Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, June 30, 2010

Mr & Mrs BFF 31

wadaaa....hehe..teruskanlah membaca yer..tak tahu nak pesan apa dah, kepala dan hati ni rasa kosong semacam aje sejak kebelakangan ni (Hehe..bukan pasal nak kawen lagi dah)...tak tahu sebab apa..


“Sayang, good afternoon.” Ucapnya ceria. Dia sudah berniat mahu mendaratkan sebuah ciuman selamat pagi di pipi mungil Amishah bila isterinya mengelak pantas.

Tadi dia meninggalkan Amishah kerana perlu bermesyuarat dengan pihak pengurusan syarikat Datuk Rahman. Ada perkara perlu dibincangkan segera. Semasa dia pergi pagi tadi, Amishah masih lena diulit mimpi dan kini dia sampai, Amishah baru membuka mata.

“Kenapa ni, sayang?.” Dia cuba mendekat. Mengelus anak rambut Amishah yang mula mencecah anak mata.

Amishah mengalih tubuh ke arah bertentangan. Membelakangkan suaminya yang semakin tertanya-tanya.

“Sayang, abang salah apa pula kali ini? Marah sebab abang pergi waktu sayang masih tidur ke? atau sebab abang lambat naik?.”

Soalannya tidak berjawab. Dalam kesenyapan itu, seketika kemudian, yang kedengaran cuma esak tangis Amishah. Khusyairi sudah mengetap bibir.

Bukan dia bosan dengan karenah Amishah. Bukan dia malas hendak melayani tangis sendu Amishah. Dia tidak pernah bosan berdepan dengan isterinya ini. Malah kalau boleh dia sanggup melayani apa saja karenahnya.

Tapi dia cukup tidak tahan bila dia dihukum begini. Dihukum tanpa dia tahu apa salahnya sendiri. menghadapi kesenyapan begini, oh Tuhan…

“Okeylah, kalau sayang tak rasa nak cakap sekarang, abang tak paksa. Abang nak mandi sekejap. Nanti abang turun belikan makanan ya. Sayang lapar kan?.”

Amishah kaku di pembaringannya. Khusyairi angkat bahu. Dia bingkas menanggalkan pakaian dan terus berlalu membawa tuala di bahu menuju bilik mandi. Dia rimas dengan pakaiannya, dan sebenarnya mahu menenangkan hati dengan dinginnya air di bilik mandi.

“Sayang, abang turun dulu ya. Nak belikan makanan untuk isteri abang ni. Sekejap lagi abang balik.”

Itu pesanan Khusyairi sebelum dia berlalu turun sebentar tadi. Siap dengan ciuman hangat ditinggalkan di atas dahinya. Memang dia enggan pada mulanya tapi melihatkan riak wajah Khusyairi, akhirnya dia menadahkan saja dahinya kepada lelaki itu.

Perempuan itu…

Fikirannya kembali kepada kedatangan seorang perempuan yang langsung tidak memperkenalkan diri, memandangnya seolah-olah dirinya seorang pembantu rumah paling hina, dan terus mencari-cari Khusyairi.

“Encik Khusyairi Latif mana?.” Soalnya kasar dengan mata melilau memandang ke dalam bilik. Amishah lekas merapatkan pintu.

“Dia sedang meeting sekarang. Ada apa boleh saya bantu? Atau nak disampaikan ke?.”

“Dekat mana dia meeting?.”

Amishah mengerut dahi. “Err..sebelum itu, boleh saya tahu nama cik?.”

“Buat apa kau nak tahu nama aku? Kau siapa? Secretary? PA? atau perempuan simpanan dia?.”

Amishah membeliakkan mata. Celupar! Itu rumusannya saat itu dan rumusannya itu hampir-hampir membuatkan tangannya naik menyentuh pipi wanita di hadapannya.

“Bercakap tu biarlah berlapik sikit.” Dia cuba menahan sabar mengenangkan ada kemungkinan wanita ini ada kaitannya dengan kerja-kerja Khusyairi.

“Like I care!.”

“Suka hatilah, cik.”

“Hei, kau pergi cakap dekat jantan tu, telefon aku secepat mungkin. Aku call dia berpuluh kali pun tak dapat. Dan cakap dengan dia, ingatkan dia tu lelaki budiman, rupanya sama aje macam yang lain.”

“Jantan?.” Khusyairi dipanggilnya jantan?

“Eh, berapa dia bayar kau?.”

“Bayar apa? Aku bukan..”

“Dengan aku dia buat tak mahu. Berlagak alim. Tak sangka betul.”

“What are you talking about, huh?.” Amishah sudah bercekak pinggang. Dalam hati, dia sudah terasa kepedihannya.

“Sudahlah. I have no time to waste. Gotta go.”

Dan wanita itu terus berlalu dengan lenggang lenggoknya yang sumpah pasti menggoda hatta lelaki buta sekali pun.

Tapi bukan itu persoalannya sekarang. Dia cuma mahu tahu siapa wanita misteri itu. Apa hubungannya dengan Khusyairi. Sampai bertelefon berpuluh kali. Siapa dia?

Air mata yang mula menuruni pipi dibiarkan begitu saja. Kenapa Khusyairi memperlakukannya sampai begini sekali. Siapa perempuan itu sebenarnya? Adakah dia yang dipanggil sayang oleh Khusyairi dulu..adakah dia…

“Sayang?.”

Suara Khusyairi ceria di pendengaran. Dia sudah kembali. Amishah menarik selimut menutupi wajahnya. Tak sangka pula hanya sebentar dia dapat merasai kebahagian hidup bersama lelaki ini.

“Yang, abang dah belikan macam-macam ni. Bangun ya, kita makan sama.”

Walau sedikit terguris dengan reaksi Amishah, dia cuba untuk tidak terlalu melayani rasa hatinya. Mungkin Amishah sedang dilanda masalah.

“Sayang? Amishah?.”

Tangis Amishah semakin kuat pula mendengar pujuk rayu Khusyairi. Dia benci dengan keadaan ini. Separuh hatinya lemah mendengar suara Khusyairi sedang separuh lagi membengkak marah.


Sunday, June 27, 2010

Mr & Mrs BFF 30

salam...saya dah muncul..hihi..macamlah ada yang menunggu erk? Hehe..saya dah selamat sampai rumah sewa..esok nak kuliah dah..cuti dah lepas..apa pun, saya enjoy jalan kat macam2 tempat hari tu..sorry ya sebab x update cerita..maklum ajelah, kampung hehe..apa pun, baca erk? sayang korang!!!


Mungkin disebabkan letih berjalan-jalan, sebaik sahaja membuka tudung di kepala, dia terus terbaring di atas sofa. Mulutnya sudah berkali-kali menguap.
Khusyairi yang memandang tergeleng-geleng. Senyum sendiri. suka, gembira, senang hati dapat bersama-sama Amishah sepanjang sehari ini. Malam esok dia sudah perlu kembali ke Sabah. Entah bila pula baru mereka dapat bersama semula. Cuti sekolah pun lama lagi.
“Hei, apahal senyum seorang tu?.”
“Eh, tak tidur ke?.” dia memandang malu pada Amishah yang kelihatannya terlalu mengantuk. Matanya sudah layu.
“Mengantuklah. Rasa macam nak tidur tapi tak mandi lagi ni.” Amishah menggeliat malas di atas sofa.
“Tak solat lagi, kan?.”
“Hurmm..itulah.”
“Abang pun tak mandi lagi ni. Hurmm..apa kata kalau…”
“Kalau?.”
“Kalau kita mandi sama-sama? Jom?.” Ajaknya nakal dengan kenyitan di mata.
Amishah menjeling cuma. Adakah patut…tak pernah dibuatnya selepas sudah mereka dewasa ini. Dia cuma pernah mandi bersama Khusyairi semasa mereka masih di tahun dua. Semasa kecil.
“Tak nak?.” Khusyairi bertanya sedikit kecewa.
“Seganlah. Abang mandilah sendiri. mishah nak mandi sendiri.”
“Nak segankan apa? Kita kan dah nikah.”
Matanya terus dipejam apabila Khusyairi datang mendekat. Memaksa juga mahu melabuh punggung di sisinya.
“Tak mahu. Segan.”
“Alah, please?.”
Amishah menggeleng kepala berkali-kali. Sumpah dia malu. Walaupun mereka sudah pernah bersama tapi ini lain ceritanya. Tak sanggup rasanya dia hendak berdua-duaan dengan Khusyairi di dalam bilik mandi itu. Tak senonoh betul!
“Yang, please?.”
“Abang, shah segan. Tak mahu.”
“Betul tak mahu?.”
Dia menggeleng sungguh-sungguh. Tak terbayang betul nak mandi bersama…
“Okey, kalau sayang tak mahu, biar abang….” Khusyairi tidak menghabiskan kata-katanya. Sebelum sempat Amishah bereaksi, tangannya sudah mengangkat tubuh kurus Amishah. Jeritan Amishah sama sekali tidak dipedulikan.
“Abang, turunkan..”
“Tak nak.”
“Please, honey. Let me off.”
“Sorry, darling. Request not approved.”
Jeritan Amishah bersilih ganti dengan ketawa nakal Khusyairi mengisi suasana buat seketika hinggalah akhirnya tubuh Amishah dimasukkan ke dalam tab mandi.
“Abang!.”
“Tunggu kejap. Abang ambilkan tuala dengan facial wash sayang ya.”
Amishah ditinggalkan sendirian di dalam tab dengan air yang terpasang dan juga beberapa titis minyak aroma terapi. Di dalam, Amishah cuma mampu menggeleng kepala. Seakan tidak percaya dengan pelbagai karenah nakal suaminya. Nakal tapi sebenarnya romantik, kan?
“Sayang, ini kan?.” Wajah Khusyairi tiba-tiba terjengul di muka pintu. Di tangannya ada pembersih muka jenama Olay miliknya.
“Hurm, pandai pun.”
Khusyairi senyum suka. Tuala di tubuhnya segera dilepaskan. Amishah lekas menutup mata.
“Eik, malu ke? ini abanglah.”
“Ish, tak malu betul. Pakailah tuala tu.”
“Buat apa nak pakai tuala kalau mandi.” Hos yang tersedia dicapainya. Seakan sudah dapat mengagak, Amishah awal-awal mencapai tangan Khusyairi namun terlambat. Sedar-sedar sahaja tubuhnya sudah basah kuyup dikerjakan suaminya.


Amishah membelek muka di hadapan cermin. Sambil tangannya menyikat rambut, senyuman di bibir semakin melebar. Bahagianya bersama Khusyairi. Biar hanya selama dua hari ini. Cukuplah buat penawar rindu sampai pertemuan yang seterusnya, yang entah bila.
Khusyairi…lelaki yang sudah berkurun dikenalinya malah dikenali dengan mendalam. Selok-belok dirinya semua dia tahu. Manja. Suka merajuk. Nakal. Dan sekarang, romantik dan penyayang.
Khusyairi yang teringin benar mahu bergelar seorang papa. Mahu melihat zuriat pertamanya lahir lewat dirinya.
Mengingatkan semuanya, bibirnya menguntum senyum berterusan. Hinggalah kedengaran ketukan bertalu di pintu barulah dia bingkas bangun. Pasti abang!
“A…”
Suaranya tersekat. Bibirnya terkatup. Di hadapannya kini bukan Khusyairi tapi seorang wanita jelita berpakaian cantik. Tersilap pandang, orangnya seperti model peragaan.
Senyuman mesra diukirkan di bibir walau hati mula tertanya-tanya. Dia yakin wanita ini bukan pekerja hotel.
“Ya, boleh saya bantu?.” Tanyanya.
Wanita berbaju merah itu memandangnya atas ke bawah dengan pandangan tajam. Amishah semakin tak sedap hati.




“Papa!.”
Bentakan Nuraina mengejutkan Datuk Rahman. Melihat muka masam anak tunggalnya, dia segera meminta setiausahanya berlalu pergi.
“Kenapa ni, sayang? Marah-marah ni?.” Sapanya cuba mengusik. Dia segera bangun mendapatkan Nuraina, dibawanya duduk di sofa.
Dia tidak tahu pula Nuraina mahu pulang ke sini tiba-tiba sehinggalah anaknya memberitahu dia akan berlepas ke Kuala Lumpur ini dalam sejam, semalam. Entah apa urusannya pun dia tidak pernah tahu.
Kalau hendak kata rindu, dia pasti Nuraina bukan rindu pada dia dan isterinya. Nuraina bukan anak manja yang tidak boleh berjauhan dengan orang tua. Asal semua keperluannya disiapkan, sudah cukup buat Nuraina. Asal ada duit. Asal semua kemahuannya dituruti.
“Papa!.”
“Ya, sayang. Cakaplah pada papa. Apa yang buat sayang papa marah-marah ni? Siapa dia? Nak papa buat apa pada dia?.”
Nuraina menghempas tas tangan kasar di atas meja. Berbulu benar hatinya dengan seseorang. Benci. Sakit hati.
“Ina nak tanya papa sesuatu.” Tegasnya.
Datuk Rahman terangguk-angguk. “Nak tanya apa? Tanyalah. Kalau boleh papa jawab, papa akan jawab.”
“Engineer papa dekat Sabah tu, dah kahwin ke?.”
“Engineer papa? Siapa?.”
“Papa ada berapa ramai engineer dekat Sabah?.” Soalnya pula dengan riak menyampah. Macamlah papanya tidak tahu apa-apa.
“Engineer?.” Dia cuba mengingat. “Errr…oh, Khusyairi ke? syairi?.”
“Hurm..budak itulah. Dia dah kahwin ke belum?.”
“Khusyairi? Eh, bila masa pula Syairi berkahwin ni? Tak ada dengar khabar pun. Kad jemputan pun tak pernah sampai pada papa. Nonsense.” Dia yakin. Masakanlah Khusyairi hendak menikah senyap-senyap. sedangkan Khusyairi sudah tahu hakikat permintaannya dulu.
Walau belum cukup pasti namun sedikit sebanyak ketegangan di wajahnya kendur sedikit.
“Are you sure?.”
“Honey, I have no idea why would he get married without my permission.”
“Your permission?.” Nuraina mencebik bibir. “Who are you to him? You’re not his father, papa.”
“Errr…I mean, I never sign any of his marriage form.”
Datuk Rahman menelan liur. Hampir-hampir dia membongkar rahsia. Kalau tidak, apa pula yang akan dikerjakan Nuraina selepas mengetahui perkara itu.
“Oh ya, Ina tanya papa pasal Khusyairi, ada apa? Berminat ke dengan dia?.” Dia sudah tersenyum-senyum. Kalau Nuraina benar-benar berminat pada Khusyairi, semakin mudahlah kerjanya nanti.
“Erm..tak ada apalah, pa. saja nak tanya. Tak boleh ke?.”
“Tak salah tanya. Papa pun tanya saja-saja. Kenapa, tak boleh ke?.”
“Hish, papa ni. Menyampah tengok.”
“Lah..”
“Hurmm..okeylah, pa. ina nak gerak dulu. Nak jumpa Lisa, nak pergi spa. Dah lama tak jumpa dia.”
Berlama-lamaan melayan papanya di sini, membuang masa sahaja. Kebetulan dia sudah berjanji dengan kawan rapatnya mahu ke spa sebentar lagi. Dia sendiri sudah tidak sabar mahu bertemu. Ada perkara ‘hot’ hendak diceritakan!

Popular Posts