Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Sunday, September 13, 2009

sesuci kasih seorang isteri 30

“Tuan ada meeting dengan Radzin jam 4.30 petang nanti.” Ketibaanku disambut jadual daripada Siti.
“Radzin? Ada hal yang tak selesai lagi ke?.”
“Eh, Radzin kata nak bincang something. Tak cakap apa.” Siti menegakkan tubuh. Mungkin dia belum lagi keluar makan tengah hari apabila melihat fail yang berlambak di atas mejanya.
“Did he called or what?.”
“He called, of course. Kenapa, tuan? Tuan tak nak jumpa dengan dia ke? Saya boleh batalkan kalau tuan nak.”
Aku menonong masuk ke pejabat. Menyedari soalannya tidak berjawab, dia lekas-lekas bangun mengekoriku sehingga ke dalam, siap dengan organizer, reminder dan sebatang pen kesukaannya.
“Tuan?.”
“Hurmm…jangan batalkan. I wonder what is not done between us. Mungkin pasal kamu tak, siti?.”
“Saya? Kenapa dengan saya, tuan?.” Dahinya berkerut seribu, keningnya bercantum menjadi satu.
“Kamu tak rasa sesuatu ke dengan Radzin tu?.”
“There’s nothing between us, sir. So apa yang sepatutnya saya rasa pula?.”
Aku berjeda seketika. Membiarkan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Saja aku mahu bergurau di saat-saat begini. Saat perasaanku tika makan tengah hari tadi sudah terganggu.
“Tuan? Would you please explain it to me?.” Desaknya di luar sedar. Nampak benar dia seakan terasa sesuatu.
Bukankah Radzin juga menunjukkan tanda-tanda seolah dia berminat dengan setiausahaku seorang ini? Dia melihat Siti seperti melihat Siti Nurhaliza. Sedangkan Siti di hadapanku ini cuma Siti Nuralya. Cuma manisnya tetap ada.
“Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Mungkin sayalah yang silap tengok tu.” Putusku akhirnya. Sengaja mempermainkan perasaannya.
“Huh..” siti mengeluh lega. Aku memandangnya dengan sengaja menjegilkan mata dan dia sudah cepat-cepat keluar.
Siti…Siti…












Mak Kiah sedang sibuk memandikan Asha semasa aku sampai di rumah. Senang hatiku melihat pengasuhku kini sedang mengasuh anakku pula. Dengan penuh kasih sayang tentunya.
“Assalamualaikum, anak papa.”
Asha mengukir senyuman. Benar-benarkah dia memahami apa yang aku katakan ataukah dia sudah terbiasa mendengar ucapan salam daripada mamanya. Sejak dia mula disahkan mengandung lagi.
“Biar saya pakaikan Asha baju, Mak Kiah.” Aku menawarkan diri dengan penuh senang hati.
“Serius ke nak tolong Mak Kiah ni?.”
“Eh, Mak Kiah ni. Saya jarang dapat tolong Isha atau Mak Kiah.” Selama ini aku hanya tahu sampai di rumah untuk berehat. Jarang sekali aku dapat membantu mereka menguruskan rumah tangga.
“Tak penat ke?.”
Senyumanku bertambah lebar. Tubuh Asha yang sudah dibaluti tuala berwarna putih bersih aku letakkan di atas katil.
“Tak apa, Mak Kiah. Saya betul-betul nak tolong.”
“Kalau kamu dah cakap macam tu, biar Mak Kiah siapkan minuman petanglah.”
“Ya. Okey.”
Kami ditinggalkan berdua sahaja. Tubuhnya ku keringkan sebelum ku letakkan bedak bayi Johnson’s Baby.
“Baby papa nak baju warna apa malam ni?.” Pipinya ku kucup berkali-kali. Sungguh Allah s.w.t sayangkan aku dengan menganugerahkan diriku dua orang puteri yang sangat menyenangkan diriku.
Memilih hampir seminit dua, akhirnya aku mencapai baju tidur yang kelihatan comel benar berwarna ungu bercampur merah jambu. Hadiah daripada papa sempena kelahiran bayi kami.
“Assalamualaikum.”
Kelembutan suara itu lebih menarik perhatianku untuk terus menoleh ke muka pintu.
“Sayang?.”
Manis dan sangat menyegarkan senyuman di bibirnya walaupun selepas seharian dia berada di pejabat. Menguruskan itu ini hal perniagaannya. Ke sana ke sini bertemu pelanggan yang inginkan perkhidmatan kreatifnya sebagai pereka dalaman yang agak popular.
“Cantiknya anak mama. Papa tolong pilihkan baju ke?.” Dia sudah meluru memeluk Asha selepas menyalami tanganku.
Asha ketawa mengekeh. Mereka berdua : puteri hatiku, memang rapat. Harap-harapnya mereka akan kekal rapat begini sampai bila-bila.
“Sayang dah solat ke?.”
“Dah, bang. Lepas jumpa client tadi Isha ajak dia solat sekali kat masjid.”
“Ajak sekali? Lelaki ke perempuan?.” Soalku sedikit bernada cemburu. Alishah mengerutkan dahi memandangku. Sesekali dia cuba menahan ketawa.
“Masyaallah. Abang fikir banyak sangat ke lately ni? Banyak benda yang abang tersasul.” Rambutku diramas-ramas lembut. Sejuk sedikit rasa marah yang baru hendak bertapak.
“What do you mean tersasul?.”
Dari berdiri, Alishah membawa Asha duduk rapat di sisiku. Pun begitu dia tidak sesekali mengalihkan anaknya kepadaku. Tentu saja dia tidak mahu aku kepenatan.
“Abang.” Tanganku digenggam erat sebelum dibawa ke bibirnya. Aku terdiam saat dia mencium hangat kedua tanganku.
“Isha tak pernah berurusan dengan client lelaki selama ini seorang diri. Kalau Isha jumpa client, it’s a woman for sure. Kalau kena jumpa juga client lelaki, Isha akan serahkan pada the other designers in my company to take it. Or else, Isha ajak PA Isha keluar sekali.”
Kami berpandangan lama. Aku yang bersalah. Alishah yang sangat setia. Mengapa aku tidak terfikir soal ini selama ini? Apa yang aku sibuk sangat fikirkan sampai cara kerja isteri sendiri pun aku lupa?
“I’m so sorry if I made you jealous.” Tanganku dikucup sekali lagi. Lebih intim. Lebih mendamaikan.
“Sayang, abang yang sepatutnya minta maaf. Jealous tak tentu pasal kan?.”
Dia senyum dan kemudiannya menggeleng. Asha diletakkan pula di atas katilnya sendiri sebelum dia kembali kepadaku.
“Syukurlah abang cemburu. Maksudnya abang sayang lagi kat kami.”
Sekali ini aku pula yang mengerutkan dahi, mencantumkan kening. Kenapa semakin hari aku merasakan yang Alishah mengetahui sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan kebenarannya?
…maksudnya abang sayang lagi kat kami….
Alishah tahu ke? Kalau ya, bagaimana dia tahu? Membelek telefonku bukan kerja Alishah. Dia tidak akan menyentuhnya di belakangku. Sekadar untuk mengambil gambar Asha…itu saja.

3 comments:

  1. huhu..sian kat alisha..
    maybe die dh tau suaminya kwin lain..
    just tggu suaminya admit saja..

    ReplyDelete
  2. ske en3 kli ni...cpt smbung lg ye?

    ReplyDelete
  3. ish..ish..mesti panjang lagi cite ni..walaupun along dah bebas...macmana kalo tiba2 sofea pregnant? takkan ayah sofea nk diam jer....mesti dia kena bertanggungjawab...alamat nyer meleret2 la cerita ini...huuhu..

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts