu pada Dia juga. Baru habis solat, boleh pula dia memikirkan anak teruna orang yang sudah hendak jadi suami itu.
Sedang Suraya terkebil-kebil di atas katil, Blackberry di tepi bantal bergetar kuat. Orang tengah berangan, kalau disergah, boleh putus nafas dibuatnya. Lidahnya cepat mengucap istighfar.
1 new message.
Encik Naufal.
Telefon segera dicapai. Laju saja jarinya menekan paparan mesej yang baru sampai itu.
Assalamualaikum, Suraya. Saya tak masuk office esok for the whole day. Ada urusan dekat luar. TQ. Anything, just let me know.
Allahuakbar.
Senyum kecil yang menghias bibir tadi mati perlahan-lahan. Agaknya Naufal hendak uruskan pasal majlis kahwinnya nantilah tu. Dalam lidah beristighfar, hatinya tetap menyelinap rasa kecewa.
Waalaikumsalam. Baik, Encik. Oh ya, petang tadi Datuk ada bagi saya kotak kad kahwin Encik Naufal! Ada dekat bawah meja. Encik tak nak ambil ke?
Karang kalau Datuk Muaz dapat tahu kad itu belum sampai ke tangan Naufal, mengamuk pula orang tua seorang tu. Walaupun, kalau ikut hati, mahu dia buang saja kotak tu ke tong sampah. Jangan serah pada Naufal.
Noted.
Balasan mesejnya muncul selepas lima minit Suraya menunggu.
Sorry but what does that means, sir?
Tak apa. Nanti saya masuk kerja baru saya tengok. TQ.
Sudah kenapa dengan bakal pengantin ni? Boleh buat selamba saja padahal Datuk Muaz sudah pesan suruh anaknya uruskan cepat isu kad kahwinnya. Suraya mengalih kedudukan tubuh mengiring ke kanan.

Popular Posts