Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, December 16, 2010

Mr & Mrs BFF (~ E.A~)

"Macam mana tadi? semuanya okey?."
Khusyairi melonggarkan tali leher yang terasa menjerut itu. Sengaja dia mendiamkan diri seketika. Membiarkan tubuhnya merasa kedinginan udara daripada penghawa dingin di atas kepala. Lega rasanya setelah hampir sejam setengah dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Duduk di Kuala Lumpur memang banyak dugaannya. Tapi yang paling menyeksa jiwa ialah bila menyentuh bab di atas jalan raya. Kalau tak cukup sabar, boleh naik darah dibuatnya.
Gelas berisi air suam dicampur beberapa ketul ais dia capai. Seteguk dua diminum, perhatiannya dialih pada jari-jemari yang menjalar di kepalanya. Nikmat rasanya bila kepala yang sejak tadi bekerja keras memerah otak menerima urutan begini lembut.
"Papa..."
Urutan di kepalanya terhenti. Dia cepat membongkokkan tubuh mengangkat anak kecil bermata bulat di depannya. "Sayang....anak papa. How're you today?." Pipi mungil anak itu dicium bertalu-talu membuat si kecil mengekeh ketawa.
"Amboi, bukan main lagi Naufal ya? Dengan mama asyik merengek. Dengan papa ketawa bukan main."
Seakan mengerti, Naufal terus ketawa memandang mamanya. Bila tangan Khusyairi sampai ke tubuhnya, semakin galak dia ketawa.
"Anak papa sayang papa. Mestilah anak papa happy dengan papa, kan sayang?." bibirnya mendarat ke pipi Naufal.
"Bagus sangatlah tu. Nanti mama pergi sekolah, Naufal duduklah dengan papa puas-puas. Biar Naufal rindu mama. Lewat malam baru mama balik. Nak?."
"Tak nak."
"Habis, Naufal tak sayang mama pun. Naufal sayang mama ke tak?." Amishah menyuakan pipi ke bibir Naufal dan cepat saja dia menerima kucupan sayang si kecil di situ. Saat dia baru hendak mengangkat muka, terasa ada sepasang lagi bibir melekap di tempat yang sama. Matanya membulat memandang Khusyairi dan Naufal yang serentak ketawa.
"Fal ayang mama." Anak kecil itu bersuara dengan pelatnya. Sekali lagi dia mendaratkan ciuman ke pipi Amishah.
"Papa pun sayang mama."
"Opss...papa tak boleh kiss mama macam Naufal." Dia pantas menahan. Panjang muncung Khusyairi memandangnya.
"Habis tu, papa nak kiss dekat mana?."
"Giliran papa malam nanti. Okey?."
"Okey...okey...papa tunggu." Khusyairi bersuara girang mengalahkan anak kecil. Amishah sudah tertawa melihat gelagatnya. Naufal yang tidak mengerti apa-apa turut sama ketawa sambil mengeratkan tangannya memeluk leher Amishah.




