Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.
Showing posts with label Heartbeat. Show all posts
Showing posts with label Heartbeat. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Bila hati rasa perit namun tak dapat diluah

Apa rasanya kalau putus cinta?

Sepanjang hidup ni, aku memang tak pernah bercinta. Memang aku tak popular, bukan most wanted girl tapi ada jugakla yang cuba2 dekat. Tapi yalah, aku bukan couple practitioner. Aku tak terima istilah tu. Yang aku tau,berkenalan, kenal hati budi, kalau sesuai, proceed to engagement, then if everything goes smoothly ya proceed to nikah. Tak mau istilah dating bagai.

After all, aku bersyukur sangat2 aku tak bercinta waktu ni bila untuk kali pertamanya aku rasa macam mana peritnya bila orang tu dah berpunya. Rasa macam nak termuntah, macam nak menangis tapi orang hati kering macam aku memang tak reti nak menangis.

Betullah orang kata, everything happens for a reason!

Entah2 kalau aku pernah bercinta sebelum ni,  lepas tu tiba2 ditakdirkan cinta tu putus di tengah jalan, mau aku cari gua untuk berkurung sampai berhari kut. Makan baring tidur termenung sepanjang hari.

Allahuakbar.

Untuk dia, jangan sentuh hatiku lagi. Please.

Sunday, September 29, 2013

mulut manis kaum adam

Assalamualaikum.
It's been a while since I stop blogging,rite? Eh, mengada cakap omputih ni kenapa? Hihi. Saja bah. Nak try grammar aku masih ok ke atau berterabur as always?

Act, aku nak cerita pasal kisah perempuan yg cepat sangat cair dengan mulut manis lelaki. Memang ramai kan yg begitu?

And the worst fact is, perkara tertipu dengan mulut manis lelaki ni mostly wanita yang dah agak dewasa...u-know-who-I-mean....

Kenapa begitu eh?

Ada yang claimed that, dia orang sunyi sebab single.

Bagi aku yg dah 26 tapi still sendirian berhad ni,being single is much better rather than marry a man yang lebih banyak menghadiahkan penderitaan dan kesengsaraan pada kita. Percaya cakap aku, lelaki bermulut manis majoritinya tak berperangai elok pun. Majoriti, tak semua. Untungla yg dapat husband mulut dan tingkahnya sama2 manis tu. Hamdan lillah.

Bukan tak ada yg baru couple, dah kena kerah tenaga, kena kikis duit etc, nauzubillah...bayangkan kalau dah kawen nanti. Sebab terlalu mudah percaya kata janji lelaki, ramai yang terperangkap.

Once kita dah terjatuh suka pada lelaki tu, biasanya mata kita yg bulat besar ni pun dah tak nampak apa-apa kekurangan lagi.....biar pun yg TERANG LAGI NYATA di mata orang lain.

Wanita berkerjaya paling kerap jadi mangsa. Ada baiknya sebelum start a relationship with someone, minta pendapat keluarga terdekat...jangan mengadu pada kawan semata sebab ada juga kawan ni, dia sokong aje tak fikir dalam-dalam. Lantaklah. Hah, itu kita tak nak!

Kalau minta pendapat family esp ibu bapa, at least mereka memberi pandangan kerana kasih mereka pada kita.

Dan jika bakal pasangan tu tak dapat diterima, cuba selidik apa puncanya. Jangan terus marah dan putus asa dengan keluarga sendiri.

Janganlah merungut bila jodoh lambat sangat tiba. Fikir secara rasional (aku pun ada juga mengeluh, kenapalah jodoh aku ni tak kunjung tiba? Dah sesat ke mana, bang? )....antara hikmahnya mungkin supaya kita boleh berbakti pada parent kita yang confirm kasihnya tak berbelah bagi.

Allah swt dah janji yg tiap manusia ada jodohnya. Cuma jodoh tu kadang ada yg ditemui di alam syurga, atau dia dah kahwin lain atau belum lahir lagi???? Hihihi.




Ok, sampai sini aje ya.
 Petang2 ni, duduk sorang-sorang tiba2 terperasan jadi pakar rujuk cinta pula.











Wednesday, June 12, 2013

Tak payah baca

Aku selalu rasa, aku nak give up tapi tiap kali nak give up itulah akan datang tanda2 baru. dare to tell me what is it in ur heart? because I'm always here waiting 2 tell u mine.

Popular Posts