Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, March 20, 2014

Jangan Curi Hatiku 10

10
Pintu BMW M6 Gran Coupe ditutup perlahan. Lama matanya singgah memandang rumah teres dua tingkat yang sunyi-sepi sejak mula dia sampai tadi. Entah apalah yang Kak Habsah dan Puan Aisya tengah buat agaknya.
Malam semalam waktu dia datang dengan Ikmal, Puan Aisya berkurung dalam bilik. Makan malam pun tak nak. Dah puas Kak Habsah memujuk, alih-alih Puan Aisya masuk ke bilik sendiri kemudian tekan kunci.
“Assalamualaikum.” Laungnya sedikit kuat di depan pintu. Manalah tahu Kak Habsah tengah tidur ke apa.
Badri membawa tubuh bersandar ke dinding. Salamnya dilaung lagi dan kali ini telinganya boleh mendengar bunyi kunci ditarik dari dalam. Ingatkan tidur Kak Habsah ni.
“Waalaikumsalam. Encik rupanya. Maaflah, Kak Habsah kat dapur tadi.” Ujar wanita berkurung kedah warna biru tua itu dengan senyum serba-salah.
Tadi dia sibuk bersihkan dapur yang bersepah sikit lepas dia memasak makan tengah hari. Puan Aisya pula, tak tahulah, sengaja ke tidak, tertumpahkan kuah sup ayam semangkuk ke lantai.
“Tak apa. Kak Habsah dah makan?.”
Laju dia mengangguk. Lepas solat asar tadi dia dah makan kuih karipap. “Dah, encik. Encik nak minum? Kak Habsah ada buatkan karipap tadi.”
“Tak payahlah, kak. Mak mana? Tidur lagi?.”
“Puan Aisya duduk berkurung dalam biliklah macam semalam, encik. Kak Habsah nak suapkan makan pun, Puan Aisya tak nak. Dia tak selera lagilah tu.”
“Iya?.”
Sekali lagi Kak Habsah mengangguk. Dia cuma dapat info sikit aje daripada Badri tentang Puan Aisya. Jadinya dia pun tak berhaklah nak buat apa-apa kesimpulan tentang mentua majikannya tu.
Agaknya adalah masalah Puan Aisya tu. Sampai dia jadi murung, membisu dan memberontak macam tu. Mujurlah solatnya terjaga juga. Pasal itu, memang dia kagum dengan Puan Aisya. Gigih saja dia ke bilik mandi nak berwudhu sendiri.
“Nasi ada lagi tak, Kak Habsah? Bubur ke? Nak cuba suap maklah. Dah berapa hari tak makan ni.”
“Kak Habsah boleh buatkan bubur baru. Sup ayam tengah hari tadi pun banyak lagi.”
“Okey juga tu. Tak apa, Kak Habsah buat dulu. Saya nak solat. Nanti dah siap, saya nak suapkan mak.” Risau pula karang melarat pula sakit Puan Aisya. Dia bukannya boleh datang ke sini tiap-tiap hari.
Sibuk dekat ofis. Nak berdepan dengan kemarahan Datin Asma lagi. Ini kalau mamanya dapat tahu dia ke sini lagi, mahu berasap telinga mendengar Datin Asma membebel.
“Iyelah. Kak Habsah ke dapur dulu.”
Badri sekadar angguk kepala. Tubuhnya dibawa ke arah sofa tunggal di ruang tamu. Rasa lenguh di seluruh tubuh cuba dikurangkan namun teringat dia belum solat asar lagi, dalam malas dia paksa diri masuk ke bilik tetamu di sebelah bilik Puan Aisya.
Sejak doktor mengesahkan Puan Aisya lumpuh separuh badan, terpaksalah dia putuskan saja Puan Aisya duduk di bilik bawah.
Selesai menunaikan tanggungjawabnya, Badri lekas menjenguk ke bilik sebelah. Nasib baiklah tak berkunci biliknya kali ini. Kalau berkunci, payah juga dia nak kena geledah satu rumah mencari kunci-kunci pendua.
“Mak.”
Dahi Puan Aisya dielus lembut. Pelik, dalam bencinya dia pada Auni Zara, hatinya boleh jatuh kasih dekat Puan Aisya. Entahlah, rasa kesiannya pada Puan Aisya makin membuak-buak sejak dia disahkan lumpuh.
Kata Kak Habsah, pagi dua hari lepas, ada dua orang datang ke mari. Katanya kakak Puan Aisya dan anak saudaranya. Tapi tak pula mereka duduk lama. Tak sampai sejam kemudian, mereka dah beredar.
“Mak? Bangun, mak.” Panggilnya lagi.
Mata yang terpejam rapat tadi nampak bergerak-gerak sebelum terbuka sedikit demi sedikit. Terkebil-kebil Puan Aisya merenung Badri.
“Kak Habsah kata mak tak makan lagi. Bad suapkan ya? Bad tak nak mak jatuh sakit pula. Mak makan sikit eh?.”

Lama Puan Aisya merenung Badri sebelum dia terasa pelupuk matanya mula basah sedikit. Allah, kenapa Kau hantarkan anak sebaik dia padaku? Aku tak layak dapat anak seperti Badri.

Tuesday, March 18, 2014

Jangan Curi Hatiku 9

Episod yang sekian lama tertangguh. Maaf, that's all I can say.



9
Malam yang hening. Hujan turun tak berhenti-henti. Baru saja dia nak mengeluarkan Dunhill di dalam kocek, bahunya tiba-tiba ditepuk.
“Lambat!.” Rungutnya sebaik saja terpandang orang di belakang.
Ikmal sengih tak bersalah. Selamba dia menarik kerusi kosong di hadapan Badri lalu melabuh punggung di situ. “Sorry. Ada hal emergency sikit tadi.”
“Hal apa?.”
“Nina lah. Merajuk tak habis-habis sebab aku salah belikan rempah kari.”
“Hah?.” Mahu tersedak asap rokok Badri mendengar. Kelam-kabut dia mengalihkan rokok yang baru dibakar ke ashtray. Cawan berisi teh tarik kurang manis yang masih berbaki diteguk perlahan.
“Tak tahulah. Sejak-sejak pregnant ni, Nina punya kuat merajuk, masyaallah. Boleh buat pening kepala, sesak dada. Nasib baiklah wife sendiri.” Ini pun tadi Nina dah membebel-bebel dekat rumah sampai kepalanya naik pening. Itu yang akhirnya terpaksa juga dia minta diri nak keluar.
Memanglah dia faham sangat orang perempuan kalau dah mengandung, memang macam-macam perangai pelik muncul. Tapi iyelah, dia punya kesabaran macam tergugat juga kadang-kadang.
Tercebik Badri selesai meneguk minumannya. “Dah ada wife tu, jaga elok-elok. Lagipun relakslah, dia pregnant 9 bulan aje kut. Lepas tu Nina jadi normallah balik.”
Karang jadi macam nasib dia, haru pulak.
“Eh, dah datang ni, kau nak minum tak?,” soalnya bila terperasan Ikmal sekadar duduk menyandar di kerusi.
“Malaslah. Tak selera.”
“Aih, takkan sebab kena bebel dengan Nina kau jadi tak selera?.” Sempat dia mengusik. Tahu sangat Nina dan Ikmal memang selalu macam ni tapi Alhamdulillah, panjang jodoh. Gaduhlah macam mana pun, esok-esok dah okey balik.
“Tak adalah. Kita orang dah dinner kat rumah tadi. Saja aku keluar nak kosongkan fikiran sekejap.”
“Kalau macam tu, jom ikut aku pergi satu tempat.” Cepat Badri melambai pada seorang pelayan di kaunter. Cakap pasal isteri, baru dia teringat. Sejak dia hantar Puan Aisya ke rumahnya, dah masuk tiga hari dia tak datang melawat.
Kak Habsah pun senyaplah tak hantar berita langsung.
“Nak pergi mana?.”
Not sepuluh dihulur pada pelayan yang datang membawa bil. “Jenguk mak mentua aku kejap. Jomlah.”




“Honey, buat apa tu?.” Ceria Farid menyapa. Sebelah tangannya terus mendarat ke bahu kecil Auni Zara.
“Nothing.”
“Sabar, okey. I tahu you sedih.” Ujarnya cuba memujuk. Bahu Auni Zara kini digosok lembut berulang kali.
Bukan dia tak perasan. Sejak mula mereka berdua sampai ke mari, tak pernah dia nampak kekasihnya seorang ni senyum ikhlas atau ceria. Mata Auni Zara tu nampak sayu sangat. Ini sejak mula dia balik kerja, letak kunci, sangkut kot, tanggal stoking, Auni Zara langsung tak bergerak dari tingkap.
Satu senyum kelat terlakar di bibir. Keluhannya yang entah keberapa kali terlepas tanpa sengaja.
“I okey. Don’t worry.”
Farid menggeleng. “No, I know you aren’t okay. I pun tak tahu nak buat apa since benda ni kita dah bincang sama-sama. You setuju dengan cadangan I so I tak bolehlah nak tukar plan secara tiba-tiba, kan?.”
“I tahu.”
Dia faham. Farid kerja dengan orang. Bukan kerja kompeni sendiri yang boleh berhenti bila-bila masa. Walaupun value Farid dekat kompeninya sekarang sangat tinggi tapi iyelah, dekat dunia ni bukan ada Farid seorang aje yang pakar dalam bidang sales.
Good girl, darling. Dah, I lapar ni. Can you cook something for us? I tak pergi lunch pun tadi. Kerja banyak sangat.”
Lambat baru dia mengangguk. Merenung muka lesu Farid buat dia rasa kesian pula. “Sure. You pergi mandi dulu. Dah siap nanti I panggil.”
“Thanks, honey.” Lebar senyumannya sebelum mengelus pipi mungil Auni Zara di sebelah.
“Hurmm..”

Langkah Farid, anak lelaki tunggal Tan Sri Mahmud, menuju ke bilik tidurnya di sudut kanan  dipandang. Entah kenapa, satu keluhan terlepas. Berat.






P/S : Que sera sera...Whatever will be, will be.

Popular Posts