Khusyairi duduk menyandar di kepala katil. Mulanya dia sedang membaca tapi sebaik sahaja Amishah muncul, matanya beralih terus dari halaman buku. Ke mana saja isterinya bergerak, ke situlah anak matanya mengekor.
Amishah melepaskan ikatan rambut. Mencapai sikat. Membersihkan kulit muka. Menyapu losen ke tangan dan kaki. Menuju katil kecil Naufal. Mendaratkan ciuman selamat malam dan membisikkan sepotong ayat al-quran. Kembali ke meja solek. Menyembur sedikit minyak wangi dan senyumannya mekar di bibir.
"Mata tu dah tak ada tempat lain nak tengok ke?." Amishah sudah bersedia menyelak gebar.
Dia terus menutup buku dan bersedia mahu turut sama membaringkan tubuh bila Amishah mendaratkan kepala ke pehanya.
"Abang rasa abang boleh dapat tak kerja tu?."
Rambut kehitaman Amishah dia elus perlahan. Sesekali bibirnya mendarat ke dahi Amishah. "Abang doakan abang dapat yang ini. Dia kata tunggu dalam seminggu ni. Kalau dah rezeki kita, dia orang akan call abang."
"Kalau tak dapat?."
"Insyaallah dapatlah tu. Rekod abang sebelum ini pun quite impressive."
Ciuman di dahinya dia balas dengan mengucup jari-jemari Khusyairi. Kasihan suaminya ini. Gara-gara mahu rujuk, Khusyairi dengan rela hati sanggup meletak jawatan di syarikat lamanya. Sekarang, sudah hampir setahun dia duduk di rumah. Dan kalau bukan kerana dia yang mendesak, Khusyairi tidak mahu hadir mana-mana temuduga.
"Sayang doakanlah untuk abang. Kalau tak, nanti sayang juga yang naik darah tengok abang duduk melepak kat rumah tak buat apa." Hidung Amishah dicuitnya nakal.
"Bukan Mishah tak suka abang duduk rumah tapi..."
Dua ulas bibir itu dia elus. "Abang faham. Abang gurau ajelah."
Temuduga kali ini, dia yakin dia boleh mendapatkannya. Kebetulan dia punya dua tiga orang kawan lama yang baik dengannya bekerja di situ. Lagipun kebanyakan syarikat lebih memilih mereka yang sudah punya pengalaman berbanding fresh graduate.
Walaupun gaji permulaan yang akan dia terima nanti tidak sebanyak yang dia dapatkan ketika menjawat jawatan jurutera kanan di syarikat Datuk Rahman dulu, dia rela asalkan dia dapat bersama Amishah, dan Naufal.
Lagipun apalah ertinya duit berkepuk kalau dia perlu dihadapkan dengan Nuraina?
"Sayang."
"Hurmm?." Suasana makin sepi. Naufal sudah lama dibuai mimpi. Kedinginan malam semakin terasa.
"Sayang rasa, dalam keadaan abang masih tak ada kerja ni...."
"Ya?."
"Err..."
"Cakaplah."
"Boleh tak..."
Dari menanti, Amishah mula senyum sendiri. "Kenapa abang ni? Kelu semacamlah pula. Macam nak apa-apa aje?."
"Memang abang nakkan sesuatu."
"Then cakap. Mana Mishah.."
Suaranya terhenti bila sepasang bibir sudah mendarat di atas bibirnya.
"Boleh tak, dalam keadaan abang masih menganggur ni, abang nakkan seorang lagi baby?." Khusyairi berbisik perlahan. Amishah menatap lama sepasang mata milik Khusyairi. Jarinya bergerak dari bibir ke hidung dan akhirnya ke bibir semula. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman paling manis buat Khusyairi.
"Kesian kat Naufal.."
Dan Khusyairi sudah mula ketawa sambil mengeratkan pelukan. Dia cintakan Amishah sungguh-sungguh. Dia cinta separuh mati pada bekas best friendnya ini...sampai bila-bila!!





................................tadaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!1



Dengan itu maka tamatlah riwayat Shah dan Ri yer. Pada mana-mana watak yang aku 'terlupa' nak simpulkan tu, you all agak-agak ajelah apa jadi pada diorang yer. Sekarang tenang sikit fikiran aku....hihihi....


oh ya, di bawah ni ada beberapa soalan aneka pilihan tuk korang. boleh jer jawab lau nak, buat merendahkan suhu kemarahan korang bab cite ni tetiba je abes. Dahlah tak panjang....(lau nak cecah lantai, u kena letak skrin laptop u kat lantai yer)


1. Apakah yang terjadi kpd Ilyas?
A) Gila
B) Lumpuh bahagian bawah badan gara-gara dikerjakan Khusyairi
C) Dikenakan tindakan tatatertib hingga menyebabkan dia membunuh diri terlalu kecewa
D) Kahwin dengan Nuraina selepas berkenalan di wad psikiatri


2. Anda rasa apa patut anda buat pada Nuraina?
A) Humban ke dalam laut yang dipenuhi jerung kelaparan
B) Gantung terbalik di pokok pisang depan rumah Amishah
C) Terlibat dalam kemalangan kapal terbang dan terperangkap di hutan Amazon
D) Insaf dan akhirnya sedar diri tak cantik tapi gedik semacam





~ Walla.....selamat hari asyura, jom ramai-ramai ke masjid!~

14 comments:

  1. ~alolo.. comey je depa nih..
    hik3..
    akak.. maceh3~~

    ReplyDelete
  2. knp ending awl sgat..
    huhu
    ilyas:nk B..memang ptut uwn..
    nuraina:nk D..biar yea tau yg yea tu xlah cantik..tp gedik je lby..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. uwaaaa.... da hbs....=(

    ReplyDelete
  4. baguih gak idea tu........temukan dia dgn nuraina......sama2 gila!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Dah habess ke? atau...yg ni gimik je? mana tahu yg ni mimpi Ri ke...hehehehe

    Jwpn utk soklan
    1) C) Dikenakan tindakan tatatertib hingga menyebabkan dia membunuh diri terlalu kecewa

    2) B) Gantung terbalik di pokok pisang depan rumah Amishah

    Boleh??

    ReplyDelete
  6. huhu...kak tyea..
    sedihnya...
    buatla special n3 yg pnjg2 bwt peminatk.tyea...he3

    -laili-

    ReplyDelete
  7. macam x percaye jee yg citer neh dah abes...warggg x dapat terime kenyataan.. huhuhu nanti dah x der dah citer yg nak ditunggu..hmm yg soalan uh kite pilih due due D..kawenkan jee nuraina uh ngan ilyas habis citer... dah laaa hasrat nak bersame org kesayangan x kesampaian..hahahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha..habes sudaaa?okieee daku gumbira hahaha...suma pilhn jwpn k.tyea bg 2 layak untk depa ber2 :)tengss k.tyea 4 diz n3..next super duper story plzz hihihihi...wish u best of luck~~i 4olow u ever :)

    ReplyDelete
  9. ala kak tyea. napa trs epilog.
    nk jgk tau kisah lps misha msk hospital tu.
    hal kusyairi ngan tyea pun xselesai lg. sal surat pjanjian kusyairi ngan datuk tu. camna dia tolak pjanjian tu. akak samb blik ceta ni semula dr episod 70 tu. nk tau jgk sal ilyas tu. sakit jiwa ke apa ke??? Noraina lg sorg??? apa rancangan dia nk bt??? ceta BFF ni best so hope la u samb smula. xboleh stop sekerat jln. xbest la trs tau ending without sbrg penyelesaian pd mslh yg ada. huhuhu... so sad cannot read episod 71 smpai ending. T T

    ReplyDelete
  10. Huhu..lamer tak bacer BFF sebab di luar kaw.. tup2 dah abis.... huhuhu...

    walaupun byk persoalan x terjawab n k.tyea suruh pikir sendiri jawapannya... hopefully kalau ada masa suatu hari nanti, ktyea boleh edit balik citer ni dan buat special entry yg combine semua part.. mesti lagi best dan tambah maner2 yg tertinggal..

    saaayyaaang ktyea.. TQVM for the story..

    jawapan utk Ilyas & Nuraina? B dan C

    :-)

    ReplyDelete
  11. wahhh da abih...besh laa cte nih...
    tol2 stuju ngn sume owang.. sambung la cte nih..xpon wat special n3 ke..hehe..

    tok jawapan tuh..
    ilyas bg B..(mmg ptt pon die kne cmtuh)
    nuraina bg D..(bia sdr sket pompuan gedixs tuh)

    hahaha...emo je lbih..!! =)

    ReplyDelete
  12. setelah sekian lama x layan cter nie...akhirnye pengakhiran yg best.....congrate to writer....:)

    ReplyDelete
  13. maaf sblm saya btulkan...ada satu hari saya gi ceramah agama..ustaz nie ckp klu minta maaf utk sesama manusia dan ampun digunakan untuk hamba dan Allah...sekali lagi, saya minta maaf sbb menegur..harap awk x kesah..peace :)

    ReplyDelete
  14. maaf sblm saya btulkan...ada satu hari saya gi ceramah agama..ustaz nie ckp klu minta maaf utk sesama manusia dan ampun digunakan untuk hamba dan Allah...sekali lagi, saya minta maaf sbb menegur..harap awk x kesah..peace :P
    *Qhiwa*

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts