Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, September 29, 2009

sesuci kasih seorang isteri 31

Akhirnya…ya, akhirnya setelah aku berkorban dan menjadi korban, malam ini papa dan mama akan dapat membawa bersama anak sulung mereka bersama keluarganya sekali.
Mereka dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 malam nanti. Aku bercadang mahu mengajak Alishah dan Asha ke rumah mama dan papa petang ini. Membantu apa yang patut untuk kenduri kesyukuran menyambut kepulangan mereka.
Selama seminggu lebih mereka menunaikan umrah dan seterusnya melawat keluarga Along, tidak sekali pun aku ke sana selepas kenduri dulu.
Bukannya malas tetapi tiada masa. Tambahan pula hanya ada keluarga Pak Long sahaja di sana sedangkan aku bukannya rapat benar dengan isteri dan anak-anak Pak Long. Hanya kenal biasa-biasa sahaja.
Keluarga Pak Long dulu menetap di Singapura hampir 20 tahun maka kami memang jarang bertemu. Kalau pun ada majlis keluarga, aku si pendiam yang jarang mahu bersosial dengan mereka.
Riezman, tua 10 tahun daripada Along. Sudah punya seorang cucu perempuan. Puteri Yasmine, tua 7 tahun daripada Along. Anak sulungnya baru sahaja melaporkan diri bertugas di sebuah hospital di Sarawak. Puteri Hidyah, tua 3 tahun sudah mempunyai anak teruna berumur 18 tahun manakala Puteri Julainah, sebaya denganku baru sahaja melahirkan anak ketiganya bulan lepas.
“Tuan?.”
“Siti.” Berdegup kencang jantungku dibuatnya. Terkejut bukan kepalang. Orang tengah asyik melamun, interkom pula tiba-tiba berbunyi.
“Tuan ada meeting dengan akauntan syarikat jam 5 petang nanti. Lepas meeting dengan Datuk Yazid. Boleh ke, tuan?.”
“Eh, meeting jam 5?.”
“Tuan dah lupa ke? Kan saya ada arrangekan dua hari lepas.”
“Alamak, saya sepatutnya balik awal hari ini. Ada kenduri kat Bukit Antarabangsa. Tolong cancel dulu meeting tu. Postpone esok atau lusa.” Takkanlah aku datang waktu rombongan papa dan mama sampai? Siapa nak tolong uruskan persediaan kenduri?
“Err..this is an important meeting, sir.”
Sebuah keluhan terlepas. Siti yang aku kenal cekap orangnya. Apa dah jadi dengan setiausahaku ini?
“Siti, would you please tell me siapa bos kat sini? Me or you?.” Bukan berlagak atau meninggi diri tetapi bosan. Arahanku selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa sahaja.
“I’m sorry, sir.”
“Kalau macam tu, listen to me. Cancel meeting tu. Saya ada hal lebih penting. Family matter.”
“I’m sorry, again. I will do as you command.”
“Syukurlah.”
Dengan pantasnya aku memutuskan talian. Beberapa saat kemudian, talian bersambung tetapi bukan lagi kepada Siti. Aku menghubungi Pak Long bertanyakan apa yang perlu disiapkan lagi. Terkesan juga di hati bila aku dikatakan kurang mengambil berat kebajikan papa dan mama.
Satu mesej ku hantar kepada Alishah. Memaklumkan rancanganku mahu mengajaknya pulang ke Bukit Antarabangsa dan dia perlu pulang lebih awal.
“Message delivered to LoVe My WiFe..AliShAh”
Tetapi belum sempat aku menutup telefon, nama kekasih hatiku satu-satunya itu muncul di skrin.
“Assalamualaikum, sayang.” Sapaku. Terkejut bercampur gembira. Senang hati berpeluang mendengar suaranya yang lunak manja.
“Waalaikumsalam. Abang kat office lagi ya?.”
Aku pantas melihat jam di tangan. Pukul 1.28 tengah hari. Oh ya, waktu untuk makan tengah hari dan solat zuhur.
“Yalah, dear. Abang tak notice pun jam ni dah sampai angka 1. Sayang abang dah makan ke?.”
Kedengaran tawanya di hujung talian. “Isha baru habis meeting. Abang nak keluar makan tak?.”
“Sayang nak makan apa? Kat mana?.”
“You set the place and the menu. Isha menurut aje. Ke abang nak Isha pilihkan pula untuk kali ini?.”
Sebuah restoran melayu yang menyajikan masakan kampung melintas di fikiran. Terbayang-bayang aku ikan keli goreng berlada bersama kerabu jantung pisang dimakan bersama nasi panas.
“Sayang get ready. I’ll be there in 30 minutes. Kita makan masakan kampung hari ini.” Putusku pantas.


p/s : assalamualaikum...lama x post, sorry ya..saya baru balik kolej n to make it worse, saya bz gila2 dengan projek pemfailan sempena MQA nak datang..huhu..teruskan membaca ya...

Thursday, September 17, 2009

salam raya

hai...tuk semua orang, selamat berhari raya..maaf zahir dan batin..hati-hatilah memandu kalau nak balik kampung or pergi beraya nanti...jaga kesihatan..ceria-ceria selalu...

Sunday, September 13, 2009

sesuci kasih seorang isteri 30

“Tuan ada meeting dengan Radzin jam 4.30 petang nanti.” Ketibaanku disambut jadual daripada Siti.
“Radzin? Ada hal yang tak selesai lagi ke?.”
“Eh, Radzin kata nak bincang something. Tak cakap apa.” Siti menegakkan tubuh. Mungkin dia belum lagi keluar makan tengah hari apabila melihat fail yang berlambak di atas mejanya.
“Did he called or what?.”
“He called, of course. Kenapa, tuan? Tuan tak nak jumpa dengan dia ke? Saya boleh batalkan kalau tuan nak.”
Aku menonong masuk ke pejabat. Menyedari soalannya tidak berjawab, dia lekas-lekas bangun mengekoriku sehingga ke dalam, siap dengan organizer, reminder dan sebatang pen kesukaannya.
“Tuan?.”
“Hurmm…jangan batalkan. I wonder what is not done between us. Mungkin pasal kamu tak, siti?.”
“Saya? Kenapa dengan saya, tuan?.” Dahinya berkerut seribu, keningnya bercantum menjadi satu.
“Kamu tak rasa sesuatu ke dengan Radzin tu?.”
“There’s nothing between us, sir. So apa yang sepatutnya saya rasa pula?.”
Aku berjeda seketika. Membiarkan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Saja aku mahu bergurau di saat-saat begini. Saat perasaanku tika makan tengah hari tadi sudah terganggu.
“Tuan? Would you please explain it to me?.” Desaknya di luar sedar. Nampak benar dia seakan terasa sesuatu.
Bukankah Radzin juga menunjukkan tanda-tanda seolah dia berminat dengan setiausahaku seorang ini? Dia melihat Siti seperti melihat Siti Nurhaliza. Sedangkan Siti di hadapanku ini cuma Siti Nuralya. Cuma manisnya tetap ada.
“Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Mungkin sayalah yang silap tengok tu.” Putusku akhirnya. Sengaja mempermainkan perasaannya.
“Huh..” siti mengeluh lega. Aku memandangnya dengan sengaja menjegilkan mata dan dia sudah cepat-cepat keluar.
Siti…Siti…












Mak Kiah sedang sibuk memandikan Asha semasa aku sampai di rumah. Senang hatiku melihat pengasuhku kini sedang mengasuh anakku pula. Dengan penuh kasih sayang tentunya.
“Assalamualaikum, anak papa.”
Asha mengukir senyuman. Benar-benarkah dia memahami apa yang aku katakan ataukah dia sudah terbiasa mendengar ucapan salam daripada mamanya. Sejak dia mula disahkan mengandung lagi.
“Biar saya pakaikan Asha baju, Mak Kiah.” Aku menawarkan diri dengan penuh senang hati.
“Serius ke nak tolong Mak Kiah ni?.”
“Eh, Mak Kiah ni. Saya jarang dapat tolong Isha atau Mak Kiah.” Selama ini aku hanya tahu sampai di rumah untuk berehat. Jarang sekali aku dapat membantu mereka menguruskan rumah tangga.
“Tak penat ke?.”
Senyumanku bertambah lebar. Tubuh Asha yang sudah dibaluti tuala berwarna putih bersih aku letakkan di atas katil.
“Tak apa, Mak Kiah. Saya betul-betul nak tolong.”
“Kalau kamu dah cakap macam tu, biar Mak Kiah siapkan minuman petanglah.”
“Ya. Okey.”
Kami ditinggalkan berdua sahaja. Tubuhnya ku keringkan sebelum ku letakkan bedak bayi Johnson’s Baby.
“Baby papa nak baju warna apa malam ni?.” Pipinya ku kucup berkali-kali. Sungguh Allah s.w.t sayangkan aku dengan menganugerahkan diriku dua orang puteri yang sangat menyenangkan diriku.
Memilih hampir seminit dua, akhirnya aku mencapai baju tidur yang kelihatan comel benar berwarna ungu bercampur merah jambu. Hadiah daripada papa sempena kelahiran bayi kami.
“Assalamualaikum.”
Kelembutan suara itu lebih menarik perhatianku untuk terus menoleh ke muka pintu.
“Sayang?.”
Manis dan sangat menyegarkan senyuman di bibirnya walaupun selepas seharian dia berada di pejabat. Menguruskan itu ini hal perniagaannya. Ke sana ke sini bertemu pelanggan yang inginkan perkhidmatan kreatifnya sebagai pereka dalaman yang agak popular.
“Cantiknya anak mama. Papa tolong pilihkan baju ke?.” Dia sudah meluru memeluk Asha selepas menyalami tanganku.
Asha ketawa mengekeh. Mereka berdua : puteri hatiku, memang rapat. Harap-harapnya mereka akan kekal rapat begini sampai bila-bila.
“Sayang dah solat ke?.”
“Dah, bang. Lepas jumpa client tadi Isha ajak dia solat sekali kat masjid.”
“Ajak sekali? Lelaki ke perempuan?.” Soalku sedikit bernada cemburu. Alishah mengerutkan dahi memandangku. Sesekali dia cuba menahan ketawa.
“Masyaallah. Abang fikir banyak sangat ke lately ni? Banyak benda yang abang tersasul.” Rambutku diramas-ramas lembut. Sejuk sedikit rasa marah yang baru hendak bertapak.
“What do you mean tersasul?.”
Dari berdiri, Alishah membawa Asha duduk rapat di sisiku. Pun begitu dia tidak sesekali mengalihkan anaknya kepadaku. Tentu saja dia tidak mahu aku kepenatan.
“Abang.” Tanganku digenggam erat sebelum dibawa ke bibirnya. Aku terdiam saat dia mencium hangat kedua tanganku.
“Isha tak pernah berurusan dengan client lelaki selama ini seorang diri. Kalau Isha jumpa client, it’s a woman for sure. Kalau kena jumpa juga client lelaki, Isha akan serahkan pada the other designers in my company to take it. Or else, Isha ajak PA Isha keluar sekali.”
Kami berpandangan lama. Aku yang bersalah. Alishah yang sangat setia. Mengapa aku tidak terfikir soal ini selama ini? Apa yang aku sibuk sangat fikirkan sampai cara kerja isteri sendiri pun aku lupa?
“I’m so sorry if I made you jealous.” Tanganku dikucup sekali lagi. Lebih intim. Lebih mendamaikan.
“Sayang, abang yang sepatutnya minta maaf. Jealous tak tentu pasal kan?.”
Dia senyum dan kemudiannya menggeleng. Asha diletakkan pula di atas katilnya sendiri sebelum dia kembali kepadaku.
“Syukurlah abang cemburu. Maksudnya abang sayang lagi kat kami.”
Sekali ini aku pula yang mengerutkan dahi, mencantumkan kening. Kenapa semakin hari aku merasakan yang Alishah mengetahui sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan kebenarannya?
…maksudnya abang sayang lagi kat kami….
Alishah tahu ke? Kalau ya, bagaimana dia tahu? Membelek telefonku bukan kerja Alishah. Dia tidak akan menyentuhnya di belakangku. Sekadar untuk mengambil gambar Asha…itu saja.

Wednesday, September 9, 2009

siapa yang salah? 12

Belum jauh aku berjalan, tiba-tiba ada satu kereta dari depan slow down kereta. Ada sign yang pemandunya nak berhenti. Aku terkaku sendiri kat tepi jalan yang basah dengan air hujan.
Agak-agak siapa ya? Ya Allah, peliharalah aku..jauhkan aku daripada niat buruk sesiapa…
Aku cuba untuk menggerakkan kaki. Berjalan menjauhi kereta Nissan Sentra baru yang betul-betul berhenti kat depan aku atau kalau dah terdesak, aku akan lari. Yang pasti, aku nampak pemandu kereta tu lelaki.
Tapi malangnya kaki aku mengeras semacam. Tak nak gerak walau seinci pun. Apa hal ni?
Cermin kereta diturunkan perlahan. Siapa ni? Gelap sangat, susah aku nak kenal siapa.
“Cik?.”
Aku cuba diam buat tak layan. Kalau dia lelaki baik, selamatlah aku tapi…jarang ada lelaki baik yang masih ada kat luar macam ni waktu sekarang. Sekarang dah jam 11. Selalunya…
“Cik, nak ke mana ni?.”
Diam. Aku cuba baca zikir banyak-banyak. Minta kuatkan kaki aku untuk berjalan. Syukurlah…tiba-tiba aku dapat gerakkan kaki. Dengan lajunya aku berjalan menjauh. Janganlah dia kejar aku…
“Cik? Nak ke mana tu? Dah tengah malam ni.”
Semakin laju aku berjalan, semakin laju juga dia mengejar. Memanggil-manggil. Ya Allah…
“Tolong..jangan ganggu saya..tolonglah..” doaku dalam hati.
“Cik?.” Tiba-tiba aku terasa bahuku dipegang seseorang.
“Arrghhh!!!!!!!!!!!!!.”







“Jangan takut. Sayalah.”
Dalam ketakutan yang masih bersisa, aku cuba menganggukkan kepala dan meredakan getaran bibir yang tidak terkawal dek rasa takut sebentar tadi. Siapalah tak takut kalau lelaki entah siapa menegur di tengah jalan selewat ini?
“Boleh saya tahu, cik ni nak ke mana sebenarnya?.” Soalnya lagi sambil tengok aku menggigil pakai jaket.
“Doktor nak balik dah ke?.”
Dia angguk kepala. Syukurlah dia yang aku jumpa. Bukan melaun-melaun yang kebiasaannya duduk tunggu jalan, cari ikan segar nak dibuat lauk supper.
“Boleh saya repeat my question just now?.”
“Nanti saya cerita boleh?.”
“Hurm, tak apa. Saya tunggu.” Dia hidupkan enjin dan terus masukkan gear. Aku tak tahu ke mana kami akan pergi tapi yang pastinya aku berdoa sungguh-sungguh dia akan berlaku jujur dengan aku. Aku yang sudah sediakala malang ini.
Sepanjang jalan, aku duduk senyap mengunci mulut. Tak tahu nak bercakap pasal apa dan selebihnya aku tengah bingung mana nak pergi. Duit tak ada. Pakaian pun tak ada.
“Nak singgah makan dulu tak?.” Kereta tiba-tiba jadi perlahan.
Aku tengok sekeliling jalan ada gerai makan yang sesak dengan orang ramai. Doktor ada juga ke yang sudi makan kat tempat macam ini?
“Hah!.” Jarinya tiba-tiba dipetik depan mata. Dia senyum melihat aku terperanjat dan mengurut dada.
“Ingat saya tak pandai makan kat gerai ke?.”
“Macam mana doktor tahu apa yang saya fikir?.”
Dia senyum lagi. “Please, jangan panggil saya doktor. Saya ada nama sendiri yang ayah saya bagi.”
“Nama apa?.”
“Shamim dan Aqasha.”
Shamim dan Aqasha? “Maksudnya nama awak Aqasha?.” Dengan muka berkerut-kerut aku tengok lelaki handsome di sebelah aku ni. Dia angguk kepala dua kali dengan yakin.
Dia hulur tangan nak bersalaman tapi aku geleng minta pengertian yang aku takkan bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Itu yang abang selalu pesan dengan aku dari dulu.
“Jom, keluar makan dulu. Saya tahu hati awak tak senang.”
Memang aku lapar tapi selera nak makan memang tak ada langsung. Masalah bertimbun depan mata, macam mana nak makan pula? tapi sebab nak tunjukkan rasa terima kasih, aku menurut juga.
“Good Shamim!.” Sempat lagi dia memuji masa aku baru nak tutup pintu kereta Nissan Sentra Aqasha aka doktor handsome.
“Tapi, macam mana awak tahu nama saya Shamim?.”

Friday, September 4, 2009

sesuci kasih seorang isteri 29

Aku tiba lebih awal di tempat yang sudah dijanjikan. Sebuah restoran makanan barat yang agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan Alishah. Dia kurang gemar western food.
“Abang dah sampai?.”
Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma berbual di telefon. Macam mana dia nak nampak apa yang aku buat?
“Ya. Dah duduk pun.”
“Sekejap ya, bang. Sofea nak park kereta lagi.”
“It’s okay. Take your time.” Dan talian segera ku putuskan.
Kenapa aku tiba-tiba setuju keluar makan tengah hari dengan Sofea hari ini? Selepas peristiwa dua hari lalu itu?
Sementara menanti dia sampai, aku membelek-belek gambar-gambar Alishah dan Asha di dalam telefon bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup aurat. Katanya dia takut ada orang lain melihat atau terlihat dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera.
Aku pernah cuba menangkap gambarnya tidak memakai tudung semasa dia tidur tetapi akhirnya dia dapat tahu. Dia takut aku marah tetapi akhirnya dia merayu memintaku memadamnya.
“Assalamualaikum.” Seseorang berbisik betul-betul di telinga.
Sofea!!
“Waalaikumsalam.” Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun kata-kata baik yang dihulur Sofea tetapi dengan cara yang begitu, sungguh aku terkejut.
Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk. Senyumannya melebar di bibir. Pastilah dia berbahagia kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari. ‘Temujanji’ pertama kami selepas bergelar suami isteri.
Seketika muncul seorang pelayan lelaki menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir memilih makanan hinggakan pelayan tadi mengalihkan perhatian beberapa kali.
“Kata favorite food ada kat restoran ni.” Perlahan aku memberi isyarat yang aku juga sudah bosan menunggu tanpa ditanya apa yang hendak ku makan.
“Hurrmm..confused. Tak tahu nak makan apa bila dah duduk sama dengan abang ni. I used to be with my colleague.”
Terharu? Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya…dapat ku lihat betapa terujanya dia dapat bersama diriku. Mengapa ya? Di mana sebenarnya dia mengenaliku hingga dia begini suka kepadaku?
Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya sesekali datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya. Baru tiga tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri. Menguruskan bisnesnya. Itupun setahuku, dia menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat perkapalan antarabangsa sahaja.
Syarikatku yang tidak semegah mana itu? Belum pernah berurusan dengan Top World Shipping Company miliknya.
“May I have your order now, madam?.” Mungkin dah tak tertahan lagi tertunggu-tunggu, pelayan itu akhirnya bersuara juga.
Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu Sofea. Sempat lagi matanya melirik padaku sebelum bersuara.
“I’d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How about that, abang?.”
“Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah pada sofea nak makan apa.” Sungguh respon yang sangat mematikan selera seorang isteri.
“Oh, abang suka fish and chips rupanya.”
“I think so.”
Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya sebentar dan aku pula yang bergegar sendiri. Mujurlah akal warasku sempat menghalangku daripada melakukan tindakan refleks yang dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea jatuh diinjak kaki pelayan ini.
“Okay.”
Pelayan tadi senyum mesra. “So, what would be your final order?.”
“I’ll decide.” Putusnya. Tegas. Walaupun suaranya masih lembut.
Aku cuma mampu terangguk-angguk. Sepanjang perkahwinanku dengan Alishah, dia tidak pernah memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-sungguh memastikan aku jugalah yang akan paling berpuas hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan.
“We’ll take fish and chips but please put some chicken sauce on mine. About the drinks, we’ll take fresh orange. That’s all for now.”
Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh orange dan aku tidak suka fish and chips…
Dari langkah pertama yang diambil pelayan itu hinggalah pertemuan kami berakhir di muka pintu restoran tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan rumusanku : membosankan.

p/s: Assalamualaikum...sorry erk..lambat masukkan entry...SYS pula mungkin kena tunggu lagi sebab saya tengah diserang penyakit kekeringan idea..hehe..so sorry...

Wednesday, September 2, 2009

siapa yang salah? 11

Pukul 6.15 petang. Telefon tak berbunyi, pintu pagar tak bergegar. Mana dia doktor handsome aku ni? Takkan menipu kot?
Mak ngah dan pak ngah yang baru sampai buat aku kelam-kabut masuk dalam rumah. Direct ke dapur. Tak nak lah dia tanya-tanya apa yang aku buat senja-senja kat laman depan tu.
Aku capai teko dan bancuhkan air teh panas. Sekejap lagi diorang mesti nak minum petang. Dah nak makan malam pun masih nak minum petang. Tak reti kenyang ke apa?
Siap letak air, cawan dan kuih pulut merah, aku terduduk di kerusi sebelum loceng pagar tiba-tiba berbunyi. Sekejapan aku terus terbangun. Dia ke?
“Sha, pergi tengok siapa tu.”
“Ya, mak ngah.”
Kemaskan sikit baju. Nasib baik bedak tak luntur lagi.
“Eh?.”
Bukan si handsome yang muncul di depan mata tapi seseorang yang dah sekian lama tak mencariku. Lama aku terpaku di pintu.
“Abang?.”
“Sha, abang nak bagi benda ni dengan sha.”
“Benda apa, bang?.” Terketar-ketar aku tanya. Abang dah nampak lain. Makin kurus dan kulit dia gelap sikit. Mungkin dia banyak sangat buat kerja luar kot.
“Sha, siapa tu? Buat apa cakap kat pagar? Kalau tak kenal, jangan layan. Mat bangla ke?.” Suara mak ngah yang muncul tiba-tiba betul-betul buat aku terkejut.
Abang tengok aku. Dia tersengih sikit. Kesian, kena tuduh mat bangla pula.
“Abang saya, mak ngah. Boleh dia masuk?.”
“Abang kau? Abang mana?.”
“Mak ngah, abang saya. Harith. Harith Luqman.”
“Oh, Luqman. Suruhlah dia masuk.”
Peliknya. Takkan anak saudara sendiri pun mak ngah tak kenal kot? Oh, mungkin keluarga sebelah mak dia memang tak ambil tahu sangat kot…entahlah..biarlah dia.
Aku buka pintu pagar luas-luas.
“Mari masuk, bang. Kita cakap kat dalam.” Panjang sudah tanganku mahu menariknya sekali tapi teringatkan hubungan kami, aku termalu sendiri.
“Hmm..tak payah kat dalam lah. Duduk kat luar ni pun okey.”
“Okey.”


“Mak ngah, saya nak pindah.”
Nekad. Aku memang dah nekad. Terbeliak mata mak ngah dan pak ngah. Sudah cukup aku dilayan macam hamba dalam rumah ni. Sudah cukup aku dianiaya selama ini.
“Apahal sha nak pindah pula?.”
Apahal? Ketawa aku dalam hati. Dia boleh tanya aku apahal aku nak pindah? Macamlah dia dah cukup bagus layan aku.
“Mak ngah, tak usah nak pura-puralah. Saya dah tahu semua rahsia mak ngah sembunyikan selama saya kat sini.”
“Rahsia? Kau cakap apa ni?.”
Senyuman paling sinis aku lempar. Mak ngah menjeling tak nak mengalah.
“Apa sangat yang kau tahu? Hah, cakaplah!!!!.”
“Dosa sendiri takkan dah lupa kot, mak ngah.”
“Kau ni kan, sha. Tak sedar dek untung betul. Kau tau tak kau tu anak yatim piatu? Dah tak ada orang nak pelihara kau? Aku ambil kau dah cukup bagus tau. Dan sekarang kau nak pindah pula? Apahal kau ni hah?.”
Mak ngah dah berdiri cekak pinggang. Belum sempat aku mengelak, dia dah rentap rambut aku. Ya Allah!!!!
“Mak ngah, saya tahu saya yatim piatu. Tapi saya lagi rela mengemis di jalanan daripada jadi hamba mak ngah tau? Saya jadi orang gaji kat rumah ni, buat itu ini. Saya tak kisah.”
“Oh, rela mengemis ke? Baik, kau boleh keluar dari rumah aku ni dan jangan bawa satu apa benda pun. Pergi mampuslah kau kat luar tu.”
“Ya, sekurang-kurangnya saya tak makan hak orang lain. Terutamanya hak anak yatim macam saya ni.”
Dan aku terus lari masuk bilik. Ambil dompet, telefon dan bingkai gambar. Sarung tudung ke kepala dan terus keluar.
Air mataku tumpah betul-betul bila aku dah berhenti berlari. Hujan rintik-rintik buat aku tambah pilu. Ke mana aku nak pergi ni???
Rumah abang? Tapi sekarang dah malam. Aku tak boleh ke sana.
Rumah Wazir? Tapi aku segan dengan mak bapa dia.
Aku buntu. Mana nak aku melangkah ni? Abang…aku cuba telefon tapi malangnya kredit telefon dah lama tamat tempoh. Public phone pun tak ada kat sekeliling ni. Ya Allah..tolonglah aku, Ya Allah..

Popular Posts