Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, May 19, 2011

Aku terima nikahnya 1

~ Ish, nampak tajuk mcm novel...tapi tetap bebelanku juga yg muncul dulu...kekeke..jangan marah. Aku dah sekian lama tak post apa2 cerita dekat sini kan? Utk pengetahuan korang, inilah karya terbaharu aku setakat ini yg entah bila akan siap sebab berbesarlah hati kiranya novel ni boleh menyusul kakaknya SKSI jadi novel versi cetak. Aku mengharapkan doa korang semua. Hehehe...


Demi Allah, maruahku terbang melayang

Lelah.

Penat.

Letih.

Teramat mengantuk.

Ada lagikah perkataan atau frasa yang hampir sama waktu dengannya dalam mana-mana edisi Kamus Dewan? Kalau ada dia mahu letakkan di sini.

Tapi rasanya memang itu saja yang ada. Atau lebih spesifik lagi yang dia tahu. Sebabnya dia memang kurang membaca malah jujurnya tak pernah sekali pun membelek bukan saja isi malah kulit Kamus Dewan itu.

Sehari semalam dia duduk menelaah buku-buku rujukan yang bertimbun di atas meja dan tidak sampai tiga jam, semua yang berjaya masuk ke dalam kepalanya itu ditumpahkan ke atas lima helai kertas putih berjalur-jalur buatan Malaysia.

Dan, that’s it.

Itu saja.

Kadang-kadang rasa tak adilnya sistem pendidikan di Malaysia ini. Berbulan-bulan malah bertahun-tahun menelaah buku, dalam masa singkat ilmu itu dicurahkan ke atas kertas. Untuk dinilai pula oleh orang lain.

Contoh paling tak adilnya, SPM, PMR dan UPSR.

Tapi ya lah, dia bukan siapa-siapa pun di negara ini. Cuma rakyat biasa. Kalau dia duduk di kabinet, perkara pertama yang dia mahu ubah ialah sistem pendidikan.

Oppss...yang berkenaan jangan ambil hati ya. Itu cuma cakap-cakap kosong. Angan-angan seorang mahasiswa tahun akhir yang sudah naik bosan duduk periksa.

Dan mengenangkan dirinya begitu, Syed Uthman Affan tergeleng-geleng sendiri. Back pack penuh berisi pakaian dan buku itu dibetulkan kedudukannya. Beg itu bukanlah berat sangat sebenarnya tetapi berjalan di bawah panas mentari begini membuatnya terasa seperti mahu berlari sepantas mungkin menuju stesen bas itu.

Terasa jerihnya menjadi seperti Ifwat si anak nelayan itu yang tiap kali hendak pulang kampung perlu berjalan kaki ke stesen bas dengan beg pakaian penuh berisi oleh-oleh untuk adik-adiknya.

Nasib mereka jauh berbeza. Dia sendiri anak seorang peguam dan doktor. Tapi yang menyamakan mereka kini dia juga perlu berjalan kaki dari asrama gara-gara kereta walid masuk bengkel dan kereta umi pula dibawanya ke Tawau untuk bermesyuarat.

Mujur saja, tidak sampai lima belas minit menunggu, sebuah bas yang dipasang air cond berhenti di hadapannya.

Matanya yang terasa berat dibuka sedikit. Dia melihat ke kiri, tembus keluar tingkap.

“Oh, masih kat sini?.” Keluhnya dan menutup mata semula dengan seluruh rasa malas. Ingatkan sudah sampai di bandaraya Kota Kinabalu.

Rasa lelah bercampur kantuk yang terhimpun sejak semalam dihilangkan dengan tidur sepuas-puasnya. Dia mahu mendapatkan sedikit tenaga kerana tiba di terminal nanti, dia perlu mencari teksi pula untuk pulang ke rumah.

“Excuse me..”

Ah, matanya semakin berat rasanya.

“Eh, abang...bang..”

Eh, aku dah sampai ke rumah ke? Bila masa pula umi pulang ke rumah? Bukan umi mesyuarat dan sambung kursus sampai seminggu ke?

“Bang..excuse me..”

Syed Uthman Affan mendiamkan diri seketika. Otaknya semakin ligat berfikir. Harumnya bau. Setahunya ini bukan bau minyak wangi yang dia sembur ke tubuh pagi tadi. Lagipun dia sembur sedikit saja. Bau ini pula kuat semacam. Menyengat hidung. Menggoda naluri lelakinya.

Syed Uthman Affan tergeleng-geleng dengan mulut terkumat-kamit sendiri. “Astaghfirullah...astaghfirullah...”

“Hah, bangun pun. Excuse me, saya nak turun ni.” Satu suara gemersik begitu hampir di telinganya. Istighfarnya terhenti seketika.

Kenapa hampir sangat? Fikirnya.

Tapi belum sempat suaranya keluar dari celah bibir, sel-sel otaknya tiba-tiba bercantum, menerima maklumat dan tak sampai sesaat, satu kesimpulan dia dapat. Serentak dengan tolakan di kepalanya.

Kepala?

Astaghfirullah. Patutlah. Patut sangatlah bau harum itu kuat sangat.

Kepalanya ditegakkan sepantas kilat. Dia rasa kulit mukanya sudah jadi merah pekat saat ini. Suaranya tertahan dan dia langsung tidak berkata apa melihat si gadis berambut panjang separas bahu dengan pakaian yang...masyaallah, dia jadi malu hendak menyebutnya...itu berlalu turun meninggalkannya terkebil-kebil sendiri di sini.

Sehinggalah dia ‘dipaksa’ turun oleh si pemandu bas, barulah dia tersedar yang dia rupanya sudah tidur beralaskan bahu si gadis tadi. Otaknya sampai jadi segan hendak menjangka sudah berapa lama dia tertidur di situ...dengan lenanya...

Oh, patutlah walid selalu memberi ingatan..tiap inci dari namanya seorang perempuan, itu memang mengasyikkan. Oh, astaghfirullah...walid benar...sedangkan dia yang cuma bersandar kepala ke atas bahu seorang perempuan saja sudah bergetar hati, apalagi mereka-mereka yang dengan selambanya berpegang tangan, berpeluk bahu.

Astaghfirullah...


2 comments:

  1. interesting intro~

    all the best!

    ReplyDelete
  2. Intro jer dah memukau yg membaca ni.. :-) teruskan menulis.. lama tak bacer tulisan KTyea ni... all the best to u!!

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts