Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, May 19, 2010

Mr & Mrs BFF 26

assalamualaikum, maaf pesanan penaja didahulukan tp jangan risau, cerita mesti ada..jenguklah bawah..jeng3, cukup banyak tak? denda untuk saya sebab lama x update..saya tengah exam, baru habis 2 paper, ada 1 lagi isnin depan..apa pun, enjoy..thanks yg sudi membaca, semua..with all my love, you may read Mr & Mrs BFF now...


Sebulan telah berlalu....

Selesai sahaja aktiviti kokurikulum, dialah yang pertama sekali memandu keluar dari perkarangan sekolah. Mengalahkan anak-anak murid yang ibu bapanya setia duduk di dalam kereta menanti loceng dibunyikan.

Teringat dia dengan usik-usikan kawan-kawannya yang semua pun nakal dan gila-gila. Kecuali seorang yang langsung tak bersuara.

“Alahai, mentang-mentang cik abang nak balik hari ni, bukan main awal lagi awak berkemas ya.” Itu usikan gaya nakal Cikgu Iskandar.

“Ish, takkan tak faham kot Is. Dah sebulan lebih tak bertemu, mestilah nak awal sampai ke rumah. Nak siapkan diri. Nak wangi-wangi. Ye tak, Shah?.” Itu pula sahutan suara Cikgu Mahadi yang memang kaki penyakat.

Amishah sudah merah-merah muka menjadi tumpuan semua mata. Kecuali seseorang yang sama sekali tidak menyapa, menyampuk selepas sahaja dia menerima panggilan daripada Khusyairi.

Dia sendiri pun tak menyangka sebenarnya. Khusyairi memang pandai buat surprise. Tiba-tiba sahaja dia memberitahu yang dia akan sampai ke rumah petang ini. Insyaallah sebelum jam 7 petang.

“Apa maksud kau? Kau nak balik sini?.”

“Betullah, yang. Aku rindu sangat dengan kau.”

Walaupun dia sudah lali dengan kata-kata manis Khusyairi yang saban waktu menelefon memujuk rayu sebagainya tapi dia masih kurang percaya mendengar kata-kata suaminya itu.

“Ish, janganlah main-main. Tak suka tau. Cakaplah betul-betul.”

“Shah, soal perasaan aku pada kau bukan benda biasa nak aku jadikan mainan. Aku serius rindukan kau tapi kebetulan aku ada meeting dengan big boss dua hari ni dekat KL.”

“KL?.” Maksudnya bukanlah Kuala Lipis? Alahai, harapan yang sudah mula berbunga tadi kuncup semula.

“Hurmm...hari ni aku balik rumah dulu.”

“Rumah mana? Aku ke engkau?.”

“Di mana ada buah hati aku, dekat situlah aku akan pergi, sayang.”

Buah hati. Sayang. Amishah hanya mampu menelan liur. Semacam pula rasanya mendengar suara gemersik Khusyairi yang seakan hendak menggoda ini.

“Okeylah, dear. Pastikan kau dah ada dekat rumah bila aku sampai nanti ya. Aku nak tengok muka kau puas-puas. Rindu sangat.” Ucapnya beria membuat Amishah meremang bulu roma.

Ri...Ri...kepalanya digeleng-geleng beberapa kali mengingatkan lelaki itu dan mengingatkan nama itu juga dia segera menekan pedal minyak berlalu meninggalkan kawasan sekolah.

Dia mahu sampai awal di rumah. Mahu berehat. Mandi dan bersiap.

Tapi sebelum itu kena singgah di kedai runcit. Dia mahu membeli bahan-bahan masakan tambahan, istimewa untuk Khusyairi.


Jarum jam baru saja menginjak ke angka enam setengah. Amishah mundar-mandir di dalam bilik mengelek telefon.

Dia sudah habis mandi. Dia sudah bersiap kemas-kemas, wangi-wangi macam yang diusik kawan-kawannya di sekolah tadi. Sudah sebulan tak bersua, sumpah rindunya mengalahkan tingginya Gunung Kinabalu. Cuma dia yang tak berani nak mengaku. Segan.

Nasi ayam istimewa siap dengan puding karamel dan ais sirap limau sudah tersadai di atas meja makan sejak sejam lepas.

Dia memasak bagai hendak menyambut rombongan istana. Itu kata Haji Rusdi.

Ah, memang pun dia hendak menyambut tapi bukan rombongan istana, dia menyambut kedatangan raja dalam hatinya. Lebih agung daripada kerabat diraja.

Sedang asyik dia berulang-alik dari tingkap ke katil, kedengaran ketukan perlahan dari arah pintu. Emak!

“Ya, mak?.” Dia lekas-lekas membuka pintu namun hanya cukup untuk memuatkan wajahnya. Hendak buka luas-luas, seganlah pula kalau Mak Biah perasan yang dia baru menukar cadar tilam.

“Tolong jerangkan air panas untuk abah kau, Mishah. Emak nak ke rumah Hajah Salmiah sekejap, ada hal nak buat. Tolong mak, ya.”

“Oh, boleh. Ada apa dekat rumah Mak Miah, mak? Dia sakit ke?.”

“Bukan. Dia nak mak tolong urutkan kaki anak menantu dia tu. Si Diana, baru lepas jatuh tangga tengah hari tadi.” Diana anak menantu kesayangan Hajah Salmiah. Sebab itu Hajah Salmiah sanggup menggesanya datang lewat senja begini. Padahal tidak lama lagi sudah hendak masuk waktu maghrib.

Amishah terangguk-angguk. Walaupun dalam hatinya kurang senang hendak melepaskan Mak Biah pergi bersendirian.

“Dah nak maghrib dah, mak. Dah gelap. Bahaya.”

“Orang dah minta bantuan, Mishah. Lagipun bukannya jauh sangat. Mak boleh pergi.”

“Ermm...” lama dia berfikir. Dia masih ada hampir setengah jam sebelum Khusyairi sampai. Sebelum jam 7. Sekarang sudah enam setengah, tak juga lelaki itu muncul. Mungkin dia masih dalam perjalanan agaknya.

“Kalau macam tu, mak tunggu sekejaplah. Mishah pergi ambil kunci kereta. Biar Mishah tolong hantarkan mak.” Putusnya.

“Habis tu, suami kamu? Nanti dia sampai, kamu tak ada pula.”

Takut juga nanti Khusyairi naik angin. Dia sudah jauh memandu dari Kuala Lumpur, tiba-tiba pula isterinya tiada di rumah. Mestilah dia kecewa. Nanti apa pula pandangan Khusyairi pada Amishah.

“Mishah hantarkan sekejap aje. Lepas hantar mak, Mishah baliklah rumah. Nanti mak telefon aje kalau dah nak balik. Mishah pergi ambil.”

“Hah, bagus juga kalau macam tu. Cepatlah, nanti waktu kau hantar maklah pula si Ri sampai. Marah dia nanti.” Kalau sudah tidak menyusahkan, dia suka juga andainya Amishah dapat menghantar. Tidaklah dia bersusah-payah berjalan kaki sendirian dalam senja begini.

“Okey, mak. Mishah ambil kunci dulu.”

Langkahnya diatur pantas. Dia sendiri pun tidak mahulah kalau Khusyairi sampai semasa dia tiada di rumah. Haji Rusdi pun sekejap lagi tentu nak ke masjid.

Khusyairi melebarkan senyuman sebaik sahaja membelokkan kereta ke arah rumah kayu Haji Rusdi. Tadi dia singgah sebentar bertemu ibu bapanya, minum dan terus memandu ke sini.

“Eh?.”

Matanya terpandang garaj kayu yang sudah kosong. Spontan dia memandang jam pada dashboard. Baru jam 6. 45 petang. Ke mana Amishah? Keretanya tiada, kereta Haji Rusdi juga tiada.

Enjin segera dimatikan. Dia berfikir-fikir. Ke masjid agaknya Amishah bersama Haji Rusdi dan Mak Biah. Tapi takkanlah dia lupa aku nak sampai sebelum jam 7?

Beberapa saat begitu, di saat dia sudah memasukkan gear mahu bergerak menyusul ke masjid, sorotan lampu kereta kelihatan semakin dekat. Lekas-lekas dia berpusing. Mengamati jenis kereta yang sampai itu. Eh? Myvi?

Sah! Amishah!

“Assalamualaikum, Ri.” Amishah turun sebelum sempat mematikan enjin. Tubuhnya diterpa mesra. Terkaku dia sebentar sebelum menyedari keadaan sebenar. Pelukannya makin erat bersama senyuman mekar di bibir. Bahagianya bertemu Amishah!

“Sorry, Ri. Dah lama sampai ke?.”

“Baru juga. Ingatkan sayang ke masjid. Baru ingat nak kejar ke sana, sayang dah sampai pula.”

“Lah, yeke? Sorry sangat-sangat. Aku hantarkan mak tadi ke rumah Mak Miah. Menantu dia sakit kaki.” Pelukannya masih belum mahu terlerai. Semakin selesa dia meletakkan dagu ke bahu Khusyairi. Rindu!

Khusyairi angguk mengerti. Dia juga tidak mahu meleraikan pelukan Amishah. Rindunya lebih menggunung tinggi.

Sama-sama rindu. Sama-sama sayang. Amishah dan Khusyairi dua-dua berdebar hebat. Kalaulah bukan kerana titik-titik hujan yang mula turun menimpa pipi, mereka tidak akan masuk ke dalam rumah.

Amishah gelak suka menyedari air hujan mengena rambut Khusyairi. Lucu pula melihatnya.

“Jom masuklah. Dah hujan.” Ajaknya kemudian.

Dia sudah berkira-kira mahu mengangkat beg pakaian Khusyairi apabila dia terasa tubuhnya seakan melayang tinggi. Menyedari tubuhnya kini dikendong Khusyairi, jeritannya kuat kedengaran namun mulutnya tertutup sendiri apabila melihat lelaki itu mengugut mahu mendekatkan bibir ke pipinya.

Ini benar-benarlah surprise. Dan romantik!

“Okey, turunkan aku Ri. Aku berat ni.”

“Tak naklah, sayang. Macam mana berat pun kau, aku tetap nak dukung.”

“Eh, pandailah kau ya. Turunlah, please? Ingat aku baby ke nak kena dukung?.”

“Aku tak kata kau baby tapi..aku sedang tunggu baby dari kau ni.”

“What?.” Amishah jegil mata besar-besar. Khusyairi sudah ketawa besar perlahan-lahan mendaki anak tangga satu-persatu.

“Hurmm...sementara belum ada baby ni, aku nak layan kau macam baby.”

Semakin panjang muncung Amishah. Sudah jauh bayangan Khusyairi. Oh ya, bercakap soal baby....Amishah tiba-tiba teringat sesuatu. Sesuatu yang menyebabkannya merajuk dengan lelaki ini namun sekali pun dia tidak dipujuk.

Sebaik sahaja tubuhnya dibaringkan di atas sofa, Amishah bangun sendiri. Menangkap erat lengan Khusyairi yang baru berpusing mahu turun semula.

“Yang, aku nak ambil beg aku. Kereta kau pun tak matikan enjin lagi. Kot ya pun tak sabar, biarlah aku settle semuanya. Kejap aje.”

“Pandailah kau tak sabar. Aku nak cakap sikit.” Walau dengan muka yang memerah hangat, dia cuba memasamkan riak. Elusan tangan Khusyairi di rambutnya ditepis perlahan.

“Nak cakap apa? Bila nak berikan aku baby? Atau bila masa yang sesuai nak dapatkan baby tu?.” Soalan Khusyairi bernada nakal dengan kenyitan mata penuh erti.

Nafasnya ditarik dalam-dalam. “Kau betul-betul nak baby ke? Dengan aku? .”

Reaksi Khusyairi cukup pantas. Penuh keyakinan. Dia mengangguk cepat. Berkali-kali. Memang dia mahukan anak, dan Amishah ibunya. Entah kenapa. Selain cintanya, mungkin salah satu alasan kukuh yang dia ada, dia akan dibenarkan berpindah ke cawangan di Kuala Lumpur sekiranya dia punya anak. Sekiranya Amishah mengandung.

