Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, May 29, 2009

siapa yang salah? 7

Entah apa penyakit dia, tiba-tiba pula nak suruh aku panggil dia abang pula. Segan nak mati aku dibuatnya.
“Takkan malu kot?.”
Aduh… “Saya bukan malu tapi kita kan…”
“Kenapa dengan kita?.”
“Ish, kita kan sebaya. Apa ke halnya saya nak panggil awak abang? Tak sesuai langsung.”
Fahmi ni memang pelik. Tiba-tiba aje balik waktu kerja semata-mata nak minta aku buatkan air ais limau dan panggil dia abang. Selama ni tak pernah nak berbual dengan aku pun.
Paling-paling dia buka mulut bila nak minta masakkan sarapan kalau dia nak keluar awal pergi office.
“Tengah hari nanti nak masak apa?.” Dia masih mengekor langkahku. Hish, aku betul-betul tak selesa.
“Masakkan ikan goreng lada dengan tauhu jepun aje. Izzah dengan Nasya aje yang nak makan.”
“Hmm..abang nak makan ketam masak lemak cili api.”
“Mana ada ketam dalam fridge. Mak Ngah tak suruh beli.” Memang Mak Ngah sendiri yang cakap, dalam rumah ni tak ada orang yang dibenarkan makan ketam sebab dia allergie.
Fahmi kerut dahi. Bila aku sibuk di sinki membasuh cawan bekas minuman dia, barulah dia duduk di meja makan.
“Kita pergi pasarlah sekejap. Before we pick them up from school. Kita keluar awal sikit.”
Amboi…dah lah nak suruh orang panggil dia abang, ini nak pergi jemput adik-adik dia pula berdua? Entah apa orang cakap nanti. Si Nasya..Nadia..silap haribulan, aku juga yang dituduh menggoda abang diorang ni.
“Eh, awak nak pergi ambil diorang ke?.”
Laju aje dia mengangguk. Bagus juga kalau dia nak pergi, jadi aku boleh memasak. Dan paling penting, inilah alasan aku supaya kami tak payah keluar berdua. Pergi pasar atau sekolah!!!






Betullah macam yang aku sangkakan, mulut Nadia tak henti-henti soal abang dia kenapa dia boleh ada kat rumah waktu office hour. Fahmi pula buat muka selamba langsung tak nak layan soalan adik dia. Dia sibuk nak tolong aku tuangkan air dalam kuali ke sinki.
“Akak masak apa?.”
“Masak macam yang Izzah minta semalamlah. Kenapa?.”
“Habis tu kenapa ada ketam? Abang beli kat market tadi.”
Aku pura-pura buat muka terkejut. Sekurang-kurangnya diorang akan nampak yang kami berdua langsung tak bercakap tadi..macam selalu Fahmi layan aku.
“Ketam? Akak tak tahu pun.” Sempat juga mataku menjeling Fahmi yang tersenyum-senyum macam kerang busuk.
“Abang nak makan ketamlah. Kenapa? Tak boleh?.”
Izzah herot bibir.
“Tak cakap pun tak boleh. Orang tanya aje pun tak boleh.”
Hah, baguslah tu…berkelahilah korang jadi semua orang akan lupa pasal Fahmi ada di rumah semasa office hour ni. Jangan report kat Mak Ngah dengan Pak Ngah, sudah..
“Abang ni entah-entah ada apa-apa kot? Sebab tu balik awal.” Hah, tak habis-habis juga si Nadia ni, sampaikan nasi dia masih tak berkurang. Busybody betul anak dara Mak Ngah yang seorang ni. Tak kena dengan umur langsung.
“Sha, jom makan sekali. Apa tengok aje?.”
Aku terkejut. Nadia terkejut. Nasya beliakkan mata. Selama ini mana pernah aku dibenarkan duduk makan serentak dengan diorang. Aku akan berdiri tunggu semua orang selesai makan dan bersedia kalau ada apa-apa yang diorang perlukan waktu makan.
“Abang?.”
“Eh, tak apalah. Saya nak solat dulu then baru lunch.” Yalah tu…padahal selalunya aku solat zuhur dah dekat nak jam dua sebab sibuk cuci pinggan dan kemas dapur.
“Alah, makanan ada depan mata, harus hukumnya solat. Makan dulu. Nanti sembahyang bukan khusyuk pun.”
“Eh, mana awak tau. Saya tak lapar lagi.”
Berubah mukanya tapi aku kira ini lebih baik daripada aku join diorang makan and esoknya entah apa-apa lagi cerita yang Nadia dan Nasya reka.
“Apa abang ni? Nak paksa-paksa?.” Komen Nadia. Puas hati dia kot. Duduk dekat dalam kereta pun dia tak sudi, inikan pula makan semeja.
“Ha’ah. Abang lupa ke? Kan mama dah warning, jangan makan sama-sama dengan Kak Sha. Dengan maid sendiri.”
Gulp…air muka aku dah bertitisan jatuh ke lantai. Maid? Jangan makan sama-sama dengan aku? Maid Mak Ngah?

3 comments:

  1. sdihnye..
    sian si sha..
    : (
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. ala sedihnye kt sha...
    tp xpe,bls baik dbls baik..
    1 hr nti sure Mak Ngah & fmly insaf &
    dpt pmblsn kn.tula,sape suh bongkak sgt kn...
    emosional la plak..jgn mrh...

    kak tyea,sy suka citer ni..
    gud luck k...keep in touch ...daa

    anyway,slmt bercuti...
    nti cpt2 blk ea....

    ReplyDelete
  3. terok nyer mak ngah sha neh..
    zalim siot..
    tu bkan maid..tpi hamba..
    sbb..kalu maid pon dpt gaji..
    neh x pon..

    kak tyea..best ler cite neh..
    smbung lgi bnyk2 ek..
    gee~

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts