Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, November 10, 2012

Hati-hati guna kata panggilan



Ini bukan kelas BM. Don't worry.
Aku cuma nak share. Benda ni betul-betul jadi dan aku rasa dah selalu jadi. Betul aku cakap, hati-hatilah guna kata panggilan tu.
What, don't tell me you dunnow what is kata panggilan. Hihi. Sahlah tak pas bm kalau tak tahu. Kata panggilan....perkataan yang kita guna waktu nak panggil orang, atau kucing pun boleh aje.
Aku cakap macam ni sebab my bestfriend ever, cikgu  juga....dia tiba-tiba diminati oleh tukang kebun sekolahnya. Tukang kebun? Iyer, gardener. Mati akal dan hampir lagi betul-betul mati dek putus nafas kawan aku ni. Ni bukan nak cakap soal darjat ke apa. Itu kes lain. Tapi yang paling membunuhnya bila si gardener ni ialah bapa kepada anak murid kawan aku ni. Which mean, dia ni laki orang!!! Hah, tak ke putus nafas korang kalau kena kat batang hidung sendiri.
Dia pun dok fikir juga. Dah kenapa cikgu garang macam dia pun nak try? Sah, gatal. Si gardener tu dengan gaya tak bersalahnya kata, dia suka sebab kawan aku ni lucu.
Lucu? Eh, semua orang dekat sekolah dia ni tahu sangat kawan aku ni garang no 1. Murid nakal macam mana pun confirm menikus. Dan since when dia orang jadi kamceng sampai si gardener ni siap boleh label dia lucu?
Pening kitorang memikir. Hehe.
Dah sekian lama lepas tu, kawan aku ni tiba-tiba teringat. Duluu...adala kut tiga empat bulan lalu, dia ada terguna kata panggilan abang dekat si gardener ni waktu dia nak minta izin budak-budak kelas KHnya tanam bunga. Iyelah, si gardener ni kut tua 5 ke 6 tahun darikawan aku. Nak panggil nama, rasa tak elok sebab tak rapat pun. Takkan nak panggil pak cik, karang kena cangkul pula. Encik? Melampau. Dah tu, dengan rasa berat hati, kawan aku ni panggillah abang.

Tuesday, October 9, 2012

Lelaki umpama monster

Aku lahir dalam keluarga amat daif 25 tahun dulu. 10 anak dara, cuma 2 teruna. Pulak tu, seorang te- e runa tu dah kembali ke rahmatullah waktu umur 21 tahun. So, imagine aje perwatakan kitorang yang hidup dikelilingi perempuan ni.
 Bapa aku paling garang n tegas dengan anak2. Dengan kemiskinan kitorang tu, kami takutla gagal dalam hidup. Dah set dalam otak, kena belajar sungguh2 supaya dapat kerja elok besar nanti. Parent pula haramkan cinta waktu sekolah. Kami dah kena brainwashed yang bercinta tu akan buat kami gagal & hidup susah dengan anak berderet besar nanti. Bila dah kena ajar macam tu, makinla kami takut. Bapa aku selalu ugut, sape gagal exam, dia akan kahwinkan. Waaaa, mahunya kami tak takut.
Dari 1 sudut, cara parent aku ni berjaya buat kami semua succes dalam pelajaran. Tapi dari sudut lain, kami ( x sure adik-beradik lain tapi aku, ya ) jadi sangat anti sosial & takut dekat lelaki. 
Aku sampai sekarang x reti nak layan lelaki....esh, dont get me wrong, I mean macam mana nak bereaksi dengan kaum adam ni. Aku pemalu & sangat2 janggal. Kecuali kalau lelaki2 yang layan aku macam kawan atau adik, aku ok. Tapi bila berdepan dengan lelaki yang aku suka atau mungkin ada hati dekat aku ( ok, kalau nak muntah, silakan..) , aku jadi lost control. Dalam hati suka tapi nak senyum pun tak pandai. Masa inila aku punya kemahiradn buat2 x nampak orang berkembang pesat. Nak tengok mata dia pun aku tak berani.
Aku ni sebenarnya normal ke x?
Kadang

Thursday, September 27, 2012

H@ppy @nniversary

Kejap!! Aku nak muntah sekejap.
....
...
Aku bukan morning sickness, ok? Aku cuma allergy dengan anniversary punya hal ni.
Baru kejap tadi tertengok Bros TV3, dioarang tengah discuss pasal lelaki yang selalu bikib sakit hati perempuan.
Betulkan?
Kalau boyfriend apalagi husband korang lupa hari anniversary korang, rasa-rasa berapa meter korang punya muncung erk? Dua hari merajuk, cukup tak?
Aduih, geli tau tak?
Lagi pun, korang tak rasa kesian ke dengan kaum lelaki?
Rasanya dalam hidup ni, seorang manusia kena ingat lebih dari 10 benda. Soal diri, harta, keluarga, kerja, kawan...bla..bla...
Jadi kalau korang lagi sibuk nak merajuk, serabut dia nanti. 
Ada bukti ke bila pasangan korang lupa hari anniversary bermaksud korang takkan bahagia?
Janganlah gitu. Anniversary tu cuma 1 hari yang takkan menentukan bahagia @ derita manusia. Yang penting dia masih ingat korang, cukup. Dia doakan korang tiap kali lepas solat, syukurlah. Tak payah lebih-lebih sangat, okay!
Hidup ni biarlah jadi orang yang menyenangkan orang...okey kan? Kalau korang nak disayang, jadilah orang yang tak memeningkan kepala.

Monday, April 2, 2012

tolong doakan aku berjaya

Assalamualaikum....
Lama gile aku tak post kan? ok, I know that's common words 4 people who let their blog just like that 4 a long time. hehehe. what else can I do?
.actually, kerja jadi guru langsung lah x semudah yang sesetengah orang fikir, termasuk aku masa kecik2 dulu. aku rasa best jak jadi cikgu sebab kerja half day. yes, secara rasminya kami kerja half day tapi kerja cikgu akan perah otak siang malam.
alah, malas nak ceritalah since it's boring. kan? yeah, aku tak marah kalau korang angguk kepala pun.
oh ya, stop rambling, i wanna say, please you all yg kenal aku, tolong doakan aku berjaya dapat pindah ke sekolah dalam daerah aku di Beaufort yang indah nian tu. I'm sick of ulang-alik ke tempat sebegini jauh hampir setiap minggu. It's tiring.
Ok, mungkin kata2 ni murang menarik. What if I say, sapa tolong doakan aku, aku belanja dia makan. :) Yeah, right, tipu jer...hehehe. Korang doakan, insyaallah Allah s.w.t akan berikan korang pahala sebab mendoakan orang lain tu baik.
Ok?
Ok?
Ok lah tu...please...


~ I love Suits on Diva Universal channel...I love Mike Ross n Harvey Spector as mush as I love Ustaz Don Daniyal ~

Tuesday, January 24, 2012

Misi 2012 : teruskan mencari

Yeah, misi yg nampaknya belum dapat dicapai dan aku harap mudah-mudahan tahun ni akan dapat tertunai. misi aku ni tak ada lain tak bukan, misi cari jodoh!!!
hahaha...memang memuakkan kan baca blog aku ni sekarang? sorry, guys.
oh ya, cakap pasal jodoh ni, aku ada terbaca satu buku Misteri Jodoh. ( macam terdesak kan? mungkin juga ). dalam buku tu ada cakap. Allah s.w.t beri kita jodoh yg sesuai dengan kualiti iman kita sendiri. well, makin berkualiti iman you, insyaallah you akan diberi jodoh yang berkualiti juga.
dan aku sedang cuba memperbaiki diri sejak baca buku tu. tapi biasalah, kadang2 tu tersasar aje dari jalanNya. macam sekarangla. orang masjid dah lama siap solat maghrib, aku masih sibuk cakap pasal jodoh kat sini. (malunya aku...)
aku teringat kawan aku sorang ni dulu. dia pernah cakap dekat aku, kalau aku jumpa mana2 lelaki baik, tolong kenalkan pada dia. aku senyum panjang dibuatnya. dear, ingat aku nak dahulukan kawan ke dalam hal ni? aku sendiri pun belum jumpa. hehe...(kadang2 you kena jadi selfish dalam beberapa hal )....

~guys, especially yg blm kahwin....jaga kualiti iman anda...~

Popular Posts