Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, May 21, 2010

Mr & Mrs BFF 27

pesanan penaja dulu, sekali lagi..wakaka..okey, pesanannya ialah : Ini N3 baru ( cepat & tangkasnya aku ) untuk korang2 yg sangatlah sweet..hehe..bukan bodek tau..akak, wendy,Hana_aniz, miz ruha, aini, greeny gurlz, shima, alreinsy, eija, nana, garlic, k_ena..silent reader/readers..sorry yg x tersebut, aku refer latest comment form tu..hehe..ini stok untuk korang sampai isnin depan..aku abis paper petang tu..doakan aku ya, semua..haha..okey, bacalah :


Mendengarkan bunyi kuali diketuk, Mak Biah memanjangkan leher menjenguk ke dapur sebaik sahaja dia selesai mengemas bilik tidur.
Tidak lama dia berdiri di situ, senyumannya terukir bahagia di bibir. Di dapur, dia melihat Amishah dan Khusyairi sedang seronok bergurau senda. Amishah memasak dan Khusyairi berdiri rapat di sisinya sambil sesekali cuba memeluk isterinya.
“Syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan berkekalanlah mereka bahagia, Ya Allah.” Doanya meraup muka sebelum berlalu mendapatkan Haji Rusdi.
Amishah masih ralit mengaupbalik nasi goreng kampung di dalam kuali. Puas sudah dia membebel minta Khusyairi duduk saja di meja makan atau pergi berbual bersama Haji Rusdi di ruang tamu tetapi Khusyairi sekadar buat muka blur. Buat-buat tak faham arahan.
Kerja mudah seperti ini pun jadi lama dibuatnya bila tangan Khusyairi asyik bergerak ke sana ke mari cuba mengganggu.
Memanglah hari ini dan esok dia sudah mengambil cuti kecemasan semata-mata mahu menemani Khusyairi ke Kuala Lumpur tapi sekarang sudah hampir pukul lapan. Sarapan satu pun belum terhidang.
“Please, darling. Aku nak siapkan ni cepat. Kesian abah dengan mak. Kau pun tentu dah laparkan?.” Dia cuba memujuk bila api gas dimatikan pula oleh Khusyairi. Nakalnya!
“Aku tak nak makan nasi goreng.”
“Okey, kalau tak nak makan nasi goreng, nak makan apa? Aku masakkan yang lain ya tapi kena janji jangan kacau aku.”
“Betul?.” Khusyairi buat muka manja. Amishah sudah tergeleng. Macam inikah nanti lagaknya kalau benar mereka dikurniakan anak? Kalau begini, sumpah, pengsanlah dia melayan mereka nanti. Kalau dah papanya manja, anaknya mestilah dua kali ganda lebih manja.
“Cakap aje nak makan apa.”
“Aku nak makan kau, boleh?.”
“Ri!!!!.”
Khusyairi ketawa suka sedang Amishah sudah memasamkan muka. Api gas dihidupkan semula dan kerjanya diteruskan lekas. Malas mahu melayan Khusyairi. Mengada-ngada. Gatal!
Semakin dilayan semakin menjadi pula perangainya.
Selesai dengan nasi goreng, dia bergerak ke kabinet. Mencapai bekas berisi teh dan gula. Masuk sahaja kedua-duanya di dalam jag, air panas segera dituang. Dikacaunya beberapa saat sebelum diletak di meja makan.
“Aku tolong ambilkan cawan dan pinggan ya?.”
Tawaran Khusyairi tidak mendapat respon. Amishah berlalu ke arah tudung saji di bahagian lain. Dikeluarkan sepinggan ubi kayu rebus dan sambal bilis buatan emaknya dan dihidang bersama nasi goreng dan air teh. Khusyairi bagai anak-anak kecil menurut ke mana saja dia melangkah.
“Boleh jangan pegang baju aku tak?.” Rimas dia. Sudahlah Khusyairi mengikutnya ke mana saja, siap dengan memegang bajunya pula. Tak ubah macam anak kecil!
“Pegang kain boleh?.”
“Hish, bencinya macam ni! Seriuslah sikit.”
Marahnya cuma disambut senyuman oleh Khusyairi. Siap semuanya, dia bergerak pula ke sinki. Membasuh tangannya dan sepasang lagi tangan yang tiba-tiba dihulur dengan muka manja.
“Okey, baby manja. Sekarang pergi panggil abah dengan mak. Kita nak sarapan. Dah lapar. Dah lebih jam lapan.” Amishah sengaja melembutkan suara. Senyumannya sengaja dimaniskan.
“Baik, mama!.”
Ya Allah...besar biji matanya memandang Khusyairi tersengih-sengih berlalu ke ruang tamu. Ri...Ri...kata nak jadi papa tapi perangai?






“Bilik nombor 303, tingkat 3 ya, Encik, Puan. Dia akan bawa encik dan puan naik ke atas.”
“Okey, terima kasih.”
Khusyairi mencapai kunci yang dihulur sebelum meraih pinggang Amishah berlalu mengikut seorang pekerja hotel yang membawa beg pakaian mereka.
Tidak sampai lima minit kemudian, mereka sudah masuk ke dalam bilik yang ditempahkan pihak syarikat untuk Khusyairi. Pekerja itu segera berlalu sebaik sahaja poketnya diisikan dengan sehelai not sepuluh ringgit.
“Sayang suka tak?.”
“Cantik, selesa. Bolehlah. Percuma, kan?.”
Amishah bergerak ke arah balkoni. Memandang ke arah bawah, kereta bertali arus seakan tidak dapat bergerak sama sekali. Tensionnya hidup di kota besar begini. Mujurlah dia tinggal di KL bersaiz kecil, Kuala Lipis.
“Sekejap lagi aku nak turun meeting dengan big boss. Kau duduklah rehat-rehat sementara tu. Insyaallah lepas meeting tu, aku naik ambil kau. Kita pergi makan kat luar. Bolehkan, yang?.”
“Dah nak start the meeting?.”
“Ya. Big boss nak discuss sekejap aje tu. Dia dah nak bertolak ke Singapore lepas tu.”
Datuk Rahman cuma mahukan beberapa dokumen penting. Dan laporan perkembangan projek. Itu saja. Selebihnya, dia yakin dia akan berurusan dengan adiknya, Datuk Azizi.
Antara Datuk Rahman dan Datuk Azizi, dia lebih selesa berurusan dengan Datuk Azizi sebenarnya kerana lelaki itu lebih berpandangan jauh, berfikiran terbuka. Dan paling penting, Datuk Azizi tak ada anak perempuan yang gedik macam anak Datuk Rahman.
“Kalau macam tu, baik kau rehat dulu. Nanti mengantuk pula bila bincang tu.” Amishah bergerak masuk. Mendekati Khusyairi yang mengeluarkan pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam almari. “Benda tu nanti aku buatkan.”
“Tak apa. Sikit aje.”
“No..no..no, honey. Pergi rehat dulu.”
“Nanti memenatkan kau aje. Kau pun nak rehat juga, kan?.”
Amishah geleng kepala. Manja ditambah sikit degil, terhasillah Khusyairi!
Tubuh kurus Khusyairi ditariknya hingga ke katil. Sudah memandu begitu lama, dia mahu Khusyairi berehat dulu. Dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur, letihnya jangan dikira. Berkali-kali mereka berhenti tadi.
Amishah duduk menyandar pada kepala katil. Kedua-dua kakinya dilunjurkan sebelum dia meminta Khusyairi merebahkan kepala di atas pehanya. Kalau Khusyairi manja, dia pula sangat suka memanjakan!

5 comments:

  1. hahaahaha..mmg laaa kalau lelaki nie manja mengalahkan baby jerr...hehehehehe

    ReplyDelete
  2. isnin depan?
    lama tu..takpe2..kita boleh tunggu..

    good luck, tyea..

    ReplyDelete
  3. suke2,,,,
    nk lg,,,
    comey tol Ri,,,
    hehehe,,,

    ReplyDelete
  4. hehehe... sweet... good luck for the exam... pas abis exam nnt, sudi2kanlah menyambung citer ni... best2...

    ReplyDelete
  5. sgt sgt comel dan sweet!!! i like!! wee~

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts