Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, September 9, 2009

siapa yang salah? 12

Belum jauh aku berjalan, tiba-tiba ada satu kereta dari depan slow down kereta. Ada sign yang pemandunya nak berhenti. Aku terkaku sendiri kat tepi jalan yang basah dengan air hujan.
Agak-agak siapa ya? Ya Allah, peliharalah aku..jauhkan aku daripada niat buruk sesiapa…
Aku cuba untuk menggerakkan kaki. Berjalan menjauhi kereta Nissan Sentra baru yang betul-betul berhenti kat depan aku atau kalau dah terdesak, aku akan lari. Yang pasti, aku nampak pemandu kereta tu lelaki.
Tapi malangnya kaki aku mengeras semacam. Tak nak gerak walau seinci pun. Apa hal ni?
Cermin kereta diturunkan perlahan. Siapa ni? Gelap sangat, susah aku nak kenal siapa.
“Cik?.”
Aku cuba diam buat tak layan. Kalau dia lelaki baik, selamatlah aku tapi…jarang ada lelaki baik yang masih ada kat luar macam ni waktu sekarang. Sekarang dah jam 11. Selalunya…
“Cik, nak ke mana ni?.”
Diam. Aku cuba baca zikir banyak-banyak. Minta kuatkan kaki aku untuk berjalan. Syukurlah…tiba-tiba aku dapat gerakkan kaki. Dengan lajunya aku berjalan menjauh. Janganlah dia kejar aku…
“Cik? Nak ke mana tu? Dah tengah malam ni.”
Semakin laju aku berjalan, semakin laju juga dia mengejar. Memanggil-manggil. Ya Allah…
“Tolong..jangan ganggu saya..tolonglah..” doaku dalam hati.
“Cik?.” Tiba-tiba aku terasa bahuku dipegang seseorang.
“Arrghhh!!!!!!!!!!!!!.”







“Jangan takut. Sayalah.”
Dalam ketakutan yang masih bersisa, aku cuba menganggukkan kepala dan meredakan getaran bibir yang tidak terkawal dek rasa takut sebentar tadi. Siapalah tak takut kalau lelaki entah siapa menegur di tengah jalan selewat ini?
“Boleh saya tahu, cik ni nak ke mana sebenarnya?.” Soalnya lagi sambil tengok aku menggigil pakai jaket.
“Doktor nak balik dah ke?.”
Dia angguk kepala. Syukurlah dia yang aku jumpa. Bukan melaun-melaun yang kebiasaannya duduk tunggu jalan, cari ikan segar nak dibuat lauk supper.
“Boleh saya repeat my question just now?.”
“Nanti saya cerita boleh?.”
“Hurm, tak apa. Saya tunggu.” Dia hidupkan enjin dan terus masukkan gear. Aku tak tahu ke mana kami akan pergi tapi yang pastinya aku berdoa sungguh-sungguh dia akan berlaku jujur dengan aku. Aku yang sudah sediakala malang ini.
Sepanjang jalan, aku duduk senyap mengunci mulut. Tak tahu nak bercakap pasal apa dan selebihnya aku tengah bingung mana nak pergi. Duit tak ada. Pakaian pun tak ada.
“Nak singgah makan dulu tak?.” Kereta tiba-tiba jadi perlahan.
Aku tengok sekeliling jalan ada gerai makan yang sesak dengan orang ramai. Doktor ada juga ke yang sudi makan kat tempat macam ini?
“Hah!.” Jarinya tiba-tiba dipetik depan mata. Dia senyum melihat aku terperanjat dan mengurut dada.
“Ingat saya tak pandai makan kat gerai ke?.”
“Macam mana doktor tahu apa yang saya fikir?.”
Dia senyum lagi. “Please, jangan panggil saya doktor. Saya ada nama sendiri yang ayah saya bagi.”
“Nama apa?.”
“Shamim dan Aqasha.”
Shamim dan Aqasha? “Maksudnya nama awak Aqasha?.” Dengan muka berkerut-kerut aku tengok lelaki handsome di sebelah aku ni. Dia angguk kepala dua kali dengan yakin.
Dia hulur tangan nak bersalaman tapi aku geleng minta pengertian yang aku takkan bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Itu yang abang selalu pesan dengan aku dari dulu.
“Jom, keluar makan dulu. Saya tahu hati awak tak senang.”
Memang aku lapar tapi selera nak makan memang tak ada langsung. Masalah bertimbun depan mata, macam mana nak makan pula? tapi sebab nak tunjukkan rasa terima kasih, aku menurut juga.
“Good Shamim!.” Sempat lagi dia memuji masa aku baru nak tutup pintu kereta Nissan Sentra Aqasha aka doktor handsome.
“Tapi, macam mana awak tahu nama saya Shamim?.”

4 comments:

  1. so luvly..
    aqasha n shamim

    ReplyDelete
  2. eerrmm..
    abang camne??
    sambung lagi tyea..

    ReplyDelete
  3. sys mmg best..
    tp xbnyak n3 yg dpos
    mmg best..n sy suka

    ReplyDelete
  4. sys mmg best..
    tp xbnyk n3 yg dpos

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts