Dear korang yang disayangi,
Macam yang aku cakap sebelum ni, cite ni aku ingat nak bukukan. Jadi aku memutuskan untuk menjadikan episod 20 sebagai episod terakhir akan dipaparkan di sini. Harap maklum.
19
“Alhamdulillah.”
Suraya
terus bangun. Mengumpul helaian-helaian kertas yang sudah selamat dia cetak
menggunakan Canon Printer itu.
En.
Naufal dan Nur Ain pula sudah mula menghirup sisa air kopi yang belum habis
diminum. Sesekali mata En. Naufal mengikut pergerakan tangan Suraya mengumpul,
meratakan susunan kertas kemudian staple kertas kerja itu. Binding tape warna
gelap dia lekatkan penuh hati-hati.
“Dah?.”
Suraya
lekas mengangguk. Kertas kerja itu dia hulur pada Nur Ain yang akan berjumpa
dengan Puan Haziqah awal pagi esok.
“Nampaknya
bolehlah saya balik dulu kan, encik?.” Nur Ain terus bangun. Kertas kerja itu
dia susun sekali di atas barang-barang yang dia bawa ke mari tadi.
“Oh
ya! Boleh..boleh. Maaf terpaksa curi masa Puan Ain dan Suraya malam ni.” Ujar
lelaki yang sudah melipat lengan kemejanya hingga ke siku itu.
Tadi
sempat juga mereka bertiga solat maghrib berjemaah. Sedapnya alunan bacaan
surah-surah al-quran yang dibaca En. Naufal sampai sekarang masih melekat dalam
fikirannya. Untunglah Cik Sharifah Aqila dapat berimamkan En. Naufal nanti.
Nur
Ain segera berlalu ke biliknya selepas mengucap salam. Suraya pula lekas-lekas
mengemas tiga biji cawan yang sudah kotor lalu diangkut ke pantry.
Laju
saja dia menyiapkan kerjanya. Cawan-cawan itu disusun elok-elok di dalam
kabinet sebelum dia matikan segala suis. Laci meja dibuka. Suraya capai tote
bag dan Blackberry di situ.
“Dah
siap?.” Suara garau itu kedengaran mendekat.
Suraya
angkat mukanya dan mengangguk. En. Naufal sudah sedia mengunci pintu biliknya.
Suraya pandang lagi semua suis. Bila pasti semuanya sudah ditutup barulah dia
mula bergerak.
Lif
yang kosong dimasuki. Dia juga takkan selesa kalau berkongsi lif dengan En.
Naufal.
Sebaik
sampai ke lobi, suasana sudah sunyi-sepi. Kereta Honda Accord suami Nur Ain
baru saja berlalu. Mujur juga lobi dan kawasan depan terang-benderang. Dan
mujur juga Suraya memang tiap-tiap hari meletak kereta di kawasan depan ini.
Kunci
kereta di dalam beg digenggam. Tinggal keretanya dan kereta En. Naufal saja di
situ. Suraya pandang sekeliling sebelum mula tekan butang alarm.
“Suraya.”
Astaghfirullahalazim.
Suraya tarik nafasnya dalam-dalam sambil menoleh ke belakang. Hampir dia
terjerit disapa tiba-tiba begitu.
“Sorry buat Suraya terkejut.” Ucapnya
dengan wajah bersalah. Nampak sangat riak terkejut di muka Suraya.
“Tak
apa. Kenapa, encik?.”
“Dah
lewat sangat ni. Biar saya hantar Suraya balik.”
Tote bag
diletak di kerusi penumpang. Suraya kerut keningnya memandang En. Naufal.
“Tapi..”
“Bukan
dengan kereta saya. Saya follow
kereta Suraya sampai ke rumah. Dah lewat malam ni. Saya risau.”
“Oh…”
“Suraya
masuk dulu. Dah ready nanti, hon aje.
Tunggu saya follow dari belakang.
Faham?.” En. Naufal sudah mula menekan butang alarm keretanya.
Suraya
sudah tak terkata apa. Kepalanya saja yang mengangguk lambat-lambat. Bila
lelaki itu menyuruhnya segera masuk ke dalam kereta, dia akur saja. Central lock ditekan sebelum enjin
kereta dihidupkan.
Gear
dimasukkan. Brek tangan dilepas. Suraya tekan honnya sekejap dan dibalas juga
En. Naufal.
Lelaki
itu betul-betul mengekori keretanya sepanjang 25 minit perjalanan dari pejabat
hingga ke rumah. Sekali dua dia ketinggalan bila berjumpa traffic light tapi tak lama kemudian, keretanya akan muncul semula
di belakang Proton Saga putih kesayangan Suraya.
Sampai
sahaja di depan rumah teres dua tingkat itu, Suraya terus capai Blackberry di
tempat duduk sebelah. Nombor telefon En. Naufal yang masih setia berhenti di
belakang didail.
“Assalamualaikum,
encik. Saya dah sampai ni. Terima kasih temankan saya balik.” Ucapnya pantas.
“Tak
apa.”
Agaknya
abah atau umi sudah terperasankan lampu keretanya. Pintu pagar terbuka secara
automatik.
“Encik
nak masuk dulu?.”
“Tak
apalah, Suraya. Dah lewat ni. Nanti ganggu abah dan umi Suraya saja. Masuklah,
kemudian saya gerak balik.”
Suraya
sudah terangguk-angguk di dalam kereta. Salam diucap sebelum dia putuskan
talian. Pedal minyak ditekan perlahan untuknya masuk ke dalam ruang kosong di
sebelah kereta abah.
Dari
cermin pandang belakang, Suraya lihat Honda Civic warna taffeta white itu
berlalu perlahan.
Blackberry
sekali lagi dicapai. Kali ini dia terus ke ruang mesej.
Terima kasih, encik.
Drive safe. :)
kalau boleh nanti sekali sekala post lah n3 buat pengubat rindu sementara tunggu buku di pasaran.
ReplyDelete--za--