Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, May 14, 2009

WhEn mY iDeA cOmEs...

When you become a mom

Kerja dengan bos ni kadang-kadang buat aku tambah tension. Dia sengaja nak ajak aku temankan dia pergi mana-mana. Makan berdua. Minum petang berdua. Meeting berdua. Semuanya berdua sampai aku tak ada masa nak lekat dengan geng-geng lama.
“Abang cubalah pergi sendiri, liya nak keluar makan dengan kawan-kawan. Dah lama tak lepak dengan diorang tau.”
“No way!! Abang tau, liya tu asal jumpa kawan-kawan perempuan aje tak ada lain mesti nak anyam ketupat.”
“Apa pula? Liya tak mengumpatlah. Suka aje abang nak tuduh-tuduh.”
Hah, dah panjang muncung aku dibuatnya.
“Tak payah nak kelentong.”
“Abang!!!!.”
Hish, geramnya. Orang lain pun ada suami tapi tak pun asyik melekat aje kerja. Boleh juga hang out dengan kawan-kawan.
Kat rumah dah berdua. Privacy. Macam yang dia nak, aku ikut aje. Kahwin dah nak dua tahun tapi seorang anak pun tak dapat. Aku sunyi..bosan..kalau dulu kat rumah mak, ada juga anak sulung farah yang chubby tu buat main.
Ini bila dah pindah, nak main dengan siapa? Bos busy memanjang. Suruh pula aku tunggu dia sampai semua kerja dia habis. Tak pun dihantarnya aku pulang dulu dan tunggu dia sampai malam sorang-sorang.
Hah, tak ke itu namanya membosankan????
Aku bukan putus asa. Bukan mengeluh kenapa Allah s.w.t tak beri rezeki tapi aku dilanda musim sunyi yang amat. Aku tertunggu-tunggu kalau-kalau ada period aku yang lambat, akan ada any good news untuk kami tapi tak ada juga.
“Kita dah usaha. Sabarlah. Tak enjoy ke life dengan abang?.” Itu pula dia tanya. Nanti aku terus-terang, menyesal tak sudah, bang oi..



“Abang?.”
“Hmm..”
“Liya ada satu suggestion nak cakap.”
Bos yang tengah khusyuk baca laporan kewangan pandang aku macam nak telan. Ish, scary nya muka dia…alahai, suamiku.
“Hah, sayang abang ni diam pula? Suggestion apa? .”
Aku tahu benda ni dia memang tak suka. Dah pernah cakap tapi dapat reaksi negatif pula. Merajuk jugalah dekat dua jam. Sampai aku pujuk dengan sms romantic gila-gila, baru dia senyum semula.
“Nak cakap ke tak?.”
“Hmm….” Pelan-pelan aku sengaja jatuhkan kepala atas peha bos. Saja nak tunjuk manja. Bila lagi nak romance romance kan?
“Abang.”
“Yes, my dear. Waiting.”
“Dah nak dekat dua tahun kita nikah kan?.” Intro yang lemah-lembut. Harap-harap lembutlah juga hati dia.




“Dah ready?.”
Angguk. Aku senyum. Sengaja aku ringankan tangan usap rambut bos yang dah kemas aku tolong sikat. Dia pula tolong kemaskan tudung aku tapi bukanlah kemas dalam erti kata yang sebenar. Tambah tak kemas ada. Hihi…shh..jangan cakap kat bos.
Lepas usaha aku memujuk semalam, akhirnya hari ini bos sanggup luangkan masa ambil cuti nak bawa aku pergi Rumah Nur Kasih ni. And, bos approve sama cuti aku. Haha, bestnya.
“Senyumlah sikit, sayang. Macam tak ikhlas aje muka tu.”
Bos pandang aku. Lama. Kemudian baru dia senyum.
“Abang ikhlas. Mana tahu lepas ni kita dianugerahkan rezeki kita sendiri. Mudah-mudahan.”
“Okey.” Aku genggam erat-erat tangan dia, kiss sikit.
“Let’s go..”
“Yes, dear. Let’s go.”
Bos dah ready nak tekan pedal minyak kereta bila aku rasa macam ada belon meletup dalam perut ni. Gulp…apa ni? Rasa macam nak pengsan aku. Bos pun dah panik.
“What’s wrong?.”
“Abang…please, help me.” Aduh, sakitnya…takkan aku ada batu karang kot?




Kelam-kabut nya hidup ni. Bos dengan karenah dia, tambah-tambah nak dera aku. Dah lah tak nak naikkan pangkat isteri dia ni jadi eksekutif ke..pengarah ke..koman-koman pun jadi pembantu pengurus atau akauntan. Huh, aku kekal juga jadi PA kesayangan bos.
Kemas meja bos, dah. Sediakan mineral water pun dah. Susun schedule bos pun dah. Apa lagi erk?
Belum sempat otak aku memproses data, bunyi telefon dah kacau daun. Terkejut bukan main. Kurang asam betul.
My lovely home…calling..
“Hello?.”
“Liya, Mak Nab ni.”
“Kenapa, Mak Nab? Ada problem ke?.” Inilah pembantu rumah pertama kami. Sepupu mak mentua. Mak cik bos lah.
“Ini, anak tiri si khairul kemalangan jalan raya. Dia kat hospital sekarang. Mak Nab nak balik jenguk dia, boleh tak?.”
Hah? Kemalangan? Nak balik?
“Tapi…”
“Khairul masih kat Sarawak dengan isteri dia. Tak ada orang nak tunggu Wan kat hospital. Liya balik ya?.”
Adui…bukan aku tak kesian tapi…



“Papa!!!.”
Bos berkerut bukan main. Tengok aku lain macam, tengok anak dia yang dah ambil takhta duduk kerusi CEO.
“Kenapa anak papa ada kat office ni?.”
“Papa!! Macam tak suka aje Ilham datang. Mama!!.” Muka dah masam. Siap herot bibir lagi tu.
“Dah lah tu..hero-hero mama ni kalau tak gaduh tak sah.”
“Papalah tu, jahat.”
“Mana papa jahat. Kalau papa jahat, mama tak kahwin dengan papa tau.”
“Hah, mula lagi. Mama nak keluarlah. Boring dengan korang dua ni.” Sengaja aku buat-buat muka terus angkat kaki keluar.
“Mama!!”
Haha..tahu takut aku marah..anak banyak mulut suka menjawab ni mesti dapat dari baka aku..aduh, nyesal juga suka melawan bos dulu..

************** End ****************

ok ke? aku pun x taw. ok x ok..aku ok aje..

7 comments:

  1. ok sgtt222 tyea....

    ReplyDelete
  2. kak..ni cerpen ke novel? sambung lagi yer kak..novel2 yang lain jugak ekk...hehehe

    ReplyDelete
  3. salam tyea....
    suke3...tapi x tau anak angkat ke anak sendiri???
    anak sendirikan....hehehehe

    thx dear ^__^

    ReplyDelete
  4. hehehehe....
    cite ni kalau betul2 bes kak tyea..
    ni pon dah cute sgt family ni..
    cuma nape dia pgil hasben dia bos??
    x paham..x paham..
    huhuhu..
    apa2 pon bos la..
    errr...
    lg 1...

    bulehkh kak tyea amik award di blog sy??
    tanda sy dah skodeng blok kak tyea..
    hehehehehe...

    ReplyDelete
  5. ader g rupenyer sambungan.. hahaha.. bagus2..
    _aBaNGkEraNI_

    ReplyDelete
  6. tinggal dengan u aje..nak kata Ilham anak dorang or anak junjung @ angkat..hihihi..Ain...boleh..saya dlm perjalanan nak p amik award lah ni..haha..thanks sudi sokong, semua..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts