Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, July 22, 2010

Mr & Mrs BFF 37

Allu...b4 sambung cite, aku nak cite something..haha..abaikan pada yg menyampah..hihi..err..aku nak kata yang aku dah tak suka that guy ( yg semalam ) coz ada 1 kejadian tadi menyebabkan aku hilang rasa minat pada dia..tengah marahkan dia ni..mengada betul dia sekarang..syukur sangat sebab dah xde feeling2 ni bab kalau teruskan pun bukannya dia suka aku pun..hihi..gatal..biarlah tu..anyway yg ucap tahniah tu, aku pulangkan lah yer..haha..ok..ok..baca...bawah nun..



Aisyah berjalan perlahan cuba menyeimbangkan kayuhan langkahnya menyaingi Khusyairi di belakang. Mereka perlu segera menyelesaikan urusan pemeriksaan ini sebelum hujan turun sebentar lagi.

“Kenapa tunggu? Jalanlah dulu.” Khusyairi mengerutkan kening. Aisyah tersengih membetulkan topi di atas kepala.

“Tak biasa jalan menonong laju tinggalkan bos. Biasanya bos yang jalan kat depan. Janggal pula rasanya.”

“Ish, kamu ni!.”

Dia hanya mampu menggeleng memandang pembantunya itu. Fail di tangan segera diserahkan kepada Aisyah. Hanya ada dua kawasan sahaja lagi yang belum selesai diperiksa.

“Aisyah, awak selesaikan satu dan saya akan selesaikan yang satu. You know what to do, right?.”

“Bos, saya dah lama kerjalah.”

“Tahu.”

“Dah tahu lagi nak mengejek ya.”

“Sajalah, nak bergurau.”

Aisyah senyum riang. Melihat Khusyairi boleh bergurau begini pun sudah cukup menggembirakannya. Dia tahu bosnya ini berhadapan masalah dan dia cuma mampu berharap Khusyairi bisa menyelesaikannya.

“Tak apa. Kali ini saya tak marah.”

Khusyairi memandang lucu. “Kenapa? Lain kali kalau saya nak mengusik, saya akan kena marahlah?.”

“Well..”

Kedua bahunya diangkat sedikit. “Apa-apa sajalah, cik Aisyah..”

Rintik hujan yang mengenai dahinya membuat dia segera meminta diri. Sehingga dia pasti Aisyah sudah masuk ke kawasan pemeriksaan barulah dia menyusul ke kawasan pembinaan.

Topi di tangan terbiar begitu saja. Rimas pula rasanya hendak bertopi di dalam kawasan beratap seperti ini. Lagipun semua pekerja saat ini sedang berehat jadi tiada apa yang perlu dia khuatiri.

Beberapa minit kemudian, dia sudah bersedia untuk menjalankan pemeriksaan terakhir saat hujan turun semakin lebat. Mengelak daripada fail di tangan menjadi rosak, dia bergegas berlari melewati pintu kayu di bahagian belakang yang lebih hampir kepada pejabatnya.

“Bos!.”

Khusyairi berpaling pantas. Lariannya terhenti namun belum sempat dia membalas, sesuatu tiba-tiba jatuh menghempap tubuhnya. Jeritannya sahaja yang bermain dalam fikiran.

“Shah..”


p/s : Hihi..pendeeeknya..jangan sakit ati tau..kan dah janji pendek tp kerap? Kan sayang, kan? hihi..


8 comments:

  1. ~waaaaaaaaaaa.
    syairi..jgn la ade pape kt dye..
    huhu
    dgn syah yg salah paham..
    ish2~~

    ReplyDelete
  2. ades.... tak sangka sependek nie.... huhuhuhu...
    panjang ar skit lagi.... huhuhuhuhu
    please................

    ReplyDelete
  3. ni yg bt tertanya2 ni..ala kacau jiwa nie

    ReplyDelete
  4. alamak... nape lak ri... gabra ni.. sila la smbg yea...

    ReplyDelete
  5. aku rasa mcm dapat agaklah pulak..
    mesti si gedik tu dgn tergedik2nya akan menjaga Ri kat hospital dan akan lebih menyakitkan hati amishah..
    hai..amishah,udah2 la tu..

    Tyea, awak merajuk ek..ala,biasalah tu..
    manalah tahu dia sengaja nak meraih perhatian Tyea kot..

    ReplyDelete
  6. waaa.....
    nape ni...????
    cepat la smbg....

    ReplyDelete
  7. yessss...best......bia je la kusyairi injurt...
    bia pdm muka amishah...
    nk ego ag ke lpas ni???
    dush dush...ak emo...

    p/s:pecer ngan laki tu k.tyea...dia wak pe?

    >niCk<<

    ReplyDelete
  8. hahaha..janganlah marah..pendeeekk gegila..hihi..oh ya, about that guy..erm, saya hilang minat dah dgn dia, ada benda dia sakitkan ati kami..haha..sekarang nak tengok dia pun malas..haha..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts