Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, August 18, 2009

sesuci kasih seorang isteri 27

Saat terjaga seawal jam 5 pagi, aku terus keluar ke beranda. Sekali lagi. Sebelum dan selepas melukakan hati Alishah, aku tetap di sini. Sofea masih lena diulit mimpi.
Lama aku memerhatikan dirinya yang begitu menggoda semalam. Aku berdosa kerana membayangkan Alishah dalam penyatuan kami semalam. Sama sekali aku tidak boleh bernafas setiap kali menyedari wanita manja di sisiku semalam adalah Sofea, isteri keduaku.
Aku jadi kaku dan termangu walaupun dipujuk rayu dengan penuh manja oleh Sofea. Fikiranku cuba menghadirkan Alishah dan aku akhirnya jadi sama seperti sepatutnya.
Mujur aku ada membawa sebotol minyak wangi Christian Dior milik Alishah. Dalam Sofea erat memelukku, aku mencapai botol kecil itu dan mencalitkan sedikit wangian ke tubuhnya. Dan dengan itu, aku membayangkan dialah Alishah.
“Maafkan aku.”
Tanpa sedarku ada air mata yang mengalir menuruni pipi. Entahlah, aku benar-benar merasakan diriku terlalu lemah ibarat perempuan kali ini. Macam anak dara kahwin paksa.
Duduk beberapa minit sambil menenangkan diri, aku mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah. Bukankah Alishah menyangka aku di pejabat?






“Abang?.”
“Sayang?.”
Dia terus bangun selepas meletakkan kitab suci Al-quran di hujung katil. Masih lengkap bertelekung, dia datang kepadaku dengan wajah berseri-seri.
“Isha rindu dengan abang. Syukurlah abang dah balik.” Ucapnya sebaik tubuhnya ku raih ke dalam pelukan. Aku terkesan ada sisa air mata di pipinya.
“Kerja abang baru selesai. Sayang tunggu abang balik ke?.”
“Hurmm…tunggu dalam hati.”
“Janganlah menyusahkan diri lain kali. Sayang pun kena tidur cukup-cukup. Nanti sakit, susah pula.” Bukan niat untuk memarahi tapi sekadar mempamerkan rasa menyayangi.
Alishah terangguk-angguk. Batal wudhunya apabila aku tanpa tertahan lagi mendaratkan bibir ke seluruh mukanya.
“Sayang?.” Keinginanku yang satu datang menyapa.
“Isha tanggalkan telekung dulu ya.”
“Alah…”
“Tak apa. Tak lama mana.”
Dia ketawa manja. Apabila dia sudah bersedia, tiba-tiba sahaja mataku tertancap pada pintu bilik mandi. Mandi?
“Are you sure you are okay, honey?,” sapanya apabila tiba-tiba sahaja aku menghentikan langkah.
“Abang nak mandi dululah. Wait for me, dear.” Aku bingkas bangun mencapai tuala di dalam almari pakaian sebelum meluru masuk ke bilik mandi. Sempat ku kenyitkan mata kiri pada Alishah yang masih membisu di atas katil.
Ya, aku perlu membersihkan segala kekotoran yang sudah terlekat di tubuhku semalam. Aku tidak ingin kekotoran itu menyentuh walau sedikit pun tubuh isteri kecintaanku satu-satunya.


“Lamanya mandi? Suka main air ke?.” Usikan Alishah menyambutku di muka pintu. Dia tersenyum-senyum sendiri sambil membawaku duduk di birai katil. Sebelah tangannya menggosok-gosok rambutku dengan sehelai tuala putih.
Putih warna kegemaran Alishah. Putih melambangkan kesucian. Sama seperti dirinya juga. Suci daripada sebarang kekotoran. Dan Asha juga nampaknya menuruti warna kegemaran yang sama dengan mamanya. Bukan menuruti kegemaranku yang lebih gemar pada warna hitam dan merah.
“Saja nak rendam lama-lama dalam tub tu. Rasa sejuk airnya. Best.”
“Ya, sejuk. Dingin.”
“Semalam sayang rindu abang tak?.” Perhatianku mula teralih. Sengaja ku alih sebenarnya. Malas mahu berbual panjang soal air yang sejuk itu. Alishah lebih menguntungkan.
“Rindu pun nak buat macam mana? Isha rindu dalam hati aje lah.”
Spontan lidahku terkelu. Aku yang terasa atau Isha memang sengaja? Ah, mustahil dia tahu rahsiaku.
“Hmm…kalau rindu kan boleh call. Suruh abang balik cepat-cepat?.” Ujiku sedangkan dalam hati, akulah yang bodoh.
“Tak apalah. Isha tak nak mengganggu abang buat kerja. Nanti tambah lambat abang siap, tambah lambat abang sampai rumah.”
“Bijak.” Pujiku dan dia melebarkan senyuman manisnya.
“So, is everything clear by now?.”
“Alhamdulillah, I have finished all of them. Harap-harap lepas ni abang dapat rehat lebih dengan sayang. Dengan baby.”
Aku bergerak ke almari pakaian. Mengenakan deodorant sebelum menyarung baju melayu cekak musang berwarna biru muda serta kain pelikat. Sebentar sahaja lagi akan masuk waktu solat subuh.
“Abang nampak makin handsome pakai baju melayu ni.”
Mataku terus terarah ke cermin. Meneliti diriku dalam pakaian solatku. Kemas. Handsome? Mestilah.
“Thanks for the compliment, honey. I know I am, and that’s the reason why I married to the most beautiful woman in the world.”
“Alhamdulillah. Tapi Isha tak adalah secantik mana.” Alishah sudah bangun daripada katil. Rambutnya yang sudah diikat dikemas-kemaskan.
“Cantik sangat sampai abang rasa macam tak segandingan dengan sayang.”
Bahuku dielus-elusnya.
“Isha mungkin cantik. Syukurlah tapi Isha cuma secantik-cantik manusia. Tak ada sebab untuk abang rasa tak segandingan dengan Isha.”
Senyuman di bibirnya meleret lagi. Pantas aku mendaratkan sebuah kucupan paling hangat di kedua belah pipinya. Apabila aku meliarkan pandangan, Alishah mengekeh ketawa sebelum akhirnya dia meminta diri masuk ke bilik mandi untuk mengambil wudhu.
“Nakal.” Bisikku sendiri bersama senyuman lucu.
Selepas Alishah keluar, aku pula menyusul masuk mengambil wudhu sementara isteriku keluar memanggil Mak Kiah untuk solat berjemaah di bilik Asha.
Kami ada empat sebab mengapa tidak solat di mini surau kami tetapi memilih solat di dalam bilik si kecil kami.
Satu : Kami mahu Asha melihat perbuatan kami solat secara berjemaah sebagai sesuatu yang sangat murni dan mengeratkan silaturahim.
Dua : Jika kami solat di mini surau, Asha yang tidak menentu jaga dan tidur akan ketinggalan bersendirian di biliknya semasa kami bertiga solat. Bukan mengutamakan anak semata-mata tetapi bukankah menjaga keselamatan itu juga dituntut dalam islam?
Tiga : Biliknya cukup luas untuk sepuluh orang menunaikan solat jemaah.
Empat : Bilik beradu kami hanya kami berdua yang memasukinya kecuali pada masa-masa gawat yang membenarkan orang lain seperti Mak Kiah dan mama atau papa untuk memasukinya.

7 comments:

  1. besh laaa kak..
    smb0nk lg ek??
    apsl laa isha 2 baek sngt eh??
    huhu

    ReplyDelete
  2. cerita yang mnrik...
    x sbr tngu ksudahan..

    ReplyDelete
  3. sedihnya..
    sambung lagi

    ReplyDelete
  4. sweetnya dia..tp sofea tu sibuk je..sambung lag ek...

    ReplyDelete
  5. sedihnya... cian alishah... terlalu baik utk dimadukan... mmg x suka along tuh... sian gak kt zikri... x psl2 berpoligami... sofea tu pun x slh gak... yg slh si along tu la... sape suh berhutang dgn bapak sofea... ala2 mafia gitu... best2..

    ReplyDelete
  6. truk r along 2..sofia mcm baik nape die x tlg zikri..

    ReplyDelete
  7. kak tyea bila nak sambung......lama dah tunggu

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts