Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.
Showing posts with label novel sulung. Show all posts
Showing posts with label novel sulung. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Special N3..SKSI...

Aku saja coretkan sikit kat sini beberapa bab tapi dalam bentuk ringkas aje. Enjoy..pada yang rindu nak baca, silakan..with all my love.

Senyumannya kelihatan di bibir. Direnungnya mataku lama. Aku yang tidak perasan sudah tersebut nama Alishah mengerutkan dahi kurang mengerti.

“Nama dia Alishah ya, bang? Cantik nama tu. Mesti orangnya pun cantik, kan?.”

Untuk soalan itu, mulutku terkunci sendiri dan saat terlihat ada air jernih bergenang di pelupuk matanya, mulutku semakin kukuh terkunci.

“Abang?.” Matanya tepat merenung ke dalam mataku.

“Boleh tak for these few seconds, Sofea peluk abang lagi?.”


***************

Hujan lebat yang mengirimkan kedinginan yang bukan sedikit malam semalam telah melewatkan aku untuk bersolat subuh hari ini. Bersolat sendirian memandangkan si buah hati sedang mengalami keuzuran.

Kedinginan hujan itu satu lagi alasan namun selebihnya aku sukar hendak melelapkan mata sebenarnya. Semuanya gara-gara sofea.

Sofea yang aku tinggalkan sedang menangis sendirian di rumahnya semalam. Sofea yang aku takuti akan menghalang aku daripada memasuki syurga Ilahi. Sofea yang tidak pernah aku layani.

**************

Melalui hari-hari berikutnya, semakin mendera perasaan lelakiku. Entahlah tapi aku sudah mula merasakan Alishah sedikit dingin denganku. Dua hari lalu, dia membenarkan aku mula masuk ke pejabat. Aku membantah kerana aku lebih tenang berada di sisinya.

Tapi yang tenangnya aku, bukan dia. Dia sudah mengaku dan berterus-terang mengatakan hatinya benar-benar luka dan perlukan masa untuk menerimaku seperti dulu.

“Tapi, Isha..”

“Isha nak belajar biarkan abang tak ada di samping Isha sepanjang masa. Abang ada tanggungjawab lain jadi abang kenalah bertanggungjawab.”


Monday, October 4, 2010

Happy Ending ke sad ending SKSI?

Salam...ada yang pernah tanya aku, aku ingat Wendy and beberapa orang..Novel Sesuci Kasih Seorang Isteri tu happy ending ke sad ending? Sekarang aku gtau sendiri, endingnya adalah.... : ) HaPpY....ada orang komen kata dia sedih tapi happy ending..haha..yelah kot..anyway, sesiapa yang dah beli tu, terima kasih tak terhingga...

Thursday, September 30, 2010

promo..SKSI..mesti beli!!!


Salam, all...tinggal sehari gi dah oktober..hee..ada 2 event teramat penting,My bday and kelahiran novel SKSI aku..kepada yg minat cerita ni, dapatkan cepat2 tau..boleh order online dengan Kaki Novel gak..takat ni itu aje yg aku tau...pada yg dah order tu, aku nak say thank you very much, honey for supporting me...luv u all!!! and oh ya, nama aku dah tambah jadi Dzie Tyea bab dulu kak editor tanya nak letak nama apa, aku dengan polosnya jawab "Kak Tyea" lah bab org kenal aku gitu tp malu aku..rupanya nama aku tu tak komersial..haha..tak ke malu..hahaha....

Popular Posts