Ya, mungkin itu!

“Kau dah sedia ke nak pikul tanggungjawab jadi papa? Kena layan itu ini kehendak dia nanti. Nak jaga makan minum, amal ibadat dan keperluan persekolahan dia? Dah sedia?.” Amishah bertukar serius.

Soalan Amishah disambut senyuman Khusyairi. Sejak dia mula jatuh cinta pada Amishah, sejak itu lagi dia sudah bersedia. Kahwin maksudnya akan ada zuriat, insyaallah. Bukankah begitu fitrahnya?

“Sayang, aku kerja dah lima tahun. Aku ada simpanan yang mencukupi untuk tanggung semua keperluan malah bukan untuk dia aje, tapi untuk mereka semua. Insyaallah.”

“Mereka?.”

“Yelah. Mereka. Baby dan adik-adik baby?.”

“Ri!!!!!!!!.”

“Eh, betullah. Aku nak dapatkan seberapa ramai anak dengan kau. Aku nak didik dia dengan kau.”

Ya Allah....kepalanya seakan berpinar tapi jauh di sudut hati, bahagianya tak boleh dinafikan lagi. Mencipta angan-angan membesarkan keluarga. Oh Tuhan!

“Soalan terakhir.” Kedua belah bahu Khusyairi digenggam erat. “Kau sedia ke tengok aku usung perut? Nanti kalau aku jadi gemuk macam mana?.”

“Sayang? What’s with the question?.”

“Just answer me, dear.”

“Dear? You called me, dear?.”

“Tak suka ke?.”

“Sukalah tapi panggil darling macam dulu boleh tak?.”

“Pandailah.”

“Alah, please, honey?.”

“Okey...boleh, darling, honey.” Amishah panjangkan muncung.

“Yeah, happy macam ni. Tapi kena janji, once kita dah dapat anak, you must call me abang. Could you, honey?.”

Oh, baby lagi!

“Baiklah, abang sayang. Shah janji.”

Khusyairi ketawa suka. Dicuitnya hidung Amishah sebelum mendekatkan bibir ke telinga isterinya. Dia berbisik sesuatu dan bisikannya itu menyebabkan Amishah menjerit kuat dari mula dia turun mematikan enjin sehinggalah dia naik semula mendapatkan isterinya.

“Pregnant woman bukannya gemuk, dia akan jadi seksi. Aku dah lama imagine kau mengandung lepas kita lalui malam tu dan kau betul-betul nampak seksi.”

Patutlah Khusyairi berani-beraninya menyimpan blaus untuk wanita mengandung di dalam beg pakaiannya dulu. Ri!

11 comments:

  1. tyea exam ke..all the best 2 u dear..
    apapun..sweet lor..

    ReplyDelete
  2. ooo....
    pakaian mengandung rupe nyer,,,
    hish,,,hish,,,
    so sweet.....!!!!!!

    ReplyDelete
  3. best2...smbg cepat yerk

    ReplyDelete
  4. so sweett....
    bahagianya mereka..

    blaus mengandung la pulak..kekeke
    ada brapa episod lagi ni cikgu?
    cikgu tak lama lagi nak cuti panjang kan?

    ReplyDelete
  5. sweet2... akak suka... sila smbg lagi... x sbr nk tau kisah seterusnya... best2...

    ReplyDelete
  6. oooo..adiah yg Ri bg baju mgandug ek..hahaha..klakar..

    ReplyDelete
  7. la.. blouse untuk pregnant women rupanya... hahahaha... gimik tul...

    ReplyDelete
  8. to all :
    jawapan bebas..kekeke...kepada semua soalan tapi before that, wanna say THank you so much to all readers, especially yg leave comment..tapi entah napa ada yg x keluar g comment korang kat sini..tadi check jumlahnya lain, yg keluar lain..hehe..server ada prob kot..

    okey, jawapannya :
    ermm..saya memang dah nak cuti panjang..1 bulan tapi insyaallah akan cuba menguploadkan sambungan cerita selama cuti tu..

    sape2 yg gi teka macam2 tu..hah, dah ada jawapannya kan?hehehe

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts