Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, February 9, 2009

An AnDaLuSiA's StOrY 14

“Liya, bangun nak. Sarapan sikit.”
Aduh, mungkin sebab dah terbiar betul perut ni kosong jadi aku langsung tak ada selera sampai pagi ni. Semalam pun aku tak dapat tidur lena.
Aku tak nak tau macam mana bos boleh bawa aku sampai rumah. Setahu aku dia mana tahu alamat rumah ni. Sedar-sedar aje aku dah ada atas katil. Bilik pun dah gelap.
Mesti memalukan hal kelmarin tu. Pengsan kat tempat public macam tu. Mahunya tak malu. Aduh…cukup sekali tu aku pergi sana. Lepas ni tak nak aku ke sana lagi. Especially kedai kain tu…no..no..
“Makan ya.”
“Tak selera, mak. Rasa nak muntah ada.”
Mak pandang aku lama. Eh, takkan sebab aku cakap nak muntah mak sangka aku….pula?
“Apa bos kamu buat sampai kamu jadi macam ni punya lembik? Pengsan sampai pagi. Tak nak makan pula.”
“Mak, mana ada liya pengsan sampai pagi.”
“Mana ada kau cakap?.” Besar aje mata mak. Tak puas hatilah tu. “Kau tau tak semalam kau kena dukung sampai bilik?”
Hah?
“Siapa dukung, mak?.”
Takkan dia kot???? Arghhh…bilalah agaknya aku ni berhenti kena malukan oleh orang sekeliling aku?
“Huh, siapa lagi!!!.”





Lepas kena paksa makan bubur, aku melantak tidur sampai petang. Pening kepala ni. Daripada aku asyik nak muntah, bagus tidur.
Masa aku sedar, ada orang buka pintu. Bos?
Ah, aku tak pakai tudung ni…
“Liya.”
“Kejap, bos. Saya tak pakai tudung lagi.”
“Opss…” nasib baik dia sporting. Keluar semula sampailah aku suruh dia masuk. Pakai tuala ni ajelah. Entah siapa punya.
“Dah lama ke sampai?.”
Dengan selamba kudanya, dia duduk aje kat sebelah aku. Aku pula yang segan. Yalah, orang dah nak kahwin. Tak manis pula rasanya duduk dekat-dekat macam ni.
“Adalah dekat sejam. Cerita-cerita dengan mak…adik-adik.”
“Mak?.”
“Opss..mak cik. Mak awaklah.”
“Mak saya kan so please panggil mak cik.” Emosi pula. Marah aku pasal kelmarin pun tak habis lagi.
Selfish. Ingatkan diri dia sendiri aje tapi memandai nak bawa anak orang ke sana ke mari. Tak nak bagi makan. Kalau dah nak kahwin tu, ajaklah tunang sendiri beli barang. Bawa aku buat apa?
“Liya, I’m sorry about yesterday.”
Nasib baik aku cepat elak, kalau tak dah dia pegang tangan ni. Gatal. Menyampahnya.
“Duduk jauh sikit tak boleh ke? Gatal sangat.” Hah, itu baru ledakan kecil. Kalau lagi besar, ada yang menangis karang dibuatnya.
“Saya tau awak marahkan saya tapi saya confuse sama ada marah sebab tak makan atau…”
“Atau apa? Ingat saya jealous bos nak kahwin. Saya peduli apa? Tak heran pun. Sekarang pun saya rasa macam nak resign aje. Tak kerja pun tak apa. Setakat kerja PA, macam makan pasir aje….” Macam-macam lagilah yang aku cakap. Ikut suka hati aku aje. Dia nak terasa ke, apa ke..tak kisah.





Sebelah malam pula, Dania, Amirah dengan geng-geng yang lain pula sampai. Ada yang bawakan buah, bunga. Wah, best juga sebenarnya sakit ni. Hehe…bila lagi orang nak kesiankan kita kan?
“Bos kirim salam. Dia tak dapat join kitorang.”
“Dia tak datang lagi?.”
Aku geleng. Teringat pula dia balik lepas ambil jadual dia kat organizer aku petang tadi.
“Memanglah bos ni. Dia yang buat kau sakit sampai macam ni tapi bukannya nak datang tengok.”
Aku tak nak komen apa-apa.
“Tak apalah, mungkin esok dia sampailah tu. Busy kot.”
“Aku tak kisah pun dia nak datang ke tak. Sebab bila dah baik ni, aku nak hantar surat nak resign.”
“Resign? Kenapa, liya? Takkan sebab ni aje?.”
“Ish, tak lah. Aku nak cari rezeki tempat lain. Pengalaman tu kan penting.”
“Iya ke ni? Bukan sebab kau terasa dengan bos?.”
“Korang gaduh ke, liya?.”
Macam-macam ajelah korang ni. Gaduh? Entahlah, nak cakap gaduh pun mana ada kitorang gaduh. Kata baik, pun rasanya bukan juga. Entahlah…





Bila dah duduk rumah ni, boring pula. Kerja aku cuma pergi hantar and ambil adik-adik dari sekolah. Masak pun jarang. Nak ke rumah nenek pun, malas juga. Kat sana lagi boring.
Petang-petang, aku tolong mak siapkan barang-barang hantaran kahwin Farah. Aduh, barang hantaran….
Bos dah lama tak call aku. Sejak mak pergi hantar surat perletakan jawatan minggu lalu, sejak tu juga kami tak jumpa. Eh, jumpa apa pula. Orang dah nak kahwin. Takkan sibuk dia nak jumpa aku lagi.
Lepas dia dah kahwin ni, baguslah. Bolehlah dia angkut bini dia tu ke mana pun dia nak pergi. Tak adalah si Dania tu merana jadi pengganti aku.
“Try lah kerja kat ofis pak long tu.”
“Tak nak lah liya, mak. Pak long pun tak pernah ajak. Segan liya.”
Kalau orang tawarkan memanglah aku akan terus pergi tapi malangnya pak long tanya pun tak kenapa aku duduk rumah aje. Maklumlah, syarikat dia tu mana nak pakai lulusan tempatan. Bangga sangat dengan lulusan oversea tu.
“Liya pun tengah apply kerja kat satu company tu.” Harap-harap adalah rezeki aku kat situ. Asyik tanam anggur kat kebun orang aje, tak best jugak rasanya.





“Mana Adib?.”
“Abang ada tuition lagi. Dia minta tunggu.”
Lah, kenapa tak cakap awal-awal? Kalau aku tahu, pakai motor aje aku pergi ambil budak Rania ni. Cepat sikit sampai rumah.
“Berapa lama tuition tu?.”
Makan pun tak lagi. Lapar. Kebulur dah ni. Bila Rania angkat satu jari, oh no…sejam????
“Dah makan tak?.”
Dia geleng. Aku tekan minyak terus bawa kereta pergi gerai-gerai makan yang ada tak jauh dari sekolah ni. Kalau nak tunggu Adib baru nak makan, karang pengsan lagi macam….
Ramai pula orang kat sini. Mesti best dia masak. Sebab tu ramai customer. Hmm…tambah laparlah orang dibuatnya.
“Rani nak makan apa?.”
“Jom kita try nasi goreng varians ni, kak.” Tunjuk Rania. Tengok gambar memang nampak macam best.
“Ok jugak tu. Kalau best, kita bungkuskan untuk abang sekali.”
“Mesti best lah.”



Eh, siapa pula yang duduk kat tempat aku tu? Ewah..ewah..siap menyisip jus mangga orang pula tu. Ni yang aku rasa macam nak pelempang orang ni.
“Excuse me.”
Lelaki tu terus menoleh. Eh?
“Kak, abang Mand ni.”
“Ada apa bos duduk kat meja saya ni?.”
“Bos?.”
Opss…. “Sorry, dah biasa. Ada apa awak duduk sini?.”
“Bos…”
“Dah lah. Saya dah cakap sorry kan? Tak puas hati juga?.”
“Saya tak kisah awak nak panggil saya bos. Memang saya dah rindu nak dengar orang panggil saya bos.”
Huh!!!!
Kebetulan pula nasi goreng varians yang kitorang order dah sampai, aku terus aje melahap. Memang best. Ke aku saja makan sebab tak nak layan lelaki ni lebih-lebih. Rania aje yang pot pet pot pet cakap pasal itu ini.
Uhuks!!!!
Aduh, macam mana boleh sampai nak tersedak ni. Kelam-kabut aku ambil jus mangga aku tapi…
Nasib baik dia cepat tepuk belakang ni. Kalau tak, memang aku pengsan lagi sekali. Dulu sebab lapar, ini sebab gelojoh…makan..makan..
“Okey? Nak minum?.”
“Siapa suruh awak pergi minum air saya ni hah? Kalau saya tersedak sampai pengsan tadi siap awak.”
“Sorry..sorry…”
Tiba-tiba dia bangun. Aku tengok aje dia pergi kaunter.
“Nah.”
Jus? Cepatnya siap. Ah, tak kisah yang penting aku betul-betul nak minum sekarang. Cepat aje aku menyedut. Ketawa pula diorang berdua ni.
“Apa yang lucu ni?.”
“Kot ya pun dahaga, janganlah minum macam tu sekali.”

5 comments:

  1. nak ag huhuhuu plesssssssss
    nak so what lak

    ReplyDelete
  2. hahahahaha
    lwak tul lah liya 2..
    klau ngn bos 2 mcm2 jdi..
    gelabah smcam je..huhuhu

    ReplyDelete
  3. cute...liya jels ngan bos...best2..hehe

    ReplyDelete
  4. nent n3 please..
    bila la diorang nk click..
    cartoon btol la..~

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts