Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, July 21, 2009

sesuci kasih seorang isteri 21

Hari isnin aku bekerja, sumpah aku tak senang hati. Berbakul zikir ku baca tapi mungkin fikiranku sendiri yang menidakkan ketenangan itu.
Begitu lama aku menunggu telefonku berbunyi tapi sekali pun tiada. Takkan lelaki tua tu dah lupa pula?
Akhirnya aku mengangkat gagang mendail nombor sofea sendiri.
“Mana ayah sofea ni? Tak call pun?.”
“Ayah janji nak call abang hari ni tapi mungkin dia busy. Hold on, saya call ayah kejap.”
“Okey.”
Menunggu seminit dua sambil menggigit jari. Terasa bodohnya aku sejak kebelakangan ini. Along yang membuat aku menderita, sofea yang menyeksaku dalam diam, alishah yang ku permainkan kedudukannya.
“Abang?.”
“So?.”
“Ayah ada kat airport sekarang. Nak balik turki. Ayah cakap abang dah tahu apa benda yang dia nak cakap? Betulkah?.” Perlahan benar suaranya.
“How do I know, sofea?.”
“Maaf. Nanti saya call ayah lagi. Biar dia cakap betul-betul dengan abang.”
Tiada salam, aku meletak gagang, dengan kasar tentunya. Sesaat kemudian, along pula menggegarkan telefon bimbitku.
“Ngah, kau ingat tak apa aku cakap hari tu?.”
“Cakap apa? Pasal sofea?.”
“Kau kena sentuh dia malam sabtu ni. Kalau kamu dah bersama, dia akan lepaskan Irman. Bagi passport kami dan kami akan balik Malaysia secepat mungkin. Please, ngah. Kau ajelah yang boleh lepaskan kami.”
Bisu aku dibuatnya. Senangkan mengaturkan orang begitu? Detail hari dan waktunya bila aku perlu merasmikan isteri keduaku.
Bodoh!!!!!
Ya Allah!!!!!!



Ralit aku merenung Alishah yang sedang bersiap di hadapan cermin. Menyapu sedikit bedak ke muka dan mengenakan lapisan nipis gincu warna natural sebelum mengenakan tudung.
“Abang?.”
“Hah?.”
Senyum dia melihat aku masih lagi berbaring lengkap berseluar panjang tapi belum memakai baju sedangkan setengah jam lagi kami mesti sampai ke rumah mama. Mengiring mereka ke lapangan terbang.
“Nak Isha tolong pakaikan baju atau nak Isha siapkan baby dulu?.” Rambutku diusap-usap. Jemari runcingnya lembut benar.
“Mak Mah dah siapkan baby kot?.”
“Taklah. Mak Mah dah kena jemput lagi awal oleh pak long tadi. Nak tolong-tolong mama kat rumah.”
“Bila masa? Abang tak tahu pun.”
Sekali lagi senyumannya melebar. “Waktu abang pergi isi minyak kereta tadi. Isha lupa nak cakap.”
Aduh, aku boleh tak perasan?
“Hmm..kalau macam tu, sayang siapkan baby dulu. Abang siap sendiri.”
Pipinya yang mulus aku kucup sebelum dia mengenyit mata nakal.
“Thanks.”
“For what?.”
“Thanks for the kiss.”
Aik, bukankah ciuman begitu memang selalu aku berikan pada dia? Kenapa nak say thanks pula? ada apa-apa lagikah yang aku tak perasan?
“You didn’t give me any kiss since yesterday. Now you had kissed me, it really makes my day. Thanks again.”
Bisu. Sekali lagi aku terbisu di atas katil dengan mata terkebil-kebil. Iyakah?????



Malam khamis. Kami berempat ke rumah mama di Bukit Antarabangsa, meramaikan majlis doa selamat untuk papa dan mama yang sudah selamat mengerjakan umrah. Aku kepenatan baru pulang dari Kuantan bertemu client tapi tiada pilihan. Kalau bukan aku, siapa lagi?
Tumpuanku makin hilang pada semua perkara hinggakan saat pak imam dari masjid meminta aku mengetuai bacaan doa, aku terkapar dengan mata buntang. Satu doa pun tak terlintas dalam otak.
“Zikri?.”
Pak long memandangku hairan. Selama ini aku boleh mengendalikan solat jemaah siap dengan doanya sekali tapi malam ini aku betul-betul hilang punca.
“Ammar Zikri?.”
“Saya minta maaf, semua. Saya sakit kepala. Silakan pak imam saja yang bacakan doanya. Lebih berkah. Insyaallah.”
Pak imam terangguk-angguk. Tebal mukaku. Bapa orang tapi tak reti membaca doa selamat? Mungkin itulah yang terlintas di benak mereka.
Hingga waktunya menjamu selera, aku betul-betul tak berdaya lagi. Rasanya mahu saja aku naik ke bilik dan menutup mata. Sepuluh patah orang bertanya, satu dua saja jawapanku. Nak tidur, tak elok pula. walaupun ada pak long, tetap tak sama.
“Abang nak makan sekarang?.”
“Tak seleralah, sayang. Sayang makanlah dulu.”
“It’s okay. Kalau abang nak makan, cakap aje kat isha. Biar isha sediakan. Isha nak makan dengan abang.” Asha di dalam pelukannya mengekeh ketawa bila hidungnya yang comel itu ku cuit.
“Kalau abang tak makan?.”
“Isteri abang pun tak nak makan jugaklah.”
“Kenapa pula, sayang?.”
“Rindu sangat nak makan dengan abang. Dah satu hari semalam kita tak makan sama.”
Ya, sehari semalam. Aku ke kuantan hari rabu pagi. Hari ini sudah khamis. Maknanya hanya tinggal sehari semalam sebelum hari itu. Argh, aku tak mahu…tolonglah hambaMu ini, Tuhanku…aku tidak sanggup menduakan Alishah, aku tidak sudi menyemai cinta dengan Sofea.
Apa yang patut aku buat? Ikut arahan bodoh itu dan melukakan hati Alishah? Atau ingkar dan mengorbankan along sekeluarga? Tapi kalau pun aku ingkar, akhirnya papa dan mama akan tahu dan secara tak langsung, Alishah juga akan tahu.
Oh, tuhan…sebanyak-banyak hambaMu, kenapa aku yang Kau pilih untuk menerima beban seberat ini? Mengapa?
Aku tak kuat, ya Allah…hatiku tidak sekudus hati kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w….tolonglah aku menghadapi semua ini…
Berikan aku seluruh rahmatMu…berikan aku selurus-lurus petunjukMu…langkah yang bagaimana harus ku atur…jalan yang mana harus ku tempuh…

11 comments:

  1. saya follow cerita ni dari penulisan2u. tak sempat baca setiap episod.

    tp walau tema cinta novel ni tetap ada kelainan. tahniah.

    ReplyDelete
  2. x sangka kena sentuh sofea..x kan bapa sofea tu mcm tu lak??mane leh paksa2 org..org tu dh setuju nk kwin ngan anaknya, dahla..ni smpi kena bg nafkah batin lak..klu biarlah diringi dgn rase cinta..ishh..knp la fikiran lelaki mcm tu ye??

    ReplyDelete
  3. eeeii..
    ske2 je aturkan cmtuh..
    gile la..
    germnyeee...

    ReplyDelete
  4. kak..cpt smb0nk lg..
    hehe

    ReplyDelete
  5. sambung, tak sabar nak tunggu.....

    ReplyDelete
  6. hmmm...
    tatau la nape ain sian sgt ngan sofea tu..
    ain rasa dia baik kan..
    cuma ayah da kontrol segala2nya..
    chaisss..
    jahat sguh ayah beliau..

    ReplyDelete
  7. geram la ngan sofea..
    kesian kat zikri..
    kak tyea lamanyer siapa yang salah xder
    sambungan..
    bz yer..
    xper saya tunggu nak tau sambungannya..

    ReplyDelete
  8. ape lagi onar yang nak dibuat along n family sofea ni..
    ish2.. sian kat zik n isha yg jadi mangsa..
    huhu..
    cpt2 sambung...
    best la..

    ReplyDelete
  9. ala..
    ckp je kat alisha tu..

    ReplyDelete
  10. zikri tu patutnyer bgtau alisha..duk maen sorok2 mmgla makin tensen n makin problem..
    hehe pandai2 je aku nih :p

    papepon keep up the gud work~

    ReplyDelete
  11. kak
    nape x letak link ni kt tepi yg ada siri novel tu
    susah lh nk cari satu2 kak
    tolg wat kan ek

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts