Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, May 23, 2009

siapa yang salah? 5

Betul macam yang aku jangka, dua-dua pun muka dah masam macam cemberut. Aku baru lewat setengah jam.
Berdebar-debar juga aku tunggu siapa yang akan duduk sebelah aku. Nadia ke Nasya?
“Eh, kenapa adik duduk belakang ni? Pindah depan.” Selamba saja Nasya menengking dengan jelingan maha tajam dia.
Izzah dah mula nak menangis.
“Izzah sakit kaki. Luka. So, either you or Nadia has to take the front seat. Kecuali kalau sanggup angkat Izzah pergi depan.”
“Hish, menyampah! Nadia, kau duduk depan.”
“Apa aku pula. Kau lah. Aku yang masuk dulu.” Nadia dah mengeraskan diri kat belakang.
“Aku tendang kepala kau tu nanti. Cepat pindah.”
“Sorry..”
“Nadia, aku tarik rambut kau tu nanti baru kau menangis.”
Hah, gaduhlah korang….kita tunggu siapa yang nak mengalah. Kalau sampai lusa pun aku tak kisah..gaduhlah..gaduh…
“Nadia!!!!!!!!!.”
“Apa kau jerit-jerit ni? Tak malu betul. Orang tengoklah, bahlul.”
“Hoi, sial. Cepatlah pindah.”
“Nadia!! Nasya!!!.” Hee..bila dah mula sumpah seranah ni, aku memang tak boleh tahan. Baru korang diam kalau aku menjerit.
“Kamu berdua nak balik atau tak? Kamu jangan buat saya macam orang gaji pula kat sini. Kalau dah kamu jijik sangat nak duduk sebelah saya, hah, pergi tahan teksi. Saya nak balik.”
Nak terkeluar air mata ni rasanya bila dah habis menjerit. Hina sangat ke aku sampai diorang kena bergaduh tak nak duduk depan, sebelah aku ni????






Penat. Lenguh. Letih. Sakit.
Dari awal pagi sampai tengah malam aku terbeban dengan macam-macam kerja. Mungkin baru sekarang aku perasan yang aku ni rupanya cuma orang gaji kat rumah Mak Ngah ni.
Memasak, itu memang kat bahu aku. Mengemas, dah jadi rutin. Membasuh pun dah jadi macam sebahagian daripada aku. Mana nak jemput anak-anak Mak Ngah.
Tapi kalau betul aku ni dah dianggap macam orang gaji, maksudnya aku perlu dibayar. Dah dua bulan aku kat rumah ni macam hamba abdi, satu sen pun aku tak pernah pegang.
Paling-paling pegang duit sekejap sebab nak pergi beli apa-apa barang kat pasar atau kedai dan bakinya tak pernah aku pegang lama-lama. Takut nanti entah apa pula yang orang tuduh.
Masa inilah aku tiba-tiba rasa rindu sangat dengan mak..dengan abang…mak yang tak pernah suruh aku buat semua kerja seorang..abang yang selalu ringan tulang nak menolong dan jarang marah aku..kecuali kalau dia nampak aku berjam-jam depan komputer.
Cakap pasal komputer, baru aku teringat yang semua kerja gila aku masih dalam komputer abang. Di rumah lama kami. Harap-harap dia masih tak usik benda tu.



“Sha, nanti tolong masak lebih sikit ya. Kawan-kawan mak ngah dengan pak ngah nak datang.”
“Ya, mak ngah.”
Hah, satu lagi kerja. Satu lagi bebanan.
“Masakkan ikan keli dengan sambal udang.” Pak ngah pula menambah. Aku angguk sekali lagi.
“Izzah nak ayam goreng. Letak yoghurt sikit.”
“Nadia nak makan ayam masak merah.”
“Nasya pula nak makan udang tempura.”
Itu ini diorang berbincang dan aku pula siap dengan kertas dan pen, serupa pelayan restoran mengambil pesanan.
“Eh, tapi semua benda ni tak ada kat dalam fridge pun.” Tiba-tiba aku mencelah. Nasib baik…memang nasib aku baik sangat bila pak ngah dengan besar hatinya nak tolong pergi pasar belikan semua barang keperluan.
Asal keluar rumah punya cerita, berebutlah Izzah dengan kakak kembar dia nak ikut sekali.
Almaklumlah, papa diorang yang nak jalan. Semua pun nak ikut. Pak Ngah selalu lembut dengan anak-anak. Minta apa pun, selalunya memang akan dapat.
Bukan macam Mak Ngah, nak beli itu kena beri reason..reason kalau satu tak apa, ini sampai lima pula.
Minggu lepas, Nasya merengek nak telefon bimbit baru. Puas juga dia merayu, pura-pura buat baik, pura-pura rajin belajar tapi at last, Mak Ngah lupa nak belikan.

7 comments:

  1. BEST2
    -aBanGkEraNI_

    ReplyDelete
  2. best...
    eeeee gram tul diorg ni...

    ReplyDelete
  3. uh..
    x suke kluarga mak ngah dy..
    sengal sungguh!!
    hu~
    kak tyea..
    best ler..!!
    cpat2 smbung ek..
    CHAYOK!!

    ReplyDelete
  4. Geram la ngan bebudak tu..
    Ngan mak ayah budak tu sekali..
    Eiii!

    ReplyDelete
  5. kak tyea, can't wait 2 read da next n3..

    ReplyDelete
  6. best la cite ni kak tyea..
    nk lg...nk lg...

    ReplyDelete
  7. kuang ajo btol bdk2 tuh,,kecik2 da pndai tengking2 org yg lg tua... neway,,best r cter kak tyea... sy bru jer ikut blog neh... mmg tertarik btol,,sehari suntuk duk ngadap lappy jer bce karya kak tyea.. congrats kak tyea...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts