Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, July 27, 2010

Mr & Mrs BFF 39

Untuk pengubat rindu korang, aku postkan sedikit lagi..Hihi..macam biasalah ya. Saja aku post lewat malam sebab aku nak biar sampai petang atau malam keesokan harinya baru senang aku publish comments korang..haha..oh ya, sekarang ni aku busy melampau sebab aku ada projek dekat sekolah lusa..Kempen 1 Hari Tanpa Plastik..esok pula aku kena ikut aktiviti kokurikulum dekat sekolah sampai petang..oh..mengantuk dan penat...huhu..


“Abang, Shah minta ampun sebab tak hiraukan abang. Shah minta maaf sangat-sangat.” Tangisnya bersendirian.
Orang tuanya dan kedua besannya meminta diri kembali ke hotel selepas tamat waktu melawat tadi. Bukan meminta diri sebenarnya tetapi dia yang merayu agar ditinggalkan bersendirian di sini menemani suaminya.
“Abang, bangunlah.”
Jari-jemari kaku itu dielusnya berkali-kali. Sumpah dia rindukan lelaki ini. Bayangan wanita yang muncul di hotel dulu hilang sekelip mata saat dia melihat Khusyairi terbaring kaku dengan wajah pucat di atas katil.
Menurut doktor yang datang merawatnya tadi, Khusyairi banyak kehilangan darah gara-gara palang besi yang menghempap tubuhnya turut tertusuk ke bahagian dadanya.
“Habis?.” Bibirnya diketap rapat cuba menahan air mata yang terus mengalir.
“Kami dah tambahkan darah dia. Jangan risau. Insyaallah dia akan sedar dalam sehari dua ini. Besi tu hampir-hampir terkena jantung tapi syukurlah benda tu tak berlaku.”
Mengucap panjang dia mendengar kata-kata doktor melayu itu. Hampir-hampir terkena jantung?
Astaghfirullah…Ya Tuhan…tidak terbayang dia akan kehilangan lelaki itu. Teman baiknya sejak kecil yang kini sudah menjadi suami malah bakal menjadi papa…papa? Ya, dia belum mendengar berita manis ini…janganlah Kau ambil dia daripada kami, Ya Allah…Yang Maha Pengasih..
“Aku tak kata kau baby tapi..aku sedang tunggu baby dari kau ni.”
Itu kata-kata Khusyairi saat dia meronta minta dilepaskan daripada dukungan lelaki itu dulu.
Lelaki itu berpuluh kali, merengek bagaikan anak kecil yang begitu manja, meminta anak daripadanya..ah, abang! spontan dia mengukir senyuman. Tangan kaku Khusyairi cuba dibawa ke perutnya namun tiada reaksi.
“Abang.”
Amishah mengambil tempat di sisi tilam Khusyairi. Mendekatkan diri pada lelaki itu dan kali ini sekali lagi dia melekapkan tangan Khusyairi ke perutnya.
“Abang…abang kena cepat sedar tau. Shah nak sampaikan sesuatu untuk abang. shah dah dapatkan apa yang abang idamkan selama ni.” Wajah pucat Khusyairi terus dielus mesra.
Dapat dia bayangkan sekiranya Khusyairi terjaga, pasti dia akan melompat gembira jika dia tahu dirinya bakal bergelar papa tidak lama lagi. Kandungannya sudah genap enam minggu. Bermakna masih ada tujuh bulan lebih sahaja lagi sebelum zuriat pertamanya ini akan menjengah dunia.
“Tak apa, sayang. Biar abang buatkan susu baby.” Mungkin begitulah prihatinnya Khusyairi bila anak ini lahir nanti. Mengisi suasana lewat malam dengan jerit tangisnya.
“Abang nak mandikan baby boleh?.” Itu soalan gaya manja Khusyairi.
“Sayang rehat, biar abang masak malam ni.” Itu pula mungkin layanan kelas pertama Khusyairi padanya.
Ah…Amishah melepas keluhan. Bahagianya andai semua yang dirancang berjalan seperti yang kita kehendaki. Tapi hakikatnya dia sedar..keupayaan manusia cuma merancang…jadi atau tidak, itulah yang dinamakan rezeki atau dugaan…beruntunglah bagi mereka yang bersyukur menerima rezeki dan bersabar menerima dugaan.

Monday, July 26, 2010

Mr & Mrs BFF 38

“Mak? Ayah?.”
Di hadapannya, kedua mentuanya duduk dengan wajah sugul. Haji Rusdi pula mempamer riak tidak senang. Marahkan siapa?
Dia lekas menyalami dan mencium tangan Kamariah dan Latiff. Pasangan separuh abad itu kekal mendiamkan diri sehinggalah emaknya sendiri muncul membawakan sebuah beg pakaian yang amat dia kenali.
“Kenapa dengan beg pakaian Mishah tu, mak?.” Soalnya sedikit aneh.
“Mishah…”
“Khusyairi kemalangan, nak.” Pintas Kamariah.
Amishah terkaku sendiri mendengarnya. Antara rasa tidak percaya dan terkejut, dia cuba menahan diri daripada terjatuh. Dia lekas berpaut pada tubuh Mak Biah dan Kamariah yang berdiri mendekatinya.
Khusyairi kemalangan? Bila? Di mana? Bagaimana keadaannya?
“Mishah nak ke sana, mak.” Rayunya saat dia dibaringkan di kerusi.
“Sabarlah, nak. Ayah dengan mak dah tempah tiket nak ke sana. Sekali dengan Mishah. Malam ini kita kena terbang dah.”
Ah…terasa bersalahnya dia…mengapa dia tidak langsung mendapat khabar berita tentang suaminya sendiri? Mengapa bukan dia yang dihubungi?
“Mishah, mana telefon kamu?.” Haji Rusdi tiba-tiba berdiri di hadapannya. Dari riak muka orang tua itu, Amishah seakan sudah dapat meneka kemarahan abahnya itu sememangnya ditujukan kepadanya.
“Abang, nantilah.”
“Hulur pada abah sekarang.”
Bimbang kemarahan Haji Rusdi menjalar, dia akur mengeluarkan telefon bimbitnya yang dimatikan sejak menerima kiriman mesej Khusyairi tengah hari tadi. Oh, baru dia teringat!
Sebaik sahaja melihat skrin telefon yang gelap itu, kepalanya sudah tergeleng-geleng. Haji Rusdi mengeluh merenung anaknya.
“Kamu memang tak pernah dengar nasihat kami, Mishah.” Keluhnya lemah. Segan rasanya dia mahu berhadapan dengan kedua orang besannya itu. Amishah banyak menyusahkan Khusyairi.
Kamariah memandang Haji Rusdi. “Apa maksud abang?.”
“Nanti kemudian kita cerita. Akak kira ada baiknya kita bertolak sekarang.” Pintas Mak Biah meredakan suasana. Matanya singgah ke wajah suaminya yang sedikit rusuh.
“Mak dengan abah ikut sekali?.”
Mak Biah memandang Haji Rusdi buat kesekian kalinya sebelum menganggukkan kepala. Dia yang merayu suaminya agar mereka berdua turut sama ke Sabah. Walau Khusyairi cuma menantu tetapi dia tahu tanggungjawabnya. Anak muda itu perlu dilawati.


