Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Saturday, November 10, 2012

Hati-hati guna kata panggilan



Ini bukan kelas BM. Don't worry.
Aku cuma nak share. Benda ni betul-betul jadi dan aku rasa dah selalu jadi. Betul aku cakap, hati-hatilah guna kata panggilan tu.
What, don't tell me you dunnow what is kata panggilan. Hihi. Sahlah tak pas bm kalau tak tahu. Kata panggilan....perkataan yang kita guna waktu nak panggil orang, atau kucing pun boleh aje.
Aku cakap macam ni sebab my bestfriend ever, cikgu  juga....dia tiba-tiba diminati oleh tukang kebun sekolahnya. Tukang kebun? Iyer, gardener. Mati akal dan hampir lagi betul-betul mati dek putus nafas kawan aku ni. Ni bukan nak cakap soal darjat ke apa. Itu kes lain. Tapi yang paling membunuhnya bila si gardener ni ialah bapa kepada anak murid kawan aku ni. Which mean, dia ni laki orang!!! Hah, tak ke putus nafas korang kalau kena kat batang hidung sendiri.
Dia pun dok fikir juga. Dah kenapa cikgu garang macam dia pun nak try? Sah, gatal. Si gardener tu dengan gaya tak bersalahnya kata, dia suka sebab kawan aku ni lucu.
Lucu? Eh, semua orang dekat sekolah dia ni tahu sangat kawan aku ni garang no 1. Murid nakal macam mana pun confirm menikus. Dan since when dia orang jadi kamceng sampai si gardener ni siap boleh label dia lucu?
Pening kitorang memikir. Hehe.
Dah sekian lama lepas tu, kawan aku ni tiba-tiba teringat. Duluu...adala kut tiga empat bulan lalu, dia ada terguna kata panggilan abang dekat si gardener ni waktu dia nak minta izin budak-budak kelas KHnya tanam bunga. Iyelah, si gardener ni kut tua 5 ke 6 tahun darikawan aku. Nak panggil nama, rasa tak elok sebab tak rapat pun. Takkan nak panggil pak cik, karang kena cangkul pula. Encik? Melampau. Dah tu, dengan rasa berat hati, kawan aku ni panggillah abang.

Popular Posts