Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, May 25, 2010

Mr & Mrs BFF 29

Salam alaik..wakaka..baca karut-marutan aku dulu yer..cepat bebenor aku nyambung yer..korang jangan, ini aku bersusah-payah menyambung tau..balik-balik aje dari kampung tadi, terus check blog..then teringat nak sambung cepat sedangkan stok cerita dah abes so aku pun bertinggunglah depan pc ni sejak tadi...cari-cari idea mengarut..wakaka..okey, napa aku baik semacam aje ni erk?? macam dah tiap hari aku upload..wakaka..sebenarnya tadi aku malas nak sambung tapi teringat ini malam terakhir aku duduk ngadap pc so kesiankan korang...ceh, cakap macam nak pergi mana jer..act,esok petang pc ni akan berpindah tuan sebentar..sementara aku g jalan-jalan kat semenanjung M'sia so akak aku akan guna..aku malas nak membebankan diri angkut laptop ni sekali..wakaka..korang cuma akan jumpa aku selepas 5hb Jun..wakaka...itu pun kalau berkesempatan nak online dekat kampung tu hah..okeylah, jemput membaca ya...hana_aniz, iman, nurul nuha, aqilah, sala, iffah, alreinsy, wendy, miz ruha, anakuale, shima, akak, aini, greeny gurlz, eija, miz nnz, haruhi, anonymous...yang tak tersebut nama, jangan merajuk..hihi..

Selesai menjamu selera di sebuah restoran, Amishah dibawa pula berjalan-jalan di sekitar Jalan TAR. Kata Khusyairi, ini sajalah peluangnya membeli-belah kain untuk dibuat baju kurung atau kebaya.

“Ish, kenapa baik semacam aje ni, Ri?.” Tangan Khusyairi yang kejap memeluk pinggangnya disentuh mesra.

“Baik semacam?.”

“Yelah. Aku tak minta pun nak shopping. Tiba-tiba kau tawarkan diri nak temankan ni, musykil pula.”

Hidung Amishah dicuit nakal. “Ada ke patut berprasangka dengan suami sendiri, yang? Tak suka ke aku jadi baik macam ni?.”

“Tak adalah cuma..”

“Dah, jangan nak simpan-simpan perasaan syak tak bertempat tu dalam dada. Aku nak temankan kau shopping sebab entah bila pula baru aku dapat bawa kau ke sini. Kalau aku balik sini, aku cuma nak memerap dalam rumah dengan kau. Malas nak turun KL. Atau kalau kau cuti, kau yang kena datang dekat rumah kita di Sabah tu. So, logik tak kalau kita pergi shopping sekarang?.”

Jawapan panjang lebarnya disambut dengan sendu Amishah pula. kali ini isterinya pula yang menimbulkan rasa aneh.

“Sayang, kenapa ni?.”

Sendu tangisnya walau cuma perlahan namun tetap membuatnya agak cemas. Menyedari ada mata-mata yang mencuri pandang, Amishah ditariknya masuk ke dalam kereta.

“Hush, baby..dear..kenapa ni? Marah aku ke? aku terlepas cakap ya?.” Pujuknya dengan elusan tangannya di kedua bahu Amishah.

Bila Amishah tidak bereaksi, ditariknya tubuh itu ke dalam pelukan. Dalam kepala, fikirannya kembali memutarkan semua yang telah dia ungkapkan sebentar tadi namun setahunya, tiada satu perkataan yang dianggap boleh mengguris hati isteri kesayangannya ini.

“Okey, honey, aku minta maaf kalau kata-kata aku tadi yang buat kau sampai menangis. Aku main-main aje.” Pujuknya sekali lagi. Pelukannya dileraikan. Dagu Amishah diangkat minta menghadap dirinya.

“Ri..”

“Ya, sayang.” Setitis dua air mata yang mengalir dikesat dengan hujung jari. Comel pula Amishah dengan muka dan mata yang merah begini.

“Kau tau tak aku sayangkan kau?.”

“Tahulah, yang. Sayang cintakan aku, kan?.”

“Lebih dari tu. Aku cintakan kau, sayangkan kau, lebih dari aku sayang diri aku sendiri.” Ucap Amishah sedikit beremosi. Jari-jemarinya bergerak ke seluruh wajah Khusyairi.

“Dah maklum dah, dear.” Melihat riak wajah Amishah sudah agak tenang, dia terfikir mahu bergurau. Mahu menghilangkan ketegangan yang wujud tadi.

“Ri? Darling?.”

“Hurm..”

“Boleh aku..”

“Nak peluk?.”

“Tak.” Manja.

“Hurm..nak nangis lagi? Nak pinjam bahu aku lagi?.”

“Tak nak.” Lebih manja.

Khusyairi mengukir senyuman. “Habis tu, nak minta aku belanja makan lagi?.”

“Err..bukanlah.” Dua kali ganda manja. Siap dengan gaya tamparan manjanya sekali.

“Nak balik hotel? Nak…”

“Ish, gatal!.” Bahu Khusyairi sekali lagi jadi sasaran. Dia cuma mampu menyeringai memandang Amishah memuncungkan bibir.

“Okey, main-main aje. Sayang nak…oh, okey, nak teruskan perjalanan, nak pergi shopping ya? Okey, kita gerak ya. Duduk elok-elok, aku pakaikan seat belt dulu.” Ujarnya bersama kenyitan nakalnya.

Dia sudah bersedia mahu mencapai tali pinggang keselamatan untuk Amishah apabila tubuhnya ditarik lekas Amishah ke dalam pelukan. Buat seketika dia terkaku dengan mata tidak berkelipnya.

“Yang?.”

“Ri, boleh aku..err…”

“Apa dia, yang? Cakaplah. Asal jangan minta aku tinggalkan kereta ni dekat sini dan dukung kau sampai ke hotel sudahlah.” Sempat lagi dia mengusik namun bibirnya terkunci bila terasa bahunya jadi serangan cubitan manja Amishah.

“Kenapa pula kalau aku nak minta kau buat macam tu tak boleh?.”

“Err…beratlah, yang. Mahu aku pengsan tengah jalan tu.”

Amishah membeliakkan mata. Pelukan dileraikan segera. Bertatapan beberapa ketika, bahu Khusyairi juga yang jadi sasaran.

“Berat? Sampai hati kata orang macam tu.”

“Ish, tak adalah. Aku bergurau aje tu, yang. Janganlah kecil hati.”

“Tahulah orang ni dah gemuk. Perut dah naik.”

Amishah berpaling menjauh. Matanya dihadapkan ke arah luar. Hanya ada beberapa orang manusia lalu lalang entah ke mana di luar sana. Ada yang singgah ke kedai kasut dan selebihnya meneruskan langkah.

Khusyairi tepuk dahi. Menyesal tersilap bahan gurauan. Perempuan, bab-bab berat badan memang sensetif. Emaknya pun begitu. Pantang dikata berisi, habis dibebelnya orang.

Perlahan saja dia mendaratkan tangan ke bahu Amishah. “Darling?. Janganlah merajuk. Aku main-main aje. Bergurau aje. Aku boleh apa angkat kau sampai ke hotel tu. Jangan merajuk ya.”

“Tak payah nak ambil hatilah.”

“Alamak, sayang janganlah merajuk. Aku bergurau.”

“Tak nak.”

“Alah, please forgive me, dear. Tak ada niat langsung aku nak permainkan kau. Sorry?.” Khusyairi menekap kedua telapak tangan di belakang Amishah. Susahnya kalau isteri dah merajuk.

Senyap. tiada reaksi daripada Amishah.

“Honey, janganlah macam ni. Tak baik tau. Aku kan nak mengusik aje. Nak bergurau dengan isteri. Sorry ya? Please, honey? Gurauan aje tu.”

Amishah tiba-tiba berpusing. Dengan senyuman nakal di bibir. “Betul?.”

Bagaikan terlepas dari bebanan hutang, Khusyairi senyum lebar dengan kepalanya diangguk bersungguh-sungguh. Bahagia melihat reaksi Amishah.

“Betul, yang. Jangan merajuk ya. Nanti meranalah aku dekat Sabah tu kalau kau tak nak layan aku.”

Amishah ketawa perlahan. Suka dapat mengenakan Khusyairi. Ingat dia aje yang boleh pakai taktik pura-pura merajuk?

“Okey tapi dengan syarat…”

“Syarat?.”

“Hurmm…syaratnya, kau kena belanja aku makan ais krim dekat hotel nanti. Nak makan yang sedap-sedap.”

“Makan ais krim? Nanti..”

“Nanti apa?.”

“Eh, tak ada..tak ada..nak makan ais krim ya? Boleh, nanti aku belanja. Nak yang mahal pun tak apa. Asalkan sayang tak merajuk.”

Amishah senyum puas. Bagaikan anak-anak kecil, satu ciuman tanda terima kasih singgah di pipi suaminya.

“Ri..”

“Ya, sayang?.”

“Err..boleh tak kalau aku…”

“Kalau sayang apa?.”

Dengan senyum malu-malunya, Amishah mengesat peluh yang tiba-tiba terbit di hidung. Segan.

“Boleh tak kalau aku panggil kau abang?.”

“Hah?.” Dengan mata terbeliaknya.

“Kenapa? Tak suka ke?.”

“Tak suka?.” Khusyairi mengerut dahi. “Sayang….abang dah lama tunggu nak gelarkan diri abang macam ni lepas kita dah pasti dengan perasaan kita ni.”

“Betul ke?.” Teruja dia bertanya.

“Panggil sekali lagi.”

“Abang.”

“Lagi…”

“Abang.”

“Lagi?.”

“Abang!!!!!!!!!!!!!!.”


Monday, May 24, 2010

Mr & Mrs BFF 28

salam alaik...enjoylah baca..hihi..

Dari arah pintu masuk, Khusyairi sudah nampak kelibat Datuk Rahman. Lelaki bertubuh sederhana itu sedang duduk bersendirian menghadap komputer peribadi di atas meja.

“Assalamualaikum, Datuk.” Sapanya mesra.

Datuk Rahman yang ralit menaip sesuatu lekas berdiri dengan senyuman. “Eh, dah sampai ke? Jemput duduk, Khusyairi.”

“Datuk apa khabar?.”

“Alhamdulillah, Syairi. Saya okey.”

Syairi? Kerut di dahinya muncul dengan sendirinya. Semacam pernah dia dengar namanya disebut begini oleh seseorang. Tapi siapa ya?

“Jadi, kita terus ke agenda utama kita berjumpa sajalah, Syairi. Saya pun kelam-kabut ni. Ada hal lagi nak buat sebelum ke airport.”

“Oh..ya, Datuk. Saya minta maaf. Ini saya bawakan laporan-laporan yang Datuk nak tengok.” Sebuah fail sederhana tebal bertukar tangan.

Sementara Datuk Rahman meneliti fail laporan perkembangan, dia pula menerangkan segala macam yang perlu diketahui oleh majikannya. Setakat ini kerja-kerja di tapak binaan adalah masih menurut spesifikasi jangka masa yang ditetapkan syarikat.

“Ermm…bagus sekali, Syairi.” Komen Datuk Rahman.

Khusyairi terangguk-angguk. “Alhamdulillah, Datuk. Ini semua hasil kerjasama semua pekerja yang kita ada.”

“Begini sajalah, Syairi.” Lelaki itu tiba-tiba meluruskan belakang badannya. Matanya yang sejak tadi tidak beralih daripada Khusyairi menyebabkan Khusyairi sedikit sebanyak terasa mahu segera selesai perbincangan.

Datuk Rahman dan Nuraina ada banyak persamaan dan antaranya ialah kemampuan mereka membuatkannya jadi tak selesa!

“Saya sebenarnya bangga dengan pencapaian-pencapaian awak sebelum ini. Apa pun projek yang saya beri, alhamdulillah awak boleh galas dengan cemerlang. Saya suka itu.”

Lah, nak memuji rupanya! Khusyairi melepas nafas kelegaan. “Syukur alhamdulillah, Datuk. Semua tu pemberian Tuhan. Kalau Dia tak kuatkan semangat saya, entah macam manalah agaknya kan.”

“Yalah, syukur pada Allah s.w.t. jadi sebagai penghargaan saya kepada awak, saya bercadang nak naikkan pangkat awak. Berminat ke?.”

“Naik pangkat?.”

“Ya, saya berkira nak letak awak di bawah Haji Lutfi. Jadi pembantu kanan beliau. Uruskan projek-projek yang lebih besar. Kenapa? Awak tak berminat ke?.” Datuk Rahman mengerut dahi.

Kalau boleh, dia mahu memaksa Khusyairi memegang jawatan jurutera kanan syarikat tetapi kebolehan Haji Lutfi memang masih belum boleh ditandingi.

Khusyairi memandang fail dengan perasaan serba salah. Dia memang berminat dengan tawaran ini malah amat berminat. Tapi andai kata Nuraina yang sebenarnya memujuk Datuk Rahman, dia tidak sudi menerimanya. Dia tidak mahu terhutang budi. Dan akhirnya nanti terjerat dengan budi ini.

Maklumlah, siapa yang tak kenal Nuraina?

“Tak apalah, Datuk. Berikan saya sedikit masa untuk fikirkan dulu hal ni. Saya kena bincang juga dengan orang tua saya.” Ujarnya menutup hal sebenar. Kalau dikatakannya terus hal Nuraina, dia yakin Datuk Rahman akan diserang sakit jantung saat itu juga.

“Baik. Saya berikan awak masa seminggu untuk buat keputusan. Minggu depan saya balik, saya nak dengar keputusan kamu.”

“Ya, Datuk. Saya faham.”

Pintu yang ditolak dari luar benar-benar mengejutkan Amishah. Hampir-hampir dia terjatuh gara-gara mahu menarik zip baju di bahagian belakang hinggalah dia ternampak kelibat Khusyairi.

“Ri?.”

Khusyairi meneruskan langkah ke arah almari. Menanggalkan baju kemeja di tubuh dan digantikan dengan sehelai t-shirt warna senada blaus Amishah.

“Ri?.” Amishah berkerut kening. Bad mood ke suaminya ini? Entah-entah kena bebel dengan big boss. Tahu sajalah kalau orang atasan ni! Macam juga guru besar sekolahnya!

Amishah melepaskan zip yang baru separuh dapat dinaikkan. Tubuh Khusyairi segera didekati. Kalau boleh, kan baik percutian dalam tugas ini jadi romantik. Bukan dengan kemuraman sesiapa.

“Kenapa ni, darling? Ada problem ke dengan big boss?.” Bahu Khusyairi dielus perlahan.

Bagaikan terkena renjatan elektrik, Khusyairi tiba-tiba berpaling dengan senyuman nakal di bibir. Memandang puas pada si isteri. Berjaya taktiknya!

“Eh, dah okey ke?.”

“Dah, sayang.” Pipi Amishah dikucup sekali.

“Tadi muram bukan main?.”

“Aku tak ada problem, aku cuma nak kau panggil aku darling. Kalau tak, aku takkan respon kau panggil.”

“Hah?.” Besar biji matanya menjegil Khusyairi yang ketawa suka. Saja nak mainkan aku rupanya. Ingatkan merajuk atau muram betul-betul! “Hish, nakalnya kau! Ingatkan kena bebel dengan big boss ke apa.”

“Tak adalah. Orang tua tu takkan nak marah aku punya. Aku kan engineer kesayangan syarikat.” Senyumannya semakin melebar. Melihat Amishah turut senyum, jarinya didekatkan pada hidung mancung Amishah.

“Pandai kau kenakan aku, kan.”

“Eh, tak puas hati juga ke? marah ke?.” soalnya dengan senyuman. Tangannya turut sama cuba membantu menaikkan zip belakang baju Amishah.

Amishah memuncungkan bibir namun dalam hati, sikit pun tidak terasa marah. Marah kalau dilayan sangat, semua benda tak menjadi nanti.

“Auww!!!.” Dalam lekanya, dia tiba-tiba terjerit. Kerut dahinya mengejutkan Khusyairi. Lelaki itu tersengih masih memegang zip. “Sakitlah. Zipkan, bukan kenakan pada aku.”

“Tak sengajalah, yang. Sorry.”

Hanya selepas melihat lirikan isterinya barulah dia berusaha mencuba sekali lagi menaikkan zip tersebut namun walau sudah dia berhati-hati, sekali lagi Amishah menjerit bila terasa kulitnya bagai hendak koyak dikerjakan Khusyairi.

“Apa ni? Sakitlah.” Rungutnya. Tangan Khusyairi segera ditepis. Kalau tak tahu macam mana nak buat, mengaku sajalah.

Khusyairi ketap bibir, terasa bersalah pula melihat Amishah berkerut menahan kesakitan begitu. “Aku dah hati-hati. Aku dah cuba naikkan perlahan-lahan tapi sangkut juga. Sorry, yang.”

“Tak apalah. Aku nak buat sendiri. Aku dah mula rasa lapar ni. Lagi lama aku tunggu kau buat, lagi lambat kita nak keluar.”

Amishah melangkah menghadap cermin. Dicuba-cubanya sekali lagi menaikkan zip namun entah kenapa tetap juga gagal malah dia sendiri pula yang mengaduh kesakitan tiap kali mengenai kulitnya.

“Yang, kalau susah sangat baju tu nak pakai, cari baju lain ya. Tengok sampai sakit macam ni.” Khusyairi datang hampir. Kesan pada kulit isterinya dibelek sama. Merah. Melecit nampaknya.

“Alah, aku suka baju ni, darling. Rasa selesa aje pakai.”

“Memanglah sayang suka sebab aku yang belikan, kan?.” Sempat lagi dia mengusik menyebabkan Amishah memerah muka.

“Tak ikhlas ke?.”

“Sayang ni! Ada ke cakap macam tu. Dah, pergi cari baju lain. Tadi kata lapar sangat.”

Walau berat hati mahu menanggalkan blaus yang ada di tubuhnya, dia tetap akur. Satu demi satu pakaian yang ada di dalam beg dibelek. Mahu mencari yang serupa dengan warna baju Khusyairi!

“Yang itu pun okey apa.” Komen Khusyairi sebaik sahaja Amishah mengeluarkan sehelai kebaya hitam bersulam tepi. Baju ini biasa dipakainya dengan seluar panjang sahaja.

“Ini? Okey ke?.”

“Okey, honey. Sayang pakai apa pun tetap cantik. Don’t worry, dear.” Pujuknya lagi.

Baju di tangan segera disarung ke tubuh. Namun sekali lagi dia tidak dapat memasang butang kebaya di tubuhnya. Matanya memandang geram pada Khusyairi.

“Kenapa semua baju aku pakai dah tak muat ni, Ri?.”

“Tak boleh pasang butang pula?.”

“Hurmm…ish, bencinya macam ni. Aku tak ada pun makan melantak sangat selama ni. Sejak bila pula berat badan aku naik ni?.” Amishah merengus kasar.

Khusyairi turut membelek tubuh isterinya atas ke bawah. Entahlah tapi pada pandangannya memang tubuh Amishah masih begitu. Tiada satu pun yang berubah. Membesar atau mengecil.

Kecuali…

“Eh, yang. Bahagian mana yang paling ketat sekali waktu nak butangkan kebaya tu tadi?.” Bahu Amishah diraih mesra. Kasihan Amishah.

Amishah membisu cuma. Hanya jari telunjuknya diarahkan ke bahagian perut.

“Err..yang, sebenarnya aku rasa perut sayang dah naik sedikitlah. Sebab itu kot ketat kat bahagian tu. Tapi sikit aje. Jangan risau.”

“Iyeke?.”

“Itu yang aku perasanlah. Jangan marah ya.”

Perut aku dah naik? Amishah berfikir-fikir sebentar. Diselaknya baju kebaya di tubuhnya.

“Eh, macam betul pula cakap kau kan, darling. Perut aku!.”

“Ya, tapi tak payah risaulah. Tak menjejaskan kecantikan kau pun.” Ujarnya dengan senyuman meyakinkan. Amishah bukan jenis yang mudah naik berat badannya. Jadi kalau setakat bertambah sedikit tu, normallah.

“Ah, aku dah gemuklah, Ri. Aku tak sukalah.” Amishah sudah menghentak kaki dengan lagak tak puas hati.

Khusyairi cuma mampu tersenyum sendiri. Tubuh Amishah ditariknya ke dalam pelukan. Perempuan…obsesnya pada kecantikan memang menakutkan.

Boleh I nangis kejap?

Hai..sebelum aku post Mr & Mrs BFF 28, aku nak merapu dulu...first, aku nak nangis sebab exam aku tadi really really bad..entah macam mana nak kata tapi 1 apa benda pun aku hafal tak keluar.Black out otak ni sepanjang duduk dalam dewan tu. Huhu..aku cuma harap aku lulus, syukur dah...then another reason why i want to cry out is : I HATE Shahir..huhu..peminat dia jangan benci aku lak..aku just kecewa sangat2 bila Adira x menang..Adira yang paling best tapi orang perempuan suka undi budak shahir..huhu..erm, jangan anggap aku sokong Adira sebab kami sabahan, nope..sama sekali tak betul..orang mana pun dia, aku tetap suka dia..kesian my Adira..

Saturday, May 22, 2010

Extra sambungan Mr & Mrs BFF 27 : Preview

hurm..dah jadi habitlah pula tulis2 kat atas sini yer..jangan marah..ini alkisahnya nak previewkan pada korang2 yang sweet..cerita baru yg akan aku publish dalam masa terdekat ni tapi 1 episod ajelah..harap korang suka..tinggallah komen, hehe..boleh? boleh? boleh?


1
“Umi, angah nak kahwin!.”
“Apa?.” Hampir terjegil anak mata Puan Maisarah melihat anak gadisnya muncul tiba-tiba di rumahnya dengan usul yang begitu hangat.
“Betul, umi. Angah, anak umi ni nak kahwin.” Balasnya, masih merendahkan suara namun dengan nada yang cukup yakin sekali.
Puan Maisarah tergeleng-geleng. Hairan. Aneh. Sejak bila pula satu-satunya anak gadis yang dia ada ini berani berbicara soal perkahwinan? Bukankah selama ini dia juga yang berkeras nak membujang? Malas nak menjaga hati suami. Malas nak memasak. Macam-macam alasannya.
“Hish, kamu ni suka sangat mengarutkan, angah?.”
“Apa pula yang mengarutnya, umi? Angah cakap betul ni. Kenapa, umi tak suka ke tengok angah kahwin?.” Dia pula cuba mempersoalkan tindakan Puan Maisarah. Lengan wanita bertubuh sederhana itu digenggamnya erat.
“Ada umi cakap umi tak suka ke?.”
“Habis tu, umi buat muka tak percaya. Macam tak suka pula angah nak kahwin.” Dia punyalah menguatkan hati mendedahkan niatnya, uminya boleh pula bereaksi begini.
“Angah, umi lebih dari suka tau. Angah ni dah 30 tahun. Dah kira lewat nak kahwin. Tapi angah cakap nak kahwin, dengan siapa? Orang mana? Umi ni kenal ke? Anak siapa? Baik ke orangnya?.”
Satu demi satu soalan Puan Maisarah disambut gerakan bahu Syuhada. Calon? Bercakap soal calon…
“Mana ada calon, umi.” Lemah suaranya. Antara malu dan kecewa.
“Tak ada calon?.” Sekali lagi Puan Maisarah menjegil anak mata. Disentuhnya lekas dahi Syuhada. Biasa saja. Tak panas pun?
“Kamu kata nak kahwin tapi tak ada calon? Habis macam mana? Astaghfirullah, angah. Kamu ni okey ke tidak?.”
Syuhada cebik bibir tak berapa mungilnya. Dia sudah jenuh dikata andartu. Baik oleh kaum keluarga malah kawan-kawan merangkap pekerja-pekerjanya di kedai buku. Semuanya dengan mulut tak diinsuranskan mengata dia tak laku.
Hendak kata dia tak laku, mungkin ya mungkin tidak. Mukanya manis juga dipandang. Kalau rupa yang jadi sandaran, kawan baiknya di kolej dulu, Humairah, bukannya cantik pun tapi sudah dua kali dia menikah. Mukanya dipenuhi jerawat halus, badannya cukup-cukup makan saja tapi laku pula.
“Tapi umi, angah betul-betul nak kahwin. Walau apa pun yang jadi. Angah nak kahwin.” Rayunya dengan suara keresahan.
Memandang Puan Maisarah yang sudah punya dua orang cucu ini, dia betul-betul berharap.
“Iyalah, nak kahwin pun kena ada pasangan. Nak kahwin dengan siapa?.” Tangannya dielus mesra Puan Maisarah. Cuba untuk tidak merendahkan semangat Syuhada. Syuhada sudah mahu bercakap soal perkahwinan pun dia gembira, apa lagi kalau anak gadisnya ini benar-benar bernikah.
“Umi tolong carikan?.”
Puan Maisarah tuding jari ke arah dada. “Umi pula yang nak kena carikan? Cari dekat mana, angah?.”
“Mana-manalah, umi. Umi kan ramai kawan, cubalah risik-risikkan kalau ada anak bujang diorang yang berkenan dengan angah. Angah sanggup terima. Asalkan dia beragama.”
Biarlah dikatakan orang terdesak. Memang hakikatnya dia sedang terdesak pun sekarang. Tidak lama lagi umurnya akan mencecah 31 tahun. Semakin tua. Dan pastilah semakin tak laku!
“Siapa-siapa saja?.”
“Siapa pun, umi. Angah percaya dengan pilihan umi. Kalau dia datang meminang pun, umi terima aje. Tak payah tanya-tanya angah. Angah cuma nak kahwin.”
“Oh..” Kepalanya diangguk setuju walau dalam hati, simpatinya menggunung tinggi buat Syuhada. Nampaknya keadaan sudah terlalu nazak. Syuhada betul-betul mahu dinikahi! Syuhada mahu kahwin!


Kak Tyea @ love @ T~M~I

Friday, May 21, 2010

Mr & Mrs BFF 27

pesanan penaja dulu, sekali lagi..wakaka..okey, pesanannya ialah : Ini N3 baru ( cepat & tangkasnya aku ) untuk korang2 yg sangatlah sweet..hehe..bukan bodek tau..akak, wendy,Hana_aniz, miz ruha, aini, greeny gurlz, shima, alreinsy, eija, nana, garlic, k_ena..silent reader/readers..sorry yg x tersebut, aku refer latest comment form tu..hehe..ini stok untuk korang sampai isnin depan..aku abis paper petang tu..doakan aku ya, semua..haha..okey, bacalah :


Mendengarkan bunyi kuali diketuk, Mak Biah memanjangkan leher menjenguk ke dapur sebaik sahaja dia selesai mengemas bilik tidur.
Tidak lama dia berdiri di situ, senyumannya terukir bahagia di bibir. Di dapur, dia melihat Amishah dan Khusyairi sedang seronok bergurau senda. Amishah memasak dan Khusyairi berdiri rapat di sisinya sambil sesekali cuba memeluk isterinya.
“Syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan berkekalanlah mereka bahagia, Ya Allah.” Doanya meraup muka sebelum berlalu mendapatkan Haji Rusdi.
Amishah masih ralit mengaupbalik nasi goreng kampung di dalam kuali. Puas sudah dia membebel minta Khusyairi duduk saja di meja makan atau pergi berbual bersama Haji Rusdi di ruang tamu tetapi Khusyairi sekadar buat muka blur. Buat-buat tak faham arahan.
Kerja mudah seperti ini pun jadi lama dibuatnya bila tangan Khusyairi asyik bergerak ke sana ke mari cuba mengganggu.
Memanglah hari ini dan esok dia sudah mengambil cuti kecemasan semata-mata mahu menemani Khusyairi ke Kuala Lumpur tapi sekarang sudah hampir pukul lapan. Sarapan satu pun belum terhidang.
“Please, darling. Aku nak siapkan ni cepat. Kesian abah dengan mak. Kau pun tentu dah laparkan?.” Dia cuba memujuk bila api gas dimatikan pula oleh Khusyairi. Nakalnya!
“Aku tak nak makan nasi goreng.”
“Okey, kalau tak nak makan nasi goreng, nak makan apa? Aku masakkan yang lain ya tapi kena janji jangan kacau aku.”
“Betul?.” Khusyairi buat muka manja. Amishah sudah tergeleng. Macam inikah nanti lagaknya kalau benar mereka dikurniakan anak? Kalau begini, sumpah, pengsanlah dia melayan mereka nanti. Kalau dah papanya manja, anaknya mestilah dua kali ganda lebih manja.
“Cakap aje nak makan apa.”
“Aku nak makan kau, boleh?.”
“Ri!!!!.”
Khusyairi ketawa suka sedang Amishah sudah memasamkan muka. Api gas dihidupkan semula dan kerjanya diteruskan lekas. Malas mahu melayan Khusyairi. Mengada-ngada. Gatal!
Semakin dilayan semakin menjadi pula perangainya.
Selesai dengan nasi goreng, dia bergerak ke kabinet. Mencapai bekas berisi teh dan gula. Masuk sahaja kedua-duanya di dalam jag, air panas segera dituang. Dikacaunya beberapa saat sebelum diletak di meja makan.
“Aku tolong ambilkan cawan dan pinggan ya?.”
Tawaran Khusyairi tidak mendapat respon. Amishah berlalu ke arah tudung saji di bahagian lain. Dikeluarkan sepinggan ubi kayu rebus dan sambal bilis buatan emaknya dan dihidang bersama nasi goreng dan air teh. Khusyairi bagai anak-anak kecil menurut ke mana saja dia melangkah.
“Boleh jangan pegang baju aku tak?.” Rimas dia. Sudahlah Khusyairi mengikutnya ke mana saja, siap dengan memegang bajunya pula. Tak ubah macam anak kecil!
“Pegang kain boleh?.”
“Hish, bencinya macam ni! Seriuslah sikit.”
Marahnya cuma disambut senyuman oleh Khusyairi. Siap semuanya, dia bergerak pula ke sinki. Membasuh tangannya dan sepasang lagi tangan yang tiba-tiba dihulur dengan muka manja.
“Okey, baby manja. Sekarang pergi panggil abah dengan mak. Kita nak sarapan. Dah lapar. Dah lebih jam lapan.” Amishah sengaja melembutkan suara. Senyumannya sengaja dimaniskan.
“Baik, mama!.”
Ya Allah...besar biji matanya memandang Khusyairi tersengih-sengih berlalu ke ruang tamu. Ri...Ri...kata nak jadi papa tapi perangai?






“Bilik nombor 303, tingkat 3 ya, Encik, Puan. Dia akan bawa encik dan puan naik ke atas.”
“Okey, terima kasih.”
Khusyairi mencapai kunci yang dihulur sebelum meraih pinggang Amishah berlalu mengikut seorang pekerja hotel yang membawa beg pakaian mereka.
Tidak sampai lima minit kemudian, mereka sudah masuk ke dalam bilik yang ditempahkan pihak syarikat untuk Khusyairi. Pekerja itu segera berlalu sebaik sahaja poketnya diisikan dengan sehelai not sepuluh ringgit.
“Sayang suka tak?.”
“Cantik, selesa. Bolehlah. Percuma, kan?.”
Amishah bergerak ke arah balkoni. Memandang ke arah bawah, kereta bertali arus seakan tidak dapat bergerak sama sekali. Tensionnya hidup di kota besar begini. Mujurlah dia tinggal di KL bersaiz kecil, Kuala Lipis.
“Sekejap lagi aku nak turun meeting dengan big boss. Kau duduklah rehat-rehat sementara tu. Insyaallah lepas meeting tu, aku naik ambil kau. Kita pergi makan kat luar. Bolehkan, yang?.”
“Dah nak start the meeting?.”
“Ya. Big boss nak discuss sekejap aje tu. Dia dah nak bertolak ke Singapore lepas tu.”
Datuk Rahman cuma mahukan beberapa dokumen penting. Dan laporan perkembangan projek. Itu saja. Selebihnya, dia yakin dia akan berurusan dengan adiknya, Datuk Azizi.
Antara Datuk Rahman dan Datuk Azizi, dia lebih selesa berurusan dengan Datuk Azizi sebenarnya kerana lelaki itu lebih berpandangan jauh, berfikiran terbuka. Dan paling penting, Datuk Azizi tak ada anak perempuan yang gedik macam anak Datuk Rahman.
“Kalau macam tu, baik kau rehat dulu. Nanti mengantuk pula bila bincang tu.” Amishah bergerak masuk. Mendekati Khusyairi yang mengeluarkan pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam almari. “Benda tu nanti aku buatkan.”
“Tak apa. Sikit aje.”
“No..no..no, honey. Pergi rehat dulu.”
“Nanti memenatkan kau aje. Kau pun nak rehat juga, kan?.”
Amishah geleng kepala. Manja ditambah sikit degil, terhasillah Khusyairi!
Tubuh kurus Khusyairi ditariknya hingga ke katil. Sudah memandu begitu lama, dia mahu Khusyairi berehat dulu. Dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur, letihnya jangan dikira. Berkali-kali mereka berhenti tadi.
Amishah duduk menyandar pada kepala katil. Kedua-dua kakinya dilunjurkan sebelum dia meminta Khusyairi merebahkan kepala di atas pehanya. Kalau Khusyairi manja, dia pula sangat suka memanjakan!

Popular Posts