Wad lelaki di tingkat dua itu sedikit sesak. Amishah melangkah pantas menyaingi kedua orang tuanya menuju wad kelas satu.
“Itu dia.”
Di hadapannya, bilik yang menempatkan Khusyairi sudah kelihatan. Langkahnya tiba-tiba menjadi perlahan. Khusyairi! Dia mahu segera bertemu lelaki itu, mahu melihat keadaannya, mahu menyalami tangannya tapi…
“Mishah?.”
Mak Biah menghentikan langkah. Memandang pada Amishah yang sedikit mendung wajahnya itu. Ada apa lagi agaknya?
“Cepatlah, nak.”
“Hurmm…”
Pintu kayu itu ditolak perlahan Haji Rusdi. Pantas saja dia meloloskan diri diikuti Mak Biah dan Amishah. Sekali lagi dia terkaku di depan pintu. Bibirnya sudah bergetaran melihat ke arah katil.
“Astaghfirullah…”
Saat itu dia tahu ada sesuatu sudah mengalir turun ke pipi….Khusyairi!!


p/s : berapa hari tak post cerita kan? rindu tak dengan shah? Ri? Hihi..maaflah, aku berhujung minggu dgn my sis yang sibuk angkut aku ke sana ke mari cari perabot rumah baru dia..sampai tak balik rumah..hihih..maaf ler...k?

Thursday, July 22, 2010

Mr & Mrs BFF 37

Allu...b4 sambung cite, aku nak cite something..haha..abaikan pada yg menyampah..hihi..err..aku nak kata yang aku dah tak suka that guy ( yg semalam ) coz ada 1 kejadian tadi menyebabkan aku hilang rasa minat pada dia..tengah marahkan dia ni..mengada betul dia sekarang..syukur sangat sebab dah xde feeling2 ni bab kalau teruskan pun bukannya dia suka aku pun..hihi..gatal..biarlah tu..anyway yg ucap tahniah tu, aku pulangkan lah yer..haha..ok..ok..baca...bawah nun..



Aisyah berjalan perlahan cuba menyeimbangkan kayuhan langkahnya menyaingi Khusyairi di belakang. Mereka perlu segera menyelesaikan urusan pemeriksaan ini sebelum hujan turun sebentar lagi.

“Kenapa tunggu? Jalanlah dulu.” Khusyairi mengerutkan kening. Aisyah tersengih membetulkan topi di atas kepala.

“Tak biasa jalan menonong laju tinggalkan bos. Biasanya bos yang jalan kat depan. Janggal pula rasanya.”

“Ish, kamu ni!.”

Dia hanya mampu menggeleng memandang pembantunya itu. Fail di tangan segera diserahkan kepada Aisyah. Hanya ada dua kawasan sahaja lagi yang belum selesai diperiksa.

“Aisyah, awak selesaikan satu dan saya akan selesaikan yang satu. You know what to do, right?.”

“Bos, saya dah lama kerjalah.”

“Tahu.”

“Dah tahu lagi nak mengejek ya.”

“Sajalah, nak bergurau.”

Aisyah senyum riang. Melihat Khusyairi boleh bergurau begini pun sudah cukup menggembirakannya. Dia tahu bosnya ini berhadapan masalah dan dia cuma mampu berharap Khusyairi bisa menyelesaikannya.

“Tak apa. Kali ini saya tak marah.”

Khusyairi memandang lucu. “Kenapa? Lain kali kalau saya nak mengusik, saya akan kena marahlah?.”

“Well..”

Kedua bahunya diangkat sedikit. “Apa-apa sajalah, cik Aisyah..”

Rintik hujan yang mengenai dahinya membuat dia segera meminta diri. Sehingga dia pasti Aisyah sudah masuk ke kawasan pemeriksaan barulah dia menyusul ke kawasan pembinaan.

Topi di tangan terbiar begitu saja. Rimas pula rasanya hendak bertopi di dalam kawasan beratap seperti ini. Lagipun semua pekerja saat ini sedang berehat jadi tiada apa yang perlu dia khuatiri.

Beberapa minit kemudian, dia sudah bersedia untuk menjalankan pemeriksaan terakhir saat hujan turun semakin lebat. Mengelak daripada fail di tangan menjadi rosak, dia bergegas berlari melewati pintu kayu di bahagian belakang yang lebih hampir kepada pejabatnya.

“Bos!.”

Khusyairi berpaling pantas. Lariannya terhenti namun belum sempat dia membalas, sesuatu tiba-tiba jatuh menghempap tubuhnya. Jeritannya sahaja yang bermain dalam fikiran.

“Shah..”


p/s : Hihi..pendeeeknya..jangan sakit ati tau..kan dah janji pendek tp kerap? Kan sayang, kan? hihi..


Wednesday, July 21, 2010

Mr & Mrs BFF 36

Hai, korang...aku terlambat siket sebab cik celcom ni asyik mengada-ngada..dia layan aku macamlah aku tak bayar dia..huhu..sedih ada marah pun ada..kalau x sebab takut gila, aku mesti asyik membebel aje sepanjang masa tunggu dia connect...huhu..okeylah, sambungan seterusnya yer..and, I wanna share something..I'm in love with someone!!! ...ok..sambung baca..( ada yg nyampah ke baca ? sorry..Hihi..)


Juadah dihidang di depan mata langsung tidak menarik hatinya. Dia akhirnya meminta diri kembali ke pejabat. Menyepikan diri di dalam surau.

Solat zuhurnya berlalu sepi. Hatinya tidak tenang namun dia sudah berusaha sesungguhnya untuk menjadi khusyuk. Tidak habis dia berdoa pada Yang Maha Kuasa. Kalau bukan kepadaNya, harus kepada siapa lagi dia mengadu?

Amishah!

Seketika bayangan wanita itu menyerang minda. Telefon di sisi segera dicapai. Lama dia membelek dan akhirnya dia menggagahkan diri mengarang mesej buat bertanya khabar.

“Saya harap puan boleh banyak berehat. Demi kandungan puan. Kurangkan stress. It’s not good.”

Kepalanya diangguk akur. Berkali-kali walau perlahan. Dia ditemui jatuh terbaring di surau sekolah selepas waktu mengajar. Mujur saja dia berhasil ‘menghalau’ Najihah dan Ilyas sebelum kedua orang manusia itu tahu tentang keadaan dirinya yang sebenar.

“Tekanan darah puan rendah. Banyakkan berehat. Jangan lupa makan. Sebab gastrik puan pun dah semakin teruk.”

“Insyaallah, doktor.”

“Minumlah susu selalu ya.”

Amishah angguk lagi. Dia pernah dilanda masalah tetapi masalah ini nampaknya berhasil menghentam dirinya luar dan dalam. Kerana Khusyairi, dia sering sukar tidur, hilang selera makan.

“Apa pun, puan…saya cuma nak nasihatkan puan. Kalau puan betul-betul nakkan bayi dalam kandungan puan ni, tolong ikut cakap saya.”

Ah, usah ditanya..sudah pastilah dia sangat-sangat memerlukan bayi pertamanya ini. Buah hati pengarang jantungnya. Buat peneman dirinya andai nanti dia dan Khusyairi…

“Okeylah, puan boleh dapatkan vitamin di luar.” Tangannya diusap lembut.

Dengan seulas senyuman di bibir, Amishah keluar meninggalkan bilik rawatan bercat biru muda itu. Doktor berbangsa india itu banyak membantunya sejak dia memilih untuk menjalani pemeriksaan di sini.

Selesai mendapatkan ubat dan menjelaskan bil, dia segera kembali ke dalam kereta yang dihantarkan Najihah ke mari sebentar tadi. Saat dia sudah bersedia menghidupkan enjin, kiriman sms di telefon bimbitnya menarik perhatian.

“Ah!.”

Kiriman sms Khusyairi! Keluhan terlepas dari bibir spontan.

Assalamualaikum, sayang abang….

Abang minta maaf sangat-sangat atas apa jua kesalahan abang. abang cuma nak tahu isteri abang sihat ke tidak. Jangan banyak sangat fikir. Pastikan tidur dan rehat sayang cukup. Abang tak ada kat sana nak tengokkan sayang.

Kalau diikutkan sakit hatinya, mahu saja dia membalas. Antara satu :

Tak payahlah awak susah-susah nak menipu. Saya tahu saya tak ada pun dalam fikiran awak sejak awak balik sana. Saya tahu jaga diri saya.

Atau pun ini :

Saya bencikan awak! Fullstop!

Tapi entah kenapa, jari-jemarinya cuma kaku memegang telefon. Khusyairi!!

Butang merah dipicit. Sesaat dua, telefon bimbit itu gelap-gelita.


Sunday, July 18, 2010

Mr & Mrs BFF 35

p/s : Sudi-sudikanlah membaca yer...Huhu...Minggu yang amatlah borink dekat sekolah...x tahu nak buat apa..yg pasti tak boleh mengarang dan mengarut depan cikgu2 senior yg bermata tajam tu semua..haha..pendeeek sesangat tp kerap..bolehkan?


“Macam mana? Dah sihat ke?.” tegur Najihah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke ruang bilik guru.
Pagi masih awal tapi dia memang lebih suka bergerak keluar dari rumah sebelum pukul enam setengah. Dia mahu sampai awal dan bersedia apa yang patut.
“Okeylah. Sakit kepala pun dah kurang.”
“Sakit kepala aje ke? tak pergi jumpa doktor?.” Najihah datang mendekat ke mejanya dengan senyuman nakal.
Amishah diam membisu. Belum ada seorang pun yang mengetahui berita kehadiran bayi kecil di dalam perutnya kini. Dia sendiri kurang pasti apa keperluannya dia membuka cerita kepada orang lain sedang Khusyairi sendiri belum tahu.
“Betul tak ada apa-apa berita baik nak disampaikan?.”
“Tak adalah, Jie. Berita baiknya cuma aku dah sihat jadi orang lain tak perlu pening nak gantikan kelas aku.”
Najihah ketawa kecil mendengar jawapannya. Amishah belum ada mood mahu kembali bekerja agaknya. Maklumlah, baru selesai berduaan dengan suami di Kuala Lumpur.
“Okeylah. Itu pun bagi aku berita baik juga,kan?.” Dalihnya kemudian.
Segarit senyuman di bibir Amishah menyenangkan hatinya sedikit. Kalau moodnya terus terganggu, bimbang pula dia tidak dapat mengajar dengan baik di dalam kelas sebentar nanti.
“Oh ya, kau tentu belum dengar berita kan?.”
“Berita?.” Sedikit sahaja kepalanya diangkat, memberi isyarat dia mahu mendengar perkhabaran Najihah.
“Hurm…Guru Besar sampaikan berita semalam, tiga orang guru akan dihantar berkursus di IPTA. Dua minggu aje.”
“Kursus apa tu?.”
Najihah melebarkan senyuman riangnya. “Kursus pelaksanaan program pemulihan. Dan kau tak nak tanya ke siapa yang dah terpilih pergi kursus tu?.”
Amishah sekadar angkat bahu. Dia cuma mahu terus mendengar khabar, bukannya disuruh meneka-neka sesuatu yang baginya bukanlah perkara terlalu menarik. Ataukah sebenarnya ini bukanlah masa yang sesuai hendak memintanya meneka? Ya, kemungkinannya begitulah.
“Tak nak tahu ke siapa?.” Najihah masih mahu mencuba.
“Jie, cakap ajelah siapa. Kau ke?.”
“Hurmm…” Senyuman di bibirnya masih tidak lekang. “Aku, Ilyas dan…”
“Siapa lagi?.”
Najihah angkat bahu. Berita ini memang mengejutkannya semalam namun ada juga baiknya memandangkan dia berkesempatan menginap di rumah suaminya yang menjadi tenaga pengajar di situ.
“Oh ya, senanglah hati kau kan sebab dapat jumpa cik abang kau dekat sana nanti.” Usiknya memandang sekilas pada teman di sisi. Terasa bersalah juga dia melayani kegembiraan sahabatnya acuh tidak acuh sahaja.
“Alhamdulillah, rezeki kami, Shah. Dia pun sibuk sangat sekarang ni sampai hujung minggu pun kami pula yang kena datang jumpa dia.”
“Jie, okeylah tu.”
Najihah mengherot bibir gaya nakal. “Aku lagi suka kalau dia yang balik ke rumah kami. Sekurang-kurangnya itulah rumah yang kami beli dengan gabungan rezeki kami berdua. Jadi ada nilai sentimentalnya yang tersendiri.”
“Sekurang-kurangnya jumpa..”
Di akhir kata-katanya, dia boleh merasakan denyutan jantungnya sendiri terasa aneh. Ada kepedihan di situ.
“Sabarlah, Shah.” Bahunya disentuh penuh simpati oleh Najihah. Dia sendiri tahu bagaimana rasanya terpisah dengan pasangan hidup seperti Amishah. Dia tahu pahitnya bagaimana kala menanggung rindu.
Cuma nasibnya lebih baik…
Benar kata Amishah….sekurang-kurangnya dia masih dapat bertemu suaminya saban minggu…

Saturday, July 17, 2010

Mr & Mrs BFF 34

p/s : Ampuuunn...lambat update..bz bah..hihi..besalah dah nak jadi cegu ni..maaf yer..harap2 xde yg merajuk dgn saya..hihi


Lamunannya tercantas dek ketukan seseorang di pintu biliknya. Air mata yang masih bersisa lekas disapu sebelum dia membenarkan emaknya masuk.
“Kenapa tak keluar makan ni?.” Mak Biah melabuh punggung dengan kerutan berlapis di dahinya. Dahi Amishah dijamah dengan belakang telapak tangan. Sudah berkurangan panasnya.
“Mishah tak selera, mak.”
“Kalau tak selera, mak masakkan bubur ya.” Pujuknya.
Gelengan Amishah lekas dan padu. Dia memang tiada hati langsung hendak mengisi perut walaupun dia tahu sendiri, sudah sehari semalam dia tidak menjamah apa-apa. Paling tidak pun, cuma separuh gelas susu suam buatan emak mentuanya yang dia hirup sebelum balik ke Kuala Lipis pagi tadi.
“Tak elok macam ni. Dah demam berapa hari, kenalah makan sedikit. Biar ada tenaga. Risau mak dibuatnya kalau kamu begini, Mishah.”
“Mak..” bahu kurus Mak Biah diraih lemah. “Mak janganlah risau sangat. Nanti kalau Mishah lapar, Mishah panggil mak ya?.”
“Takkan kamu tak rasa lapar sedikit pun?.”
Amishah menggeleng cuma. Dalam keadaan seperti ini, dia seolah-olah langsung tidak punya rasa lapar.
“Ubat dah makan?.”
“Nantilah, mak.”
“Macam mana nak makan ubat kalau perut tu kosong sangat. Tak nak makan nasi dengan bubur, kamu ada teringin nak makan benda lain ke?.”
Sekali lagi dia menggelengkan kepala. “Mak, Mishah demam biasa ajelah. Nak teringin makan apa pula.”
“Yelah, manalah tahu demam ni sebab ada apa-apa dekat dalam tu.” Bibirnya dijuih ke arah perut Amishah membuatkan Amishah berdebar sendiri. Kuat sangatkah firasat emaknya?
“Tak adalah, mak.”
Mak Biah mengeluh dalam hati. Perlahan-lahan dia mengangkat punggung. “Oh ya, Khusyairi dah sampai Sabah ke?.”
Khusyairi? Amishah terdiam seketika. Dia tidak tahu apa-apa. Telefonnya dibiarkan mati sendiri sejak semalam. Sejak semalam jugalah, dia belum berbicara dengan lelaki itu. Dia tiada hati hendak melayani apa juga yang diperkatakan Khusyairi.
Malahan lelaki itu juga tadinya pergi ke airport dihantar ayahnya. Dia langsung tidak mahu menghantar sama. Dia berpura-pura lemah di hadapan Encik Latif tadi. Mujurlah orang tua itu percaya saja dengan lakonannya.
“Mishah, kalau ada masalah, cubalah bawa berbincang dengan sesiapa. Jangan simpan sendiri.”
Amishah lekas angkat kepala. Sesuatu menjengah di benaknya. Mak Biah dapat tahu dari mana yang rumah tangganya saat ini dilanda badai? Khusyairi yang buka mulutkah? Takkanlah…
“Apa maksud mak?.” Soalnya pula.
Mak Biah mengukir senyuman penuh erti. Bila Amishah bermenung, bermuram durja seperti ini, dia sudah mula merasakan sesuatu. Tambahan pula bila anaknya ini kelihatan tidak mesra langsung dengan Khusyairi.
“Nak, mak ni dah lama hidup. Dah berpuluh tahun menempuh alam rumahtangga. Tak banyak, sikit-sikit tu mak tahulah apa yang berlaku. Mak boleh nampak, Mishah.”
“Err…”
“Dahlah, mak nak keluar dulu. Nanti mak masakkan bubur untuk kamu. Apa pun, kalau rasa nak berbincang dengan abah, bincanglah. Insyaallah abah boleh jadi pendengar yang baik.”






“Kenapa dengan bos ni? Nampak muram semacam aje?.” Tegur Aisyah sebaik selesai membuat pemantauan bersama Khusyairi di tapak projek.
Khusyairi mengalih pandangan. Seketika dia menghadap wajah gadis muda di sisinya, dia teringatkan Amishah. Keluhannya terlepas di luar dugaan membuatkan Aisyah sekali lagi memandangnya aneh.
“Bos ada problem ke?.”
Geleng. Dia memang sedang berdepan dengan masalah, masalah peribadi. Tidak mahu dia berkongsi kisah hati dan perasaan dengan pembantunya ini. Apatah lagi hendak berbincang soal Amishah, isterinya itu. Aisyah tidak tahu pun dia sudah bernikah. Malah tak ada seorang pun di antara para pekerja mahupun rakan-rakannya yang tahu hakikat ini.
“Bos?.”
“Aisyah, aku tak apa-apa. Jom balik office ajelah. Banyak kerja nak siapkan ni.” Akhirnya dia beralasan. Bukan mahu mengelak tapi Aisyah, pembantunya yang baik hati dan sopan-santun ini bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi pendengar kepada masalahnya.
Dia mendahului langkah dan sebaik sahaja masuk ke biliknya, sedikit pun dia tidak mampu menyentuh sebarang kerja.
Dalam fikirannya saat ini cuma Amishah. Isterinya yang merajuk tanpa diketahui sama sekali sebabnya itu. Sudah berpuluh kali dia menelefon pun Amishah langsung tidak mengangkat.
Kiriman mesejnya sudah berjela-jela tapi satu pun tidak mendapat balasan. Dia cuma mahu bertanya khabar. Mahu tahu tahap kesihatan isterinya.

Sunday, July 11, 2010

Mr & Mrs BFF 33

Abahnya lelaki yang paling dia hormati. Haji Rusdi menjadi sanjungannya sejak kecil. Tetapi dalam hal ini, Haji Rusdi terpaksa dibelakangkan seketika. Begitu juga dengan emaknya.
“Macam mana, Mishah? Apa kata doktor tu?.” Soal Mak Biah sebaik sahaja wajahnya terjengul muncul di ruang menunggu.
Segaris senyuman dilempar walau pahitnya terasa di hati. Di saat-saat penting seperti ini, sepatutnya ada Khusyairi di sisi tapi apakan dayanya, lelaki itu terpaksa membiarkan dirinya ke sini bersama orang tuanya. Urusan pengkebumian arwah datuk Khusyairi belum selesai.
“Ya, Mishah. Macam mana?.” Haji Rusdi turut mengangkat kepala.
“Tak ada apalah, abah, mak. Mishah okey. Demam biasa aje.” Sehingga Khusyairi mendapat berita ini, sesiapa pun tidak akan mengetahuinya.
“Betul? Cuma demam?.”
“Ya, mak. Demam biasa.”
“Oh..” Mak Biah menjuih panjang. Dia bersyukur kalau anaknya disahkan sihat tetapi sedikit kecewa apabila harapan yang terselit di sudut hatinya tidak kesampaian.
“Kenapa, mak ingatkan kenapa tadi?.” Langkahnya terhenti. Dia menggenggam erat lengan emaknya yang berjalan rapat di sisinya. Dia dapat merasakan ada kesedihan di hujung luahan kata Mak Biah itu tadi.
“Tak ada apa-apalah, Mishah. Mak cuma bersyukur kalau betul kamu setakat demam. Sebab kalau sakit apa-apa pun, susah. Suami kamu tak ada dekat sini. Walaupun mak dengan abah boleh jaga, tentu lain rasanya dengan suami sendiri.”
Amishah angguk mengiakan kata-kata itu. Memang ada benarnya. Dalam hati dia bersyukur dengan berita yang disampaikan Dr. Mona itu tadi. Ah, kalau saja dia sampaikan sama kegembiraan ini kepada orang tuanya…
“Mak…”
“Ya..”
“Err..”
“Eh, kalau dah sudah urusannya, cepat-cepatlah kita balik. Takut-takut mereka dah kebumikan jenazah arwah. Tak elok cucu menantunya pula tak ada.” Haji Rusdi lekas mencelah. Mengingatkan pada keduanya.
Mak Biah mengatur langkah perlahan sambil mengiringi Amishah. Risau dia. Badannya masih lemah.





“Macam mana, yang?.”
Amishah berpura-pura mengerut dahi. Matanya masih terpejam. Setelah seharian suaminya sibuk dengan urusan pengkebumian dan seterusnya majlis tahlil sebentar tadi, baru kini mereka bersama.
“Macam mana apa?.”
“Dekat klinik tadi.”
“Macam biasalah. Doktor check dan bagi ubat.” Dia mahu melihat sejauh mana Khusyairi prihatin dengan kesihatannya.
Khusyairi menoleh sekilas pada Amishah di atas katil. Dia tahu Amishah masih marahkan dirinya, sejak dari Kuala Lumpur lagi. Tambah-tambah pula dia sama sekali tidak sempat meluangkan masa melayannya sejak mereka sampai ke mari semalam.
Langkahnya diatur mendekati Amishah. “Sayang, abang minta maaf sangat-sangat sebab tak sempat bawa sayang pergi klinik tadi.”
“Tak apa. Shah ada abah dengan mak sendiri.”
“Sayang.” Aduh, sangkaannya tepat sekali! Amishah masih mahu merajuk. “Sayang tahukan, abang kena uruskan jenazah arwah atuk. Malam ini pula kena uruskan tahlil. Arwah tu atuk abang.”
“Shah tak halang pun.” Dia cuba mahu memadamkan kemarahannya pada Khusyairi tetapi entah kenapa, wanita misteri itu membuatkan egonya semakin bertambah.
Dia tahu, dalam keadaan Khusyairi keletihan dan kesedihan begini, tidak sepatutnya dia menambah kekusutan perasaan suaminya.
“Entah apa salah abang kali ini. Kalaulah abang boleh tahu…”
Kalaulah abang boleh tahu? Apakah selama ini dia menyangka kegiatannya tidak akan terbongkar?
“Tak apalah kalau tak mahu kongsi. Abang lapar ni. Abang ambilkan makanan ya?.”
“Tak nak. Shah tak lapar.”
“Apa pula tak lapar. Ichah kata sayang tak makan pun tengah hari tadi. Abang tak nak tengok sayang kena gastrik sampai teruk macam kat KL tu.”
“Saya kata tak nak tu maksudnya tak naklah.”
“Sayang.” Khusyairi merendahkan suara. Kedua tangannya diletakkan di atas bahu Amishah. “Please, yang. Esok atau lusa, abang dah kena balik kerja. Entah bila baru abang dapat cuti pula nak balik ke sini. “
Amishah mencebik bibir. Kalau sudah ada seseorang di sana, manakan ada Khusyairi berkeluh-kesah mengingatkan dirinya dan bayi ini di sini…
“Kalau tak nak makan pun, minum. Abang buatkan air susu suam ya.”
“Tak perlu. Saya tak pandai minum susu.”
Sebuah keluhan terlepas tanpa dapat ditahan. Khusyairi cuba menyabarkan hati dengan reaksi dingin isterinya itu. Mungkin Amishah masih merajuk kerana diabaikan. Sebab dia tidak berkesempatan membawanya ke klinik, atau memanggil doktor datang ke rumah, sekurang-kurangnya.
“Kalau macam tu, abang nak keluar dulu. Nanti kalau nak apa-apa, panggil abang ya.” Pesannya dengan senyuman yang dipaksa-paksa. Dia malas hendak bertelagah waktu ini. Perutnya lapar, tubuhnya juga terasa letih.
Amishah diam tidak berkutik di atas katil. Matanya terkebil-kebil memandang ke tingkap yang sudah berkunci. Sehingga Khusyairi menutup semula pintu dari arah luar, pandangannya masih tidak beralih. Sedar-sedar sahaja, ada air hangat mengalir ke pipi.
Entah mengapa, bahagia yang dikecapi cuma sementara. Khusyairi….rahsia apa lagi yang disembunyikannya?

Tuesday, July 6, 2010

Mr & Mrs BFF 33

Hallu..sorrylah lambat pula update yer? Hihi..sibuk sebenarnya.Almaklumlah, guru sejati yg komited gitu..Yerk..haha..tadi pun sibuk dengan urusan akademik so baru ni lah buka laptop..Apa pun, jemput membaca...rinduuuuu korang!


Dalam keadaan kelam-kabut itu, Khusyairi menyumbat apa saja barang mereka ke dalam beg pakaian. Mereka terpaksa mendaftar keluar saat ini juga memandangkan mereka perlu pulang ke Kuantan sebentar lagi.
Seorang pekerja hotel sudah sedia menanti di luar pintu. Dua buah beg pakaian diserahkan Khusyairi padanya sementara dia membimbing beg kerjanya sebelum mengangkat tubuh Amishah memasuki lif.
Kalut semuanya!



Suasana sedih mengisi suasana. Orang ramai sudah mula memenuhi perkarangan rumah kayu itu sejak sebelum subuh lagi. Bacaan surah yaasin kedengaran di seluruh rumah.
Khusyairi turut sama duduk membacakan yaasin di sisi jenazah. Matanya sedikit kemerahan menahan tangisan. Adik-adiknya yang lain serta ibu bapanya masih meneruskan bacaan yaasin mereka.
Sehingga ke awal pagi barulah keluarga Haji Rusdi tiba. Lelaki tua itu muncul bersama isterinya.
“Assalamualaikum.” Sapanya sebaik sahaja Haji Rusdi dan Mak Biah menutup pintu kereta. Dia dimaklumkan Pak Usunya tadi keluarga mentuanya sudah sampai.
“Waalaikumsalam. Sabar ya, nak. Ayah dengan mak tumpang simpati.”
“Saya faham, ayah. Marilah naik dulu. Amishah ada dalam bilik. Dia kurang sihat sebenarnya. Tapi saya tak sempat nak bawa ke klinik. Panjang ceritanya.” Dia mendahului langkah meniti anak tangga.
Haji Rusdi dan Mak Biah berpandangan seketika. Sebaik bersalaman dengan besannya serta mengucapkan takziah, Mak Biah meminta diri mendapatkan anaknya yang dikatakan tidak sihat oleh Khusyairi tadi.
Sebaik menolak pintu perlahan-lahan, matanya segera terpandang Amishah di atas katil. Anak gadisnya itu sedang lena tidur.
“Mishah?.” Sebuah kucupan sayang melekat di dahi anaknya.
Beberapa saat dia menunggu, anaknya membuka mata sedikit. Mungkin menyedari kehadirannya, Amishah mencuba untuk duduk namun akhirnya dia mengaduh sendiri.
“Baring sajalah, Mishah.”
“Bila mak sampai? Abah mana?.”
“Abah kau ada dekat luar tu. Bacakan surah yaasin untuk jenazah. Kau sakit apa ni, Mishah? Pucat sangat muka tu.” Tangannya membelai seluruh muka Amishah. Risau juga dia melihat keadaan anaknya begini.
“Gastrik agaknya, mak. Atau senggugut. Mishah pun tak pasti.”
“Gastrik? Kenapa sampai gastrik? Puasa apa kamu ni?.”
“Tak ada selera nak makan, mak.” Amishah terasa pedih di perut sebaik sahaja dia mengalihkan tubuh. Letih rasanya asyik berbaring sepanjang masa. Khusyairi pun belum datang menjenguknya sejak dia ditinggalkan bersendirian di dalam bilik.
Mak Biah tergeleng kesal. Masakan tidak berselera makan kalau hati tengah senang. Ini pasti ada sesuatu yang berlaku antara Amishah dengan suaminya.
“Kamu ada masalah ke dengan Ri?.”
Emak tahu ke? Amishah menjadi gusar sendiri. Bagaimana pula Mak Biah boleh tahu? Masakan Khusyairi yang gatal mulut membuka cerita? Tapi itu bukanlah perangai suaminya.
“Mishah?.”
“Err..tak adalah, mak. Mishah memang tak selera nak makan. Makanan dekat hotel tu semuanya makanan barat. Mishah tak berapa nak berkenan.” Dalihnya. Riak mukanya diceriakan demi melindungi rahsia.
“Terpulanglah pada kamu. Tapi kalau kamu ada masalah, bawalah berbincang dengan Ri. Atau cuba cakap dengan abah. Mak ni mungkin kurang tahu hukum-hakam perkahwinan.”
“Mak.” Jari-jemari tua Mak Biah digenggam erat. Biar apa pun yang berlaku, seeloknya disimpan dulu. “Mishah okey dengan Ri. Tak ada apa berlaku pun. Mak janganlah risau.”
“Apa-apalah, Mishah. Ri kata dia tak sempat bawa kamu ke klinik, betul ke?.”
Kepalanya diangguk sekali. Dia turut membuka mulut bagaimana mulanya dia sakit dan saat menanti ketibaan ambulans itu juga mereka dikejutkan dengan berita kematian datuk Khusyairi. Menyebabkan mereka terpaksa meminta maaf kepada petugas ambulans dan bergegas ke sini.
“Dah makan ubat?.”
Kali ini dia menggeleng. “Nak makan ubat apa kalau tak tahu sakit apa, mak.”
“Kalau macam tu, biar mak minta abah bawakan kamu ke klinik habis dia mengaji yaasin nanti. Nanti melarat sakit kamu ni.” Kalau hendak ditunggu Khusyairi, menantunya itu tentu masih sibuk menguruskan pengebumian datuknya.


Aisyah menjeling bosan. Sesekali dia berpandangan dengan Aida yang duduk di meja kerani. Mereka saling menahan senyuman dengan maksud tersendiri.
“Hei, Aisyah!.”
Jerkahan itu menghentikan perbuatannya. Dia lekas mengalihkan pandangan kepada seorang perempuan di pintu bilik Khusyairi. Perempuan dengan rambut diikat tinggi itu bercekak pinggang memandangnya.
“Cakap betul-betul, bila jantan tu nak balik.” Katanya mendengus marah. Dia benar-benar sakit hati. Dia tertipu dengan Khusyairi.
“Eh, saya pun tak berapa pasti, cik. Dia cuma call beritahu dia perlukan cuti kecemasan sebab ada masalah keluarga.”
“Masalah apa?.”
“Err..kalau saya tak silap, ada ahli keluarga terdekatnya yang meninggal dunia.”
“Entah-entah, dia saja nak habiskan masa dengan betina tu. Berseronok dekat hotel mewah.” Cemuhnya perlahan namun didengari kedua-dua pekerja papanya. Kedua-duanya mengerut dahi.
Aisyah memandang Aida sekali lagi. Kalau tadi dia mentertawakan lagak mengada-ngada Nuraina namun kini dia menagih pemahaman Aida. Siapa betina yang dimaksudkan Nuraina? Masakan Khusyairi pandai mencari ‘ikan’ di KL?
Kalau bukan disebabkan Nuraina itu anak bos besar mereka, sudah lama dia meminta Nuraina membuat penjelasan mengenai dakwaannya sebentar tadi.
“Eh, dah lah. Daripada aku buang masa tengok muka korang yang entah apa-apa ni, lebih baik aku balik. Menyampah.” Nuraina menghempas kuat pintu bilik Khusyairi.
Semalam, dia kelam-kabut pulang ke Sabah walaupun mamanya berpuluh kali meminta dia bermalam di rumah mereka. Semuanya gara-gara mahu menaiki pesawat yang sama dengan Khusyairi.
Malang sekali, lelaki itu langsung tidak muncul di lapangan terbang. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga berangkat masuk ke perut kapal mengenangkan tambang penerbangannya di kelas pertama itu mencecah ribuan ringgit.
“Hish, mengada-ngada sangat perempuan tu. Berani betul dia pergi kata muka kita ni entah apa-apa.”
Aida mengangguk setuju. “Budak tu tak sedar diri. Muka dia tu macam bangunan tak siap, nak mengata orang tak cantik.”
“Biasalah, perempuan macam tu memang selalu tak sedar diri. Sebab tak ada siapa nak sedarkan dia.” Kata-kata Nuraina tadi, kalau hendak diikutkan mahu saja dibalasnya namun mengenangkan kedudukannya sebagai anak tunggal kesayangan Datuk Rahman akhirnya dia hanya mampu menahan sabar.
“Tapi aku masih tak fahamlah dengan apa yang dia cakap tadi tentang bos.”
“Eh, aku pun sama sebenarnya. Dia maksudkan bos kan?.” Aisyah merendahkan suara. Bimbang didengari pekerja lain.
“Memang pun dia maksudkan bos sebab dia kata bos tu jantan dan berseronok dekat hotel dengan betina. Betul ke?.”
“Hish, bos bukan macam itulah. Aku yakin, Da. Bos tu lelaki baik. Jaga sembahyang. Takkanlah dia nak berfoya-foya dekat hotel buat kerja terkutuk tu.” Dia kenal sangat dengan Khusyairi. Mereka sudah lebih tiga tahun bekerja bersama, di bawah satu bumbung, di dalam satu jabatan yang sama.
“Entahlah tapi kenapa dia cakap macam tu? Takkan saja-saja reka cerita kot.”
“Alah, perempuan tu kan setengah mati cintakan bos. Dia sajalah nak burukkan nama bos depan kita. Tak usah nak percayalah.”
“Itulah tapi aku sangsi juga sebenarnya.”
Fail di atas meja dialihkan ke rak. Selepas menurunkan tandatangan pada ruangan peminjam, dia kembali duduk di kerusinya.
“Entahlah, Aida. Tapi bagi aku, aku lebih percayakan bos sebab aku lebih kenal peribadi dia.”
“Hurmm…”

Friday, July 2, 2010

Mr & Mrs BFF 32

salam, jemput baca semuanya..hihi..oh ya, kita berpisah dulu satu dua hari ni sebab laptop kesayangan aku ni adik bongsu nak pinjam, nak siapkan kerja sekolah dia..hihi..apa2 ajelah, asalkan pelajaran dia okey...hihi...


Berlarutan sehingga ke malam, Amishah cuma bangun meninggalkan katil untuk menunaikan solat dan mandi. Selebihnya, dia membaringkan tubuh dengan mata terkebil-kebil memandang ke arah tingkap yang sudah ditutup Khusyairi.

Satu pun pertanyaan atau perkataan Khusyairi tidak mendapat respon. Tidak kuasa dia hendak membuka mulut. Hilang perasaannya hendak menjadi mesra.

Setelah apa yang berlaku siang tadi. Dia mula terfikir-fikir akan kedudukannya selama ini. Dan apa kedudukan wanita sombong bermulut lepas itu sebenarnya di sisi Khusyairi. Wanita simpanannyakah? Tapi..

Setitis dua air yang mengalir ke pipi dikesatnya dengan hujung jari. Mendengar keriut di sisi, dia tahu Khusyairi sudah ada berbaring di belakangnya. Sekejapan dia sudah mula merasai kehangatan pelukan di pinggangnya namun dia terus menolak. Ini bukan masanya.

“Apa agaknya dosa abang pada sayang ya?.” Kedengaran keluhan Khusyairi. Sayu suaranya namun hatinya sudah cukup terluka.

