Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, May 4, 2010

Mr & Mrs BFF 22

Di sini, Khusyairi terbaring lesu di atas tilam. Matanya galak merenung siling. Sepinya duduk bersendirian di rumah seperti ini namun bibirnya masih mengukir senyuman mengingatkan si dia yang merajuk.

“Hish, gelaklah pula dia ya. Cakaplah apa yang kau pergi sorok dalam beg aku tadi. Kalau tak aku end up call ni.” Masih terngiang ugutan Amishah tadi.

Apa yang disorokkannya itu bukannya benda yang buruk amat. Bendanya masih boleh diterima logik akal sebagai kenangan. Tapi belum sempat habis ketawanya, suara Amishah sudah hilang.

Merajuk....

Merajuk lagi? Apa boleh buat. Nanti-nanti dia akan pastikan rajuk isteri tercintanya itu akan terpujuk. Dia paling tak suka kalau Amishah merajuk. Nanti semuanya susah nak dapat.

Dulu-dulu waktu zaman sekolah, Amishah kalau merajuk boleh buat dia jadi tak ada hati hendak ke sekolah. Dia sanggup ponteng kelas sampai dimarahi dan dirotan ayahnya. Dia sanggup.

Sebabnya kalau Amishah dah merajuk, sikit pun dia tak akan dilayan. Apa pun yang dia mahu, jangan harap akan dilayan. Amishah akan buat dia macam orang tak dikenali langsung.

Dan dia pula, kalau sudah tak ada Amishah dalam hidupnya, tak ada semangat langsung. Macam mayat hidup dibuatnya.

Ah, Amishah!!!!!! Kaulah bintang hatiku, sayang!!!

Serentak senyuman tersungging di bibirnya sekali lagi. Berkali-kali dia menepuk pipi sendiri. Ah, macam orang gila bila dah bercinta ni!!

Riuh-rendah di dalam kelas sudah kedengaran walau dia baru menapak ke hujung tangga. Langkahnya jadi makin pantas. Budak-budak ni semuanya memang pantang tak ada guru. Adalah yang bergaduh, berebut bagai.

Mungkin kerana sememangnya kelas 5B sudah riuh, bunyi derap tapak kasutnya yang kebiasaannya cukup untuk menutup mulut mereka kali ini sama sekali tenggelam. Dia menjegil mata melihat dua tiga orang muridnya berlari ke sana ke mari berebutkan sebuah buku. Ada pula yang bertepuk-tampar di kawasan sudut bacaan di belakang sana.

“Assalamualaikum!.” Jeritnya cuba melawan kebisingan suasana.

Senyap. Masing-masing bergerak kembali ke tempat duduk masing-masing. Dia bercekak pinggang menatap satu-persatu anak mata murid-muridnya.

Dia memang tidak suka memulakan sesi pengajarannya dengan menjentik semangat negatif dalam diri mereka. Dia tidak mahu marah-marah. Tidak mahu membebel. Tapi mereka memang melampau.

“Badlishah, berdiri!.” Suaranya cuba dikawal namun tegasnya cukup membuatkan anak guru besar itu lekas-lekas bangun dengan wajah ketakutan.

“Cuba cakap pada cikgu berapa umur kamu semua?.”

“Err..se..sebelas, cikgu.”

“Sebelas? Sebelas apa? Sebelas hari? Sebelas bulan? Sebelas tahun? Sebelas dekad?.”

Badlishah mengerut kening. “Sebelas tahun, cikgu. Kami kan dah tahun 5.”

“Oh, pandai! Dah sebelas tahun, dah tahun 5 ya.” Rotan panjang di atas meja dicapai perlahan. Murid-muridnya di kelas ini memang mengada-ngada. Bercakap mengalahkan orang besar. Tapi fikirannya entah ke mana. Baru seminit dibiarkan sudah macam-macam yang terjadi.

“Kalau tahu dah tahun 5, apa yang kamu buat tadi tu patut atau tak patut kamu buat? Bising, main macam budak 5 tahun, ketawa sungguh-sungguh semua tu?.”

Serentak semua kepala menggeleng dengan kepala yang tertunduk.

“Baiklah. Cikgu tak mahu bazirkan masa ni nak marah-marah kamu semua, nak membebel segala macam. Kamu semua nak belajar ke tidak?.”

