Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, February 28, 2009

sesuci kasih seorang isteri

Selesai menunaikan solat isyak, aku terus turun ke dapur. Niat di hati hendak membantu serba sedikit namun melihat meja yang sudah penuh dengan makanan, aku membelok ke ruang tamu.
Alishah sedang menonton televisyen. Buletin Utama di TV3. rancangan wajib tontonnya.
“Assalamualaikum.” Dia tersentak.
Melihat aku, dia terus bangun. Aku faham isyaratnya. Dia tidak akan duduk selagi suaminya ini belum melabuhkan punggung ke kerusi. Betapa dia begitu memuliakan suami.
“Ada perkembangan tak kes budak hilang tu, sayang?.”
“Alhamdulillah. Setakat ini, polis dah jumpa beberapa orang saksi kejadian. Semuanya pun bagi kerjasama.”
Bibirnya yang bagai disirami minyak zaitun itu bergerak pantas. Aku lebih berminat merenung bibirnya setiap kali dia berbicara daripada mendengar isi bicaranya. Mungkin itulah kelebihan pemberian Ilahi pada hambanya yang membasahkan bibir dengan zikir dan selawat.
“Kalau semuanya okey, insyaallah tak lama lagi mesti jumpa budak tu. Abang doakan dia selamat.” Pehanya ku tepuk lembut.
Perlahan-lahan kepalanya mendarat jatuh ke bahuku. “Insyaallah. Kalau kita semua pray for her, insyaallah Allah s.w.t will help us.”
Aduh, aku benar-benar bertuah memperolehi seorang pendamping sesempurna Alishah. Lihatlah dirinya yang begitu taat pada agama, menghormati suami, lemah-lembut, cantik malah penyayang pula.
Tapi aku? Bertuahkah dia menyetujui permintaan mama untuk menjadikan aku sebagai suaminya? Gembirakah dia dengan layananku?



Memandangkan jadual penerbanganku ke Turki pada pukul tiga petang nanti maka aku ke pejabat terlebih dahulu. Aku perlu menemui seorang ahli lembaga pengarah syarikat untuk berbincang sesuatu.
Alishah, selepas melayani sarapanku dengan begitu mesra terus meminta diri ke kedainya. Dengan janji akan pulang semula ke rumah sebelum pukul dua belas untuk mengemaskan pakaianku.
Banyak kelebihan kahwin kan? Nak kata jadi raja pun ada...iyelah dengan layanan first class Alishah ni. Oh, i love her!!!!
Nasib baik aku yang mama jodohkan dengan Alishah ni. Entah kat mana diorang kenal sampai mama berani pergi pinang dia pun aku tak tahu. Waktu sekolah dulu, mama bukannya ada masa nak kenal dengan classmates aku. Tambah-tambah kalau Alishah yang pendiam dan jarang keluar rumah tanpa sebab mustahak.
Aku buat open house waktu raya pun, jangan harap nak nampak muka dia yang ala-ala pan asean tu. Susah sangat nak nampak. Tapi Safwan Hafiz, anak bongsu pengetua sekolah yang syok gila dengan Alishah sanggup pergi sembahyang di masjid dekat rumah Alishah sebab diorang cakap, isteri aku ni dulu lebih mudah ditemui di masjid.





“Assalamualaikum, sayang.” Pipinya ku cium penuh ikhlas sebaik sahaja masuk ke ruang tamu.
Tengok, walau macam mana sibuk pun dia akan selalu berusaha supaya sampai dulu di rumah dan menyambutku di muka pintu dengan senyuman paling menawan di bibir.
Alishah senyum lagi. Kali ini dia memelukku erat-erat bagai anak kecil yang begitu manja sekali. Mak Kiah yang muncul dari tingkat atas tersenyum penuh erti memandang kami.
“Kita makan dulu then solat sama-sama ya, sayang. Isha dah boleh solat.” Bisiknya lembut.
“Really?.” Dan senyumanku terus menguntum sehinggalah aku teringat aku perlu meninggalkannya untuk beberapa hari ini. “Alah, melepaslah abang macam ni.”
Ketawa manjanya pecah. “Nakalnya suami kesayangan Isha ni. Apa-apa pun kita makan dulu. Nanti lambat pula.”



Ikan keli masak lemak cili api masakan Alishah benar-benar menambat selera. Jangankan aku yang memang selalu makan bertambah ini, Mak Kiah pun turut menambah dibuatnya.
“Sedapnya Isha masak ni, nak.” Puji Mak Kiah sebaik sahaja kami bertiga selesai makan.
Aku lantas memeluk pinggangnya. “Mak Kiah ni, kan Isha memang selalu masak lauk tu. Mak Kiah lupa ya itu lauk favorite umi?.”
“Ops!!.” Dan wanita hampir baya mama itu terus menepuk dahi. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Mesti dia dah lupa. Maklumlah sudah lebih sepuluh tahun ayah dan umi pergi.




Kami bersolat jemaah di dalam bilik. Selepas itu aku terus membantu Alishah mengemaskan beberapa helai pakaian yang akan ku bawa berpergian sebelum mencapai tuala berniat ke bilik air.
Alishah tiba-tiba menarik tanganku sebelum tubuhku dipeluknya dari arah belakang. Aku yang terkejut pada mulanya terus tersenyum.
“It’s okay, love. Let me have shower first then I’ll help you finish this. Okay?.”
Dia diam. Saat aku cuba berpaling hendak memujuk dirinya yang ku sangka bersedih, dia terus mengeratkan pelukannya.
“Lama lagikan flight sayang?.”

Friday, February 27, 2009

an andalusia's story 19

Hari ini sepatutnya aku dah ambil cuti. Tolong buat persiapan terakhir untuk esok.
Farah dah dua hari tak kerja. Mak pun terpaksa tutup butik sejak minggu lalu. Banyak sangat kerja. Tak menang tangan. Adib dengan Rania pun dah kena ponteng hari ini. Tak apa satu hari.
Tadi waktu aku nak pergi kerja, rombongan keluarga sebelah mak dah sampai tiga kereta. Segan pula aku tengok diorang datang sedangkan aku ni kena kerja juga.
Tapi aku nak buat macam mana lagikan? Bos tak datang. Takkan belum jumpa dah memandai hilang kot.
“Eh, liya. Kau dapat message dari bos lah.”
Aik, tak sempat aku nak duduk Dania dah sampai bawa berita.
“Bos tak masuk lagi ke?.”
“Tak. Kau masuklah bilik dia. Ada message untuk kau kat atas meja dia. Dekat telefon hitam tu.”
“Okey.”
Message? Kenapa dia tak call aje? Call handphone aku kan senang. Memanglah aku sendiri yang akan angkat.
Lebih kurang pukul sembilan baru aku masuk kemaskan bilik bos dan yang penting aku nak baca message tu sebenarnya.
“Tolong datang rumah saya pukul sembilan.”
Hah? Datang rumah dia? Buat apa? Pukul sembilan? Eh, bukankah pukul sembilan tu maknanya sekarang?
Adosh, berdecit aku lari ambil beg tangan dengan kunci kereta turun bawah. Hampir-hampir aku terlanggar Kak Mun yang tengah sarat mengandung tu.
“Eh, nak ke mana ni macam kena kejar hantu ni?.”
“Pergi rumah boslah, kak. Dah lambat.”
Berkerut dahi Kak Mun yang tebal dengan lemak tu. Gemuk pun cantik. Tak apa.
“Oh ya, kak. Lupa nak bagi kad ni. Tolong edarkan ya, kak. Jangan lupa datang pula.”
“Kad apa?.”
“Jemputan kahwin. Datang tau. Saya tunggu.”
“Habis tu buat apa pergi rumah dia?.”
“Tak tau, kak. Okeylah, kak. Saya chow dulu. Nanti dia mengamuk pula kalau saya lambat.”
Bos ni bukan boleh dijangka sangat angin dia. Nanti tak pasal-pasal aku kena fired pula. Hah, menangis tak berlagulah aku.




Kondominium Sri Perdana. Hmm..orang-orang kaya ni suka sangat tinggal kat tempat tinggi macam ni. Kalau aku, tak nak lah. Tak ada laman. Mana best. Nak buat itu ini pun susah.
Tok..tok..
“Assalamualaikum, bos.”
Mana pula dia ni? Takkan tidur lagi kot?
Dekat lima minit aku menunggu, barulah aku dengar bunyi orang bukakan pintu. Isteri dia ke? Eh, dia dah kahwin ke?
“Bos?.”
Merahnya muka dia. Tindakan drastik aku, cepat aje tangan ni menjamah kat dahi dia. Panaslah.
Dia memang dah nak jatuh masa aku serba salah nak masuk atau tak. Tapi akhirnya aku masuk juga, pimpin dia pergi sofa dan biarkan pintu terbuka luas.
“Bos nak pergi klinik tak? Kalau tak biar saya call doktor peribadi bos. Panas badan bos ni.”
“Dr. Hadi out station.”
Alamak..nak bawa pergi klinik, bos berdiri pun tak larat. Kalau aku kuat, boleh juga tolong angkat tapi badan lelaki ni bukannya ringan. Sampai buasir pun aku tak dapat angkat.
Tak ada pilihan lain, aku call Adib kat rumah. Kalau kami berdua pimpin dia, mesti boleh punyalah.



Sensitif aje telinga mak bila aku cakap aku kat rumah bos. Dengan dia sekali datang kat sini. Tapi bagus juga. Aku sebenarnya takut kalau ada orang nak kenakan kitorang tadi. Maunya aku kena pancung kalau kena tangkap khalwat.
Dengan susah-payahnya aku dengan Adib tolong pimpin bos turun bawah, masuk kereta dan pergi klinik. Aku drive dan Adib tolong jaga kat belakang.
“Dia demam biasa aje tapi suhunya dah hampir nak sampai tahap bahaya. Kalau lambat bawa ke klinik, susah juga.”
Aku angguk ajelah dengar doktor tua ni bagi penerangan. Mungkin kelmarin bos tak masuk office lepas meeting pun sebab dia demam kot. Dari semalam demam..sorang-sorang pula tu. Kesiannya.
“Kenapa bos tak call saya? Cakap demam. Kan senang saya bawa kawan-kawan pergi lawat bos. Ini demam macam ni, semalam ada makan ubat tak?.”
Geleng.
“Tak call mak bos?.”
Geleng.
“Hmm…malam ni siapa nak jaga bos? Larat ke nak buat macam-macam?.”
Geleng.
“Admit kat ward ajelah. Ada nurse tolong jaga.”
Keruh muka dia. Mak pandang aku. Aku pandang Adib.
“Tengku Halimah tak boleh datang KL petang ni?.”
Geleng.
“Mama lawat adik kat Australia. Dengan papa.”
Aduh…
“Nak buat macam mana ni, mak?.”
“Bos nak tak kalau saya panggilkan Asyraff atau Gary tolong temankan bos untuk malam ni?.”
“Tolong call diorang.”
Cepat aje aku bertindak. Kesian betul aku dengan bos aku ni. Selalu macam garang tapi sekali ni dia demam..siapa tak kesian?
“Chap. Malam ni kau ada hal tak?.”
“Oh, malam ni aku free. Kenapa? Nak ajak aku keluar makan ke, liya?.”
“Tak adalah, chap. Makan apa pula, malam ni aku busy kat rumah. Esok kan ada kenduri kahwin.”
Asyraff ni tak ada lain nak minta kena belanja makan aje. Macamlah gaji dia yang beribu tu tak cukup.
“Siapa yang kahwin? Kau ke liya?.”
“Ish, datang ajelah esok. Tapi kau betul free ke malam karang?.”
“Betul. Aku tak balik rumah orang tua aku minggu ni. Ada majlis kahwin kau pula. Takkan tak datang.”
Ah, sangkalah apa aje, chap..
“Okey, kalau macam tu, aku nak minta tolong kau. Malam nanti kau temankan bos kat rumah dia. Bos demam ni. Kesian dia sorang kat rumah.”
“Bos demam?.”
“Ya, chap. Kau janji datang, okey? Satu malam aje.”
“Okey.”
Fuh, Alhamdulillah. Beres juga.
Selesai urusan, kami hantar bos ke rumah semula dan aku balik office. Kesian juga aku nak tinggalkan dia macam tu aje. Dia pun tak makan lagi. Tapi mak dah kelam-kabut nak balik. Takkan kitorang berdua aje kat rumah tu lama-lama kan?

Wednesday, February 25, 2009

prolog

ni cite baru yg sdg dlm pembikinan. selalunya saya akan cuba siapkan b4 publish. senang macam ni. saya letak sikit aje..nak minta pandangan..kalau ok, saya publish tp kalau kureng ok..kemudian aje baru publish..orait???


Sesuci kasih seorang isteri


Permintaan mama bagiku bukanlah sesuatu yang berat. Bagiku ia cuma jalan untukku mencapai misi yang pernah terkabus oleh pelbagai cubaan sebelum ini.
“Dia baik sangat, Zik.” Begitu pujuk mama padaku.
Alah, kami belajar dalam kelas yang sama sejak tadika ke universiti. Tak percaya? Betul. Tentulah aku yang lebih mengenalinya. Memang dia baik pun. Rasanyalah. Sebab aku tak pernah dengar dia punya rekod disiplin yang buruk.
Alishah.
Dia tercantik. Terpandai. Tertinggi. Segala-galanya pun ‘ter’. Tapi aku ni tak pernahlah nak mengenali dirinya lebih dari sekadar rakan sekelas. Dia pun tak ‘menyerlah’ macam Nurin, Faizah dan Cat.
“Zik tak kisahlah, mama.” Jawabku dan mama hampir lagi hendak melompat suka.
“Sebelum Zik jumpa yang lain, baik mama uruskan cepat-cepat. Zik ni diam-diam pun, selalu buat hal.”
Aku sengih walaupun agak terkejut dengan komen negatif mama itu. Aku mana pernah buat hal macam Along. Selain pergi sekolah, aku jarang keluar rumah. Kawan-kawan saja yang datang melawat di rumah.
Lainlah Along. Dia paling jarang lekat di rumah. Lapar dan pokai, barulah muncul. Pujuk papa, cium mama, gertak aku…..dan lepas tu dia lesap lagi. Entah di mana dia tinggal sepanjang tidak pulang ke rumah.
Maka pada harijadiku yang ke-25, kami sekeluarga pun berkunjunglah ke rumah mewah Alishah. Tapi sebenarnya rumah aku sendiri jauh lebih mewah.
Kata sepakat diambil, kami pun dinikahkan dua bulan selepas itu iaitu pada harijadinya. Nama pun mama yang uruskan, apalagi mengalahkan majlis pertabalan sultan saja lagaknya majlis kami. Alishah yang sediakala jelita, bertambah-tambahlah jelitanya.





Belum pun pukul empat petang, aku terus pulang ke rumah. Ada sesuatu benar-benar mengganggu fikiran.
Terlupa pula Alishah ada di kedainya, aku terus memecut kereta pergi mencarinya. Dia rupanya sedang bermesyuarat dengan para pekerjanya semasa aku muncul. Melihatku, dia terus keluar menemuiku.
“Tunggu kejap ya, bang. Isha habiskan dulu. Sikit aje lagi.” Dan sebuah kucupan hangat melekat di pipiku.
Tidak sampai lima minit menanti, mesyuarat nampaknya berhenti. Aku membantu mengangkat fail-failnya ke sebuah bilik yang agak luas.
“Sayang.”
Alishah merenung. Dia datang hampir dan terus duduk di atas ribaanku. Memang aku sedikit segan tapi suka juga. Kami suami isteri. Buat apa pun tak berdosa.
“Cakaplah. I’m waiting.”
“Hmm…actually this is a bad news for both of us. Especially for me.” Kataku cuba mencari-cari ayat yang tepat. Alishah melingkarkan tangannya ke leherku. Alahai, manja dan menggodanya dia!
Aku memeluk tubuhnya erat-erat. Mujur saja biliknya ini punya privacy. Semua tingkap ditutupi langsir dan pintunya sentiasa berkunci. Dan setiausahanya pula memang dedikasi. Tiada siapa dibenarkan masuk ke pejabat Alishah kecuali aku.
“Honeymoon tu terpaksa postpone, sayang.”
Dia angguk. Aku tahu dia kecewa sebenarnya. “But why?.”
“Abang kena fly ke Turkey lusa nanti. Along needs my help over there. So nak tak nak pun abang memang kena pergi.”
Walaupun bidang perniagaan kami sama sekali berbeza tetapi kerana aku mengambil jurusan undang-undang di universiti maka Along meminta aku membantunya. Tidak pula dia memberitahu apa masalahnya.
“Berapa lama pula tu?.” Alishah bangun. Dia membelek-belek telefon bimbitku.
“Katanya dua hari tapi tak pasti lagi.”
Matanya yang galak itu ku renung. Indahnya ciptaan Tuhan yang satu ini. Pasti aku akan merinduinya di sana nanti. Sungguh aneh ikatan perasaan kami ini. Tidak pernah bercinta tetapi dengan mudahnya saling menyayangi.
Setahuku Alishah tidak pernah berpacaran dengan mana-mana lelaki. Pemujanya ramai sangat tapi tak seorang pun yang sangkut. Alishah pendiam benar dan apa yang membuat para pemujanya menghormatinya, dia gadis yang sangat warak.
Bayangkan sajalah, pertama kali aku melihat rambutnya hanya pada malam pernikahan kami. Dari tadika lagi dia sudah memakai tudung dan sarung kaki. Seinci pun kakinya tidak pernah terdedah. Alangkah hebatnya arwah ayah dan uminya.
“Bosannya duduk rumah sorang-sorang. Mak Kiah pun bukannya nak berbual dengan Isha. Asyik buat kerja aje.” Alishah merungut-rungut kecil.
Aku senyum. Pertama kali mendengar komen dan rungutan terhadap Mak Kiah keluar dari bibir comelnya.
“I promise that I’ll call you every morning.” Janjiku.
“No need. Just call me at night. I want to hear you say you love me and you pray for me before I sleep.”
Aku bangun merapatinya.
“Abang memang sayangkan Isha.”

an andalusia's story 18

“Liya.”
“Hmm..” Aduh, orang tengah syok tidur ni. Siapa pula yang kacau ni?
“Liya.”
Dah kacau, tepuk peha orang pula. Ada juga yang nak kena tempeleng sekali dua ni.
“Liya!!!!!!!!.”
Hah?
“Mak? Kenapa ni, mak?.”
Mak dengan muka berkerut tahan marah dia tu, terus letak jam loceng kat depan mata aku. Jam lapan. Jadi?
“Adoi, mak. Liya mengantuk gila babi ni. Semalam lambat tidur.”
“Eh, kau ni dah lupa dunia agaknya liya. Bangun cepat. Nak kerja ke tak kau ni?.”
“Kerja apa, mak?.” Bila masa pula aku kerja. Mak ni takkan dah macam ni punya lama aku menganggur, dia masih lupa aku tak ada kerja.
“Grr..susah cakap dengan orang mamai ni. Biarlah. Mak malas nak cakap ulang-ulang. Kalau nak kerja, bangun. Kalau tak nak, sambunglah tidur tu.”
“Okey, mak.”
Dan dengan selambanya aku sambung tidur balik. Nak sambung mimpi best aku tadi. Hehe…jalan-jalan pergi makan angin kat Bali…
Seminit dua minit aku tunggu, jangankan mimpi, tutup mata pun dah tak dapat. Aku masih fikir tentang apa yang mak cakap tadi. Aku kerja apa erk? Kan aku dah resign jadi PA bos. Jadi kerja apa lagi?
Kerja…kerja…hari ni hari apa erk? Kerja..kerja…hah? Kerja?






“Nak stop kat mana ni, cik?.”
Hush..hush…sabarlah, pak cik. Hidung tak cukup kembang ni. Kurang asam jawa punya kereta. Time time orang kelam-kabut ni dia pula nak meragam. Nak minta perhatianlah tu. Jangan harap. Sebab kau susahkan aku hari ni, aku tak nak bawa kau pergi workshop!!!!
“Cik?.”
Hush..hush…
“Kejap, pak cik.”
Ah, mana pula surat tawaran aku ni. Mak pun nasib baik ingat kat surat ni. Maunya aku kelam-kabut sampai tak sempat nak mandi pun. Hehe..syhh..jangan bocor rahsia tau.
“Cik?.”


“Cik Liya. Welcome back, miss.”
Hehe..nak senyum ke tak ni? Hee..aku tengah geram dekat mak ni. Sampai hati mak rahsiakan pasal hal ni. Aduh, malunya aku nak kerja balik kat sini.
“Liya, masuk cepat.” Kak Mun.
“Liya, akhirnya kau terima juga tawaran ni.” Amirah.
“Betul tu, liya. Sampai kitorang beating siapa yang menang. Kau masuk balik atau tak. Nampaknya adalah yang kena belanja makan ni.” Linda.
“Aku tak kisah. Setakat makan kat gerai bawah tu.” Asyraff.
Tambah bingung aku. Siapa yang tawarkan kerja ni? Bos sendiri ke? Tapi tak nampak pun batang hidung dia yang tak berapa mancung tu?
“Kau cari bos erk? Sabarlah. Nanti dia masuklah tu. Sekarang dia ada meeting dengan pengarah.” Dania???
“Aku tak cari dia lah.”
“Alah, macamlah orang buta. Mata tu liar sangat sampai nak tembus kat bilik bos.” Dan diorang semua ketawakan aku kuat-kuat.
“Hah, tengok muka tu! Blushing.”
Argh..ini baru first day…



Dua jam pertama, aku asyik duduk borak aje dengan geng-geng lama aku ni. Sambil minum-minum. Maklumlah, bos tak ada lagi.
Macam-macam yang jadi topik tapi aku memang tak boleh nak nafikan aku punya rasa nervous tunggu dia datang tu. Berdebar tak tentu arah my heart. Dup dap. Dup dup dap. Dup dap dup. Dap dap dap.
Tunggu punya tunggu, satu hari bos tak masuk. Lah, apa punya majikanlah. Boleh-bolehnya dia tak datang masa pekerja baru dia datang lapor diri. PA dia sendiri pula tu.
Hmm..dah memang jodoh aku dengan bidang PA ni aje kot. Dulu aku apply eksekutif kewangan tapi tak ada pula jawapan diorang. Alih-alih kerja ni juga yang aku dapat balik.
Tapi okeylah dia tak datang, kurang sekejap rasa nervous ni. Tapi nampaknya malam ni aku jadi tak lena tidurlah asyik fikir macam mana nak duduk berdepan dengan dia lagi.



“Mak?.”
“Kenapa? Dah lapor diri? Company besar ke?.”
“Mak!!!”
“Kenapa ni?.”
Hish, geramnya aku. Mak boleh pula ketawa. Bukan ketawa kecik, ketawa kuat tu. Hish, geram…geram.
“Kenapa ni, liya?.”
“Nenek tanyalah anak nenek tu. Sampai hati buat liya macam ni.”
Mak makin ralit susun bunga telur dengan Mak Piah, kawan baik mak. Memang kitorang tengah busy gila ni. Lusa dah nak majlis. Banyak benda pula yang tak siap lagi. Ini nasib baik ramai juga jiran tetangga datang menolong.
“Siapa suruh liya tak tanya kat mak selama ni? Hari tu masa mak cakap ada surat tawaran, liya melompat bukan main tapi tak minta pun surat tu.”
“Tapi kenapa mak tak cakap awal-awal kerja kat office tu juga? Dengan bos yang sama?.”
“Haih, tak suka ke? Kalau tak suka, resign aje. Tolak tawaran tu.”
“Bukanlah liya tak suka, mak. Liya cakap aje.”
“Tau takut.”
Iyelah, mak ajelah yang menang kali ni. Bila aku nak sambung complain lagi, mak terus suruh aku buatkan air untuk dihidangkan kat tetamu yang datang menolong.

Tuesday, February 24, 2009

so what? *** eNd oF tHe sToRy ***

“Mama minta maaf banyak-banyak. “
Aku terkedu masih berdiri di muka pintu. Wanita ini yang datang memaki hamun enam tahun lepas. Wanita sombong yang memisahkan aku dengan suamiku.
“Hana.”
Entah, kelu lidah ni..nak cakap apa? Nak marah dia macam aku kena marah, kena caci maki dulu ke? Tapi aku bukan pendendam sangat pun.
“Mama tau mama salah. Mama yang paksa anak mama tinggalkan kau. Mama ugut dia supaya ceraikan kau dan dia setuju. Lepas tu baru mama terima dia semula.”
Beberapa pasang mata memandangku dengan wajah diselaputi kesedihan. Untuk apa?
Fikri menarikku ke pelukannya. Aduh, kosong fikiran and jiwa ni...
“Sayang, abang minta maaf pasal hal ni. Kalau abang tak pergi dulu, mama tak nak terima abang lagi and mama tengah sakit time tu. Anak lelaki kena taat kat mak baru kat wife. Abang betul-betul tak ada pilihan.”
Diam.
“Hana, mama tak tau nak cakap apa lagi. Mama memang salah.”
Dan macam-macam lagi yang mama fikri cakap, otak aku betul-betul dah serabut sampaikan akhirnya aku angkat kaki keluar dari rumah banglo mewah ini.





Lepas aje sembahyang subuh, aku terus ke dapur. Hujung minggu begini ajelah aku ada peluang nak memasak lama-lama. Especially breakfast. Selalu aku cuma sempat sediakan jus buah dengan susu suam untuk budak-budak.
“Bang.”
“Hmm..”
Haih, bapa rimau ni...dah tengah hari macam ni tak nak bangun jugak? Melampau betul dia ni. Dah lah nak masak, bebudak...???
Hehe...power tak kitorang? Dalam masa tak sampai 2 tahun ni, Asha dah ada 2 owang adik...soma comel, biasalah, genetik...hehe...pasal mama fikri tu, kitorang dah okay sedikit. Dia baik tapi aku tak suka rapat sangat dengan dia. Paling-paling pun raya dan time kenduri ajelah aku ikut fikri pergi rumah family sebelah sana.
Cukuplah Asha dengan adik-adik dia yang ikut fikri. Mama pun faham. Ah, kalau dia tak nak faham pun aku tetap malas nak buat dia faham.
“Bangun lah, bang.” Nak kena tarik telinga ni....
“I’m really tired, dear.”
Amboi....amboi...”Abang, if u feel tired, so what about me? Get up, plez. Anak abang kat bawah tu dah nak tunggang terbalikkan rumah ni taw.”



Bila anak dah ramai ni, memang kelam-kabut dibuatnya. Asha sibuk teriak minta papa dia tolong ironkan baju. Izz pula dah mula menangis kat ruang tamu. Secepat yang boleh aku duduk nak sarapan.
Baru nak suap mee dalam mulut, tetiba aje....
Uwekk...uwekk...
Eh, kenapa pulak dengan aku ni? Takkan....???????


“Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.”
Hah, bagus betul lah bapa rimau ni. Gelak macam nak pecah perut. Senang-senang aje dia nak gelakkan aku eh?
Huahuahua...camna ni? Ingat this year nak pergi travel kat luar negara, tapi tetiba pulak aku.....huahuahua...pregnant again !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ifti Asha Amisha....Izz Idham Adham...Ifti Asha Arissa...huahuahua...lepas ni nak bagi nama apa pulak? Hee....bapa rimau!!!!!!!!


Aduh, penat betul aku hari ni. Selalunya aku boleh balik sebelum pukul enam tapi hari ini kena tolong switch dengan Dr.Suraya pula buat over time. Memang aku tak dapat nak menolak sebab dia pun pernah tolong aku.
Eh, apa hal pula rumah bergelap ni? Ke mana pula fikri bawa anak-anak kami ni merayau. Takkan diorang pergi makan kat luar and tinggalkan aku sendiri kat rumah??? Tak boleh jadi ni.
Dalam aku bersungguh-sungguh nak buka pintu yang tiba-tiba jadi keras sangat tombolnya malam ni, tiba-tiba ada orang pekup mulut aku dari...dari mana??...ish, dari belakanglah..
“Aaaaaaaaaarrrrrgggggggggghhhhhhhh..!!!!!!.”
Hah, mau tak pecah gegendang telinga dibuatnya...
“Surprise!!!!!!!!!!!!!!.”
Hah? Ada apa ni?
Lampu kena on. Ya Allah...budak-budak bukan main lagi. Dengan baju bukan main lawa tu. Kenapa dengan anak-anak kami ni??


Si bongsu yang paling awal pergi cium pipi aku. Kiss bukan main-main. Melekap nak dua minit. Berebut lagi dengan abang dia.
“Okey...okay...one by one.”
Asha tiba-tiba berdiri paling ke depan. “From cutest to cute.”
Ceh, budak ni!!!
“Asha, mama yang paling cute jadi kenapa Asha paling depan?.”
“Mama ni.”
Hah, dah merah muka ni. Kejap lagi nak merajuklah ni. Betul-betul fotostat perangai papa diorang. Perangai aku yang baik ni tak ada pula yang nak ikut. Hairan...
Aku memang masih terkejut and tertanya-tanya agenda diorang malam ni tapi aku ikut aje bila kena ajak makan kek kat dapur. Fikri pula dengan selambanya siap suapkan lagi kek tu.


“Sayang.”
Lega juga bila dah selesai mandi ni. Rasa ringan sikit kepala dibuatnya. Fikri pun dah ready atas katil. Siap tenung-tenung orang pula. Nakal!!!
“Come, dah lewat ni. Kita tidur ya.”
“Ok. Tidur aje ya, tak nak buat benda lain. Penat ni tau.” Saja aku nak tengok reaksi dia. Macamlah aku tak faham tengok mata tu.
“Ok.” Lemah aje suaranya.
Hehe...tapi baru aku nak sambung senyum, dia dah buka langkah. Peluk pinggang aku takut-takut.
“Sayang?.”
Aku diam.
“Sayang???.”
“Okay but please explain to me about one thing.”
Panjang senyuman dia. Haih, umur makin naik tapi perangai...makin manja ada.
“Apa yang kita celebrate tadi?.” Memang perkara ni tak lari dari kepala aku sejak awal lagi.
Fikri kerut dahi. “Birthday isteri abanglah. Apa lagi?.”
“What???.”
Bapa rimau.....birthday aku lagi dua bulanLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


*** T a M a T ***


halluuu...dah tamat dah..hope soma pun happy ngan ending ni.. :)

Monday, February 23, 2009

hobi baru

lately ni I noticed something unique with myself..er, what is it? Hmm..I'm much more sensitive now and......I love to cry!!!!!!!!!! don't know why but I feel better, relax and calm when I cry. And of course I'll be happy. If u want 2 see me smile, take this challenge, make me cry....hehehe....I cried twice today.During lecture bcoz of???? this one person..she hurts me very well..saya ni plak pendendam..sekali kena lukakan macam ni, sorry...pas ni xde lagi layanan tuk u!!!!! no, never..!!!!!!

an andaLusiA's stOry 17

Ya Allah, mati-mati aku gelak kat dalam bilik sorang-sorang. Lepas tadi aku dah gelak nak pecah perut depan mak, ni aku sambung lagi.
Tapi tak baik juga aku gelak. Kesian kat mak dia. Tekanan punya pasal sampai boleh jadi macam tu sekali.
“Ini mak saya.”
Punya keruh muka dia, kesian juga. Tapi at least aku respect dia sebab dia tak malu mengaku mak dia yang dah tak sempurna akalnya tu sebagai mak. Jarang ada anak macam dia.
Aku ingat lagi mula-mula kitorang berpandangan. Kelu. Betul. Macam orang fall in love at the first sight aje. Nasib baik Adib dah gatal tangan nak kuis bahu aku.
Puan Sri ni pun dengan senyuman dia yang paling lebar, dia tarik tangan ‘laki’ dia pergi dekat aku.
“Faith??.”
Hah, lepas aku cerita kat mak barulah panjang muncung dia. Itulah, lain kali nak jodohkan anak ni biarlah dengan orang yang betul-betul kenal. Kenal family. Kenal hati budi. Kenal peribadi.
Aku tak rasa apa pun bila aku tahu mak dia keadaannya macam tu. Aku cuma rasa lucu sebab tengok reaksi dia sendiri. Mungkin dia malu tapi tak mengapalah. Kalau ada jodoh, menjadi juga. Kalau dah suka, kesihatan mental bakal mak mentua bukanlah masalah pun.
Hmm...semuanya kalaulah....










Ahh..happynya aku!!!!!
Setelah sekian lamanya aku tunggu nak dapat kerja, akhirnya aku dapat juga. Ah, tak sabar aku nak pergi lapor diri. Mak yang simpan surat tawaran tu. Tak kisahlah dapat kerja kat mana pun. Yang penting aku tak payah duduk melangut tunggu anggur masak kat rumah ni.
“Kak long, sabar-sabarlah. Lusa tu bukannya lama.”
“Alah, jealous.”
“Aik, rani nak jealous apa pula. Rani kecil lagi. Tak ada niat pun nak susah-susah pergi kerja.”
“Jealous..jealous..”
“Mana ada rani jealous.”
“Dah tu?.” Kalau orang iri hati ni selalunya macam ni lah kan?
“Kak long, lusa ada dua hari lagi. Yang akak pergi pakai baju pergi ofis tu hari ni buat apa?????.”
Hah, memang aku excited sungguh. Harap-harap aku akan dapat bos yang lebih baik. Bos...rindu pula aku kat orang tu ya.




Sebab rasa tak sedap hati tak tanya khabar pun jadi aku pun ringankanlah kaki angkat telefon. Lagipun esok aku dah nak kerja dengan orang lain. Entah lepas tu masih boleh call dia ke tak.
“Hello, bos.”
Lama dia diam. Tak selesakah dengar suara lemak madu aku ni?
“Bos?.”
“Ada apa, liya?.”
Aduh, dingin betul orang ni. Kot ya pun janganlah tanya direct macam tu. Segan lagi ada aku dibuatnya.
“Hmm..”
“Liya, ada apa call ni? Cakaplah.”
“Tak apalah, bos. Tak ada apa. Saja nak call. Sorry kacau bos.”
Memang aku ada merajuk sikit. Terasa hati. Maklumlah kalau orang dah layan pun macam nak tak nak aje. Takkan terhegeh-hegeh juga.
Aku terus hempas telefon kat katil. Walau marah pun, handphone ni tetap aku sayang. Beli guna duit ni.







Aduh, apa yang bising-bising tengah malam ni? Siapa lagi yang call ni? Tak tahu ke orang tengah tidur?
“Hello.”
Sunyi. Ke aku salah tekan?
“Hello? Siapa ni? Call orang tengah-tengah malam macam ni?.”
“Liya?.”
Dia? “Awak nak apa? Tak reti tengok jam ke? Dah macam ni punya lewat call orang?.”
“Eh, bukan awak ke yang call saya tadi?.”
“So? Saja kacau orang ni nak cakap saya salah?.” Ggrrr...rasa macam nak aje aku lumat-lumatkan tulang-belulang lelaki sorang ni.
“Salah? Yalah kot sebab awak dah buat saya tak boleh tidur.”
Gulp!!! Dia termimpikan aku ke? Ke terbayangkan aku? Aduh, merah muka ni. Perasan..perasan..
“Apa saya buat sampai awak tak boleh tidur pula?.” Suara kena lembut sikitlah.
“Cuba tengok jam sekarang.”
Nak tengok jam pula? Ah, macam-macam ajelah bos ni.
Dalam gelap malam ni, aku capai juga jam loceng kat bawah bantal. Pukul..hah? Pukul empat pagi????
“Jam berapa, liya?.”
“Em..em..empat. So?.”
“So? Saya kena call tadi adalah dalam dua jam lepas. Tengah saya tidur. Nasib baik saya tak marah-marah. Itu waktu kemuncak tidur saya tau. Sebab dah kena kacau so sekarang saya dah tak dapat sambung tidur.”

Thursday, February 19, 2009

so what? 15

Dah seminggu kami duduk serumah semula. Tiap kali tengok muka dia, aku tiba-tiba tak jadi nak tanya tentang benda ni tapi aku beranikan juga diri aku tanya sebelum kami tidur. Malam ini juga.
Fikri dah nak off lampu bila aku berubah kedudukan. Aku bangun dari katil dan sarung jaket. Sejuk.
“Kenapa ni, sayang? Kan dah nak dekat jam 12 ni.”
“So?.”
“So what? Sayang kena tidur. Abang kena tidur. Karang mengantuk kat hospital macam mana? Abang esok kena jumpa client pula.”
Dia raba pipi aku yang hampir-hampir nak kembung ni. Nasib baik aku dapat control nafsu makan. Kalau tak, jadi mak tembamlah aku.
“Hana nak tanya something.”
“What thing?.”
“Important thing.”
“Apa yang lebih important daripada kesihatan kita sendiri, dear? Dah, tidur cepatlah.”
“Abang. This is very important. I need to know something. I want you to explain this right now.” Suara aku dah mula nak jadi kuat. Sabar...depan suamikan.
Dari baring, fikri berdiri. Letak tangan dia kat pipi aku ni.
“Okay, what do you want to know?.”
“Where were you when your mum came to me six years ago?.”
“Hana..”
“Where were you when I delivered your baby?.”
“Hana?.”
“Abang, where were you when I had to bring up your daughter all by myself?.”
“Hana..”
“Abang, where..”
Tak sempat habis cakap, dia dah letak bibir dia kat bibir aku yang dah terkena air mata ni. Masin kot. Padan muka.


Aku memang masih tak puas hati pasal hal berbangkit semalam. Mungkin dia ingat aku akan lupa semuanya bila kitorang dah berbaik semula ni tapi dia silap.
Nak makan aku tak lalu, nak kerja aku melamun. Memanglah bingung especially bila dia meminta hak dia sebagai suami. Aku bukan tak bagi tapi masih tak berani.
“Abang kena jelaskan benda ni sebelum kita buat apa-apa.”
Mengugut? Aku berani kalau cuma itu jalan penyelesaian yang kami ada sekarang.
Fikri masam muka. Bila aku nak sarungkan stokin kat kaki dia, dia tunduk sepanjang masa.
“Abang?.”

Eh, dah nak masuk jam dua belas ni...fikri ni saja nak buat hal lagi sekali ke? Dahlah pagi tadi macam orang bisu, ini aku suruh call pun dia tak nak buat juga?
Lama aku melamun barulah handphone aku berbunyi. Dia!!!
“Okey, ready to explain?.” Straight to the point.
“Hmm...”
“Abang, say yes or no..”
“Hana, jom ikut abang. Kita keluar.”


“Rumah siapa pula ni, bang?.”
Peliknya perangai fikri ni. Dahlah paksa orang ikut dia. Siap pergi jemput Asha kat rumah. Tapi nak ke mana? Cakaplah.
“Papa, kita nak lawat siapa ni?.”
Bukan habit aku tak jawab soalan anak. Bila Asha dah tanya dan kena ignore macam tu aje, aku memang boleh lost temper.
“Abang?.”
“Sabarlah, both my dear. Kita dah nak sampai ni.”
Kami berhenti betul-betul depan satu banglo mewah. Lebih besar dari rumah yang kami duduk sekarang. Rumah wife baru dia ke? Selama ni aku tak tanya pun kalau-kalau family dia dah paksa fikri nikah lain masa kami berpisah dulu.
Budak yang basahkan baju Asha time majlis kahwin fatin dulu pun aku masih tak tanya siapa.
Entahlah tapi tak sedap hati betul aku sekarang. Fikri tengok aku pun aku masih tak rasa yakin. Sebab dialah punca aku rasa gelisah!!
“Okey, jom turun.” Selamba aje fikri. Asha cepat-cepat minta kena dukung keluar dari kereta dan aku masih duduk membantu di sini. Kalau betullah dia nak bawa kami jumpa wife baru dia, oh..aku tak nak..tak nak...
“Mama?.”
“Sayang? Hana?.”
Aduh, longgar dah kepala lutut aku ni..
“Sayang, jom masuk. Diorang dah lama tunggu tu.”
Diorang? Seluruh keluarga wife baru dia ke? Ya Allah, ujian yang macam mana ini?

Tuesday, February 17, 2009

An AnDaluSiA's sTorY 16

Satu hari satu malam dia berkampung kat rumah aku. Bukan apa..aku tak tahu pula dia tengah renovate rumah so dia pergilah rumah aku. Alasan : malas nak bazir duit duduk hotel. Tapi aku tengok macam-macam barang dapur dia bawa ke rumah.
Awal pagi tadi, dia dah balik. Eh, bukan balik. Dia kena pergi office lah. Sambung kerja. Itu pun nasib baik aku pandai nak ‘halau’ dia. Kalau tak dia nak sarapan sama dengan aku juga baru pergi office.
“Apa nak ikut aku? Penganggur ni bangun lambat.”



Lepas hantarkan adik-adik ke sekolah, aku pergi tolong ambilkan baju pengantin Farah. Dia masih ada kursus kat Melaka. Padahal minggu depan dah nak nikah. Lima hari aje lagi tu. Dia pun kenapalah tak menolak time kena promote dulu?
Ini, baju nikah belum ambil...pelamin pun tak siap sepenuhnya...hantaran dah okeylah..tinggal nak touch up mana yang patut aje..bilik pengantin belum pasang cadar...
Haih, karang jangan tak menyempat sudah. Malu kitorang satu family. Lainlah kalau aku yang kena suruh ganti. Hehe..aku bila-bila masa pun boleh. Yakah? Tapi nak nikah dengan siapa pula?



“Hah, Adib pergi teman kak long hantarkan kad yang tertinggal tu. Nanti tak sempat, susah pula.”
Hah? Aku yang tengah syok tengok tv ni punya terkejut. Mak tiba-tiba muncul dari dapur suruh aku pergi hantarkan kad jemputan pula.
“Apasal liya pula, mak? Kad tu untuk saudara dekat ke jauh?.”
“Banyak tanya pula.”
“Mestilah tanya, mak. Kalau untuk sedara jauh, tak nak lah liya hantar. Bukannya liya yang nak nikah. Farah aje lah.”
Aku bukan tak nak tolong tapi pergi hantarkan kad jemputan kahwin dekat saudara ni aku memang tak berapa gemar. Malu. Nanti tak lain mesti kena soal siasat...
“Hah, kau bila lagi?.”
“Aik, langkah bendul nampaknya ni. Tak terasa ke?.”
Ah, aku memang dah boleh agaklah soalan-soalan maut diorang tu. Penyibuk betul. Mentang-mentang aku dah masuk 30, jadi umpatan orang ajelah ya?
“Liya, adik kau kan ada banyak urusan lagi. Tolonglah dia.”
Aduh, macam mana aku nak mengelakkan diri ni? Aku memang tak berkenan dengan semua saudara aku ni tapi dah namanya saudara, nak buat macam mana lagi kan?
“Mak ajelah hantarkan. Liya drive.”
“Err..kau ni memanglah, liya. Orang minta tolong pun banyak betul cekadaknya. Nanti kau susah, jangan marah kalau si farah tak nak tolong. Cepat, pergi hantar.”
Grrr...mahu tak mahu aku angkat juga punggung ni pergi tukar pakaian kat bilik. Huh, aku tunggu dalam kereta ajelah. Pakai t-shirt ni pun ok. Biar si Adib yang masuk rumah.
Farah...farah...aku telan kau nanti!!!



Mak cakap sikit tapi tengok ni...sepuluh kad!!!!!!
Pula tu rumah bukannya yang dekat-dekat. Satu kat Ampang, ada kat Sentul, ada kat Cheras...eh, ni melampau betul ni. Farah, kau wajib ganti balik duit minyak aku ni.
“Ok, next card..”
“Kajang.”
“Hah? Jauhnya.”
“Well..apa boleh buat.”
Aduh, ini yang aku rasa macam nak pitam ni. Kenapalah boleh tercicir pula semua kad ni waktu mak pergi hantar dulu? Pos ke..kan lagi senang.
Dari satu ke satu tempat kitorang merayau cari rumah diorang. Ada yang sampai tersesat kami dibuatnya. Tapi sebenarnya time pergi kajang, kami sempat pergi makan sate Hj Samuri. Lega juga hati. Malam ke malam, kami pun dah tak sedar.
Masuk waktu isyak, baru kitorang turning balik ke KL. Ingat nak singgah sekejap sembahyang tapi sebab ada satu kad lagi yang tak hantar so aku teruskan ajelah. Nasib baik kat KL.
“Kat mana ni?.”
“Bukit Antarabangsa. Eh, siapa pula sedara kita yang kaya ni, kak long?.”
Haah..siapa pula ni?
“Kawan mak kot? Ke client dia.”
Manalah tahu. Mak kan tukang jahit profesional. Memanglah ramai kawan. Orang kaya..orang miskin.
Dua tiga kali pusing, at last kami jumpa juga rumah banglo besar dan cantik kat atas bukit. Villa Citra Perdana. Tan Sri Haji Kamil. Ah, betullah.
“Adib pergi masuklah. Akak tunggu kat sini.”
“Eh, seganlah adib nak masuk. Pagar pun kunci tu.”
Yalah, pintu pagar dia yang macam dah kena salut emas tu dah tutup rapat. Aku cari juga kalau ada pengawal. Boleh bagi kat pak guard aje tapi tak ada pondok pun kat situ.
“Ok, kita dua-dua masuk. Ni bukan rumah sedara kita. Kalau akak masuk sorang, macam mana kalau tuan rumah ni jahat?.”
Adib sengaja buat muka penat dia tu. Macamlah dia kena suruh jalan kaki dari kajang sampai kat sini. Nak tak nak, aku tarik juga tangan dia. Makin lambat kami gerak, makin lambatlah sampai rumah. Aku nak tidur.
Lepas kitorang bertolak-tolak nak paksa siapa yang kena bercakap waktu tunggu pagar buka, akhirnya keluar perempuan indon.
“Ada apa, non?.”
Amboi, tanya macam kat negara dia aje. Siap dengan sengau sekali. Non..ingat aku bangsa dia apa?
“Eh, saya datang nak hantarkan kad jemputan kahwin.”
Dia garu kepala. “Kadnya buat siapa?.”
“Tan Sri Haji Kamillah.” Takkan aku nak susah-payah datang pergi jemput kau pula?
“Masuk dulu ya, non. Saya panggilkan tuan.”
“Eh, tak payah. Kitorang nak cepat ni. Akak ajelah bagi kad ni kat Tan Sri.”
Dia garu kepala. Again. Ish, dia ni kalau jadi chef memang aku tak nak makanlah masakan dia. Garu kepala...garu kepala..garu kepala...
“Enggak bisa begitu, non. Kalau ada urusan apa pun, harus sama tuan. Nanti saya bisa dipecat lagi.”
“Alah, akak ni. Takkan bagi kad aje pun dia nak pecat? Bagi ajelah.”
“Enggak, non...”
“Yati, siapa tu?.” Ada suara tiba-tiba menyampuk. Perempuan. Oh, ini kot kawan mak ni.
Belum sempat aku nak serahkan kad tu kat perempuan indon tadi, dia dah berlari pergi kat majikan dia. Kami ingat nak blah tapi dia bukakan pagar pula.


“Minumlah dulu, liya, adib.”
Aduh, ini yang buat aku rasa macam nak cabut lari aje ni. Ikhlas ke tak ikhlas dia ni suruh minum. Mana ada orang kaya yang baik betul sampai suruh tetamu yang dia tak kenal duduk lama-lama.
“Tak apalah, Puan Sri. Kami pun dah lambat ni.”
Aku kuis lutut adib kat bawah meja. Budak ni selamba lembu aje sisip air teh kat cawan tu.
Dari satu cerita sampai satu cerita Puan Sri ni bawa kitorang berbual. Sampai aku dah kering idea nak membalas. Semata-mata nak suruh tunggu laki dia balik.
Aku nak hantar kad, bukan nak jumpa laki engkau!!!!!!!!!!!
“Eh, dah nak pukul sepuluh dah rupanya.” Puan Sri tiba-tiba bangun. Huh, baru kau sedar?
Aku cepat-cepat angguk. Mata aku ni dah nak tertutup dibuatnya.
“Tak apalah, mungkin haji sibuklah tu. Patutnya dia balik sebelum pukul sembilan tadi.”
Hah, tu isyarat nak menghalaulah tu kalau ada yang tak perasan. Kecil tapak tangan, satu bumi ni aku hulur. Dengan berbesar hatinya, aku terus tarik tangan Adib.
Tapi baru aje kitorang nak bersalam-salaman, kereta Mercedez Benz tiba-tiba masuk kat garaj.
“Alhamdulillah. Sampai pun dia.”
“Ya, alhamdulillah.” Alhamdulillah sangat-sangat. Jangan dia paksa aku jumpa laki dia lagi, cukup. Gila kot perempuan ni. Sungguh-sungguh nak kenalkan anak dara kat laki dia sendiri. Karang terpikat, mengamuk.
“Abang!!.”
Eh, mudanya laki dia...aku tengok dari sini memang nampak muda. Oh, driver kot.
Tapi makin dekat, makin aku rasa macam kenal aje dengan driver ni...
Dia???

Monday, February 16, 2009

so what? 14

Kalau dua kali sebelum ni, aku lari kali ni dia macam dah boleh tau aje tindakan aku. Cepat aje dia tarik tangan aku. Walaupun semua orang dah tengok, dia tetap tahan.
“Please, hana. Ini bukan macam yang sayang nampak, ok?.”
Bila dia dah genggam macam ni, aku yakin dia memang takkan lepas lagi dah. Untuk mengelak tetamu lain terus tengok kitorang, aku ikut aje bila dia dah bawa kami pegi kereta dia.


“Mama, siapa ni ma?.”
Asha dah nangis sejak tadi. Aku peluk dia kuat-kuat. Mestilah dia takut tengok mama dia kena wat macam ni.
“Mama? Dia anak kita ke, hana?.”
Tak sempat aku nak angguk, dia terus cium and peluk Asha. Tambah menjerit Asha dibuatnya. Fikri ni pun, terburu-buru sangat.
“Ini papa, sayang. Papa Asha.”
“Mama..”


“Tolong bagi hana dengan Asha masa. Hana mungkin ok tapi anak abang tu..”
Fikri senyum.”I’m glad that you use that phrase, my daughter.”
“Ya, bang. Dah memang anak abang, takkan hana nak pertikaikan pula. Asha anak abang.”
“Ok, tapi sayang tolonglah pujuk anak kita terima papa dia ni.”
“Insyaallah, bang.”
Insyaallah…aku tidak mampu berjanji sebab Asha ni tak berapa suka lelaki. Kecuali dengan atuk dan acu dia aje, dia mesra dan manja.


Happy? Maybe.
Sekarang fikri dah selalu jemput aku pergi dan balik kerja. Ada juga dia cuba pergi seorang jemput Asha kat tadika tapi Asha menangis nakkan aku. Nak tak nak, kenalah juga dia pergi jemput aku.
Perasaan aku kat fikri masih macam dulu. Aku memang cintakan dia. Tapi aku takut hal yang sama akan berulang. Mummy dia yang tak boleh nak terima aku ni? Lagipun fikri tak pernah cakap pun pasal family dia.


“Mama, malam ni kita jemput kawan mama dinner ya?.”
Hah? Asha dah terima papa dia ke? Lepas malam kemarin dia mengamuk kat KLCC bila fikri nak suapkan dia makan sampai basah baju papa dia?
“Mama?.”
“Kawan mama? Auntie sara?,” Saja aku nak uji.
“No, not her. Kawan mama yang semalam tu.”
Aku kerut dahi.”Mana pulak mama ada bawa kawan mama semalam.”
“Mama. Kawan mamalah.”
“Siapa?.” Hehe…
Masam muka Asha. “Okay, papa Asha.”


Malam ini, alhamdulillah semuanya jadi sempurna kembali…seperti yang selalu aku doa dan harapkan.
Asha dah semakin mesra dengan papanya dan aku bahagia tengok mereka begitu. Semoga ikatan kasih di antara hati-hati kami ini akan berkekalan hendaknya.

Friday, February 13, 2009

An AnDaLuSia's StOrY 15

Time hujung minggu macam sekaranglah aku bangga jadi penganggur bertauliah. Sebab adik-adik tak sekolah hari ni, dapatlah aku sambung tidur. Mak pun tak kisah sebab dia tahu aku penat. Yang penting sembahyang subuh jangan tinggal.
Semalam pun aku sungguh-sungguh tolong mak siapkan bekas bunga telur. Majlis dah dekat sangat. Tinggal tak sampai sebulan aje lagi.
Jam aku bunyi jam dua belas, baru aku bangun. Terus mandi dan tukar baju tidur. Perut dah lapar kan…
Waktu aku tengah syok sendiri menyanyi nak turun ke bawah, baru aku sedar ada orang tengah syok juga tengok aku. Hah?
“Adoiiiiiiiiiii…”
Apa ke malang dibuatnya. Dah lah dia tau aku bangun waktu matahari dah tegak atas hidung, dengar pula suara maha merdu aku ni. Tapi lebih memalukan bila dah jatuh tergelongsor kat tangga.
“Mak.”
Semua orang gelak aje. Bukan nak tolong. Nasiblah baik kaki ni masih boleh gerak.
“Liya?.”
Ah, aku malu ni. Sakit-sakit ni pun sempat juga aku lari naik atas balik. Berdentum juga pintu bilik kena hempas. Kurang ajar!!!!
Apa dia buat kat rumah ni pula? Siap tengok tv pula dengan family orang. Apa dia dah tak ada tv sendiri kat rumah dia tu? Belilah baru. Menyibuk kat rumah orang lain kenapa????





“Kak liya, jom makan.”
Malu memang malu tapi nak buat macam mana lagi. Perut dah menyanyi. Seharian ni dah berkurung dalam bilik sebab takut kena gelakkan lagi.
“Liya, ambil pinggan ni susun kat meja.”
Aduh, baru perasan nak jadi anak raja tunggu kena hidang makanan depan mata, dah kena suruh pula. Tapi aku buat juga. Tak susah mana pun. Janji dapat makan.
“Ok. Dah siap. Cepat mak, nak makan ni.”
“Ops, tunggu dulu. Air tak hidang lagi tu.”
“Eh, sejak bila pula kita kena hidang air waktu makan ni, mak? Kan mak cakap tak baik untuk perut. Nanti kembung. Buncit.”
“Hidang ajelah. Dah siap pun atas peti sejuk tu.”
Ok..ok…walaupun Farah tak banyak kerja. Rania pun tunggu nak makan aje kat meja tu. Aku ajelah nak buat semua.
Bila semua dah sedia, aku terus duduk kat kerusi paling hujung. Biasanya sebelah kanan aku, Rania yang duduk tapi malam ni kerusi sebelah tempat aku duduk semuanya kosong.
Tunggu punya tunggu, Adib pula turun.
“Eh, apasal Adib pula duduk kat sini?.”
“Kenapa pula?.”
“Rania kenapa duduk jauh pula?.”
“Kenapa?.”
Aik, lapar sangat kot budak dua orang ni sampai dah tak dapat menjawab soalan orang rasional sikit.
“Apa-apa ajelah korang.”
Mak senyum. Farah senyum. Semua orang pun nak senyum. Peramahnya…
“Assalamualaikum.”




“Ehemm..”
Alamak…dia ni tak boleh tengok aku senang agaknya. Ni hati aku dah nak meletup ni. Karang betul-betul meletup, niaya. Aku belum rasa jadi isteri orang tau.
“Saya minta maaf pasal tadi.”
“Hmmm…” maunya aku tak mengamuk dia datang time aku memang dah buka tudung. Yalah, mana aku tau dia nak datang join makan malam. Takkan aku nak pakai tudung kat rumah kot.
Aku rasa malu and rendah diri. Dia dah nampak sebahagian rahsia aku. Yang aku susah-payah simpan selama ni. Sekali lagi. Aduh, makin murahlah nampaknya aku kat mata dia.
“Tapi cantik rambut tu..sanggul macam tu.”
“Bos.” Aku mula nak marah ni. Jangan ungkit !!!!!
“Really.. I swear to God that this is the first time..”
“First time?.”
“Eh, second time I see your hair…it was beautiful and still beautiful.”
“So?.”
Dia kerutkan dahi. Tengok dia pakai baju melayu siap dengan songkok sekali..okeylah, I admit that he’s handsome…a very good looking guy.
“Hmmm…rasanya saya teringin nak terus tengok rambut tu.”
What??? Apa biadab sangat ni??

Wednesday, February 11, 2009

so what? 13

Hari ni dah kerja balik. Aku cuba nak wujudkan semangat dalam diri. Karang kalau lemah, salah bagi treatment kat patient, kena saman pulak. Pas tu kena buang kerja. Nauzubillah.
“Dok, patient kat wad no 3 tu dah meninggal semalam.”
Innalillahiwainnailaihirajiuun…
“Tak panjang umur akak tu ya.”
“Bukan kanser tu yang bunuh dia, Dr.”
“Then?.”
“Dia jatuh kat toilet. Time tu kak limah yang on duty. Tapi arwah tak bagitau nak masuk toilet. Dia jatuh dan dahi dia hantuk kat cermin, gesel kat sinki.”
“Astaghfirullah.”


Dah pukul dua. Matilah aku, dah lambat setengah jam ni. Harap-harap farah taklah masam muka. Hehe…dia kena faham kerja macam aku ni memang tak boleh keluar cepat.
Ini pun appointment kedua kitorang. Sebelum ni tak jadi sebab dah aku ready nak hidupkan kereta, ada emergency call pulak.


“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Hah, sampai jugak ko akhirnya. Dah nak kebas punggung aku ni tunggu ko.”
Hehe…”Sorry.”


“Next week, adik aku nak nikah. Ko datang ya. Bawak Asha yang comel tu. Rindu kat dia.”
“Insyaallah. Adik aje ke? Akaknya pula bila?.”
“Alah, dah tak laku nak wat macam manakan.”
“Bukan tak laku. Dah ko tak nak masuk pasaran langsung. Macam mana saham nak naik?.”
“Hehe…tak minatlah nak mengorat lelaki ni. Cakap orang macamlah dia tu dah ada pengganti.”
Pengganti?



Wah, meriah betul majlis nikah adik farah ni. Dah macam majlis sanding dah aku tengok. Dengan tetamu macam ni punya ramai, makanan pun diorang guna catering dari tiga restoran.
“Mana adik ko?.”
“Kat bilik pengantin. Before u see her, mari kita minum dulu. Mak aku tu bising kalau aku tak jemput ko pergi minum.”
“Lah, iye ke?.”
“Haah.”
Hehe…macam special guest pulak aku ngan Asha ni. Tapi kalau orang dah treat kita macam ni, takkan nak tolak pulak kan?


Sebelum pihak lelaki sampai, aku bawa Asha terus jumpa fatin, adik farah yang cantik dan comel ni. Tambah-tambah pulak bila dah kena touch-up, berseri-seri betul muka dia.
“Sayang, bagi present tu dengan auntie.”
“Okay.”
Asha cepat-cepat ambik hadiah yang kitorang bungkus sama-sama semalam tu. Dia yang paling semangat nak wrap hadiah ni, sampai 2 wrapping paper dah koyak dia gunting.
“Thanks, dear.”
“You’re welcome. Tapi nanti Asha birthday, auntie kena bagi Asha hadiah jugak tau. Yang lagi besar.”
“Asha.”
Asha…Asha…


Bunyi kompang dah berhenti tu. Aku rasa elok aku pergi makan dulu sebab lagi dua jam, aku dah kena balik hospital. Hari ni aku kena buat 1 operation dengan Dr.Lutfi.
Tapi farah minta pula aku temankan dia dengan fatin kat dalam bilik. Nak tolak pun salah, nak kata okey pun salah.
“Janji jangan sampai jam 2 tau. Aku kena balik hospital ni.”
“Promise.”



“Assalamualaikum. Pengantin lelaki nak masuk ni.”
Hah, nasib baik dah siap. Masih ada setengah jam lagi.
Fatin dah tersipu-sipu tu. Merah habis muka dia. Iyelah, dah jadi bini orangkan. Haha..aku aje kot pengantin yang kena tempeleng dengan ayah lepas dah nikah.


“Jom, join kitorang makan beradab kat depan tu. Aku memang dah reserve 2 seats untuk ko dengan Asha.”
“Eh, tak nak lah farah. Aku bukan siapa-siapa. Biar kami makan dengan tetamu aje yerk?.”
“Alah, come lah…”
Ish, tak adalah aku nak lebih-lebih pula. Walaupun aku memang dah biasa dengan family farah ni tapi takdelah sampai nak join makan beradab.


“Sayang nak makan lauk apa, sayang?.”
“Chicken curry tu pedas kan, mama? Takde butter prawn ke?.”
“Sayang, ini majlis orang kan. Kita tak boleh demanding sangat macam kat rumah sendiri.” Asha ni cerewet sikit. Nak itu ada syarat, nak ini ada syarat.
“Then, Asha nak makan apa?.” Hah, dah masam muka ni bahaya sikit.
“Kat sini ada black pepper beef, fried chicken and prawn sambal. Sayang nak yang mana satu?.”
Pujuk punya pujuk, akhirnya dia cuma nak nasi dengan fried chicken. Baru aje aku nak hulur gelas yang dah penuh dengan jus oren kat Asha, tetiba pulak ada budak lari and langgar kitorang.
Asha apalagi, menangislah dia bila baju dia basah..
“Baby!!!!.”
Budak tu dah terkebil-kebil bila papa dia datang…papa?

Monday, February 9, 2009

An AnDaLuSiA's StOrY 14

“Liya, bangun nak. Sarapan sikit.”
Aduh, mungkin sebab dah terbiar betul perut ni kosong jadi aku langsung tak ada selera sampai pagi ni. Semalam pun aku tak dapat tidur lena.
Aku tak nak tau macam mana bos boleh bawa aku sampai rumah. Setahu aku dia mana tahu alamat rumah ni. Sedar-sedar aje aku dah ada atas katil. Bilik pun dah gelap.
Mesti memalukan hal kelmarin tu. Pengsan kat tempat public macam tu. Mahunya tak malu. Aduh…cukup sekali tu aku pergi sana. Lepas ni tak nak aku ke sana lagi. Especially kedai kain tu…no..no..
“Makan ya.”
“Tak selera, mak. Rasa nak muntah ada.”
Mak pandang aku lama. Eh, takkan sebab aku cakap nak muntah mak sangka aku….pula?
“Apa bos kamu buat sampai kamu jadi macam ni punya lembik? Pengsan sampai pagi. Tak nak makan pula.”
“Mak, mana ada liya pengsan sampai pagi.”
“Mana ada kau cakap?.” Besar aje mata mak. Tak puas hatilah tu. “Kau tau tak semalam kau kena dukung sampai bilik?”
Hah?
“Siapa dukung, mak?.”
Takkan dia kot???? Arghhh…bilalah agaknya aku ni berhenti kena malukan oleh orang sekeliling aku?
“Huh, siapa lagi!!!.”





Lepas kena paksa makan bubur, aku melantak tidur sampai petang. Pening kepala ni. Daripada aku asyik nak muntah, bagus tidur.
Masa aku sedar, ada orang buka pintu. Bos?
Ah, aku tak pakai tudung ni…
“Liya.”
“Kejap, bos. Saya tak pakai tudung lagi.”
“Opss…” nasib baik dia sporting. Keluar semula sampailah aku suruh dia masuk. Pakai tuala ni ajelah. Entah siapa punya.
“Dah lama ke sampai?.”
Dengan selamba kudanya, dia duduk aje kat sebelah aku. Aku pula yang segan. Yalah, orang dah nak kahwin. Tak manis pula rasanya duduk dekat-dekat macam ni.
“Adalah dekat sejam. Cerita-cerita dengan mak…adik-adik.”
“Mak?.”
“Opss..mak cik. Mak awaklah.”
“Mak saya kan so please panggil mak cik.” Emosi pula. Marah aku pasal kelmarin pun tak habis lagi.
Selfish. Ingatkan diri dia sendiri aje tapi memandai nak bawa anak orang ke sana ke mari. Tak nak bagi makan. Kalau dah nak kahwin tu, ajaklah tunang sendiri beli barang. Bawa aku buat apa?
“Liya, I’m sorry about yesterday.”
Nasib baik aku cepat elak, kalau tak dah dia pegang tangan ni. Gatal. Menyampahnya.
“Duduk jauh sikit tak boleh ke? Gatal sangat.” Hah, itu baru ledakan kecil. Kalau lagi besar, ada yang menangis karang dibuatnya.
“Saya tau awak marahkan saya tapi saya confuse sama ada marah sebab tak makan atau…”
“Atau apa? Ingat saya jealous bos nak kahwin. Saya peduli apa? Tak heran pun. Sekarang pun saya rasa macam nak resign aje. Tak kerja pun tak apa. Setakat kerja PA, macam makan pasir aje….” Macam-macam lagilah yang aku cakap. Ikut suka hati aku aje. Dia nak terasa ke, apa ke..tak kisah.





Sebelah malam pula, Dania, Amirah dengan geng-geng yang lain pula sampai. Ada yang bawakan buah, bunga. Wah, best juga sebenarnya sakit ni. Hehe…bila lagi orang nak kesiankan kita kan?
“Bos kirim salam. Dia tak dapat join kitorang.”
“Dia tak datang lagi?.”
Aku geleng. Teringat pula dia balik lepas ambil jadual dia kat organizer aku petang tadi.
“Memanglah bos ni. Dia yang buat kau sakit sampai macam ni tapi bukannya nak datang tengok.”
Aku tak nak komen apa-apa.
“Tak apalah, mungkin esok dia sampailah tu. Busy kot.”
“Aku tak kisah pun dia nak datang ke tak. Sebab bila dah baik ni, aku nak hantar surat nak resign.”
“Resign? Kenapa, liya? Takkan sebab ni aje?.”
“Ish, tak lah. Aku nak cari rezeki tempat lain. Pengalaman tu kan penting.”
“Iya ke ni? Bukan sebab kau terasa dengan bos?.”
“Korang gaduh ke, liya?.”
Macam-macam ajelah korang ni. Gaduh? Entahlah, nak cakap gaduh pun mana ada kitorang gaduh. Kata baik, pun rasanya bukan juga. Entahlah…





Bila dah duduk rumah ni, boring pula. Kerja aku cuma pergi hantar and ambil adik-adik dari sekolah. Masak pun jarang. Nak ke rumah nenek pun, malas juga. Kat sana lagi boring.
Petang-petang, aku tolong mak siapkan barang-barang hantaran kahwin Farah. Aduh, barang hantaran….
Bos dah lama tak call aku. Sejak mak pergi hantar surat perletakan jawatan minggu lalu, sejak tu juga kami tak jumpa. Eh, jumpa apa pula. Orang dah nak kahwin. Takkan sibuk dia nak jumpa aku lagi.
Lepas dia dah kahwin ni, baguslah. Bolehlah dia angkut bini dia tu ke mana pun dia nak pergi. Tak adalah si Dania tu merana jadi pengganti aku.
“Try lah kerja kat ofis pak long tu.”
“Tak nak lah liya, mak. Pak long pun tak pernah ajak. Segan liya.”
Kalau orang tawarkan memanglah aku akan terus pergi tapi malangnya pak long tanya pun tak kenapa aku duduk rumah aje. Maklumlah, syarikat dia tu mana nak pakai lulusan tempatan. Bangga sangat dengan lulusan oversea tu.
“Liya pun tengah apply kerja kat satu company tu.” Harap-harap adalah rezeki aku kat situ. Asyik tanam anggur kat kebun orang aje, tak best jugak rasanya.





“Mana Adib?.”
“Abang ada tuition lagi. Dia minta tunggu.”
Lah, kenapa tak cakap awal-awal? Kalau aku tahu, pakai motor aje aku pergi ambil budak Rania ni. Cepat sikit sampai rumah.
“Berapa lama tuition tu?.”
Makan pun tak lagi. Lapar. Kebulur dah ni. Bila Rania angkat satu jari, oh no…sejam????
“Dah makan tak?.”
Dia geleng. Aku tekan minyak terus bawa kereta pergi gerai-gerai makan yang ada tak jauh dari sekolah ni. Kalau nak tunggu Adib baru nak makan, karang pengsan lagi macam….
Ramai pula orang kat sini. Mesti best dia masak. Sebab tu ramai customer. Hmm…tambah laparlah orang dibuatnya.
“Rani nak makan apa?.”
“Jom kita try nasi goreng varians ni, kak.” Tunjuk Rania. Tengok gambar memang nampak macam best.
“Ok jugak tu. Kalau best, kita bungkuskan untuk abang sekali.”
“Mesti best lah.”



Eh, siapa pula yang duduk kat tempat aku tu? Ewah..ewah..siap menyisip jus mangga orang pula tu. Ni yang aku rasa macam nak pelempang orang ni.
“Excuse me.”
Lelaki tu terus menoleh. Eh?
“Kak, abang Mand ni.”
“Ada apa bos duduk kat meja saya ni?.”
“Bos?.”
Opss…. “Sorry, dah biasa. Ada apa awak duduk sini?.”
“Bos…”
“Dah lah. Saya dah cakap sorry kan? Tak puas hati juga?.”
“Saya tak kisah awak nak panggil saya bos. Memang saya dah rindu nak dengar orang panggil saya bos.”
Huh!!!!
Kebetulan pula nasi goreng varians yang kitorang order dah sampai, aku terus aje melahap. Memang best. Ke aku saja makan sebab tak nak layan lelaki ni lebih-lebih. Rania aje yang pot pet pot pet cakap pasal itu ini.
Uhuks!!!!
Aduh, macam mana boleh sampai nak tersedak ni. Kelam-kabut aku ambil jus mangga aku tapi…
Nasib baik dia cepat tepuk belakang ni. Kalau tak, memang aku pengsan lagi sekali. Dulu sebab lapar, ini sebab gelojoh…makan..makan..
“Okey? Nak minum?.”
“Siapa suruh awak pergi minum air saya ni hah? Kalau saya tersedak sampai pengsan tadi siap awak.”
“Sorry..sorry…”
Tiba-tiba dia bangun. Aku tengok aje dia pergi kaunter.
“Nah.”
Jus? Cepatnya siap. Ah, tak kisah yang penting aku betul-betul nak minum sekarang. Cepat aje aku menyedut. Ketawa pula diorang berdua ni.
“Apa yang lucu ni?.”
“Kot ya pun dahaga, janganlah minum macam tu sekali.”

Sunday, February 8, 2009

so what? 12

Ya Allah, tak habis-habis dugaan yang datang….nak fikirkan pasal bapa rimau pun dah lelah, ini satu pulak datang. Haikal…aduh…macam mana aku nak buat supaya dia tau aku tak nak layan dia lebih-lebih?
Ni dah masuk lima kali dia ajak keluar dengan dia. Hari tu kan dia dah tau aku ada anak. Tak terfikir ke kalau aku ada suami?
Memanglah aku tak tau status aku selama ni tapi mak tak pernah pula terima surat dari mahkamah syariah. So, that means I’m still his wife. Tapi masih or not, aku memang dah tutup hati ni nak terima orang lain. Aku dah tak cari lelaki lain.
Napa? Sebab aku sayang sangat dengan anak aku…Asha..dia waris yang aku dapat dari fikri..Aku tak nak hubungan kami jadi jauh..kalau aku kawen lain, mungkin aku akan dapat anak baru…habis camna dengan Asha?? Tu yang paling aku tak nak…jauh dengan Asha.


Memang aku betul-betul dah stress sekarang. Aku asyik teringatkan fikri and at the same time, haikal tak penat-penat nak menggoda.
Ambik cuti satu minggu, aku bawak Asha pulang kampung. Dua hari kat rumah mak, lepas tu kami sekeluarga pergi bercuti kat Cameron Highland. Aman kat sini. Angin pun sejuk. Cuma taklah sesejuk time kat UK dulu,
Cuti-cuti ni pun, aku lebih banyak duduk bilik. Aku biarkan Asha jalan puas-puas dengan mak, ayah and hani. Hafiz pulak tak dapat ikut. Dia banyak keja kat matrik tu. Maklumlah, nak jadi macam kakak dia ni.






“Mama ni, nak tido aje. Come, join us.”
“Asha.”
“Hee... I hate u, mama.”
“Asha!!!!!.”


“I’m sorry,okay? Mama takde niat nak tengking anak mama ni. Mama dah sakit kepala ni. Please forgive me, dear.”
Dari tadi Asha tak reti nak berhenti nangis. Dia dah tak nak bercakap dengan aku. Aku bukan sengaja marah dia. Kepala dahlah sakit, otak penat, Asha pulak macam ni…
“It’s okay. If u don’t feel like forgiving me right now, it’s okay. Mama can wait. But please forgive me. That’s all I want.”


Aku dah hilang mood sekarang. Nak makan pun takde selera langsung. Mak dengan ayah dah cuba pujuk tapi aku tetap macam ni. Ya Allah….aku butuh pertolonganMu…tenangkanlah hati hamba Mu ini.


Ingat nak sambung tidur lepas dah sembahyang, tapi handphone pula asyik nak bunyi. Sape lah yang call ni.
“Hello?.”
Sunyi. Eh, nak main2 ke?
“Hello?.”
“Sayang.”


Aku tak tau. Aku rindukan dia. Aku nakkan dia. Tapi reaksi spontan aku selalu aje jadi penghalang. Dah elok-elok dia call, aku putuskan pula.
Arghh…..
“Ma.”
Eh, suara Asha!!!
“Ma.”
“Ya, sayang. Mama ni.” Kepalanya aku usap. Cium. Dua malam ni dia tak nak tidur dengan aku.
“I’m sorry, ma.”
Mata aku dah berair tengok muka dia sedih sangat. “Mama jangan sedih lagi ya. Atuk cakap mama tak makan sebab Asha. I already forgive you.”
Ya Allah…berkali aku cium and peluk dia. Untungnya aku dapat anak yang baik hati macam Asha ni.
“Don’t worry. It was not your fault, okay? Mama sedih dan tak makan sebab benda lain. Bukan sebab Asha semuanya.”

Saturday, February 7, 2009

An Andalusia's story 13

“Liya. Masuk kejap.”
Sabar...sabar...dalam banyak-banyak kali kami berdua, ini yang paling buat aku rasa macam nak kencing sangat.
Masuk aje, aku terus buat-buat selamba. Macam selalu.
“Lunch time nanti saya ada appointment ke?.”
Dia tengok aku sekejap aje, terus tutup komputer. Pegang botol mineral. Oh ya, aku tak tuangkan lagi. Hehe..sorry...
“Hmm...setakat ni memang bos free.”
“Saya free?.”
“Ish, diri bos tu memanglah tak free...maksud saya jadual bos. Itu pun tak faham.” Marahku melulu. Dulu aku pernah kena sekali dengan dia. Soalan ni juga.
“Lah, bila masa saya cakap saya ni free? Saya taulah.”
“So?.”
“Saya nak bawa awak keluar lunch kejap. Ok tak?.”
“Keluar lunch? Berdua? Kat mana?.”




Perut tengah kebulur ni. Apa lagi, semangat aje aku siapkan kerja sebelum kawan-kawan keluar makan. Bos tak nak kawan-kawan ejek kalau nampak kitorang keluar sama.
“Hah, jom.”
Angkat purse, terus kitorang chow. Ke mana pulalah dia nak bawa aku isi perut ni. Selalu kat hotel tapi kalau dengan client aje. Merasa jugalah makan yang sedap-sedap. Mahal-mahal gitu. Tapi ada juga masanya aku ajak bos makan kat gerai-gerai kecil. Selalunya dia ikut aje.
“Ok. Jom turun.”
“Lah, buat apa makan kat tempat ni?.” Kat shopping mall ni? KLCC ? nak makan apa ni? Aku tak selesa makan kat tempat ni.
Belum habis aku membebel, dia dah tarik tangan aku ikut dia masuk ke dalam. Pula tu, ingatkan pergi food court...rupanya...
“Temankan saya pilih barang. Sebelum balik nanti baru makan.”
“Barang apa? Saya lapar ni, bos.”
Breakfast pun tak. Setakat satu keping biskut chipsmore tu, semut pun tak kenyang.
“Ikut aje.”
Dari satu kedai kami masuk sampai dah nak lenguh kaki ni. Yang peliknya semua barang yang dia suruh aku pilih ni, barang perempuan. Sekali tengok macam barang hantaran aje.
Set minyak wangi. Kasut tumit tinggi. Dompet mahal. Satu set penjagaan wajah. Eh...
“Bos ni nak kahwin ke?.”
Dia senyum kambing aje. Tarik lagi aku masuk kedai emas. Emas?
“Tengok jari tu.”
“Eh, tak nak saya. Bos nak kahwin dengan saya ke?.”
“Perasan.”
“Then, nak ambil ukuran jari saya pula.”
“Tengok ajelah. Saiz dia dengan awak lebih kurang aje.”
Nak tak nak, ikut ajelah. Cepat aje dia setuju nak ambil cincin tu. Bukannya lawa pun. Dia bukannya tanya pendapat aku. Aku lagi suka cincin yang nampak ringkas tapi menawan sangat tu. Kesianlah tunang dia ni nanti dapat cincin buruk.





Sebab dia ghairah betul nak shopping, dia lupa perut PA dia ni dah nak terbelit tak ada isi langsung. Sampai aje kat kedai Gulati’s, aku paling cepat pergi duduk.
“Awak suka colour apa, liya?.”
Aku angkat bahu. Penat.
“Biru ok tak untuk nikah?.”
Aku tutup mata. Malas.
“Hmm...kalau beli kain ni, kena pula beli kain lapis. Kan?.”
Tak ada reaksi. Nafas aku tinggal sikit aje lagi ni.
“Kenapa ni? Bangunlah, ada ke patut tidur pula.”
Masa dia nak tarik tangan aku, aku betul-betul dah tak ada tenaga sampai aku jatuh pengsan betul-betul kat badan dia.

Friday, February 6, 2009

me n myself



stress!!!!!!!

aduh, hari ni saya tanya satu kawan..kalau dia x kenal saya, agak2nya berapa umur saya? dia cakap x sure. satu kawan pula jawab, 25..argh!!!!!!!!!!!!!!! kawan dia yg cakap macam tu time tengok gambar saya..Ya Allah..ringan aje tangan ni capai garpu, cucuk kat muka kawan tu..hehe..xdelah tapi saya betul2 kecewa and selepas tu, ini aje yang saya fikir..jauhnya beza umur saya dengan pandangan kawan saya tu.stress.stress.kenapa erk? kalau korang yang nampak gambar saya, saya nampak tua ke?????? please...

Thursday, February 5, 2009

So what? 11

Alamak!!!!!!! Dahlah aku ni lambat, jam pulak panjang sangat. Macam nak jadi 20 ekor ular sawa punya panjang aje. Ayoyo…camna aku nak sampai rumah cepat ni pulak?
Hajah kalsom tu dah balik-balik call. Apa aku cakap? “Kejap lagi, mak cik. Jam pulak. Tunggu lagi, boleh?.”
Balik-balik aku cakap kejap. Mestilah orang tua tu dah bosan. Haih…camna ni?
Ah, baik aku ikut shortcut aje…


Bum!!!!!!!!!!
Ouch, astaghfirullah…apa dah jadi ni?
Ya Allah, kereta aku dah langgar bontot kereta dia? Ah, matilah aku kalau samseng yang sengaja nak kenakan mangsa ni….
Aku sedar dahi aku dah bleeding. Sakit tapi rasa tu macam dah hilang bila orang yang aku langgar tu tetiba bukak pintu. Aduh, gelap pulak ni. Baik aku call polis ajelah.
Tapi belum sempat aku dail, dia dah ketuk pintu. Aku turun cermin sikit aje and…hah?


“Hana???.”
“Sayang? Hana ke?.”
“Hana Fatihah…ni abang. Bapa rimau hana tu.”
“Sayang, please answer me!!.”
“Bukak pintu, hana. Please,”
Macam-macam dia cakap, aku dah tak boleh kata apa lagi dah. Aku cuma mampu tengok mata dia and aku sedar ada air mata dah kat pipi ni.


Ah, kenapa aku lari pulak? Napa aku tinggalkan dia macam tu? Apa aku dah buat ni? Arghh…..Ya Allah…
“Hana?.”
“Eh, ya mak cik?.”
“Kamu okey ke? Kenapa nampak pucat aje ni?.” Baiknya hajah kalsom ni. Dahlah aku lambat sangat ambik Asha, boleh-boleh pulak dia ambik berat lagi dengan aku. Alhamdulillah…alhamdulillah…
“Saya okey. Saya minta maaf lambat balik. Jam tadi. Anak mak cik dah sampai ke?.”
Dia angguk. Lepas bersalaman, aku minta diri bawak Asha yang dah tertido kat bahu aku. Kesian anak mama…




“What’s wrong with u, mama?.”
Uh..”Takde apa-apa, sayang. Mama penat banyak keja.”
“Mama resign lah kalau penat. Kita duduk rumah macam Nek Jah.”
Haih, Asha…Asha…macam-macam ajelah dia ni.
“If I quit my job, then who’s going to look after us?.”
“Hmm…papa?.”


Betul-betul aku tak sempat dah tahan air mata ni tadi depan Asha. Dia cakap mama kawan-kawan dia ada yang duduk rumah aje sebab papa diorang yang keluar kerja. So, dia ingat dia pun boleh buat macam tu.
Asha…Asha…
Kalaulah papa Asha tak hilang dulu, mesti Asha happy dapat papa Asha tu. Dengan aku aje kot dia garang sikit. Kalau dengan anak-anak dia, mesti dia jadi penyayang…loving sangat.

Wednesday, February 4, 2009

An Andalusia's Story 12

“Liya???.”
Hah? “ Bos?.”
Dia tenung aku. Aku tenung dia.
Sihat aje binatang sekor ni? Mana dia kepala dia yang dah kena bedah tu? Takkan dia bangun sendiri kot? Tapi aku tengok katil, memang ‘bos’ masih ada kat situ.
“Apa awak buat ni?.”
“Buat apa??.” Aku kerut kening sampai bercantum.
Tiba-tiba lah pula dia ketawa. Kuat. Sempat juga aku tampar bahu, baru dia serius.
“Awak jaga siapa ni?.”


Ahhhh....malunya aku!!!!!!!!!!!!
Kalau orang jalan-jalan tiba-tiba seluar dia koyak kat punggung malu tahap cipan, aku lagi malu.
Hishhh...ni semua salah Tok Ketua. Dengan mimik muka sedih dia tu, aku percaya bulat-bulat cakap dia. Kawan aku accident teruk konon!!
“Ada apa, tok?.”
“Kawan kamu tu...yang bawa kereta mahal tu, accident.”
“Accident??? Kat mana? Bila? Teruk macam mana?.” Hah, cemas. Memang aku cemas sangat. Nasib baik tiang rumah nenek ni teguh lagi. Kalau tak, memang patah dibuatnya kena goncang.
Nenek pun suka agaknya tengok aku kelam-kabut. Cepat aje dia dah serah kunci kereta kat aku. Aku apa lagi, drive macam jalan tu adik aku yang punya. Ambil kesempatan nak rempit kereta sebenarnya.
Punya penat aku lari. Punya sayang air mata aku. Punya malu aku menangis-nangis kat pesakit tibi tu.
“Apa hal awak nangis ni?.”
“Siapa tak nangis kalau orang cakap bos cedera parah accident?.” Berhingus hidung ni dibuatnya.
“Eh, setahu sayalah kan...kalau saya mati pun, ada sorang aje yang mustahil nak keluar air mata. Lagi gelak ada.”
Macam aku kenal aje orang tu...biadab namanya ni.
“Dah lah, sekarang please stop crying.”
“Tak nak. Alang-alang saya dah nangis, saya nak sambung lagi. Pergi sanalah. Kacau aje.”
Terbahak-bahak dia ketawa sampai keluar kahak. Eh, tak adalah. Kotor pula tu. Aku pula jeling sepenuh hati.
“Saya tau awak tambah cantik kalau nangis tapi...”
Hah, baru nak kembang gigi....
“Tapi apa?.”
“Tu...tu...”
Tambah berang aku dengan mamat ni. Nak cakap, cakap ajelah. Dia ingat ada teka-teki @ era ke kat sini?
“Tu..tu..tu apa hah????.”
“Hingus tu...” hah? “Dah sampai bibir dah. Jangan jilat ye.”
Kurang asam punya orang!!!!



Malang betul pula nasib aku hari ni. Awal-awal pagi dah dapat ujian. Itulah, semalam buat apa? Bergayut.
Dengan sapa? Bos.
Cerita apa? Pasal diri kitoranglah.
Berapa lama? Adalah dua jam.
Siapa call siapa? Aku nak tidur time handphone aku bunyi.
Dia panggil kau apa? Liya lah..sapa lagi. Tapi ada juga tersasul sikit.
Kau pula? Dulu, kini & selamanya....bos.
Ada apa-apa ke ni? Entahlah. Saja cerita-cerita.
Mula-mula call tu, dia nak tanya schedule dia awal-awal pagi ni aje. Aku jawablah. Meeting dengan Amirah. Lepas tu dia tanya dah makan ke belum.
“Makan apa tadi? Sambal belacan lagi?.” Itu dia tanya. Mungkin sebab time kat rumah nenek, kerja aku tumbuk belacan..tumbuk belacan..tumbuk belacan.
“Makan nasi ayam aje.”
“Nasi ayam?.”
“Habis, nasi kucing dah habis. Makan nasi ayam ajelah.”
“Pandailah kamu.”
“Ish, apa tak pandainya, bos? Saya masuk U kan.”
“U mana?.” Entah dia memang tak tahu atau saja nak kenakan orang, aku pun apa lagi.
“Ur heart???.”
Lama juga dia diam. Berdebar juga ginjal ni. Manalah tahu dia terasa hati pula. Aku main-main aje tu.
“Macam mana awak boleh masuk pula?.”
“Tanya pula. Yang selalu tak pakai baju bangun tidur tu apasal? Saya nampaklah pusat U tu and saya masuk.” Layan...
Memang aku selalu nampak dia tak berbaju bila bangun tidur. Sebab aku yang selalu kejut dia. Adib tu, bukan boleh harap...
Punya kuat bos ketawa. “Oh, awak memang suka ke tengok saya macam tu, liya?.”
“Uwerkk...seram saya ngan bos ni. Dah lah, saya mengantuk ni. Nak tidur.”
“Liya.”
“Hmm??.” Aku mengantuk gila ni. Baju pun tak iron lagi.
“Awak suka saya tak?.”
Zzzzzz......

Tuesday, February 3, 2009

An Andalusia's Story 11

Waktu sekolah dulu, aku memang raja pecut. Mana pernah aku miss ikut sukan track ni. Asal lari aje tak ada lain mesti aku ajelah wakil rumah sukan kitorang.
Tapi itu dulu. Kali ni aku rasa aku lari macam dah tak cukup tanah. Entah lurus entah tak aku park kereta, tak sempat aku nak ambil tahu. Yang penting aku nak cepat tengok dia.
Teruk sangat ke dia sampai nak kena masuk ICU? Eh, mestilah kan. Mana ada orang patah gigi masuk kat situ. Mau juga yang cedera parah. Cedera parah? Kritikal tahap mana?





“Doktor, macam mana bos saya tu?.”
Grrr....nak aje aku tangkap doktor ni. Tapi tak jadi bila tengok baju dia yang dah basah kena peluh tu. Macam orang kerja keras aje.
“Bos awak?.”
“Ya. Yang accident tu? Dia kat dalam kan?.”
“Memang dia accident. Dia masih tak sedar. Kami beri tempoh dalam sejam dua ni, dia mesti sedar. Insyaallah.”
Alhamdulillah.....kat sini juga aku melompat-lompat. Nak peluk orang, aku sendiri aje kat sini. Nenek dengan adik-adik ni entah masuk ke manalah pula.
“Thanks, doc.”
“Ya. Saya minta diri dulu.”
“Tapi saya boleh masuk kan?.”
Satu senyuman aje buat aku terus tumpah air mata. Betul. Aku menangis. Sebab apa? Sebab aku memang sayangkan dia. Bos? Ya. Siapa lagi?



“Bos. Saya dah sampai ni. Saya jaga bos sampai bos okay.”
Kalaulah aku tak takut hukum Allah s.w.t, panjang dah tangan aku ni nak genggam tangan dia yang dah terkulai tu. Kalau tak pun, usap dahi dia. Tapi syukurlah aku masih sayangkan iman aku yang memang dah tak sekuat mana ni.
Air mata aku ni jangan cakaplah. Macam bos ni betul-betul boyfriend aku aje. Nurse tengok pun aku buat muka dungu. Korang apa peduli???
Bayangkan aku boleh teman dia sampai waktu melawat habis. Tak mengeluh macam selalu. Sampai guard yang pergi panggil aku. Suruh keluar.
“Give me few more minutes, plez.”
Lupa aku pak guard ni tak reti cakap orang hijau. Bila dia melongo tengok aku, ouch!!!!
“Kejap ye, cik. Saya keluar sendiri pas ni.”
“Tak bolehlah, cik. Saya ni menjalankan tugas. Nanti yang kena, saya juga,”
Ish, rilex lah. Benci betul aku orang tua ni. Profesional lah tu konon. Pirahhh!!!! Saja nak tunjuk kuasa. Jaga kau....ringan aje kaki nak menyepak tapi sebab ada doktor muda lalu, aku setakat jeling ajelah pak guard ni. Nasib baik kau malam ni...
“Bencinya saya. Sudahlah, saya keluar....”
“Liya???.”

Monday, February 2, 2009

an andalusia's story 10

“Nek, kita nak masak apa malam ni?.”
“Kawan kamu tu suka makan apa?.”
“Hmm…hujan-hujan macam ni selalu dia suka makan nasi panas dengan jantung pisang cecah sambal belacan. Tapi tak boleh pedas sangat.”
“Lagi?.”
“Lauknya, ikan kering pun tak apa. Masak lada okeylah.”
Nenek pandang aku sambil senyum. Apa-apa ajelah nenek aku ni.
“Kamu tahu sangat kesukaan dan kebencian dia ya. Ada apa-apa ke? Nak bagi nenek cucu baru?.”
“Saya ni kan pembantu peribadi bos, mestilah saya tahu banyak pasal dia, nek. Jangan salah sangkalah.”
Nenek ni, kalaulah bos dengar, tak ke malu aku dibuatnya nanti? Nanti dia ingat aku syok kat dia pula.
“Kalau betul ada apa-apa pun, apa salahnya? Nenek lagi suka.”











Hari ini aku sengaja bangun awal. Pergi ke dapur sebelum nenek. Hari ini dia dah nak balik jadi tak ada salahnya aku layan dia dengan lebih baik. Selalu bertekak, sesekali berbaik kan best…
“Hai, sedap bau?.”
“Sedap? Bau apa yang sedap? Sayakah?.”
Dia ketawa lagi. Semerbak bau mandian di tubuhnya sangat menyegarkan.
“Nak masak apa ni?.”
“Biasalah, makanan kampung. Bos tak pernah makan ubi kayu rebus dengan sambal bilis kan?.”
“Ubi kayu rebus aje awak nak bagi saya makan? Hari ni kan last day saya kat sini. Masaklah yang special sikit.”
“Special sikit ya?.”
Dia angguk dengan cukup yakin. Hah, nak yang special ya? Ok, no problem kalau dengan aku.





Terbeliak mata semua orang waktu sampai kat meja makan. Paling besar matanya tak ada lain memanglah bosku. Mahunya nak pecah perut aku ketawa tengok reaksi dia.
“Apa lagi, bos? Jom kita bersantap, wahai kekanda.”
“Liya, apa yang kamu bagi Armand makan ni?.” Nenek geram sangat tengok muka aku.
“Nek, bos saya ni nak sangat makan yang special. Kalau saya, inilah yang paling specialnya.”
“Dia saja nak kenakan saya ni, nek.” Tiba-tiba pula mamat ni pandai nak mengadu. Manjanya?
“Apa kenakan pula? Tadi saya nak masak ubi kayu rebus cecah sambal bilis, ada yang kata tak nak. Nak yang special konon. Hah, ini dah ada depan mata, buat-buat terbeliak pula.”
“Tapi…”
“Tapi apa?.”
“Kot ya pun takkan nak makan ubi mentah dengan kepala bilis mentah ni?????.”







“Bos, dah dekat pukul dua ni. Bila nak berangkat?.”
Bos terus tengok jam dia tapi ingatkan dia nak bangun, rupa-rupanya dia tukar channel pula. Buat-buat lupa ke dia ni?
“Bos, baliklah.”
“Awak pun tak balik lagi. Saya tunggu awak aje ni.”
Lah, tunggu aku buat apa?
Hei, bengang kepala otak aku dengan perangai dia ni. Tak tahu malu langsung ke? Dah tiga hari memerap rumah orang pun tak reti nak ingat. Macam tak ada rumah sendiri aje.
“Please, bos dah lama kan kat sini? Nanti apa pula kata orang?.”
“Nak kata apa?.”
Ish…geram….geram…geram….
“Yang awak beria-ia nak halau saya ni kenapa? Takkan sebab takut cakap-cakap orang aje.”
“For your information, saya memang takut orang cakap kita dua ni ada apa-apa. Dahlah bos ni ikut saya sampai kampung ni, tinggal pula kat sini lama-lama.”
Nak habis nafas aku bercakap. Sedar-sedar aje bos dah tak ada depan aku. Pergi mana pula dia ni? Merajuklah tu konon. Macamlah aku ada hati nak pergi pujuk orang tua macam tu.





Bila aku bangun aje tidur lepas gaduh dengan bos, aku tengok rumah tiba-tiba jadi sunyi. Adik-adik tak ada. Nenek lagilah tak ada. Ingatkan diorang tidur tapi bos pun tak ada? Dah balik ke dia? Tak jumpa dengan aku dulu? Biar betul merajuk ni.
Sah!!! Garaj depan tinggal kereta buruk aku ajelah. Kereta mahal bos yang berkilat-kilat tu dah lesap. Tak tahulah kalau kena curi.
Puas aku tunggu diorang muncul, maghrib baru sampai. Rupanya pergi rumah saudara nenek. Yang pelik tu, diorang tak tanya satu apa pun pasal orang rumah yang dah hilang ni.
“Nenek dah tau ke bos saya balik?.”
Nenek angkat bahu. Rania pula sengih-sengih. Sebiji macam kerang buta.








Entah kenapa tapi hati aku ni rasa semacam aje. Apa orang kata, tak sedap hati? Hah, iyelah tu walau aku tak pernah rasa hati aku ni...kalau ikut muka tuan dia, hati aku ni mesti manis...sure.
Malam ni pun aku duduk dalam bilik aje. Tak singgah dapur langsung. Nenek masak sendiri.
“Saya tak seleralah, nek. Saya nak rehat.”
Nenek iyakan ajelah tapi sekali bau ikan kerapu goreng dengan keli masak tempoyak sampai kat bilik, laju aje kaki ni ke dapur.
Dengan selamba kudanya, cepat-cepat susun pinggan. Siap dengan cawan sekali tu.
“Aik, cakap tak selera?.”
Hehe.... “Yang tak selera tu tangan saya, nek. Perut ni selera.”
“Pandailah kamu. Macam mana nak kahwin kalau malas masak?.”
Eh, isu kahwin pula dah...
“Alah, nek. Kalau dah suka tu, pandai tak pandai dia mesti tak kisah punyalah.” Betullah kan? Tak ada juga aku dengar orang cerai sebab bini tak tahu masak. Kan? Kan?
Duduk aje semua orang kat kerusi, akulah yang paling awal suap nasi ke mulut. Doa ke mana..adab ke mana. Biasalah kan. Bismillah pun cukuplah.
Sedap. Memang sedap waras. Bukan sedap gila tau. Untuk pertama kalinya aku makan sampai bertambah. Tambah lauk aje. Nasi tak. Iyelah nasi dah nak jadi anak bukit kan.
“Akak ni macam puasa dua tahun.” Itu komen naif Rania.
“Pelanlah sikit. Banyak lauk tu, tak payah berebut.” Itu komen sihat nenek.
Nak tahu Adib kata apa? Hah...
“Apa tak lahap kalau tiga hari ni kena pura-pura makan sikit, nek. Control ayu kan...”
Hah, maunya tak pedas tu. Mengalir juga air mata dibuatnya. Tempoyak nenek pedas betul!!!!
Apa-apa pun, korang cakaplah. Ikut suka korang. Aku tak nak ambil kisah. Yang aku kisah cuma makanan kat depan mata ni aje.
Sampaikan masa ada orang teriak bagi salam pun, aku sorang aje yang tak dengar. Sedar-sedar aje nenek lari balik ke dapur and peluk aku. Nasib tak tumpah nasi kat pinggan.
“Kenapa ni, nek?.”
“Adib, apa hal? Mak ke?.”
Tak ada sorang pun yang nak buka mulut nak cakap. Akhirnya aku sendiri pergi pintu depan.
“Tok?.” Tok Ketua Ali. Apa ajelah yang dia cakap sampai tiga manusia kat dalam tu menangis.
“Liya..”

Sunday, February 1, 2009

so what? 10

Lah, dia rupanya yang duduk sebelah aku dalam flight balik Malaysia dulu tu. Alamak, satu hospital rupanya.
Hahaha…dah lah dulu aku berahsia dengan dia, alih-alih dia dah taw pulak sekarang. Nasib baik dia tak ungkit apa-apa pasal tu lagi.
“Nanti kalau free, saya nak belanja awak minum petang. Boleh ya?.”
“Kalau tunggu saya free, sampai bila-bila pun saya memang tak free.”
Dia kerut kening. Hehehe…”Sampai bila-bila pun saya ni sentiasa ada harga tau. Takkan pernah jadik free.”
“Oh!. Suspend aje. Ingatkan tadi betul-betul takde masa free.”
Aku cuba sembunyi aku punya rasa nak ketawa ni. Tak sopan pulak karang aku ketawa depan orang laki.


“Mama, jom pegi makan KFC ma.”
“Eh, sayang tak ingat mama pesan erk? Kita tak bleh makan makanan bergoreng kerap sangat. Nanti sakit.”
“Mana ada. Last time mama bawa Asha makan KFC, last month tau. Remember?.”
“Amboi…amboi..baby ni. So, u’re telling me that u want to eat KFC every month?.”
Cepat aje dia angguk kepala. Baby..baby…
“So sorry, dear. This time I’ll treat u on lunch but not at any fast food restaurant.”
“Mama!!!!!!.”
Aku terus bagi satu kiss manja kat pipi Asha. Orang ramai yang lalu dekat dengan kitorang tengok-tengok pun kami tak kisah. Kitorang tak wat salahkan?
“Baby, please. Next week kita pergi makan KFC. Mama promise.”
“Really?.”
“Yes, my dear. Next month mama belanja anak manja mama ni makan seketul ayam goreng KFC.”
“Only a piece???.”
Hahaha….jangan harap mama nak biar anak mama ni suka sangat makan fast food yang tinggi sangat kalori 2.


Kerja doktor ni orang selalu idam-idamkan. Mula-mula aku dengar orang teringin sangat nak jadi doktor ni ialah cousin aku, Maisara. Wah, dia tu memang gila-gila sangat nak jadi kaya.
Dia cakap, doktor ni dahlah gaji besar, dapat satu pangkat pulak kat depan nama tu, popular dan macam-macam lah. Sampai dia sanggup hafal text book sains dia. Tapi kesian, last-last dia cuma jadi pharmacy assistant aje sebab walaupun dia hafal semua fakta dalam buku tu, aplikasi yang dia gagal.


Lepas dah buat rutin pergi lawat patients kat wad, aku keluar makan dengan Dr.Laila kejap. Lepas ni pulak ada meeting dengan big boss. Nak taw perkembanganlah tu.
Aih, memang tiring kerja ni. Ni elok lagi ni aku boleh balik jam 6 kengkadang. On call pun taklah kerap sangat. Tapi ini pun Asha dah mengomel. Complaint mama dia ni dah tak nak balik rumah.
Oh, baby…kalau bleh, mama ni nak duduk rumah aje…


Huh, punya banyak cakap big boss hari ni…dekat nak tiga jam kitorang meeting. Masuk pukul empat, sekarang dah pukul…hah, 6.55?????
Ops, aku belum sembahyang and aku kena cepat ambil Asha. Hajah kalsom nak balik rumah anak sulung dia hari ni…..
“Eh, Dr.hana.”
Ops, sikit lagi aku terlanggar mamat ni. Hehe..senyum ajelah.
“Jom kita pergi makan. Kat bawah tu aje.”
“Alamak, saya kalau boleh memang nak ikut awak tapi ni dah lambat sesangat. Nak balik ambik my daughter.”
“Daughter? U’ve a daughter??.”

Popular Posts