Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, October 24, 2013

Impian tinggal mimpi

Salam.
Ingatkan selama ni aku cukup kaya sampai nak berimpian beli Macbook bagai. Sungguh muka tak malu kau ni....
Bersungguh aku pusing satu mall tu sebab kononnya nak cari kedai jual Apple product, sekali tengok harga paling murah ialah 2999, mak aih, rasa macam nak terjuling mata.
Actually kalau Apple jual produk harga tu jer, aku rasa aku mampu lagi. Sekali promoter tu kata, ni belum campur beli software itu ini. Office dia aje, harga RM850! Mak, terkebil-kebil sekejap. Senang cerita, Apple ni perlukan komitmen besar sangat. Kalau spesis ada duit tak seberapa macam aku ni, tak usah nak susahkan diri beli produk dia.
At last, aku pergi angkut Acer Aspire V5. 

Waktu tu rushing nak pergi stesen bas, so aku malas dah nak fikir panjang. Jumpa aje, terus angkut balik. Walaupun sekarang ni aku rasa ada menyesal sikit sebab kurang bijak sikit pergi beli display set yang rupanya dah hampir setahun usianya.

Pekerja tu tipu aku. Dia kata notebook ni baru dalam dua bulan gitulah lebih kurang. Makanya aku dapat tahu, tak pun. Tapi wallahualam, terpulang pada dialah nak makan duit gaji halal ke haram.

Apa pun, syukurlah dah dapat yang baru ni. Yang lama tu, kesian, dah 7 tahun berkhidmat. Dah puas kena hempas kena pukul kalau not responding. Hihi.

Mudah-mudahan lepas ni tak adalah aku malas-malas lagi sambung cerita kan?

Harus cari duit extra secepat mungkin ni.

Sunday, October 20, 2013

sayang bukan hanya di bibir

Assalamualaikum.
Lama sungguh aku tak update cerita kat sini kan? Hukhuk. Sudahlah tak update, lepas tu bila update, artikel motivasilah, kisah hatilah. Menyampah. Hihi. Maaflah. Aku tengah dalam proses merisik, meminang dan cuba bertunang ni. Sibuk.

Huh, sungguh kau nak bertunang dan nikah ni?

Alhamdulillah. Sungguh nak nikah ni.....dengan Mr. Macbook. Hihi.

Aku dah lama terminate celcom broadband makanya laptop Acer ku yang dah berusia 7 tahun tu lama dah tak online. Tahu aje benda lapuk ni. Segala aplikasi pun dia tak boleh buat.

Sebab tu lah aku tak mampu nak update cerita. Nak harap guna tab, memang buat aku panas hati ajelah.

Back to the issue, aku nak cakap soal sayang. Berapa ramai kat sini yang sayang kat ayah dia? Kita pun kalau dengar soalan ni, laju aje angkat tangan. Iyelah, siapa tak sayang ayah sendiri kan?

Tapi apa buktinya sayang korang tu? Sebab tu aku kata, sayang jangan hanya di bibir. Kalau setakat cakap sayang, tu baby kecik umur 8  9 bulan pun boleh.

Kalau betul kita sayang ayah kita, ayuhlah kita sempurnakan penjagaan dan penutupan aurat kita.

Eh, kau ni ustazah datang dari mana ?

Pssstt, benda baik ni tak perlu jadi ustazah baru boleh cakap. Ini sekadar perkongsian. Sebab aku tengok bukan sikit anak2 gadis yang mak dan nenek dia yang dah tua elok bertudung, dia pula tayang rambut halus bak sutera tu dengan megahnya.

Kesian ayah dia.

Ada yang bertudung tak menutup dada, pakai baju lengan pendek, ketat, seluar warna terang bak pelangi. Macam2 kan?

Kesian ayah dia.

Kesian kenapa? Kubur lain-lain kut.

Amboiiii, kubur lain-lain eh? Betullah lain-lain tapinya ayah yang biarkan anak dan isteri tak jaga auratnya akan disoal kat akhirat nanti dan kita yang perempuan ni boleh tarik ayah kita dari nak masuk syurga terus ke neraka.

Tak sedih tu? Bersusah-payah ayah kita beramal, melepas dia nak masuk syurga.

Kesian kan? Kesian..kesian..kesian.

Jangan kata kesian tapi tak berubah. Jom, berubah! Buktikan korang sayang ayah korang. Wallahualam.

Wednesday, October 9, 2013

Bila hati rasa perit namun tak dapat diluah

Apa rasanya kalau putus cinta?

Sepanjang hidup ni, aku memang tak pernah bercinta. Memang aku tak popular, bukan most wanted girl tapi ada jugakla yang cuba2 dekat. Tapi yalah, aku bukan couple practitioner. Aku tak terima istilah tu. Yang aku tau,berkenalan, kenal hati budi, kalau sesuai, proceed to engagement, then if everything goes smoothly ya proceed to nikah. Tak mau istilah dating bagai.

After all, aku bersyukur sangat2 aku tak bercinta waktu ni bila untuk kali pertamanya aku rasa macam mana peritnya bila orang tu dah berpunya. Rasa macam nak termuntah, macam nak menangis tapi orang hati kering macam aku memang tak reti nak menangis.

Betullah orang kata, everything happens for a reason!

Entah2 kalau aku pernah bercinta sebelum ni,  lepas tu tiba2 ditakdirkan cinta tu putus di tengah jalan, mau aku cari gua untuk berkurung sampai berhari kut. Makan baring tidur termenung sepanjang hari.

Allahuakbar.

Untuk dia, jangan sentuh hatiku lagi. Please.

Monday, October 7, 2013

Apa yang kebanyakan perempuan mahu tapi dia tak mahu

Salam.
Aku ada seorang best friend yg kiranya aku kenal sangat. Dia pendiam, suka bersendirian dan unik. Sebabnya banyak benda yang kebanyakan perempuan mahu aku dapati dia tak mahu.

1.emas
Normal untuk mana-mana perempuan suka, beli dan ada emas. Tak kisahlah emas biasa atau putih. Dia tak. Bukan sebab tak mampu. Insyaallah dia mampu tapi dia memang tak minat emas.

2.couple
Jangan kata yang dewasa, akhir zaman ni budak sekolah rendah pun pandai couple. Kan? Tapi dia tak suka couple. Selain cuba mematuhi hukum syarak (dia taklah warak, biasa2 je), dia ada tanggapan yg couple ni do more harm than good. Dia susah percayakan lelaki.

3. Lelaki mulut manis
Aku pun tak suka tapi dia lebih2 lagi. Macam aku mention sebelum ni, dia sangat susah percayakan lelaki. I wonder why sebab dia tak pernah couple dengan siapa2.

4. Lelaki poket tebal
Ada golongan perempuan suka cari pasangan yang poket tebal. Kan? She doesn't. Why? Bagi dia, money only impress lazy girl. Dia ni spesis kuat berusaha dan tak suka bergantung pada orang.

5. Brand
Ramai yang suka benda2 branded kan? Aku pun!! Hihi. But not her. Manusia seorang ni suka benda2 murah supaya dia boleh dapat beli banyak benda walaupun bagi aku dia lebih dari mampu.

Dia ni buat aku kadang2 jeles. Dan rimas!! Haha...tapi selalunya aku akan memikirkan pasal dia ni. Macam mana dia boleh jadi begitu sederhana eh?

Ada sesiapa tak yg ada kawan unik macam aku?

Popular Posts