“Nak, cikgu.”

Amishah angguk kepala. “Baik, sekarang semua berdiri dan buat satu barisan panjang di belakang sana. Dalam masa satu minit.”

Sejurus habis dia bersuara, sekelip mata suasana riuh sekali lagi namun dia sudah dapat melihat satu barisan panjang bertindih lelaki dan perempuan di bahagian belakang sana.

Selangkah demi selangkah dia bergerak mendekat bersama sebatang rotan di tangan. Seakan mengerti, semua tangan sudah sedia tertadah menanti hukuman.

“Kamu tahu salah kamu semua, kan?.”

“Tahu.”

“Cikgu patut hukum atau tidak?.”

“Patut.”

“Nak report dengan mak ayah balik nanti?.”

“Tidak.”

“Bagus! Sebab kalau kamu report pun, esok cikgu akan gandakan lagi hukuman sebab kamu dah cakap kamu memang patut dihukum atas kesalahan kamu tadi.” Dia bukan mahu mengugut tetapi murid-murid yang nakal begini memang perlu sentiasa diberi pengajaran jika mahu mereka menerima disiplin dalam hidup.

Satu demi satu tangan kiri menerima habuan. Selesai tiga puluh pasang tangan, barulah dia memulakan sesi pengajaran.

“Hei, dear.”

Satu tepukan perlahan singgah di belakang bahu. Amishah pantas menoleh. Hilang lenyap menungannya sebentar tadi. Hilang terbang wajah menyakitkan hati Khusyairi yang langsung tak melayan ugutannya semalam.

“Jie.”

“Apahal ni, shah? Nampak moody semacam aje muka tu. Dari awal pagi kau sampai lagi aku perasan. Ada problem ke?.” Najihah melabuh punggung tanpa disuruh.

Dia baru saja mendengar cerita Cikgu Haryanie yang anaknya mengadu dirotan Amishah semasa di dalam kelas tadi. Mengejutkan juga kerana setakat yang dikenalinya, Amishah jarang-jarang merotan pelajar. Mujurlah Cikgu Haryanie bukan jenis yang menangkan anak. Kalau terkena pada Mr. Lau, habislah Amishah dibawa ke bilik guru besar.

“Kalau ada problem, cakaplah. Aku sanggup dengar. Mana tahu boleh selesaikan masalah tu atau sekurang-kurangnya boleh ringankan beban fikiran kau tu.” Dia masih mahu memujuk.

Amishah kawan baiknya sejak mereka mula mengajar di sini. Sudah banyak kenangan pahit manis yang mereka lalui bersama.

“Aku okey aje, jie.”

“Okey?.” Najihah membeliakkan anak mata. “Macam ni punya murung, kau kata kau okey? Selalu pagi-pagi lagi kau dah tegur aku. Tak pun kau mesti dah pergi melayan cerita gila-gila Cikgu Iskandar.”

“Aku okeylah, jie. Cuma malas sikit nak bersosial lebih hari ni.”

“Tapi sampai Cikgu Ilyas pun dah risik-risik dengan aku. Apahal dengan buah hati dia ni.” Sengihnya panjang benar dengan riak nakal.

Buah hati?

“Jie, please jangan cakap aku buah hati dia kalau kau rasa nak kawan dengan aku lagi. Aku ni wife orang.”

Dia paling tidak suka dengan cara Najihah bergurau melibatkan Ilyas dengan dirinya. Sampai kadang-kadang melebih-lebih. Macam tak ingat orang dah menikah nak dipasang-pasangkan lagi dengan lelaki tu.

Najihah gelak perlahan sambil matanya liar memandang ke sekeliling. Mujur Cikgu Tan Swee sedang sibuk berbincang dengan anak muridnya. Cikgu Hanafiah pula memeriksa buku latihan. Kebetulan dua-duanya bukan jenis penyibuk.

“Okey..okey, aku tak cakap macam tu lagi dah. Aku janji.”

Herot bibir Amishah masih tidak hilang. “Jangan janji aje lebih. Aku betul-betul tak selesa bila kau cakap macam tu. Nanti apa pula kata Khusyairi kalau dengar kau cakap macam tu.”

“Yelah, cikgu. Saya janji takkan buat lagi dah.”

“Hurm..”

“Oh ya, kau betul okey ni? Tak ada apa-apa masalah ke? Dengan hubby kau?.” Najihah merapatkan kerusi mendekati Amishah.

Dia kenal Amishah. Biasanya Amishah ceria mengalahkan anak-anak kecil, ke sana ke mari dia diajak berbual bergurau senda oleh guru-guru lain. Tapi bila saja dia sampai tadi, dia tahu Amishah tidak okey hari ini. Cuma dia tidak mahu memaksa sangat.

“Tak ada apalah, Jie. Aku kan dah kata aku okey. Nak period kot. Sebab tu moody semacam.” Dia cuba beralasan. Lagipun takkanlah masalah kecil dalam rumahtangga pun nak heboh pada kawan? Erm...masalah kecil ke?

“Period...patutlah.”

“Hermm..macam kau tak tahu aku kan. Asal tengah-tengah bulan macam inilah aku nak period. Jarak few weeks aje dengan kau.”

Najihah terangguk-angguk mula percaya. Amishah pula menarik nafas lega terlepas daripada soal-siasat. Najihah ni kadang-kadang bahaya juga orangnya. Takut sebab dia asyik sangat bercerita, nanti terkeluarlah pula segala rahsia.

“Betul juga tu, shah. Oh ya, petang nanti datanglah join tazkirah dekat rumah ustazah. Start jam 3 petang. Best aje aku dengar tajuknya tadi.”

“Jam 3?.”

“Yelah, jam 3. Dah tu bila masa ustazah nak uruskan anak-anak dia kalau habis sekolah terus buat tazkirah? Kesianlah dekat dia pula.” Ustazah Nuraina ibu yang baik, yang sangat penyayang. Pun begitu dia kini dalam usaha mahu mendisiplin semua anaknya menjadi berdikari.

Mujurlah anak sulungnya Muhammad Hafiz sudah boleh diharap. Sudah nampak hasilnya mendidik. Walaupun umurnya baru sepuluh tahun tapi Muhammad Hafiz sudah boleh diamanahkan menjaga rumah bersama adik-adiknya.

Dan yang paling menakjubkan, Muhammad Hafiz sudah pandai memasak makanan-makanan yang ringkas sendiri tanpa perlu dibantu.

“Nak datang ke tak ni?.” Dagunya dicuit nakal.

Amishah garu kepala. Hatinya rusuh dan sakit sekarang. Kalau boleh dia mahu duduk berehat di rumah saja. Tidur sampai petang.

“Tak pastilah, Jie tapi nantilah aku confirm dengan kau kalau-kalau aku datang. Memang teringin nak pergi tapi letih pula badan ni.”

Sebenarnya letih lagi kepalanya memikirkan tindakan Khusyairi meletakkan benda itu ke dalam begnya semalam. Bila ditanya dia ketawa. Bila diugut boleh pula dia sekadar mendiamkan diri. Sekarang dia merajuk, satu sms pun tak masuk nak memujuk.

Ri!!!!!!!!!

p/s : Pssstt...hehe..cepat sikit I upload kan? Muahaha...perasan lebih aje. Oh ya, scene dekat kelas tu, macam tu lah I kat sekolah..padan muka kan...

6 comments:

  1. hmmm apa yg khusyairi letak tyea? buat suspen je..haaaa...letak kit test tu ek? hahaha!

    ReplyDelete
  2. salam...
    apa yg khusyairi bg ek?

    ReplyDelete
  3. waaaa..sekali aku baca 2 entri..
    baik giler2....

    dia letak apa tu?
    otak aku dah kaler kuning nih...kekeke

    ReplyDelete
  4. to akak :
    Hehe...apalah yer?
    to anonymous :
    Hehe..tunggu...
    to Wendy :
    Kalau Wendy..takde lain mesti kuning..hahaha..xdelah, memain aje...

    ReplyDelete
  5. ape yg ri letak yer,,,??

    x sabar nk tau,,,

    suke ade n3 bru,,,,

    hehehe,,,

    nk lg,,,

    ReplyDelete
  6. ish cikgu!!
    tak baik tau...hahahaha

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts