Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, May 3, 2013

Serius, aku pun sukakan kau! ~EA

~ Actually aku dah tak berapa nak larat post tapi mengenangkan esok akan bercuti, which means aku tak akan update dah, so here is the final episode.Yippee....setinggi-tinggi penghargaan utk korang yang sudi singgah, baca dan komen di mana kekurangan...(ceh, ayat macam dlm sijil)
V
V
V
W



Betullah, memang dia serius sukakan anak gadis Cik Adah rumah sebelah tu. Tapi itulah....
Sekilas organizer biru gelap di atas meja dijeling dengan hujung mata. Bibirnya spontan mengukir satu senyuman.
Dia dah tak perlu belek lagi organizer tu untuk kali keseratus sebab dia dah hafal semua yang tertulis pada tiap muka suratnya. Dekat maklumat pemilik tu, Nur Aisya tulis semua maklumat betul. Alamat, nombor telefon, email, doktor keluarga, semuanya.
Masuk helaian 1 hingga 30, semuanya pasal kerja. Nur Aisya spesis perempuan yang well-organized. Kerjanya teratur. Kemas. Siap dia akan pangkah guna pen merah lagi pada checklist yang dah siap.
Masuk helaian 31, mahu dia tersedak dengan mata membulat besar bila ada namanya terconteng dengan macam-macam gaya. Penuh satu muka surat.
Helaian seterusnya, Adam sudah bertukar riak. Dari terkejut, matanya yang agak galak itu bertukar sepet bila dia senyum tak berhenti. Boleh tahan juga budak seorang ni!
Tapi itulah....
Sejak kejadian itu, Nur Aisya sudah jadi dingin macam kopi ais dengan dia. Tak mahu terserempak. Tak mahu senyum. Nak ajak berbual jangan mimpilah. Memang tak langsung.
Di luar sedar, Adam melepas keluhan berat. Entah macam manalah nak berdepan dengan Nur Aisya hari isnin ni esok. Entah-entah, Nur Aisya, si gadis bertubuh sederhana yang sering membalut tubuh dengan pakaian saiz XL  padahal dia tak sebesar itu pun, tu dah tak sudi nak bercarpool dengan dia lagi.



"Assalamualaikum."
Dia sekadar menjawab dalam hati.
Adam tahu sebab bibir Nur Aisya macam bergerak sikit. Pintu teksi bahagian belakang segera dibuka sebelum sempat Nur Aisya bertindak. Dia muncul depan pintu pagar pun, dah cukup buat perut Adam yang tak sempat makan sarapan jadi kenyang serta-merta. Malah siap rasa macam ada rama-rama berterbangan riang dekat dalam perut.
Pak cik Mat, seperti biasa, terus saja memandu sebaik saja Adam selamat menarik seat belt di tempat duduk hadapan. Kemudian dia akan senyap.
Jalan raya agak sesak. Nur Aisyah mengeluh di belakang. Sejak tadi dia tunduk, pura-pura belek telefon tapi lehernya dah naik lenguh. Nak pandang depan, takut kalau orang di depan tu memandang cermin pandang belakang.
“Nah.”
Lagu Sayang nyanyian artis wanita cantik yang tadi berkumandang tiba-tiba mati. Diganti suara parau lelaki. Shea sakit tekak ke apa?
“Aisyah, nah.” Kali ini, suara yang sama sedikit kuat.
Nur Aisyah angkat mukanya lambat-lambat. Eh?
“Your organizer aka…”
“Hish, shut up!.” Laju dia memintas. Dia tahu apa yang Adam nak sambung. Sampai hati jadikan perasaan orang tu bahan jenaka nak mengusik. Kejam.
Organizer yang sudah tiga hari hilang dari pandangan itu dirampasnya dengan rasa marah bercampur malu. Langsung tak dipandang Adam yang tersenyum-senyum memandang dari depan.
Sudahnya, tiga puluh minit perjalanan itu, tiga-tiga jadi bisu senyap.


Punggung dihempas perlahan ke atas kerusi. Fail kulit keras yang dibawa keluar dari bilik mesyuarat tadi diletak ke tepi. Sedang dia nak menghidupkan komputer, matanya tiba-tiba terpandang organizer.
Sejak masuk ke ofis pagi tadi, sampailah sekarang dah hampir pukul lima, dia belum belek pun organizernya. Rasa macam malu pula nak buka lagi. Dengan segala macam benda yang dia conteng dekat dalam tu, dia rasa tak berapa nak sanggup membayangkan Adam membacanya.
Agaknya anak bujang Cik Liah tu gelak terguling tak waktu membaca?
Ke dia termuntah atas meja?
Atau menangis sebab terharu rupanya anak gadis Cik Adah yang baik rapat dengannya selama ni, syok sendiri?
Malas-malas, dia belek juga muka surat pertama organizernya. Alhamdulillah, masih macam sebelum ni!
Dari satu muka surat, Nur Aisyah belek lagi muka surat berikutnya.  Tak ada benda yang berubah pun. Kecuali..tangannya terhenti pada helaian yang sebelumnya kosong, sekarang sudah ada contengan…yang langsung dia tak dapat nak fahami.
Allahuakbar, sampai 20 muka surat dia conteng?
Kau memang nak kena, Adam!
Nur Aisyah ketap bibir menahan marah bila Blackberry tiba-tiba berbunyi bip di dalam beg tangan. Laju dia hulurkan tangan kanan ke dalam beg sebelum menarik keluar Blackberrynya.
~ Hi, dear darling….wonder if you have finished reading my message. Haven’t you?
Mesej? Organizer sederhana tebal itu dia belek sekali lalu tapi hati-hati. Dari depan ke belakang. Mesej apa ke bendanya?
~ ?
~ Kat dalam organizer aka diary tu. Tak jumpa eh?
Sekali lagi, dia ketap bibirnya kuat-kuat. Kau dah conteng hak aku, sekarang nak main-main pula?
~ ?
~ Ala, yang….tulisan saya yang cantik kat muka surat belakang tu. Takkan tak jumpa. Tipu. Saya ada tulis something kat situ.
~ Orang cakap tak ada, tak adalah!
~ Amboi, yang…janganlah marah-marah. J
~ Stop playing with me, Adam!
~ Did I? Dear my darling, tak apalah kalau sayang tak boleh baca mesej tu. Biar saya cakap lagi sekali kat sini ya? Boleh?
~ Apa?
~Amboi, laju aje dia reply. Faham. J Actually, kalau awak buka laju-laju organizer tu, awak akan jumpa perkataan ni. SERIUS, SAYA PUN SUKAKAN AWAK. AGAK-AGAK BILA ROMBONGAN CIK LIAH BOLEH KE RUMAH SEBELAH HANTARKAN CINCIN?
Dia rasa nak tekan butang reply tapi tak sampai sesaat kemudian, jarinya jadi kaku sedang bibirnya tiba-tiba lebar saja mengukir senyum. Dan senyuman itu tak boleh nak dihentikan sampailah sedar-sedar aje, jam dah sampai ke angka lima.

Thursday, May 2, 2013

Serius, aku pun sukakan kau! 2

~ Selamat membaca....



Dia sebenarnya sejak azan subuh lagi sudah bangun. Walaupun sebenarnya dia tengah bercuti. Tapi bila umi mengetuk pintu bilik, Nur Aisya tiba-tiba masuk semula ke bawah selimut. Diam dan memekakkan telinga seolah orang tengah hanyut dalam mimpi.
"Along ni tidur jam berapa semalam? Umi kejut pun boleh tak dengar. Angah, nanti ....."
Nur Aisya dah tak dapat tangkap apa lagi yang umi bebelkan selepas itu sebab suaranya makin sayup. Agaknya umi pergi memesan pada Nur Nadya.
Tekaannya betul. Tak sampai seminit kemudian, pintu biliknya sudah dibuka dari luar. Tak ada ketuk pintu bagai. Adiknya itu ada special power. Agaknya sebab dia anak harapan abah, yang tak pernah tidak, mesti akan menurut semua arahan jadi abah jadikan Angah tu pemegang semua kunci spare rumah.
"Along, bangun. Nak pergi rumah sebelah ni."
Dia masih tak berkutik di bawah selimut.
Terasa ada tangan bergerak di hujung kaki, Nur Aisya cuba bertahan untuk tidak menggeliat geli.
"Bangun, long. Karang lambat pergi rumah sebelah. Banyak nak tolong ni."
"Hurm.."
"Jomlah. Pergi mandi. Karang kalau Along tinggal sorang-sorang, Along juga yang malu nak masuk." Nur Nadya sudah mula bergerak ke tingkap. Tingkap kaca yang masih berkunci itu ditolak luas. Ruang khemah rumah sebelah sudah mula dipenuhi tetamu. Sekejap nanti mesti makin ramai jemputan.
"Along?"
Nur Aisya mengeluh di bawah selimut. Penat nak tahan nafas tahu. Adiknya seorang ni bilalah nak keluar agaknya.
"Along, tak apa kalau Along nak jalan sendiri nanti. Angah gerak dulu. Jangan menyesal kena datang seorang, sudah." Adiknya sudah mula mendengus, bosan bila dia tak menyahut langsung.
Sebaik saja kedengaran bunyi pintu tertutup, kelam-kabut dia menyelak selimut. Habis berpeluh satu muka dibuatnya.



Semua meja di bawah khemah dah selamat dipenuhi orang lelaki. Melalui pintu belakang yang terbuka, Nur Aisya menyusup curi-curi masuk ke dalam.
"Lah, apa senyap-senyap masuk ni, Aisya?"
Dia belum sempat nak angkat muka pun waktu mendengar suara itu bila tiba-tiba kedengaran bunyi dentum yang kuat dari arah belakang. Dan sesaat kemudian, dia sudah rasa baju kurung kain kapas di tubuhnya basah dengan sesuatu.
"Opss, alamak. Sorry, Aisya. Sorry. Tak sengaja." Suara parau campur serak itu laju saja kedengaran dari belakang. Hampir sangat sampaikan dia rasa nafasnya jadi sesak tiba-tiba.
Entah untuk berapa saat, Nur Aisya masih terkaku di depan pintu dengan baju kurung habis lencun bersiram kuah kari...ayam agaknya. Di keliling mereka kini bukan hanya ada dia, Adam dan Cik Liah tapi juga berbelas pasang mata entah siapa yang ikut ternganga.
Dan salah seorangnya, Nur Nadya, Angah!
Laju saja tangan adiknya dia tangkap. Dia rasa kulit mukanya dah cukup merah sekarang. Kenapalah harus dia malu sekali lagi di depan lelaki itu?




Suatu petang dua hari lalu...

Mereka bekerja di syarikat berbeza. Bangunan tempat kerja pun lain-lain. Tapi dekat. Cukup dekat sampaikan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kongsi teksi setiap kali pergi dan balik kerja. Senang. Jimat lagi.
Hari itu, Nur Aisya terlambat bangun yang menyebabkannya jadi kelam-kabut masuk ke pejabat. Orang yang kelam-kabut memang biasanya akan tertinggal benda pentingkan? Begitu juga Nur Aisya. Dek kelam-kabut keluar dari perut teksi sampaikan nak cakap bye pada Adam pun dia lupa, langsung dia terlupakan diarinya tertinggal dekat seat belakang.
Dia cuma sedar bila Blackberry di atas meja berdering. Selepas dua jam setengah dia duduk bermesyuarat dengan bos.
"Assalamualaikum,cik puan."
Biskut Low sodium high fibre di tangan diletak semula ke atas piring. "Waalaikumsalam, encik. Ya, ada apa cari aku waktu kerja ni?"
Kedengaran ketawa riang lain macam Adam di hujung talian. Nur Aisya sudah mula berkerut kening.
"Busy ke? Sorrylah tapi I wonder if you missed anything important this morning."
"Heh? Benda apa? Dompet, telefon, kunci, chewing gum semua ada aje. Organi..." Bibirnya spontan terkatup. Blackberry diletak ke atas meja sebelum dia mula menyelongkar ke dalam laci, bawah fail, tepi beg, bawah meja, depan komputer. Hah? Jangan cakap tinggal. Itu nyawa tu!
Bip mesej menyentak lamunannya. Nur Aisya jengah skrin Blackberry sebelum terjerit sampaikan Kak Chah, si tukang bancuh air ikut menoleh dari pantry.
~Don't you worry, your organizer, or should I call it a diary, is safe with me. Aku takkan bocor rahsia. Lagipun, Allah swt dah buka jalan untuk aku cakap, AKU PUN SUKA KAU JUGA. Cuma taklah selama kau suka aku. :p.

Wednesday, May 1, 2013

Cerpan - Serius, aku pun sukakan kau!

~ Ini cuma siri cerpen sepatutnya tapi knowing me, aku spesis yang tak pandai buat cerita pendek. Asal mula aje, sedar-sedar dah panjang. So I'll call it a cerpan. Hope you all like it.

1

Dia memang ada bakat besar bila masuk bab buat-buat tak nampak orang. Lalulah dengan cara apa sekalipun, dia akan guna ekor matanya melirik tempat lain.
Macam tadi.
Nur Aisya tarik nafas dalam-dalam sebelum menghempas tubuh ke atas tilam. Lega sikit tulang belakang yang terpaksa kerja lebih masa hari ini.
Lepas sarapan pagi tadi, dia terus ke rumah sebelah yang akan mengadakan majlis cukur jambul cucu mereka. Dia mula membantu dengan mengukur kelapa sampailah memerah santan kemudian menolong Kak Su mengisi bekas puding yang hampir 200 itu. Aduh, waktu itu dia sudah mula rasa hendak baring saja meluruskan pinggang!
Dan waktu dia bekerja dengan pinggang hendak terpulas itulah Adam muncul di dapur dengan teko besar. Mencari-cari wajah ibunya, Cik Liah.
"Ibu! "
Cik Liah yang asyik sangat menggulai rendang dalam kuali terus menoleh. "Hah, air dah habis ke?"
Anak bujang Cik Liah itu terus mengangguk. Teko di tangan dihulur pada Cik Liah yang meneruskan tugas tadi.
Entah kenapa, instinct dalam hati sudah menghantar isyarat. Cik Liah tengah sibuk tu!
Dan betul, waktu Nur Aisya baru hendak mengangkat muka, anak mata bulat Cik Liah tiba-tiba sudah menikam wajahnya.
"Saya ke tandas sekejap ya." Ujarnya dengan begitu pantas sebelum sempat Cik Liah membuka mulut.
Secepat kilat juga dia sudah melintas di hadapan Adam yang turut mengalih pandang kepadanya. Bukan lagi memandang tapi sudah mula merenung sebenarnya. Mujurlah dia masih belum kehilangan bakat semulajadinya itu membuatkannya dengan selamba terus menghala ke tandas.
Belum sanggup rasanya hendak berdepan anak tiri kesayangan Cik Liah tu. Dia pun tak tahu apa perasaannya melihat Adam di depan mata.
Hendak kata marah, nak marahkan apa?
Malu? Entah, mungkinlah kut.
"Adoi, mak!"
Nur Aisya menekup mulut melihat adiknya yang baru muncul di muka pintu. Sudu-sudu sudah bertaburan di atas lantai.
"Along fikirkan apa sampai boleh terlanggar orang ni?"Nur Nadya sudah mengomel. Mahunya tak marah bila kena kutip semula sudu yang baru saja selamat dilap bersih tu. Bukan sikit. Dekat seratus tu!
"Alamak, sorry!"
Bahu Nur Nadya ditepuk-tepuk. Manalah dia perasan ada orang dekat depan pintu ni.
"Along tolong."
Beberapa batang sudu yang paling hampir dengan hujung kaki sendiri dia kutip dengan rasa keliru tapi rasa itu terus bertukar bila ada sepasang tangan terlebih dahulu dah selamat menggenggam sudu-sudu tersebut.
"Saya tolong."

~ Pendek? Maaf. Akan ada sambungannya menyusul. No worry sebab semuanya dah siap hingga ke ending.

Popular Posts