Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, May 29, 2009

balik kampung daa...

salam n hi to all..hmm..school break dah tiba n dah tiba gaklah masa untuk saya kena balik kampung...how long??? 3 weeks...so, sebab saya sayang korang, saya dah tinggalkan 3 cite ( SKSS, SYS, CBBY)...3 cite tuk 3 minggu...huhu...harap2 semua org puas hati...jengah ajelah blog saya ni even saya x ada...pintu x kunci, k? orait...da...da..bubye..

cuci bersih-bersih ya..1

“Welcome back, dear.”
“Oh, mama! Thanks a lot.” Suri peluk Juwairiyah macam dah bertahun tak jumpa. Padahal baru 7 bulan lepas, dia balik ke Malaysia sebab mamanya diserang koma secara tiba-tiba.
“Okey, kita nak balik rumah or what?.”
“What about spending some time at my favorite cafĂ©?.” Suri sengaja buat muka manja. Sebab suri anak kesayangan dia, Juwairiyah menurut saja. Bukannya selalu pun dia berkesempatan nak meluangkan masa dengan Suri.
“Opss..”
Juwairiyah tertahan di depan pintu keluar. Merenung suri yang senyum lebar bukan main.
“What?.”
“Where’s your car, mama?.” Suri cepat mendekat. Menyeluk saku baju mamanya yang masih terpinga-pinga walaupun dalam hati dah terasa semacam yang pelik.
“Mama, I got the key. So, tell me where’s the car. Would you, please?.”
“What’s in your mind, suri?.”
“Mama?.”
Bertekak dua minit, at last suri bersorak riang sambil mamanya sudah tergeleng-geleng kepala dengan telatahnya. Tak boleh ke anak aku ni tak mess up walau sekali bila dia balik sini?
Dulu dia balik, dia pandai-pandai pergi order Ipod terbaru keluaran apple kat internet. Siap curi-curi guna credit cardnya lagi. Dah tu, bila courier sampai, dia dah selamat terbang balik ke UK. Memanglah nasib aku dengan anak tunggal aku ni.
“Okey, before you start the engine…”
Suri ketawa suka. Dah lama tak pegang kereta sendiri, terasa rindu bagai nak gila. Dekat sana, mana nak rasa pegang kereta. Tak cukup kaya nak bermewah. Dia cuma focus dengan study..study and …someone..
“Mama, I know what you mean. Okay, for your information, anak mama ni tak lupa lagi macam mana rules waktu memandu kat Malaysia. You just sit there, watching on me. That one, I allow you to.”
“Are you sure, dear?.” Juwairiyah memang curiga. Bukan dia tak percaya tapi dia dah balik-balik terkena trick anak tunggal dia ni. Tak nak lah pisang berbuah sampai berkali-kali. Iya tak?
Bosan dengan pandangan curiga mamanya, suri menarik muka masam. Suri dah grown enough lah, mama…suri tahulah mana baik mana bahaya…mama selalu suka treat suri macamlah suri ni masih kat sekolah menengah.
“Okay, mama drive.” Dia menarik balik kunci dari tempatnya dan terus diserah pada Juwairiyah. Mukanya memang masam mencuka.
Dia sudah bersedia pindah ke seat belakang bila kunci kereta diletak semula di tangannya. Di tapak tangan.
“Are you sure with this, ma?.” Sengaja provokasikan mamanya.
Juwairiyah menjeling. “Drive or mama rampas?.”
Laju saja tangannya memulas kunci. Menderum kereta Honda CRV mamanya terus ke jalan utama.
“Oh, no!!!!! Dear, please slow down the car.” Juwairiyah sudah terjerit-jerit ketakutan. Suri ketawa kesukaan.
I really love Malaysia…and I love mama too!!!!!!!!!


~~~ kenal2 lah dulu yer...jgn lupa tinggalkan feedback..best @ boring @ bolehlah

siapa yang salah? 7

Entah apa penyakit dia, tiba-tiba pula nak suruh aku panggil dia abang pula. Segan nak mati aku dibuatnya.
“Takkan malu kot?.”
Aduh… “Saya bukan malu tapi kita kan…”
“Kenapa dengan kita?.”
“Ish, kita kan sebaya. Apa ke halnya saya nak panggil awak abang? Tak sesuai langsung.”
Fahmi ni memang pelik. Tiba-tiba aje balik waktu kerja semata-mata nak minta aku buatkan air ais limau dan panggil dia abang. Selama ni tak pernah nak berbual dengan aku pun.
Paling-paling dia buka mulut bila nak minta masakkan sarapan kalau dia nak keluar awal pergi office.
“Tengah hari nanti nak masak apa?.” Dia masih mengekor langkahku. Hish, aku betul-betul tak selesa.
“Masakkan ikan goreng lada dengan tauhu jepun aje. Izzah dengan Nasya aje yang nak makan.”
“Hmm..abang nak makan ketam masak lemak cili api.”
“Mana ada ketam dalam fridge. Mak Ngah tak suruh beli.” Memang Mak Ngah sendiri yang cakap, dalam rumah ni tak ada orang yang dibenarkan makan ketam sebab dia allergie.
Fahmi kerut dahi. Bila aku sibuk di sinki membasuh cawan bekas minuman dia, barulah dia duduk di meja makan.
“Kita pergi pasarlah sekejap. Before we pick them up from school. Kita keluar awal sikit.”
Amboi…dah lah nak suruh orang panggil dia abang, ini nak pergi jemput adik-adik dia pula berdua? Entah apa orang cakap nanti. Si Nasya..Nadia..silap haribulan, aku juga yang dituduh menggoda abang diorang ni.
“Eh, awak nak pergi ambil diorang ke?.”
Laju aje dia mengangguk. Bagus juga kalau dia nak pergi, jadi aku boleh memasak. Dan paling penting, inilah alasan aku supaya kami tak payah keluar berdua. Pergi pasar atau sekolah!!!






Betullah macam yang aku sangkakan, mulut Nadia tak henti-henti soal abang dia kenapa dia boleh ada kat rumah waktu office hour. Fahmi pula buat muka selamba langsung tak nak layan soalan adik dia. Dia sibuk nak tolong aku tuangkan air dalam kuali ke sinki.
“Akak masak apa?.”
“Masak macam yang Izzah minta semalamlah. Kenapa?.”
“Habis tu kenapa ada ketam? Abang beli kat market tadi.”
Aku pura-pura buat muka terkejut. Sekurang-kurangnya diorang akan nampak yang kami berdua langsung tak bercakap tadi..macam selalu Fahmi layan aku.
“Ketam? Akak tak tahu pun.” Sempat juga mataku menjeling Fahmi yang tersenyum-senyum macam kerang busuk.
“Abang nak makan ketamlah. Kenapa? Tak boleh?.”
Izzah herot bibir.
“Tak cakap pun tak boleh. Orang tanya aje pun tak boleh.”
Hah, baguslah tu…berkelahilah korang jadi semua orang akan lupa pasal Fahmi ada di rumah semasa office hour ni. Jangan report kat Mak Ngah dengan Pak Ngah, sudah..
“Abang ni entah-entah ada apa-apa kot? Sebab tu balik awal.” Hah, tak habis-habis juga si Nadia ni, sampaikan nasi dia masih tak berkurang. Busybody betul anak dara Mak Ngah yang seorang ni. Tak kena dengan umur langsung.
“Sha, jom makan sekali. Apa tengok aje?.”
Aku terkejut. Nadia terkejut. Nasya beliakkan mata. Selama ini mana pernah aku dibenarkan duduk makan serentak dengan diorang. Aku akan berdiri tunggu semua orang selesai makan dan bersedia kalau ada apa-apa yang diorang perlukan waktu makan.
“Abang?.”
“Eh, tak apalah. Saya nak solat dulu then baru lunch.” Yalah tu…padahal selalunya aku solat zuhur dah dekat nak jam dua sebab sibuk cuci pinggan dan kemas dapur.
“Alah, makanan ada depan mata, harus hukumnya solat. Makan dulu. Nanti sembahyang bukan khusyuk pun.”
“Eh, mana awak tau. Saya tak lapar lagi.”
Berubah mukanya tapi aku kira ini lebih baik daripada aku join diorang makan and esoknya entah apa-apa lagi cerita yang Nadia dan Nasya reka.
“Apa abang ni? Nak paksa-paksa?.” Komen Nadia. Puas hati dia kot. Duduk dekat dalam kereta pun dia tak sudi, inikan pula makan semeja.
“Ha’ah. Abang lupa ke? Kan mama dah warning, jangan makan sama-sama dengan Kak Sha. Dengan maid sendiri.”
Gulp…air muka aku dah bertitisan jatuh ke lantai. Maid? Jangan makan sama-sama dengan aku? Maid Mak Ngah?

sesuci kasih seorang isteri 16

“Abang?.”

Dahiku terasa hangat. Perlahan-lahan membuka mata. Isha?

“Sayang? Dah lama sampai?.”

“Baru nak buka tudung. Abang balik awal?.” Pipiku diusapnya sebentar sebelum dia bergerak ke meja solek. Menanggalkan tudung di kepala. Cantiknya dia….

“Abang ingat nak minum petang dengan sayang. Tapi Mak Kiah cakap Isha tak balik lagi.”

Dia senyum memandangku melalui cermin. “Isha dah masuk office. Abang lupa?.”

Lupa? Bila masa dia cakap nak masuk office semula?

Mungkin perasankan kerutan di dahiku, Alishah datang mendekat. Kesegaran tubuhnya tidak menampakkan dia terlalu sibuk di pejabat. Mungkin tadi dia cuma perlu memeriksa beberapa dokumen sahaja.

“Hmm…ini mesti papa Asha dah lupa kan? Isha ada cakaplah.”

“Ada ke? Bila?.”

“Ya Allah, waktu kita kemas dapur malam semalam. Isha cakap waktu cuti Isha dah habis. Abang cakap okey kan? Asalkan tak lupa baby dengan papa baby.”

“Ada ke?.” Kenapa aku tak ingat langsung? Tapi takkan Isha pandai menipu? Itu bukan peribadinya.




Sejak dua hari lalu aku tidak lagi menjenguk Sofea di hospital. Aku memang mahu singgah sebentar petang semalam tetapi kerana terlalu penat, akhirnya aku memecut kereta ke rumah.

Malam ini pula mama menjemput kami ke rumah. Ada kenduri untuk arwah nenek. Rutin mama setiap tahun. Sempena pemergian ibunya.

Sepanjang masa aku lebih banyak berada di sisi papa apabila kenalan-kenalan perniagaannya mengajak berbual sama. Membuat rundingan, mencari ruang dan peluang untuk memperbesar perniagaan masing-masing.

Alishah pula sekejap-sekejap naik ke bilik menjenguk si kecil yang sudah keletihan. Baru sahaja aku hendak mengetuai bacaan doa tadi, Asha sudah mula meragam. Menangis tak henti-henti.

Kesian juga dengan Alishah yang masih kepenatan kerana semasa aku sampai tadi, dia baru bertolak daripada rumah kliennya berbincang tentang rekaan rumah yang sesuai.

“Datanglah party I nanti. I send invitation card kemudian.”

Aku angguk saja. Party? Membosankan tetapi kalau aku tidak ke sana, aku akan menyepi dari mana-mana projek. Sepi jugalah poket dibuatnya nanti.

“Jangan lupa bawa wife you tu. Nanti masam muka wife I kalau kawan baik dia tu tak datang sama. Complain kata I tak jemputlah. Macam-macam.”

“Insyaallah, saya pun tak janji tapi kalau dah ada kesempatan, kenapa tak memenuhi jemputan orang, kan?.”

Terangguk-angguk Dato Munir. Senyumannya makin lebar. Tahu pula dia bercakap tentang wife, tapi yang dikepitnya sekarang entah anak dara dari mana pun aku tak pasti. Datin Hanni tak tau ke? Tak jealous?

“Zik, tak payah baliklah. Dah lewat ni. Apa salahnya spend time satu malam kat rumah ni?.”

“Bukan Zik tak nak, ma. Tapi Zik nak kena keluar awal pergi office esok. Isha pun sama. Isha mana ada baju kat sini.” Mama kalau tak memaksa orang bermalam, macam tak sah.

“Isha pun tak nak bermalam kat sini?.”

Alishah memandangku serba salah. “Isha boleh masuk lambat, ma tapi abang dah nak balik?.”

Mama senyum.

“Tak boleh, ma.” Aku bukan apa, kalau nanti aku dipanggil oleh Sofea tengah-tengah orang lain tidur, hah..siapa nak jawab? Mama dengan papa mesti tak duduk diam. Semua benda diorang nak tahu.

“Zik, tidur ajelah kat sini. Kalau tak malam ni, entah bila pula baru kau nak bawa Isha dengan Asha nak bermalam kat rumah kami ni.”

Papa pula dah masuk campur. Karang melawan, malu dengan Alishah. Akhirnya aku decide untuk tidur satu malam di sini. Mama bukan main happy terus membawa Alishah naik ke bilik. Memunggah semula pakaian Asha yang sudah berkemas.

Begitu pun, aku meminta diri juga balik ke rumah mengambil pakaian mana yang perlu. Lagipun kena juga cakap kat Mak Kiah yang dia kena tidur sorang di rumah malam ni.

Wednesday, May 27, 2009

angel and demon


last night, kitorang release tension dah habis exam ngan p cinema...pilih2 movie..mana nak tengok? saya dah sekian lama x watch movie ni. last movie yg saya ingat saya tengok kat cinema : cj7...hahaha...punyalah lama kan? dah lapuk gila..ok, back to the story...dah pilih2, kawan2 decide nak tengok Angel & Demon..saya ikut tapi dalam hati..risaunya..saya mana suka horror or something yang x logic ni..bab baca dia punya sinopsis, macam yg action2...aiyo, hati dah mula x senang..tunggu punya tunggu dalam keadaan lapar..kitorang beli air ngan pop corn aje. 7.45 masuk hall, layanzz movie..my comment : best gila-gila..superb..5 stars..tapi malang x berbau betul, nyesal saya minum...dah dekat nak habis ( saya rasa ), tiba2 rasa..ouch, nak kencing...arghh...tahan kejap..tp movie x juga habis..baru ingat movie tu 2 jam 19 minit..arghh...endingnya tu saya memang dah x feeling sangat sebab dah ada benda lain dalam kepala..hahaha..tp movie ni honestly sangat nak show off pasal agama kristian aje..x sesuai untuk budak2 n remaja yg tengah tercari-cari jalan hidup tu...takut terpengaruh..manalah tau kan? hihi..nauzubillah..masa tu juga, time dalam hall, saya rasa bodoh sangat...ramai muslim dalam tu..sedang habiskan masa n duit..tengok cerita pasal gereja kristian..aduh, x ke bodoh tu? sayalah paling bodoh..dah tahu, x keluar...nyesal...ampunkan dosaku, Ya Allah...

siapa yang salah? 6

Sibuk bukan main lagi aku sejak tetamu-tetamu Mak Ngah dan Pak Ngah sampai.

Hidangkan air minuman, hidangkan makanan atas meja yang susah payah aku masak,

lepas tu sediakan pula pencuci mulut.

“Ini maid baru ke?.”

Nak terlepas dulang rasanya. Aku buat-buat senyum tapi dalam hati, nak

meletup rasanya. Tertunggu-tunggu juga apa jawapan Mak Ngah.

“Hmm..”

Hmm..? Maksudnya ya..??

“Okey tak dia buat kerja?.”

“Satisfy.” Komen Pak Ngah menyampuk. Berlaga mataku dengan mata Fahmi.

Satisfy? Menakutkan…

Mak Ngah lebih banyak diam setiap kali aku muncul menghantarkan makanan.

Mungkin dia tak berani sangat nak anggap aku orang gaji dia depan mata aku kot.







Bila dah selesai semua kerja, aku melepak sekejap depan TV. Bosan. Penat.

Mengemas sudah. Membasuh sudah. Menjemur kain sudah. Siram bunga pun sudah.

Rancangan TV awal-awal pagi begini mana seronok. Entah cerita apa yang

ditayangkan pun aku tak ambil tahu sangat.

Pandai betul TV Programmer ni, waktu budak-budak pergi sekolah, orang

dewasa pergi kerja ni, rancangan yang entah apa-apa dia tayangkan.

Cuba kalau sebelah petang, dah dekat nak maghrib, semuanya best.

Sampaikan penonton berat hati nak luangkan masa

pergi sembahyang.

Nasib baiklah juga Nasya, Nadia dengan Izzah conquer semua TV

yang ada di rumah ni

jadi aku pun tak adalah terjebak sama jadi addicted to tv.

Izzah dengan rancangan kartun dia kat Astro Ceria, Nasya pula

berebut nak tengok drama mandarin Hong Kong sebab Nadia nak

tengok music video. Akhirnya siapa yang kalah merajuk

hempas pintu.

Tengah-tengah syok aku berehat, tiba-tiba pula ada bunyi

orang tutup pintu kereta di luar. Siapa tu?

Wah, siap park kereta kat garaj pula. Tapi kalau park kat garaj

maksudnya orang rumah ni juga.

Belum sempat mahu mengintai, pintu sudah terbuka luas.

“Buatkan abang air ais limau.”

“Hah?.” Apa hal dengan dia ni?

Saturday, May 23, 2009

siapa yang salah? 5

Betul macam yang aku jangka, dua-dua pun muka dah masam macam cemberut. Aku baru lewat setengah jam.
Berdebar-debar juga aku tunggu siapa yang akan duduk sebelah aku. Nadia ke Nasya?
“Eh, kenapa adik duduk belakang ni? Pindah depan.” Selamba saja Nasya menengking dengan jelingan maha tajam dia.
Izzah dah mula nak menangis.
“Izzah sakit kaki. Luka. So, either you or Nadia has to take the front seat. Kecuali kalau sanggup angkat Izzah pergi depan.”
“Hish, menyampah! Nadia, kau duduk depan.”
“Apa aku pula. Kau lah. Aku yang masuk dulu.” Nadia dah mengeraskan diri kat belakang.
“Aku tendang kepala kau tu nanti. Cepat pindah.”
“Sorry..”
“Nadia, aku tarik rambut kau tu nanti baru kau menangis.”
Hah, gaduhlah korang….kita tunggu siapa yang nak mengalah. Kalau sampai lusa pun aku tak kisah..gaduhlah..gaduh…
“Nadia!!!!!!!!!.”
“Apa kau jerit-jerit ni? Tak malu betul. Orang tengoklah, bahlul.”
“Hoi, sial. Cepatlah pindah.”
“Nadia!! Nasya!!!.” Hee..bila dah mula sumpah seranah ni, aku memang tak boleh tahan. Baru korang diam kalau aku menjerit.
“Kamu berdua nak balik atau tak? Kamu jangan buat saya macam orang gaji pula kat sini. Kalau dah kamu jijik sangat nak duduk sebelah saya, hah, pergi tahan teksi. Saya nak balik.”
Nak terkeluar air mata ni rasanya bila dah habis menjerit. Hina sangat ke aku sampai diorang kena bergaduh tak nak duduk depan, sebelah aku ni????






Penat. Lenguh. Letih. Sakit.
Dari awal pagi sampai tengah malam aku terbeban dengan macam-macam kerja. Mungkin baru sekarang aku perasan yang aku ni rupanya cuma orang gaji kat rumah Mak Ngah ni.
Memasak, itu memang kat bahu aku. Mengemas, dah jadi rutin. Membasuh pun dah jadi macam sebahagian daripada aku. Mana nak jemput anak-anak Mak Ngah.
Tapi kalau betul aku ni dah dianggap macam orang gaji, maksudnya aku perlu dibayar. Dah dua bulan aku kat rumah ni macam hamba abdi, satu sen pun aku tak pernah pegang.
Paling-paling pegang duit sekejap sebab nak pergi beli apa-apa barang kat pasar atau kedai dan bakinya tak pernah aku pegang lama-lama. Takut nanti entah apa pula yang orang tuduh.
Masa inilah aku tiba-tiba rasa rindu sangat dengan mak..dengan abang…mak yang tak pernah suruh aku buat semua kerja seorang..abang yang selalu ringan tulang nak menolong dan jarang marah aku..kecuali kalau dia nampak aku berjam-jam depan komputer.
Cakap pasal komputer, baru aku teringat yang semua kerja gila aku masih dalam komputer abang. Di rumah lama kami. Harap-harap dia masih tak usik benda tu.



“Sha, nanti tolong masak lebih sikit ya. Kawan-kawan mak ngah dengan pak ngah nak datang.”
“Ya, mak ngah.”
Hah, satu lagi kerja. Satu lagi bebanan.
“Masakkan ikan keli dengan sambal udang.” Pak ngah pula menambah. Aku angguk sekali lagi.
“Izzah nak ayam goreng. Letak yoghurt sikit.”
“Nadia nak makan ayam masak merah.”
“Nasya pula nak makan udang tempura.”
Itu ini diorang berbincang dan aku pula siap dengan kertas dan pen, serupa pelayan restoran mengambil pesanan.
“Eh, tapi semua benda ni tak ada kat dalam fridge pun.” Tiba-tiba aku mencelah. Nasib baik…memang nasib aku baik sangat bila pak ngah dengan besar hatinya nak tolong pergi pasar belikan semua barang keperluan.
Asal keluar rumah punya cerita, berebutlah Izzah dengan kakak kembar dia nak ikut sekali.
Almaklumlah, papa diorang yang nak jalan. Semua pun nak ikut. Pak Ngah selalu lembut dengan anak-anak. Minta apa pun, selalunya memang akan dapat.
Bukan macam Mak Ngah, nak beli itu kena beri reason..reason kalau satu tak apa, ini sampai lima pula.
Minggu lepas, Nasya merengek nak telefon bimbit baru. Puas juga dia merayu, pura-pura buat baik, pura-pura rajin belajar tapi at last, Mak Ngah lupa nak belikan.

Friday, May 22, 2009

this cerpen done when my head is still serabut


Best Friend Forever

Sepi. Memang sepi. Malam jumaat yang sangat sepi pernah dia rasakan sepanjang hidupnya yang baru menjengah alam remaja.
Dia menoleh ke kiri. Kepada kawannya yang sedang pulas tidur. Masih awal pun dia dah nak tidur? Tak bangun-bangun. Dari mula azan maghrib berkumandang, Marissa sudah menutup mata. Alasannya, penat. Selalu anak dara yang seorang ini memang akan tutup mata every time ada peluang.
“Hei, tak sesuai betul alasan merapu kau tu. Tak buat apa, lagi nak kata penat. Segan tau aku nak dengar?.”
Alih-alih, Marissa ketawa pusing-pusing. Marissa memang hantu tidur. Dia tak pandai stay up malam-malam. Sebab tu kot muka dia cantik? Tak nampak lesu. Segar. Bertenaga? Tak adalah sangat.
Tapi better lah berbanding aku yang orang kata nampak ‘dewasa’ sangat ni…huhu…akhirnya dia ketawa sendiri selepas puas mengutuk kelemahan diri sendiri di dalam hati.
Dia menyambung lagi monolognya. Menyumpah seranah dengan kekurangan diri. Semuanya serba tak kena. Dah lah rendah ( pernah diisytiharkan sebagai oleh gurunya yang tak sayang mulut sebagai kemetot), badan pula asyik nak naik aje. Bosan.
Ilyasa mengeluh lagi. Bosannya hidup jadi beast ni…
“Eh, makin cun lah kau sekarang lya.” Hah, itu old friendnya yang cakap. Eh, bukan cakap…sms aje pun. Right after dia send kan gambar terbarunya. Kononlah latest…padahal itu gambar a year ago. Lenguh juga dia memilih gambar yang akan menampakkan dirinya agak lawa dan paling penting…slim sikit.
Mula-mula membacanya, terasa kembang juga hidung. Berdebar jantung. Iyelah, tak pernah dikatakan cantik. Paling tidak, pernah dipuji comel dua kali.
Ya, dua kali aje. Satu kali time dia mula-mula masuk sekolah ni. By someone yang begok, tunjukkan sangat minat pada dia. Siap nak berlagak romantic lagi tapi tak ada maknanya. Tak tersentuh hati langsung Ilyasa dibuatnya.
Masa tu, badannya masih slim..bukan setakat slim, cengkung macam penagih dadah yang berbulan tak dapat supply. Jadi masa itu dia berlagak…buat tak layan ajelah. Tak handsome pun.
Kali kedua by someone yang pernah jadi classmate nya waktu form 3. Sekarang dah form five. Dah dua tahun berlalu. Tapi dia still ingat sampai bila-bila. Sweet memory jugaklah kiranya. Yelah..benda jarang terjadi, bila dah terjadi..kenang sampai bila-bila, beb..
“Eh, cute pula aku tengok si ilya ni kalau dia senyum.”
Huh, jangankan ayat…nada dan intonasinya pun dia masih ingat. Entah ikhlas entah apa, tapi mukanya memang blushing habis dan sebab nak cover perasan, dia terus ubah riak muka jadi serius balik..
“Ilya?.”
Suara Marissa yang serak basah mengejutkannya. Dia membeliakkan mata berpura-pura pandang skrin hand phone. Jangan dia dikatakan dreaming lagi…Marissa ni suka sangat mainkan orang sampai kadang-kadang terasa juga dibuatnya.
“Kenapa?.”
“Kau tak mandi lagi ke? Pukul berapa dah ni?.”
Gulp…blushing, again..
“Relax lah, awal lagi. Geng lagi dua orang tu pun tak jumpa lagi jalan balik bilik ni.”
Automatic, Marissa bangun. Matanya yang…yang apa erk?, entahlah…membulat.
“Diorang tak balik lagi? Hoish, diorang dua ni buat apa kat luar?.”
“Mana aku tahu. Release tension lah tu. “ hmm…examnya tak habis lagi, dah release tension..haha..tapi suka hatilah…





“Ris, barang yang kau nak tu.”
Marissa yang baring-baring malas terus bangun. Teruja. Cepat aje dia tangkap beg plastik dihulur Yana.
“Thanks….”
Yana senyum. Hmm..dah dapat, sukalah dia..
“So, buat apa kat bandar tadi? Ada jumpa mana-mana hot guys?.”
“Mana ada. Tak ada masalah. Kitorang sibuk tau.”
“Ada tu, yana tak nak share. Kedekut.” Sekali mulut celupar Ilya dah menyampuk. Budak seorang ni, kadang-kadang lepas cakap tapi selalunya dia ni suka buat lawak spontan. Hidup dengan dia, boleh buat perut pecah nak gelak. Tapi sekali dia dah cakap tu, mana-mana yang sensitive kena get prepare lah.
“Mana adalah. Pandai aje.” Revinna bersuara dari sebalik katil. Sibuk nak kemaskan hadiah untuk kawan baik dia yang birthday esok lusa.



Dulu berkawan, sekarang dah lain…
Entah dah berapa kali, dia mengeluh lagi. Semua orang dalam bilik dah macam bisu. Kalau dulu, riuh memanjang. Sampai tengah-tengah malam. Nak kena jerit dek warden, si tua bangka tu baru diam.
Ada satu malam dulu, Marissa tiba-tiba rasa macam putus satu urat dalam kepala…disuruhnya Yana yang serba penakut tu pasang lagu kuat-kuat. Siap plug in speaker baru Yana pula tu.
Husna pun join sekali, matikan lampu. Gelap satu bilik. Bising dengan lagu gila-gila diorang. Nasiblah baik si tua tak ada masa tu. Kalau tak, siap-siap lah kena denda.
Itu dulu. Sekarang tak. Gara-gara satu benda kecik. Ilyah keluh kesal. Ya, kerana mulutnya yang lancang sangat ni lah. Cakap tak cover langsung. Sendiri sensitive bukan main, tapi kalau nak mainkan orang tak pula pikir sensitive orang.
Dah salah, ego pula. tak tegur siapa-siapa. Muka tegang all the time. Kalau tambah lawa, tak apa. Anytime..tapi…huhu.
Semuanya gara-gara dia main-mainkan yana. Dia betul-betul lupa yang yana pantang kalau tak cukup tidur. Bangun pagi, siap jadi bad mood lah dia. Lagi nak kacau.
“Ish, manalah wallet aku ni?.” Itu pun suara dah lain macam. Gegas. Rushing semacam. Yana bukan macam ilya yang berani datang lambat pergi kelas.
Dia pula boleh tahan ketawa sebab dia yang dok sembunyikan wallet tu bawah bantal. Sampailah yana dah give up tahap gila babi, barulah dia keluarkan. So…memang logic lah kan kalau yana mengamuk kat ilya?
Bila dah gaduh dengan yana, meaning to say, kena gaduh sama dengan best buddy dia..Rivenna. dua-dua buat muka masam.
And at last, marissa pula masuk campur. Niat saja nak tanya tapi diorang termengumpatlah pula. paling malang bila husna dah dengar. Apa lagi, pass lah cerita tu kat empunya tubuh…tambahlah teruk gaduh.
“Itulah kau. Cakap tu tak tengok sekeliling.”
“Hei, aku pula? jadi kau tak buka mulut ke tadi?.” Ilya memang panas hati. Sesuka hati aje Marissa menuduh.
“Aku dengar aje. Kau yang lebih-lebih.” Marissa, mana nak pernah kalah.
“Ah, kau ni kan ris. Kurang ajar betul, sama ajelah korang semua ni!!!.” Dan dia terus blah naik katil, tutup muka and tidur dalam marah.
Sekarang, dah tak sehaluan…nak minta maaf, ego..nak tunggu mood semua orang baik, rasanya bukan dalam sehari dua ni…adoi…serba-salah lagi.






Petang jumaat, ilyah ringankan tangan telefon ke rumah minta dijemput pulang. Siap dengan alasan reka-reka lagi untuk warden. Nenek sakit…biasalah..
“Eh, nenek dah tak ada. Janganlah buat main pula.”
“Ma, bukan sengaja. Tipu sunat.”
Dan akhirnya mamanya setuju. Dia menunggu nak dekat dua jam atas katil dengan muka garang. Dalam hati sunyi sebenarnya…tapi kawan-kawan semua buat hal. Masih tak bertegur.



“Apa hal kau balik ni?.”
“Oi, siot betul. Esok birthday akulah. Aku baliklah.”
“Aik…iyeke? Bukan kau selalu celebrate dengan kawan ke apa? Ni apa hal balik rumah pula? menyemak aje.”
Ilya buat muka dungu. Keraskan kepala tengok tv. Malas nak layan adik dia yang sama celupar dengan dia ni. Nanti-nanti layan, gaduh aje.




Mama memang best. Superb. Ilya tepuk tangan sendiri. Syok gila bila birthday dia kena celebrate besar-besaran. Ada kek, biasalah…makanan sedap-sedap…hadiah lagi…tapi ada satu hal buat dia still sedih. Kawan-kawan dia.
Selama ni asal birthday aje, confirm dengan kawan…tapi dia tak hit jackpot this year..ngam-ngam kena time angin semilir menyerang. Aduh…
Baru nak tiupkan api lilin, pintu tiba-tiba diketuk. Semua orang suspend and freeze sekejap sampailah birthday girl juga yang kena buka.
“Oh my god!!!!.”
“Happy birthday, ilya…we love you.”
Waaaa…..rasa nak nangis tau…dan ilya betul-betul tak tertahan and menangis depan pintu dengan birthday hat dia tu.
“Ingat juga korang kat aku. I’m sorry, guys.”
Yana, marissa, husna and rivenna serentak jerit…
“We’re best friend forever!!!!!!!!.”

Sunday, May 17, 2009

siapa yang salah? 4

Tinggal di rumah batu sederhana mewah Mak Ngah ni sepatutnya buat aku lagi selesa tapi hakikatnya tidak begitu.

Mak Ngah, Pak Ngah dan Fahmi keluar bekerja sepanjang hari. Tinggal aku kena uruskan Izzah, Nadia dan Nasya yang perlu ke sekolah. Berurusan dengan Izzah bukan perkara rumit tapi bila berdepan dengan si kembar, hati yang lembut pun boleh jadi keras.

Semalam Nasya tengking aku sebab tak iron baju sekolah dia elok-elok. Bukan aku yang tak buat kerja betul-betul tapi lepas aku dah iron baju tu dan letak atas katil, Izzah terpijak pula. Kusutlah.

“Akak ni itu pun tak reti nak buat ke?.”

Baru lima belas tahun, dah pandai tengking aku sampai macam tu sekali. Padahal kami sepupu. Oh, ya..aku lupa aku anak angkat.

Tapi sekurang-kurangnya hormatlah aku yang enam tahun lagi tua daripada dia ni.

Nadia pula selalu mendera aku dalam diam. Kalau tak perhati betul-betul, orang memang tak cakap dia biadab sebab anak Mak Ngah yang seorang ni lemah-lembut, suara dia lemah-gemalai.

“Akak, tolong masakkan saya ikan masak stim ya. Saya nak bawa bekal pergi sekolah.” Dengan lagak manjanya, dia peluk aku dari belakang.

“Okey, akak boleh masakkan.”

Lalu malamnya aku tidur lewat sebab nak sediakan bahan nak masak ikan stim dan ayam masak kunyit untuk Nadia. Sebelum subuh pula aku bangun memasak. Bertungkus-lumus seorang diri.

“Nadia, akak dah masukkan bekal Nadia dalam paper bag tu. Jangan lupa bawa pula.”

“Nadia, kenapa nak bawa bekal pula?.” Mak Ngah tiba-tiba muncul antara kami. Sudah lengkap dengan sut nak ke pejabat.

“Hah? Bekal? Mana Nadia minta bekal pula, mama? Nadia kan selalu makan kat kantin tapi mama, ni akak ni paksa Nadia bawa bekal juga. Dia cakap makanan kat kantin tu kotor. Tak bersih. Jadi Nadia setujulah.” Panjang lebar dia mereka cerita, aku di hujung tangga ni rasa macam nak pengsan.

Mak Ngah tengok aku lain macam. “Betul Sha cakap macam tu?.”

“Eh..”

“Alah, mama..mungkin betul kot makanan kat kantin tu kotor. Nanti Nadia suruh papa cakap dengan Aunty Sara.”

Pak Ngah yang kebetulan baru nak turun sarapan terus ikut menyampuk bila nama dia kena sebut.

“Kenapa dengan Aunty Sara?.”

“Abang, betulkah adik abang tu handle kantin tak bersih?.”

Adik? Maknanya…

Aku dah rasa nak pitam masa nampak perubahan kat muka Pak Ngah. Adik sendiri dikata. Siapa tak marah?

“Sha, Mak Ngah tak suka Sha cakap sebarangan macam tu. Sha ada pergi tengok ke kantin sekolah Nadia tu? Kotor ke? Sekali lagi Mak Ngah dengar Sha cakap macam tu, Sha kena merayu dengan Pak Ngah kalau nak terus tinggal kat sini.”

Dan aku terdiam macam orang bisu di tempat yang sama. Masih kaku di hujung tangga. Masih aku ingat jelingan tajam Mak Ngah dan senyum sumbing Nadia dengan aku. Dan itu takkan aku lupa sampai bila-bila.

Lepas mengemas rumah ( keseluruhan isi rumah ), aku bergegas pula memandu kereta kancil Mak Ngah ke sekolah Izzah. Anak kecil seorang ni paling pantang lambat dijemput.

Nasib baik aku sampai awal. Kereta belum banyak tapi jenuh juga aku berdiri di pagar sekolah menunggu dia keluar dari kelas. Dalam ramai-ramai yang menunggu, nampaknya aku seorang ajelah yang paling muda.

Tepat jam 1 tengah hari barulah loceng berbunyi. Aku keluar semula dari kereta dan berbaris di depan pagar. Murid sekolah makin ramai tapi muka Izzah tak juga muncul.

“Cepatlah…please..”.

Nanti nak ke sekolah si kembar lagi, sesak bukan main. Aku lambat jemput, aku juga yang kena. Cepat aje diorang report dengan Mak Ngah.

Dah nak lengang kawasan sekolah barulah aku nampak Izzah terjengket-jengket berjalan. Darah!

“Kenapa dengan kaki Izzah ni?.” Aduh, kalut lagi..

Matanya dah mula nak merah. Belum sempat aku tahan, dia meraung sekuat hati macamlah cuma ada kami berdua di sini. Malu bukan main bila guru-guru yang masih ada memandang semacam.

“Shhh..dah..jangan nangis. Nanti akak ubatkan.”

“Sakit!!!!!!.”

“Ya, akak tahu. Kita singgah klinik dulu baru ambil akak Nadia dengan Nasya. Okey?.”





Walaupun tak ada duit sangat tapi terpaksa juga aku hulur duit bayarkan ubat Izzah. Mak Ngah pun bukannya pernah tinggalkan duit. Dia cuma isikan minyak kereta setiap petang dan belikan bahan untuk memasak.

“Okey, dah boleh jalan kan? Kita pergi ambil akak Izzah ya?.”

“Mana Izzah boleh jalan. Sakitlah, kak.” Dia dah mula merengek minta didukung. Adoi…

“Hmm…”

“Akak angkatlah Izzah.”

“Bukannya berat pun.”

Hah, yalah..tak berat kepala otak kau..dia baru tujuh tahun tapi berat dah 25 kilo. Aku yang dah 21 ni pun baru 49 kilo.

Sebab malas nak memaksa, aku usahakan juga menggagahkan diri mengangkat anak bongsu yang manja ini. Ya Allah…nak terkeluar isi perut aku..

“Cik? Okey ke?.”

Ah…doktor ni..malunya aku..

“As you can see, not okay. I can’t carry her.”

Dalam hati puas aku berdoa. Moga-moga dia akan tolong aku angkatkan budak seorang ni.

“Tak apalah…cik pergi bukakan pintu kereta. Saya angkat dia.” Ah…leganya..

“Ya, doktor.”

Izzah kerut muka juga sebab segan orang lain dukung tapi bila aku bagi isyarat okey, elok pula dia letak tangan kat bahu doktor ni. Mentang-mentang doktor handsome..

“Okey, duduk elok-elok.” Pesannya lagi waktu letak Izzah kat kerusi belakang. Alamak…kalau Izzah duduk belakang, maksudnya salah seorang dari si kembar akan duduk depan. Sebelah aku. Aduh..malasnya.

Popular Posts