Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, July 17, 2009

sesuci kasih seorang isteri 20

Kelibat kereta BMW warna biru berkilat papa di garaj tiba-tiba menghantar debar yang bukan kepalang dalam dada. Buat apa mama dan papa datang?
Semakin aku hampir ke ruang tamu, semakin lemah rasanya lututku. Kedengaran suara ketawa mama yang pastinya bermain dengan Asha.
“Abang?.”
“Ah?.”
Alishah. Dia sudah siap berpakaian dengan wajah yang segar turun dari tangga. Spontan aku memandang jam. Pukul 6. Dia mesti baru sampai.
“Assalamualaikum.” Ucapnya lembut sambil menghadiahkan satu ciuman mesra ke pipiku. Beg kerjaku diambilnya seperti selalu.
“Mama dengan papa dah lama sampai ke?.”
“Mama aje. Papa nanti baru datang.” Tali leherku dilonggarkan. “Mama sampai lepas asar tadi mak mah cakap. Rindu dengan cuculah tu..”
Segaris senyumku terukir juga akhirnya. Kami sama-sama bergerak ke dapur. Suara mama mengagah Asha semakin jelas.
“Assalamualaikum, ma.”
“Eh, lambatnya kamu balik rumah zik. Dah jam enam.”
“Abang banyak kerja kat pejabatlah tu, ma.” Alishah sudah menjawab. Melegakanku. Sebenarnya kerjaku habis pukul lima lagi tapi aku habiskan sejam di masjid. Bertafakur. Cuba mencari ketenangan dalam diri.
Alishah maju ke kabinet. Mencapai cawan, diletakkan satu uncang teh, sedikit gula, sehiris lemon segar dan dituangkan air panas. Walau cuma minuman secawan, diletak juga dalam dulang. Disertakan sepiring kuih koci sebelum dihidangkan padaku.
“Sayang tak minum sekali?.”
“Tak apa. Abang cerita-ceritalah dengan mama. Isha nak tolong mak mah siapkan makan malam. Nanti papa sampai, kita boleh makan jemaah.”
Satu rancangan yang sangat baik. Dia penat tapi lebih mengutamakan suami dan keluarga mertua. Mulianya isteriku.
“Mama datang ni nak khabarkan yang kami dah confirm nak fly pergi mekah hari selasa depan. Nak melawat along sekali.”
Huh! Mujur sekali ini aku tak terkejut. Kalau tak, mau tersembur teh panas ke muka mama. Nahas aku nanti.
“Kamu tak nak ikut sekali ke?.”
“Hah?.” Tak sempat tertahan, terlepas juga air teh dari mulut ke muka mama.
“Zikri!!.”
Kelam-kabut aku mengambil tisu. Tapi Alishah lebih pantas. Dilapnya muka mama dengan tisu, perlahan. Lembut. Kemudian diambilnya sehelai lagi tisu buat mengelap sekitar mulutku yang sudah bersememeh.
“Thanks, dear.” Sempat aku kucup pipinya. Tersipu-sipu dia.
“Entah apa hal anak mama ni ,Isha. Terkejut sampai sembur muka mama.” Kecoh mama menjelingku. Yalah, anaknya yang dah 28 tahun boleh minum sampai tersembur.
“Abang ingat kat siapa ni? Dreaming?.” Sempat pula dia mengusik.
“Ingat kat siapa lagi. Kat angel depan mata ni lah.”
“Thanks.” Dilayannya juga gurauanku sebelum dia meminta diri ke dapur semula. Lenggangnya menjadi tatapan mataku sampai dia menghilang di balik pintu. Sedar-sedar mama menyiku lenganku dengan jelingan nakal.






Hari ini hari minggu. Dua hari lagi mama dan papa akan memulakan perjalanan ke mekah menunaikan umrah. Mama mengadakan kenduri doa selamat. Sekali lagi aku dan Alishah dijemput bermalam di Bukit Antarabangsa.
Memandangkan begitu ramai saudara-mara kami yang datang maka kali ini mama atau papa tidak bercadang pun mahu menggunakan khidmat katerer. Sebaliknya, mama membahagi-bahagikan kerja kepada semua orang kecuali jiran-jiran terdekat yang kebanyakannya orang kenamaan.
Aku bersama sepupu-sepupu yang lain bertugas memasang khemah di halaman, menyusun atur meja kerusi dan memasang lampu kalimantang.
Saudara-mara perempuan pula seperti lazimnya bertugas di bahagian dapur. Mama tak menggalakkan Alishah ikut sama kerana Asha masih kecil tapi dua orang puteriku itu bagai dapat kata sepakat.
Asha ditinggalkan pada mama dan mak mah yang menjaga bergilir-gilir manakala Alishah ke belakang rumah meringankan tangan membantu memasak. Asha pula tak meragam langsung walau mamanya tiada di depan mata.
Usaha kami yang bermula pada pukul tiga petang berakhir jam tujuh malam. Tetamu mula berkerumun datang mengambil tempat. Lelaki di khemah, perempuan di dalam rumah.
Rakan-rakan papa datang mengucapkan selamat jalan dan selamat beribadah. Begitu juga untuk mama.
Seketika aku terlupa yang aku punya bebanan paling berat yang perlu aku pikul berkait rapat dengan perjalanan mama dan papa sehinggalah telefonku bergegar di dalam poket.
Sofea!!
Cepat-cepat aku meminta diri masuk ke dalam rumah. Naik ke bilik dan terus menguncinya. Harap-harap Alishah tak perasan.
“Assalamualaikum, abang.”
“Kenapa, sofea?.” Salamnya terbiar. Aku masuk pula ke bilik air dan memasang pili. Membiarkan air mencurah-curah dan menimbulkan kebisingan.
“Ayah ada cakap apa-apa tak dengan abang?.”
“Nak cakap pasal apa pula?.”
Kedengaran keluhannya di hujung sana. “Saya baru sampai Malaysia. Seminggu saya kat turki uruskan pasal passport saya. Abang apa khabar?.”
“Sihat. Tapi just cakap apa yang ayah sofea dah cakap.”
“Hmm…ayah ada balik sini dengan saya. Tapi duduk rumah dia sendiri.”
Balik sini? Ya Allah…
“Jadi kenapa? Cakaplah cepat.”
“Saya segan nak sampaikan, bang.”
Pula? “Is it something that may embarrass you or me?.”
“Saya bagi phone number abang kat ayah. He will give you a call tomorrow. Saya memang tak berani nak sampaikan.”
“Dah tu, apahal call abang?.” Sabarku sentiasa ada hadnya.
Diam. Sesaat dua kedengaran pula dehemannya. Mungkin soalanku terlalu pedih membelah hatinya. Ya, aku memang punya lidah belati bila berhadapan dengan sesuatu yang tidak menyenangkan hatiku.
“Tak apalah, bang. Nanti saya call lagi kalau ada apa-apa. Itu saja saya nak cakap. Assalamualaikum.”
“Hmm..sorry.” sekali lagi salamnya terbiar begitu saja dan hanya selepas aku memasukkan telefon ke dalam poket, bibirku ringan pula menyambutnya.

4 comments:

  1. huhu..x sabar nak tau ape reaksi alishah kalau dia tahu dia telah dimadukan..tapi alishah jenis yg baik ati je..mesti die terima kan..??apepun cepat lah sambung yer, cik penulis..

    ReplyDelete
  2. ape plak angkara yg bapak si sofea ni nak wat...
    aduhai.. sian zik..
    x pasal2 je.. :(

    cepat2 sambung taw..
    best la cite ni! :)

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts