Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, March 31, 2009

sesuci kasih seorang isteri 8

Selepas selesai makan tengah hari bersama akauntan baru syarikat, aku bergegas pula kembali ke pejabat. Siti baru sahaja menghantar sms mengatakan Radzin sudah sampai di pejabat.
“Sorry, bro. Lambat.” Termengah-mengah aku dibuatnya. Jalan jammed dan menunggu pula lif tak turun-turun.
Radzin tersengih kecil memandangku. Kami segera masuk ke bilikku dengan pesanan agar menghantarkan minuman kepada siti.
“Macam letih sangat aku tengok kau sejak ada baby ni. Kau kena stay up ke malam-malam kalau baby nangis?.”
Aku segera tepuk dahi. Malu sebenarnya. Mana pernah aku yang berjaga malam kalau anak kami terjaga. Alishah juga yang menjenguknya. Dia mendodoi Asha dengan selawat dan zikir sehingga si kecil tertidur semula.
“Tak adalah. Kenapa, kau rasa aku nampak tak bertenaga lagi ke?.” Setahu aku, setiap hari ke pejabat hatiku lapang. Senang. Kecuali dua hari ini, banyak benda perlu diurus setelah beberapa kali mengambil cuti. Dengan urusan temu janji Asha lagi.
Kehadiran siti bersama dua cawan teh menutup mulut kami serentak. Menunggu sehingga dia keluar semula namun sesuatu yang pelik bagiku apabila menyedari mata Radzin tidak henti merenung wajah setiausahaku ini.
“Minat ke?.”
“Hah?.”
Pecah ketawaku dibuatnya. Radzin…Radzin..
“Kalau minat, janganlah pura-pura. Orang cantik ni bukan boleh biar lama-lama. Sedar-sedar nanti dah ada yang rebut.”
Sudah dua tahun semenjak Radzin dan Tanya berpisah. Sudah besar pun anak tunggal mereka. Memendam rasa. Tanya ego benar tidak mahu menambah anak sedangkan Radzin yang sudah bosan bergelar anak tunggal, sudah tentulah menginginkan keluarga yang lebih besar.
“Ish, mana kau tau aku minat kat secretary kau tu? Pandai-pandai aje nak serkap jarang orang.”
“Aku tak cakap minat..aku cakap kalau minat.”
“Ada-ada ajelah kalau dengan kau ni. Dah, kita straight to the point. Discussion ni jauh lebih penting daripada gossip kau tu.”
Merah mukanya mencapai briefcase. Radzin…Radzin…





“Assalamualaikum, bang.”
Aduh, dah nak jam lapan! Asha mesti tengah risau ni. Ini semua sebab nak siapkan kerja yang memang tak reti nak habislah.
“Ya, sayang. Kejap lagi abang balik. Sayang ada nak apa-apa?.” Jadual pergi pasar setiap hari rabu untuk sementara ni dah pindah ke bahu aku. Alishah memang aku tak izin langsung bawa kereta keluar pergi mana-mana tengah dalam pantang ni.
“Nak abang balik aje. Tak nak benda lain. Dua-dua Alishah kat sini dah rindu kat abang.”
Ya. Dua-duanya Alishah. Dua-duanya pun milikku. Dua-duanya aku sayang sepenuh hati. Dua-duanya menyintaiku.
“Sekejap ya, sayang. Give me an hour. Lepas siap semua, abang terus balik.”
“Mudah-mudahan. Amin.”
Amin? Mudah-mudahan? Apa maksudnya?
“What do you mean, dear? Amin? Mudah-mudahan?.” Apakah dia menyangka aku melencong ke mana-mana? Ah, tapi isteriku yang berhati suci ini tidak pernah meraguiku walau sedikit pun. Tidak pernah dia bersangka yang bukan-bukan.
“Tak, bang. I didn’t mean anything. It’s just a pray for you. Mudah-mudahan Allah izinkan abang balik rumah bila dah habis kerja. Abang marah? Isha minta maaf.” Suaranya berubah lemah.
Aku pula yang terasa bersalah. “No, dear. Abang tak marah. Abang curious aje. Tak faham maksud sayang abang ni. Sekarang dah faham.”
Barulah aku mendengar helaan nafasnya yang benar-benar kelegaan. Alishah. Taat benar dia padaku.
“Thanks, abang. Isha letak dulu ya. Abang kerja baik-baik. Hati-hati duduk sorang dalam office tu. Both of us here love you. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. I love you two more, dear.”



Tidak ku sangka sama sekali kerjaku hanya berakhir di saat jarum jam sudah merangkak ke angka sepuluh. Suasana di sepanjang jalan raya sedikit sunyi namun gemerlapan lampu neon masih memeriahkan suasana.
Semasa sudah hampir sampai ke simpang masuk ke taman perumahan kami, telefonku sekali lagi berbunyi. Alishah ke?
Setahuku dia tidak akan menelefon berkali-kali jika dia tahu aku sedang bekerja. Apatah lagi tadi kami sudah berbual panjang. Seboleh mungkin dia memang tidak mahu menganggu.
“Hello, sayang?.” Terus sahaja aku menerjah. Berniat mahu mempermainkannya sedangkan beberapa meter lagi, aku akan sampai ke rumah.
“Abang?.”
“Sofea?.” Ah, lemah suaranya, lemah lagi lututku. Tanpa sengaja aku tertekan pedal brek. Berdesing juga tayar dibuatnya. Mujurlah cuma aku seorang menggunakan jalan raya ini sekarang.
Ada apa lagi perempuan seorang ini? Mahu diapakannya lagi diriku?
“Abang di rumah ke?.”
“Hmm..err, ya . Kat rumah. Kenapa?.” Belasah ajelah. Nanti kalau cakap bukan kat rumah, dia nak suruh datang rumah dia pula. Aku tak nak. Aku tengah penat ni.
Lama dia menyepi. Sesekali kedengaran bunyi batuk entah siapa. Dia masih kat Malaysia ke? Ya Allah…
“Hmm..abang boleh tolong sofea tak?.”
“Tolong? Tolong apa?.”
“Sofea demam. Dah dua hari. Boleh tolong belikan ubat? Sofea tak larat nak keluar rumah.”
Belikan ubat? Demam? Maknanya…
“Sofea masih ada urusan bisnes kat Malaysia. Lambat lagi baru balik Turki. Abang boleh tolong sofea?.”

Friday, March 27, 2009

sesuci kasih seorang isteri 7

Disebabkan rasa bersalah semalam, hari ini aku mengambil cuti sekali lagi. Siap dengan amaran, no phone call, no message and no guest. Mak Kiah ku hantar pergi ke rumah mama di Bukit Antarabangsa. Riuh juga Alishah dengan tindakanku.
“Siapa nak handle baby kalau dia meragam nanti, abang?.” Walaupun marah, suaranya masih lembut. Masih lunak dan masih mampu menggoda hati lelakiku. Alishah memang istimewa.
“Abang kan ada.” Bangga dan yakin, aku mengangkat tubuh kecil Asha dari katil. Menggeliat dia dibuatnya.
Tak pernah terfikir di kepala ini, aku akhirnya akan menjadi seorang papa. Menjadi suami kepada Alishah. Memberikannya zuriat untuk mendiami rahimnya selama sembilan bulan dan kini menyaksikan anak kami membesar sedikit demi sedikit. Semua ini memang nikmat. Alhamdulillah.
Dulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa orang teman seuniversiti tetapi ketika itu aku hanya memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang akan menelefon saban malam sebelum tidur. Juga menyambut hari kekasih dengan bertukar-tukar hadiah dengan si dia yang kini membuat aku termalu sendiri apabila mendengar bicara Alishah 14 februari lepas.
“Isha sayangkan abang walau apa pun yang jadi tapi janganlah sebab abang nak tunjuk sayang abang tu, abang korbankan maruah agama kita. Valentines day bukan hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada dalam islam.”
Kata-kata itu tidak mungkin aku lupa. Tebal rasanya kulit pipi ditegur isteri sendiri tapi akhirnya Alishah menerima hadiahku dengan niat sebagai tanda menghargai perkahwinan kami, tanda syukur kepada Yang Maha Esa.
“Isha bagi kat Mak Kiah ya, bang. Boleh?.”
“Err….” Berat hati ni sebenarnya. Punyalah mahal aku membeli jubah itu dari butik kawan baik mama.
“Abang, kalau abang tak ikhlas, sayang hadiah ni. Baik ikhlaskan aje hati tu. Mudah-mudahan dengan sedekah ni, Allah panjangkan usia kita, berkati lagi our marriage. Tak nak macam tu?.”
“Of course abang nak.” Dan dengan sendirinya aku keluar mencari kelibat Mak Kiah di dapur. Menyerahkan sendiri kotak segi empat berbalut cantik itu dengan hati lapang. Ikhlas tentunya. Mudah-mudahan Allah selalu dekat dengan perkahwinan kami.
“Abang?.”
“Hah?.” Aduh, lamanya aku melamun..
Ketawa manja Alishah menarik perhatianku untuk mendekatinya. “Kenapa, yang? Abang terlepas apa-apa ke?.”
Tangannya melingkar ke bahu. Mesra. Seperti selalu. Sebuah ciuman penuh sayang hinggap di pipi mungil Asha dan satu ciuman hangat, hanya untuk aku, suaminya.
“Selagi abang ada dekat hati Isha, insyaallah abang takkan terlepas apa-apa.”
“Macam mana kalau isha dah tak nak abang duduk dalam hati isha?.” Sengaja aku menyakat. Melagakan hidungku di hidungnya yang kecil molek itu. Dia ketawa senang.
“Astaghfirullah..nauzubillahiminzalik..buat apa tanya something yang tak positif untuk masa depan sendiri ni, dear?.” Wajahnya bertukar serius dalam sekelip mata. Pun matanya masih bersinar bening menentang pandangan suaminya ini.
Malas mahu memanjangkan bicara, aku segera melepaskan tawa. Mengalihkan pandangan kepada anak kami yang sudah mula mahu meragam. Merah padam mukanya yang lebih banyak mewarisi riak mamanya sebelum suara tangisnya meletus kuat. Kelam-kabut aku menenangkannya.
“Macam manalah papa sayang ni, sayang nangis pun papa takut erk?.” Sedar-sedar sahaja, Alishah sudah mengambil Asha dari dukunganku. Serta-merta tangis si kecil lenyap. Aik?
“Diam dah?.”
Alishah senyum sendiri. Didekatkannya pipi Asha kepadaku untuk dikucup.
“Tengoklah siapa yang pegang dia. Kan sayang mama, kan?.”






“Tuan, meeting petang nanti dengan Radzin kena awalkan. Dia call tadi.”
Aduh, ini yang masalah ni!
“Kenapa pula? Dia tak mention dengan saya pun?.”
Memang aku tak puas hati. Pukul satu nanti aku nak balik rumah. Jemput Alishah dan Asha, nak bawa si kecil yang makin montel itu ke klinik. Dia sudah terlewat sehari dari tarikh temu janji sebenar. Disebabkan terlalu sibuk semalam, aku terpaksa beralah kepada semua urusan kerja. Mujur Alishah faham.
“Dia call office awal-awal pagi lagi, tuan. Before tuan masuk tadi. Dia cakap dia ada hal lain nak urus. Tak dapat elak dah. Tuan free kan?.” Siti mengekorku dari pantry hingga masuk semula ke dalam bilik.
Bekerja dengan orang memang satu masalah. Sebab itulah aku berhenti daripada syarikat papa dan membuka syarikat ku sendiri. Tetapi nampaknya masalah tetap masalah. Walaupun sudah mempunyai syarikat sendiri, aku tetap perlu berurusan dengan orang lain yang mahu tidak mahu tetap akan mempengaruhi pendapatan syarikat.
“Hal dia aje yang dia utamakan. Tak pula dia tanya saya ni free sangat ke.” Berapi-api marahku. Tak padan dengan jantina langsung.
“Sorry, tuan tapi saya sampaikan pesan dia aje. Boleh saya keluar sekarang?.”
“Oh.” Aku membebel, patutlah dia nak keluar.
“Okey, thanks siti.”
Sebaik sahaja pintu tertutup, aku terus mencapai telefon bimbit. Menunggu beberapa saat sebelum mendengar suara manja dan halus Alishah di hujung talian.
“Sayang, abang minta maaf.” Introku. Nampaknya hari ini tertangguh lagi temu janji kami dengan Dr. Suraya.
“Kenapa nak minta maaf ni, bang? Abang busy lagi ke?.”
Ketawaku pecah sendiri dengan jangkaannya yang benar-benar tepat mengenai sasaran itu. Tahu aje dia.
“Ya, sayang. Abang ada appointment dengan Radzin. Jurutera SkyWay Creative tu. Sayang kenal dia kan?.”
“Radzin. Bekas boyfriend kak Tanya tu ya? Isha kenal.”
“Hmm..dialah tu. Tak adalah, sebelum ni appointment kitorang jam empat tapi siti cakap dengan abang, Radzin nak awalkan pergi jam dua. Dia ada hal yang tak dapat nak dielak.” Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku membatalkan temu janji ini sama sekali.
“Oh, hal penting tu! Tak apalah, bang. Esok kita cuba lagi ya? Abang jangan marah Radzin pula. Dia tak sengaja tu.”
Ah, tahu saja Alishah dengan emosiku!
“Insyaallah tak marah.”
Kedengaran suara tawanya. “Alhamdulillah. Macam itulah jadi hamba Allah yang baik. Tak mudah marah. Tak simpan dendam. Allah sayang, Isha dengan Asha lagi sayang.”

hi all...

sorry..saya bz sgt skrg. crta akan disambung secepat mgkn...

Thursday, March 12, 2009

sesuci kasih seorang isteri 6

Tujuh bulan berikutnya, perhatianku cuma pada Alishah. Dia tidak sesekali ku tinggalkan berseorangan di rumah. Pantang jam berbunyi, aku bergegas meninggalkan pejabat.
Dan akhirnya saat bayi pertama kami, zuriat dan pewarisku menjengah dunia, aku mengambil cuti selama seminggu. Walaupun mama datang setiap hari namun aku tetap mahu bersama dua orang puteri hidupku.
Ifti Asha Alisha. Sengaja ku masukkan nama isteriku biar mereka berdua menjadi dekat sentiasa.
“Zik cuti lama ke?.” Soal mama pabila sudah masuk hari kedua dia datang melawat cucu dan menantunya, aku tetap ada di rumah.
“Seminggu aje, ma. Mana lama.”
“Abang tu kalau boleh nak cuti sampai Isha habis pantang, mama.” Sampuk Alisha yang sudah aktif bergerak ke sana ke mari. Mujur dia mahu mendengar cakap mama. Kalau tidak dia pasti mahu turun naik tangga juga.
Mak Kiah pun sampai berbuih mulut menyuruhnya berehat tetapi ada-ada saja yang hendak dilakukannya. Isha...Isha...








Selesai bersarapan, aku membantu menyediakan air mandian untuk Alishah dan Asha sementara Mak Kiah menjemur pakaian. Mama selalunya selepas pukul sembilan barulah dia sampai.
“Abang, ada call dari office.” Panggil Alishah masih dengan suara yang lemah-lembut walau sedang cuba menjerit.
Aku bergegas masuk ke bilik. Alishah sudah berkemban, duduk di atas katil menanggalkan pakaian Asha.
“Hello.”
“Tuan, someone nak jumpa tuan sekarang. Dia tengah tunggu kat office tuan.”
“Err...siapa? awak tak cakap saya cuti?.” Siapa pula yang memaksa benar hendak berjumpa denganku? Setahuku semua tender projek-projek penting sudah ku serahkan kepada Marlia.
“Anak pemegang saham syarikat. Dia ada hal nak bincang.”
Bertambah pelik aku dibuatnya. “Pemegang saham mana pula? Tak ada appointment pun. Suka hati aje nak jumpa.”
Alishah sesekali memandangku dengan wajah berkerut namun segera ku balas dengan senyuman. Siapa agaknya ya?
“Hmm...dia cakap dia anak Mr.Khaleed. Tuan tak kenalkah?.”







Argh...mati aku!!!!!!
Tanpa menukar pakaian, aku bergegas memecut ke pejabat. Alishah yang terpinga-pinga tidak sempat bersuara.
“Mana dia? Lelaki ke perempuan?.”
Siti terpinga-pinga melihat diriku yang pastinya agak asing pada pandangannya. Aku selalu memastikan penampilan diriku sentiasa kemas dan berdaya tarikan di pejabat.
“Orang yang nak jumpa saya tu?.”
“Oh!.” Dia menepuk dahi. “ Ada dalam tu. Dah lama dia tunggu.” Seraya jari telunjuknya mengarahkan ke bilik pejabatku.
Dalam debar yang amat, aku membuka pintu perlahan-lahan. Ya Allah!!!!
“Sofea?.” Tegurku lemah. Terasa hendak gugur semua urat dan sendi lututku dibuatnya.







Sudah dua kali panggilan daripada Alishah terpaksa ku abaikan. Masakan aku hendak menjawabnya dalam keadaan Mr.Khaleed dan isterinya sibuk hendak berbual denganku. Bertanyakan itu ini termasuk hal rumah tangga.
Aku tidak menyangka mereka punya beberapa buah rumah di seluruh Malaysia ini. Salah satunya kondominium mewah ini yang dimiliki Mr.Khaleed. Sebuah pent house kepunyaan Sofea pula aku tidak tahu di mana. Tak berdaya aku hendak membuka mulut.
“Bisnes saya dekat Sabah tu dah makin okey. Kamu nak tolong tengokkan tak, Zikri?.” Mr.Khaleed tiba-tiba bersuara. Tegas. Dalam maksudnya tapi dapatlah ku simpulkan itu bukan sekadar pertanyaan. Ia lebih berupa sebuah arahan.
“Hmm...tak tahulah, ayah. Sebab saya dah selesa dengan karier saya sekarang. “
Mr.Khaleed terangguk-angguk. Sofea yang baru muncul dari dapur membawakan hidangan minuman terus menjadi perhatianku. Wanita ini kaya, cantik, berpelajaran tinggi malah bersopan pula tetapi kenapa dia tidak menemui mana-mana lelaki lain yang sekhufu dengannya?
Aku hanya mahu menjadi suami kepada Alishah, mahu bergelar papa hanya kepada anak-anakku yang mendiami rahimnya. Bukan Sofea. Bukan anak-anak lewat kandungan Sofea.
“Malam ni tidur kat sini ya, bang.” Sofea sudah datang ke sisiku.
“Err...”
Mr Khaleed memandang. Tajam. Tapi aku tidak akan membiarkan diriku rasa terancam. Dia bukan sesiapa.
“Saya tak boleh. Isteri saya duduk sorang kat rumah dengan baby kecil. Takkan nak biarkan.”
Alishah belum kuat mahu bangun menukarkan lampin si kecil. Cukuplah sekadar dia menyusukan anak kami. Tapi hakikatnya aku tidak punya hati langsung hendak bermalam di sini. Baru beberapa jam di rumah ini pun sudah terasa panas punggung.
“Tak upah maid ke? Kan senang.”
Aku senyum sendiri. “Isteri saya tak suka upah maid. Dia suka buat semua kerja sendiri. Dengan saya.”
Mak Kiah di rumah tu siapa?
“Lah, dia tak kerja ke? Full time housewife? Boring.” Entah, tapi aku dapat mengesan nada sombong dalam setiap patah kata bapa mentuaku ini.
“Kerja sendiri. Buat bussines tapi kecil-kecilan aje. Tak apa. Dia ada banyak duit.” Orang dah berlagak, kita balas balik. Lagipun memang Alishah memiliki sebegitu banyak harta pusaka dari arwah ayah dan umi. Mungkin sebab itu dia jarang mahu meminta-minta dariku.
Beberapa jam seterusnya, aku lebih banyak mendiamkan diri. Sekadar menadah telinga mendengar perbualan keluarga Sofea perihal kewangan syarikat masing-masing.
Lewat pukul enam, akhirnya berjaya juga aku meloloskan diri dari cengkaman derita bergaul dengan mereka.
Alishah!!!!


“Mari makan, bang.”
Aku angguk. Menanggalkan kopiah di kepala sebelum memeluk tubuh Alishah. Malam ini aku bersendirian solat.
Semasa aku sampai tadi, Alishah baru selesai mandi. Dia langsung tidak menunjukkan reaksi marah dengan kehilanganku hampir sehari suntuk. Dengan panggilannya yang langsung tak berjawab.
Malah dia senyum manis-manis, ambilkan tuala dan temankan aku sampai pintu bilik mandi.
“Sayang masak ke? Sedap aje bau.”
“Tak laratlah, bang. Baby menangis aje nak dekat sejam. Meragam. Sakit perut. Lepas bawa jumpa doktor baru okey.”
“Sakit perut?.”
Ya Allah, patutlah semua panggilan masuk tadi cuma dari isteriku. Sedangkan aku bersenang-lenang makan di rumah Sofea.
“Abang minta maaf. Naik teksi ke?.”
Alishah senyum meleret. “Sebab tu Isha call abang. Nak tanya mana kunci kereta Isha. Syukurlah jumpa juga dalam laci tu.”
“Isha? Sayang? Kenapa drive sendiri?.” Hampir terlepas pinggan di tangan dibuatnya. Baru berapa hari lepas bersalin, dia dah berani bawa kereta? Astaghfirullah....
Wajahnya berubah keruh. Aku bukan nak marah tapi risau. Siapa tak marah kalau isteri sendiri kena drive jauh-jauh sedangkan baru seminggu lebih bersalin?
“Isha minta maaf tapi abang pun sibuk tadi. Isha tak suka naik teksi, kan? Abang lupa?.”
Ini yang buat aku termalu sendiri. Ya, Alishah tak suka naik teksi dan sebenarnya tak pernah naik pun. Dia punya kenangan tersendiri menyebabkan dia tidak akan sesekali mendapatkan perkhidmatan kenderaan awam itu.
“I’m sorry, dear.”

p/s : baca ini dulu erk..saya bz sgt tuk bbrapa hari ni..kerja menimbun..hehe..

Monday, March 9, 2009

sesuci kasih seorang isteri 5

Buat pertama kalinya aku balik tidak disambut oleh Alishah. Hati diterpa rasa hairan namun kemunculan Mak Kiah merungkai segalanya. Dia cuma memberitahu isteriku sakit dan sedang tertidur di atas.
Aku bingkas naik ke bilik. Salamku tidak bersambut namun pintu tidak pula sampai berkunci. Sakit apa dia?
“Sayang.” Dahinya ku kucup lama. Panas sedikit.
Lama juga aku menanti dia terjaga hinggakan aku sempat ke bilik air membersihkan diri dan solat isyak. Hanya setelah aku membuat keputusan untuk membiarkannya terus tidur, Alishah tiba-tiba menyeru namaku.
“Sayang sakit ya? Esok pagi abang call Dr. Maisarah.” Pipinya ku usap perlahan. Dia senyum.
“Tak payahlah, bang.”
“Why not? Sakit ni tak boleh dibiarkan. Kita yang tak berapa tahu soal perubatan ni susah. Mana tahu ada apa-apa yang tak kena.” Bebelku panjang, risau sebenarnya.
Alishah tiba-tiba ketawa. Perlahan dan sentiasa sopan. Jari-jemarinya menjalar ke seluruh wajahku. Lama kami bertentangan mata.
“Sakit ni bukan semuanya menyakitkan.” Itu pula komennya.
Aku pantas mengerutkan dahi. Ada apa sebenarnya isteriku ini?
“What’re you trying to say, dear? Just tell me.”
Tubuhku dipeluknya erat. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia benar-benar cantik malam ini.
“Tak apalah. Esok lepas jemaah subuh, Isha bisik dengan abang ya. Isha minta maaf tak dapat cakap malam ni. Kitakan dah terlepas solat isyak berjemaah?.”








Kebiasaannya aku akan bangun hanya setelah dikejutkan Alishah namun hari ini aku terjaga sendiri. Malah jauh lebih awal dari waktu kami biasa bersolat. Mungkin rahsia Alishah itulah yang mendorongku tidak lena tidur.
Sementara menanti masuk waktu, aku mencapai kitab suci al-quran. Sudah lama aku tidak membacanya bersendirian di kala subuh begini. Selama ini, kami membaca al-quran bersama-sama. Itupun selepas solat maghrib. Alishah kadang-kadang bersendirian membacanya apabila dia sudah terlalu letih memikirkan kerja-kerja di kedai.
Aku semasa masih bujang dulu, solat pun boleh dikira dengan jari kerapnya. Inikan pula hendak mengaji. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat.
“Sayang.”
Azan sudah kedengaran dari arah masjid. Walau hanya sayup-sayup kedengaran namun tetap menyentuh hati.
“Sayang, bangun ya. Dah azan tu.”
Alishah terpisat-pisat memandangku bagai tidak percaya. Iyalah, kali pertama aku yang bangun awal. Senyumanku melebar melihat matanya dipejam celik memandang jam di sisi katil.
“Alhamdulillah. I’m happy that you are earlier than me. Dah lama abang bangun?.” Sapanya mesra. Senang hatiku mendengar ujarannya.
Aku menanti hampir sepuluh minit untuk Alishah menyiapkan diri sementara aku menyediakan telekungnya bersama sejadah. Lambat pula dia hari ini. Selalunya tidak sampai pun tujuh minit. Ke bilik air dan terus berwudhu.
Surah-surah kegemaran isteriku yang ku baca untuk solat kami yang dua rakaat ini. Terasa tenang seluruh jiwa dapat menunaikan solat bersama-sama. Dan hakikatnya aku terganggu juga menantikan apa juga yang bakal dikhabarkan Alishah sebentar lagi.
Doaku pendek sedikit namun masih mengharapkan rumah tangga yang ku bina atas dasar pilihan keluarga dan akhirnya mencambahkan cinta ini akan terus kekal bahagia. Moga keluarga ini bertambah serinya dengan kehadiran anak-anak soleh dan solehah.
“Okey, abang dah tak sabar ni, sayang.” Tanganku yang dikucupnya ku daratkan ke pehanya. Dia senyum sedikit.
“Hmm…tak sabarkan apa?.”
“Sayang.” Ini pasti angin nakalnya datang lagi.
“Last night, you promised me that you will tell me something. After solat subuh. And now we’ve finished solat, mana dia ceritanya?.”
Sengaja ku masamkan muka dan akhirnya dia ketawa perlahan. Diletakkannya kedua tangannya di bahuku. Mesra. Matanya melurut jatuh menghala ke perutnya.
“Alhamdulillah sebab kita bertiga dah solat subuh berjemaah. Isha tak pasti dah berapa kali abang imamkan kami solat tapi subuh kali ni memang special.”
Bertiga? Kami? Apa sebenarnya yang dimaksudkan Alishah? Adakah dia…
“Am I going to be a father?.” Soalku mula teruja. Gembiranya hati bukan kepalang. Ya Allah………
“Eh, siapa cakap macam tu?.”
“Hah?.” Sedikit rasa kecewa menerpa jiwa.
“Tak apalah kalau Isha tak pregnant pun. Belum rezeki kita, sayang.”
Anehnya dia masih juga mengukir senyuman. Aik, dia tak sedihkah? Setahu aku, Alishah paling suka budak-budak. Selama ini pun dia selalu saja menderma ke rumah anak-anak yatim.
“Siapa cakap Isha tak pregnant?.”
“Aduh, dear. Janganlah mainkan abang macam ni. Cakaplah betul-betul. Kejap cakap tak, kejap cakap ya.”
Mungkin dia mula perasan akan kekeruhan di wajahku, akhirnya dia memintaku memeluknya. Saat yang sama, dia benar-benar membisikkan ke telinga bahawa sudah dua bulan aku bergelar papa.
Yahuuuuuuuuuuu…………….alhamdulillah. Dek terlalu gembira, seluruh wajahnya ku kucup berulang kali hingga akhirnya dia merengek kelemasan. Ah, aku memang happy!!!!

Saturday, March 7, 2009

sesuci kasih seorang isteri 4

Malam jumaat, selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, kami bertiga bersiap ke Bukit Antarabangsa.
Mama mahu menjamu kami sekeluarga makan malam. Kebetulan mama tahu aku baru pulang dari Turki. Walaupun sebenarnya tiada satu benda pun dikirimkan Along buat mereka di sini. Mujur aku ada membeli satu dua buah tangan semasa di lapangan terbang dulu.
“Wah, berseri betul menantu mama ni tau! Ada apa-apakah?.” Usik mama sebaik sahaja kami tiba. Mak Kiah sudah menghilang ke dapur.
Aku terus memeluk Alishah yang senyum memanjang. Sangkaku hanya aku yang perasankan hal ini. Papa yang baru turun juga menegur perkara yang sama hinggakan Alishah terus menyembamkan wajah ke dadaku.
“Mudah-mudahan adalah good news untuk mama dengan papa. Mama pun dah tak sabar nak timang cucu baru ni.”
Aku mengangguk. “Mudah-mudahanlah, ma. Mesti handsome macam Zik kan.”
“Ish, Zik bukannya handsome pun.”
“Handsome. Kalau tak mana wife zik yang cantik ni nakkan zik.”
Dan Alishah bersungguh-sungguh ketawa, ditahan tapak tangannya yang tertutup-tutup di mulut.






Urusan kerja di pejabat benar-benar menuntut seluruh perhatianku. Sejak beberapa hari ini, aku cuma muncul di rumah setelah malam menjelang tiba. Dengan keletihan yang amat, aku sudah tidak larat hendak berbuat apa-apa hinggakan makan malam juga terpaksa ku tinggalkan.
Syukur saja Alishah sangat memahami. Dia tidak akan tidur selagi aku tidak ada di dalam bilik. Malah kadang-kadang apabila aku terpaksa berjaga malam, dia akan turut sama duduk di sisiku.
“Abang rasa baik sayang tidur dulu. Nanti esok penat pula kat kedai.” Saranku apabila dia masih sudi menemaniku hingga ke dinihari.
Alishah senyum. “Insyaallah, tak. Lagipun kalau Isha mengantuk sangat esok, Isha baliklah kejap. Tak ada orang nak marah.”
Iya. Dia pemilik kedai. Dia bos mereka. Masa mereka hendak memarahinya pula kalau pun dia tidak datang bekerja.
“Wah, mentang-mentang....” Sengaja aku mahu mengusik.
“Astaghfirullah, nak mentang-mentang apa pula.”
“Mentang-mentang.....”
Alishah ketawa. Sopan. “Mentang-mentang nak bentang kentang.”
Aduh, ada-ada saja idea di kepalanya mahu mengusik sama. Tapi Alishah memang punya great sense of humor. Dan inilah yang tambah menyenangkan hati setiap kali berdamping dengan dirinya.
Insyaallah, selepas projek besar ini selesai nanti aku akan menumpukan lebih perhatian buat rumah tangga kami ini. Mungkin dia kelihatan tidak kisah tidak menerima layanan mesraku tapi hatinya lama kelamaan pasti akan luka. Itu aku tidak mahu.
Cukuplah selama ini dia saja yang begitu banyak menggembirakan diriku. Berbuat itu ini untuk diriku.







“Assalamualaikum.”
Tengkuknya yang masih terdedah belum ditutupi tudung ku kucup. Lama. Dia tersenyum senang.
“Hari ini, last day abang nak balik lambat.” Bibirku beralih pula ke seluruh wajahnya yang belum disapu bedak. Licin benar kulitnya. “ Sayang abang masih boleh tunggu kan?.”
Sebuah senyuman mekar di bibirnya. Dia tidak mengenakan gincu namun bibirnya masih merah menyerlah. Bulu matanya yang melentik cantik itu pula dikerdipkan sekali.
“Insyaallah. I always can wait. Seminggu lebih Isha sanggup, takkan satu hari pula tak?,”



“Saya nak tengok semua ni esok pagi. Atas meja saya right before I come.” Peringatku lagi buat kesekian kalinya. Hannah terangguk-angguk bersama pembantunya.
“And you, Siti.”
“Yes, sir?.”
“Please make sure I get what I want. Kamu bertiga bertanggungjawab dengan benda ni. Ini masa depan company. Masa depan all of us.”
Mereka mengangguk serentak. Aku segera mengemaskan briefcase sebaik sahaja mereka beredar. Aku sudah berjanji tidak mahu membiarkan Alishah ternanti-nanti diriku lagi. Ini malam terakhir.
Belum sempat aku mencapai kunci kereta, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Panggilan asing. Siapa?
“Hello?.”
Diam. Aku menanti beberapa saat sebelum mendengar deheman seseorang di hujung talian. Macam kenal. Tapi siapa ya?
“Hello?.”
“Abang?.” Abang? Adakah ini……
Lama aku terdiam sebelum mengucap salam dengan suara yang paling berat. Lemah semangatku menerima panggilan ini. Mudah-mudahan dia tidak meminta apa-apa.
“Sofea rindukan abang. Sebab tu Sofea telefon. Kat sana malamkah?.”
Rindu? Aduh, aku tidak pernah sesaat pun terfikirkan dirinya sejak aku meninggalkan negara asing itu. Berdosakah aku sebagai suami? Tapi ini semua cuma paksaan. Bukan kerelaanku maka aku berhak menentukan hala tuju perkahwinan ini.
“Err…memang dah malam.” Jadi janganlah call. Tapi aku cuma berbisik dalam hati.
“Dah lama abang balik sana. Bila pula giliran Sofea?.” Dia masih ingin melanjutkan bicara. Aku pula terkedu di atas kerusi.
Bercakap tentang giliran, hendak saja aku menyemburkan seluruh kekecewaan dan kemarahan ini pada dirinya. Betapa sedikit pun dirinya tidak ada dalam hatiku hatta fikiranku.
“Abang?.”
Aku berdehem berpura-pura membetulkan suara sebelum menjawab. “Abang minta maaf tapi abang sibuk sangat kat sini. Tengoklah nanti kalau ada masa, abang pergi.”
Sofea ketawa kecil namun aku masih tidak merasai kesopanan dari tawanya itu. Dia memang berbeza dengan Alishah.
Hal ini juga belum menjengah telinga Alishah. Apa beranikah aku hendak menyatakan bahawa aku punya isteri kedua kepadanya? Bagaimana agaknya reaksinya? Marah sudah pasti. Kecewa. Sedih. Apalagi ya?
Ah, masanya belum tiba. Aku belum puas membahagiakannya. Biarlah masa yang menentukannya.
“Okeylah, Sofea.” Jam sudah menunjukkan angka sembilan. Sudah hampir sejam kami bersoal-jawab. Alishah di rumah pasti tertunggu-tunggu. Kasihan dia nanti.
“Abang simpan phone number ni ya. Kalau ada masa, telefonlah Sofea. Sekali sebulan pun tak apa. Asalkan ayah tak marah.”
“Ya, insyaallah.”
“Assalamualaikum, bang.”
Salamnya berjawab di dalam hati cuma. Berat benar mulutku hendak menuturkannya.

Friday, March 6, 2009

EnDing oF An AnDaluSia's StOry :)

“Liya, masuk kejap.”

“Hmm..okey.”

Aduh, berdebarnya aku rasa. Dia nak tanya pasal benda tu ke? Aku nak jawab macam mana?

“Okey, saya setuju.” Ish, nampak desperate pula.

“Tanyalah mak saya. Datang ke rumah.” Ish, itu bukan cara aku.

“Bila nak masuk meminang?.” Gelinya....

Ke nak kena malu-malu juga? Tutup muka masuk jumpa dia tapi karang terhantuk kat mana-mana, malu...




“Liya, saya nak cakap sikit.”

“Cakap apa? Cakap ajelah.” Dengan selambanya aku balas renungan dia. Padahal jantung aku ni dah nak meletup kot. Rasa macam nak aje aku lari keluar dari bilik ni.

“Saya ada suka sorang perempuan ni dan saya nak jadikan dia isteri saya.”

“So?.” Kalau tadi aku excited, sekarang suara aku macam nak tak nak aje sampai kerongkong. Dia suka kat siapa? Nak kahwin? Kenapa bukan dia cakap dia sukakan aku?

“Awak rasa saya ni sesuai tak jadi suami orang?.”

“Apa tak layak pula...umur dah 32, ada duit, ada rumah, sihat..kahwin ajelah. Apa nak tanya-tanya lagi?.” Nak meletup dah muka aku ni. Mesti tengah merah ni. Jangan dia perasan, sudah.

“Saya sesuai dengan perempuan umur berapa? Yang muda ke yang macam awak?.”

Yang ini aku diam. Tiba-tiba aku terasa hati sangat. Lekas-lekas aku bangun nak keluar dari bilik. Tapi tak jauh aku jalan, tangan aku dah kena tarik.

“Liya, saya boleh ke dengan awak?.”

“Sesuai? What do you mean?.” Tambah merah muka aku ni. Panas. Pintu yang dah terbuka aku tutup semula. Malu ni kalau orang lain dengar.

“Saya dah banyak bagi hint. Awak tak perasan juga ke?.”

“Hint?.”

Dia bangun. Pegang bahu aku tapi aku cepat mengelak. Hint? Siapa tak perasan. Tapi manalah aku nak memandai-mandai cakap dia ada perasaan dengan aku. Walaupun aku memang dah mula sukakan dia.




“Liya, masuk.”

Oh...ya..ya..kemas baju sikit, tengok muka dekat cermin sekejap..okey, masih manis lagi.

“Ehem..ada apa, bos?.”

Dia tengah sibuk belek-belek fail entah apa dekat meja dia yang sesak dengan macam-macam jenis fail. Aku tak sempat nak kemaskan lagi. Air mineral untuk dia pun aku lupa nak bawa. Ah, semuanya aku lupa.

“Liya, ikut saya pergi Hotel Marriot sekarang.”

“Hotel Marriot? Nak buat apa?.”

Dia senyum. Manis. “Temankan saya pergi jumpa client. Ke awak busy?.”

“Ok.”

“Ok?.” Berkerut dahi bos. Apa yang tak kena?

“Kenapa, bos ajak-ajak ayam aje ke?.”

“Awak kata okey? Tak menolak macam selalu?.”

“Eh, yalah. Bos yang ajak.”

“Oh, I got the point. I got it.” Tiba-tiba dia berdiri. Semangat pula tu. Apa kena dengan dia ni? Takkan dah gila kot. Ah, janganlah. Kalau awak gila, siapalah nak jadi suami saya ni...

“Liya.” Sedar-sedar aje dia dah nak peluk aku. Uh, tak boleh..

“Thanks liya..thank you so much..I love you, liya..I really love you.”

???????




Hahaha....

Kurang asam punya laki. Mana aku perasan aku dah bagi hint kat dia yang aku setuju nak kahwin dengan dia.

“Apa yang bos cakap ni?.”

“Dulu awak selalu mengelak ikut saya sebab saya tau awak tak cintakan saya tapi sekarang saya ajak aje awak terus nak ikut. Sebabnya...”

Walaupun dah merah muka, aku masih nak bergurau. “Sebab apa? Saya ikut sebab bos yang suruh. Saya ni kan PA bos.”

“Alah, macam saya tak perasan. Kalau dulu bukan main liat lagi.”

“Sekarang?.”

“Tak sabar kena panggil jalan dengan saya. Kan?.”

Hehe..alamak, kena malukan depan-depan macam ni. Tapi tak adalah aku asyik nak tunggu kau panggil aku. Perasan. Aku dapat tengok muka kau pun cukuplah, bos...



Aduh, tengah berdebar gila jantung aku sekarang. Dalam beberapa minit ni, rombongan orang yang bertanggungjawab tukar status andalusia aku akan sampai.

“Eh, banyaknya peluh akak.”

Ish, farah ni...dasar betul punya mak buyung. Janganlah tegur depan tetamu ni hah..

“Orang nervous, biasalah. Perempuan ni banyak kali nervous.”

“Apa pula, mak ngah?.”

“Nak nikah, nak bersalin dan paling nervous...”

“Bila, mak ngah?.” Cepat aje aku menyampuk. Nak kumpul maklumatlah kan. Jangan nanti semua benda tak tau.

Sebelum buka mulut, awal lagi ketawa mak ngah dah pecah.

“Bilanya, mak ngah? Kalau saya tau, boleh juga saya elak. Tak pun ready.”

“Alah, tak adanya kau dapat elak benda ni, liya oi.”

“Eh, kenapa pula? Kalau dah tau, senanglah. Takkan nak ikut nervous juga. Saya berlatihlah.”

“Betul nak berlatih?.”

Dengan cukup yakinnya, aku angguk. Benda ni kalau kita dah tau buruk, takkan tak nak elakkan? Apalah mak cik aku sorang ni.

“Bila?.”

“Bila laki kau nanti nak sentuh kau. Percaya atau tak, memang semua perempuan yang masih sunti mesti jadi nervous. Aku yang dah tua ni pun tak mustahil masih nervous.”

Pecah ketawa semua orang. Betulkah? Eeiii..takutnya aku. Huh, tak adalah. Nak takut apa? Dia pun first time apa.




“Pengantin lelaki dah sampai.”

Kelam-kabut aku kemaskan balik kedudukan tudung. Duduk ayu-ayu kat tepi katil. Sayangnya ada farah aje temankan aku.

Kawan-kawan office semua dah pakat nak ikut rombongan pengantin lelaki. Sebab nak kenakan akulah tu. Amirah aje yang mati-mati sokong aku walaupun sampai kitorang edarkan kad baru semua orang tau kitorang ada affair.

Selang lima minit, mak dengan bakal mak mentua aku datang bilik. Wah, bestnya jadi pengantin. Nak berjalan keluar pun ada yang iring. Bangga..bangga..

“Liya.”

“Cantiknya.”

Aduh, korang ni kan. Sebab aku memang rasa nervous sikit, aku nak jeling lama-lama pun tak boleh.

Mak suruh aku duduk dekat dia. Ada kusyen memang tempat pengantin selalu duduk tu. Sebelahnya pula ada hantaran dari ...hantaran?

Eh? Macam kenal aje semua ni?

Set minyak wangi Lancome, dompet Christian Dior, kasut mahal tu..eh, barang-barang ni aku rasa macam pernah nampak aje. Kat mana erk?




“Congrats, liya, mand.”

“Ya, mirah. Thanks datang juga malam ni.”

“Eh, loving couple nak kahwin. Siapa tak nak datang.” Sempat lagi nak mengusik. Dia ni pula makin kejap dia peluk pinggang aku. Aku pula yang malu orang tengok.

“So, cuti berapa hari ni? Korang nak honeymoon kat mana?.” Menyampuk lagi si Ashraff ni. Soalan tu patutnya orang lain tak boleh tanya. Biarlah kitorang aje yang bincang. Malam ni ke..malam ni? Malam...???

“Tanyalah my lovely wife...”

“Ish, bos ni..”

Terbeliak mata semua orang. “Takkan dah kahwin pun masih nak panggil bos juga kau ni, liya?.”

Bos makin dekat dengan aku. Tangan dia dah menjalar ke belakang. Erk, geli-geleman aku.

“Habis aku nak panggil apa lagi? Tak biasa aku.”

“Alah, sayang abang ni. Malu-malu konon.”

“Ish, bos ni!! Malulah.”

Merah padam. Panas muka ni dibuatnya dan diorang sengaja pakat gelakkan aku kuat-kuat sampai aku merajuk masuk rumah. Huh, ada laki pun tak boleh dibuat kawan.




Merajuk plus mengantuk punya pasal, aku terus aje menidurkan diri bila sampai bilik yang sungguh-sungguh mak hiaskan ni. Cantik. Aku sayang mak.

Aku tak sempat tukar baju pengantin. Tak mandi. Tudung kat kepala ni pun masih lekat lagi. Over alimlah pula kan tapi kalau dah merajuk, mana nak ingat semua ni.

Aku tak tau pukul berapa dia masuk tapi bilik memang dah gelap. Keadaan pun sunyi semacam. Aku pura-pura pejam mata waktu dia buka pintu.

“Sayang.”

Huh, sayang konon! Dekat dua jam aku merajuk, dia tak datang pujuk pun. Menyampah.

Dia kiss pipi aku. Lama. Hampir-hampir aku nak buka mata. First kiss dari husband ni. Lepas tu dia kiss dahi. Erk..cepat-cepat..hehe, malunya.

Perlahan-lahan dia tolong buka tudung. Ah, aku memang tak boleh tahan pura-pura tidur. Bola mata aku ni dah gatal nak bergolek. Untuk mengelak dia sedar aku sedar, cepat aje aku berpusing. Real macam orang tengah lena. Hehe..syukur dia tak sempat tanggal tudung.

“Hmm...sudah-sudahlah acting tu, sayang. Macam abang tak tau dia tak tidur lagi.”

Gulp!!! Dia perasan ke?

“Bangun atau abang kiss kat bibir?.” Tiba-tiba ada suara dia kat telinga.

Hah? Kiss bibir? Ahh...tak nak..aku malu..tapi nak bangun pun aku malu juga tau. Nanti dia ejek aku merajuk macam bebudak, kan ke malu.

“Abang kira ni..satu..”

Aduh, nak buat macam mana ni? Bangun tak bangun? Bangun tak bangun? Bangun tak bangu..

Cupp..

“Abang!!!!!!!.”

Aku tak ready lagi!!!!! Bencinya aku dengan bos ni!!!!! Nanti kau...

Wednesday, March 4, 2009

sesuci kasih seorang isteri 3

Ya Allah!!!!!!
Sampai begini sekali Along bertindak semata-mata untuk beroleh kekayaan? Sampai menggadai nyawa?
Aku terkesima sekali lagi. Terkaku tanpa suara hendak berkata apa lagi. Jiwa ini sudah mati dibuatnya. Tak habis-habis suka menyusahkan orang. Dan sekarang aku pula yang menjadi taruhan perniagaan bodoh Along? Masyaallah!!!!!
“Takkan saya nak kecewakan isteri saya pula, Long? Saya sayang dia sorang aje.” Luahku tak puas hati. Benar-benar tak puas hati.
Aku dirayu untuk mengahwini anak bussines partner Along yang entah siapa. Baik buruknya. Latar belakangnya. Tapi walau bagaimana baik pun dia, dalam hatiku cuma ada Alishah seorang.
“Tolonglah along, Ngah. Angah nakkah tengok anak-anak along hilang mama? Irene? Dia kecik lagi.”
“Tapi, long....”
“Tak apa. Hal ini antara kita bertiga aje. Along takkan cakap kat sesiapa pun. Percayalah cakap along.”



Aku tidak tahu apakah betul tindakanku ini. Sumpah, aku tersepit antara dua orang yang sangat penting dalam hidupku.
Dengan lafaz bismillah, aku terus mendirikan solat istikharah.
Melalui solatku itu, akhirnya aku bernikah dengan Zarith Sofea Abdullah Khaleed. Kami bernikah secara kecil-kecilan di rumah mewah Mr.Khaleed. Di hadapan kak long yang terlantar lemah dalam penjara berjeriji besi. Badannya berlumuran darah dan kesan pukulan.
Tak mengapalah. Aku berharap, pertolonganku ini akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Niatku cuma satu. Aku cuma ingin membantu.
Alishah, maafkan abang ya sayang. Abang tak pernah terlintas nak menduakan sayang...




Pertama kali berkunjung ke rumah mewah keluarga Zarith, aku mendiamkan diri di dalam bilik. Merenung nasib diri di masa depan. Bagaimana kalau Alishah tahu? Marahkah dia?
“Abang tak nak makan?.”
Aku berpaling mendengar suaranya. Manja tetapi tidak bisa menggetarkan jiwaku seperti lazimnya saat aku bersama Alishah.
“Tak ada selera nak makan. Sofea makanlah dulu.”
“Sofea memang tak makan malam, bang.” Dan dia terus duduk rapat di sisiku. Aku pula yang berengsot menjauh. Sumpah, aku tidak boleh menerima kehadiran wanita ini dalam hidupku.
Sepanjang dua hari kami di rumah keluarga mentua, aku tidak banyak bicara. Mr.Khaleed memang berkecil hati namun dia tidak punya kuasa hendak memarahiku.
Cukuplah aku sudah dipaksa mendampingi anak tunggal perempuannya. Aku tidak mungkin mahu membiarkan diriku terus bergelumang dengan tekanan perasaan.
Sofea pula seakan hendak terus mencuba nasib. Dia mahu memiliki cinta dan diriku sekaligus.
“Cinta abang cuma untuk isteri abang, sofea.” Itu keputusanku sebelum kami berpisah katil semalam.





“Saya kena balik ke Malaysia. Saya ada kerja dan tanggungjawab terhadap isteri saya di sana.” Kataku setegas-tegasnya sebaik sahaja selesai menghadap sarapan.
Sofea terkesima. Mr.Khaleed merengus. Mdm. Zaharah mengeluh. Abang-abang iparku semuanya bangun mahu menyerangku namun ditegah sofea. Buat pertama kalinya aku berterima kasih padanya.
“Habis sofea bukan isteri kamu?.” Soal Hatheem. Matanya tajam sekali merenungku.
“Dia memang isteri saya tetapi dia perlu hormat kedudukan isteri pertama saya. Saya tak nak kecewakan isteri saya lagi. Saya cintakan dia.”
“Tak apa, bang.” Sofea mencelah. Aku memandangnya dengan sejuta kesyukuran. Mudah-mudahan dia ikhlas dengan kata-katanya ini.
“Sofea tak marah kalau abang kena layan dia lebih. Asalkan abang tak lupakan saya.”
Lupa? Hmm....entahlah.



Ketibaanku disambut Alishah dengan wajah cukup berseri. Seakan pertama kali kami bertemu dibuatnya. Kami berpelukan erat sebaik aku selesai mengambil bagasi.
“Rindunya kat sayang.” Pipinya ku kucup lama. Tersipu-sipu, dia menarik tanganku menuju ke kereta.
Melihat sinar di matanya, tiba-tiba terasa kosong pula hati ini. Timbul rasa bersalah yang amat. Aku telah menduakan kedudukannya. Kasihan Alishah tertipu olehku.
Argh, aku bencikan Along teramat sangat!!!!!

Popular Posts