“Abang nak tidur. Berjaga pun kalau mata ni cuma terkebil-kebil pandang siling, tak guna juga. Esok nak bangun awal.”

Amishah menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu dari suara itu, Khusyairi berkecil hati dengannya.

“Sayang langsung tak makan sepanjang hari ni. Sayang ada gastrik. Risau abang. Kalau sayang rasa lapar, tapi tak mahu abang temankan sayang makan, sayang makan ya. Abang tidur. Abang janji tak bangun.”

Beberapa minit menanti, Amishah tidak lagi mendengar suara itu. Entahlah tapi setahunya lelaki itu belum mengantuk. Khusyairi tidak akan dapat lelap sekiranya dia memikirkan sesuatu yang serius seperti ini.

Sejak kecil lagi memang begitu. Dia tahu. Khusyairi paling sukar lelap pada minggu-minggu peperiksaan. Malah pernah sekali Khusyairi bermalam di rumahnya gara-gara mahu belajar bersama tapi akhirnya dia pula yang terpaksa berjaga sama menemani lelaki itu.

“Ri, dahlah tu. Esok lepas sekolah kita sambunglah semula. Aku mengantuk sangat ni.” Rayunya cuba menutup buku teks matematik Khusyairi. Sekarang sudah jam 1 pagi. Sumpah dia mengantuk.

“Alah, nantilah. Aku masih tak faham ni.”

“Please, Ri. Esok ya? Aku ajarkan kau tiga jam esok. Please?.”

“Tak nak. Aku takut kena marah lagi dengan ayah dan mak kalau aku tak dapat markah baik macam kau.”

“Iyelah tapi esok kan masih ada. Lusa baru nak exam jadi tak usah risau sangatlah. Kau pun bukannya tak pandai cuma banyak sangat main.”

“Apa pula banyak main. Aku memang tak sepandai kau pun.”

“Tak pandai? Kau kata diri kau tak pandai? Ri, aku tahu kau pandai. Add math kau semester lepas dapat A. bukan aku lupa.”

Khusyairi memang bijak malah lebih bijak daripadanya dalam bidang matematik cuma dia seorang yang mudah lalai. Suka sangat berkawan dengan anak Cikgu Husyam yang nakal gila-gila itu. Mujur saja tidak sampai ikut merokok.

Amishah mengusap mata. Matanya lekat pada jam dinding yang menunjukkan angka 2 pagi. Matanya terasa berat. Keluhannya dilepaskan sebelum dia merapatkan selimut ke dada namun perutnya tiba-tiba terasa pedih.

“Arghh..”

Dia cuba mahu bertahan namun semakin lama semakin perit rasanya. Senggugutkah? Mungkin juga, fikirnya memandangkan sudah dua bulan dia tak didatangi haid. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.

Esak tangis yang semakin kerap itu perlahan-lahan membuatkan matanya terbuka. Khusyairi memisat mata dalam kegelapan.

“Sayang?.”

Melihat Amishah duduk bersandar pada kepala katil dengan riak muka yang begitu kesakitan, dia bingkas menghampiri. Lampu sisi katil segera dipasang.

“Sayang? Kenapa ni? Sakit perut?.” Tanyanya melihatkan kerut muka Amishah disertai lelehan air mata di pipi. Tangannya menekan perut.

“Abang.” Dia sedikit merayu. Marah masih ada tetapi memang dia sudah tidak mampu untuk terus bertahan.

“Ya, shah. Abang ni. Sayang sakit? Kita pergi klinik ya?.”

“Argh..”

“Abang call ambulans ya. Sayang baring dulu. Abang sapukan ubat dulu ya.” Dia lekas mendapatkan beg pakaiannya di dalam almari. Menyeluk ke sana ke sini dan kembali setelah berjaya mendapatkan sebotol minyak gamat di tangannya.

Amishah dibantunya berbaring semula. Perut Amishah disapukannya dengan beberapa titis minyak gamat. Risaunya semakin bertambah apabila merasakan perut isterinya yang mengeras semacam.

Belum pun lama dia mengurut, Amishah tiba-tiba merasakan sesuatu di tekaknya. Dia mahu memaklumkan Khusyairi namun terlambat apabila dia tanpa dapat ditahan meluahkan muntah ke atas selimut di tubuhnya.

“Sayang? Ya Allah..sabar, yang. I will get you an ambulance. Teruk sangat kalau sampai muntah macam ni.” Kerisauannya sudah berada di tahap tertinggi.

Dia terus mencapai telefon. Amishah sudah tidak mampu mendengar butir bicara suaminya dengan pihak sana apabila muntahnya semakin menjadi-jadi. Ya Allah!!

“Sepuluh minit lagi mereka sampai. Tahan sikit ya.” Pujuknya. Jari-jemarinya erat menggenggam jemari Amishah.

“Abang, nak mandi.” Itu rengekan Amishah dengan suaranya yang amat lemah.

“Tak bolehlah, sayang. Sayang macam ni, tak boleh mandi. Dah jauh malam pula tu.”

“Nak mandi. Kotor ni.”

“Okey, abang ambilkan tuala basah saja ya. Abang bersihkan sikit-sikit. Nanti abang tukarkan pakaian.” Dia terus memujuk. Dalam keadaan dirinya yang seperti ini, Khusyairi tidak berani hendak memandikannya. Bidang perubatan ini bukan bidangnya. Bimbang pula nanti memberi kesan negatif kepada isterinya.

Walau Amishah menggeleng enggan, dia tetap bangun menuju ke tandas. Mencapai sehelai tuala untuk dibasahkan. Tubuh Amishah dibersihkannya dengan cukup tertib. Selimut yang sudah kotor dialihkannya ke dalam laundry bag.

“Abang tukarkan baju sayang ya.”

Amishah angguk cuma. Baju tidur di tubuhnya digantikan Khusyairi dengan sehelai blaus dan seluar slack warna hitam.

“Kejap lagi diorang dah nak sampai. Sayang kena pakai tudung ni.” Fikirnya dalam suasana resah itu. Terlihatkan anak tudung di atas meja solek, segera dipakaikannya kepada Amishah.

Beberapa saat sebelum ambulans yang dijanjikan akan tiba, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon pada telefon bimbit Khusyairi.

Popular Posts