Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, September 4, 2009

sesuci kasih seorang isteri 29

Aku tiba lebih awal di tempat yang sudah dijanjikan. Sebuah restoran makanan barat yang agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan Alishah. Dia kurang gemar western food.
“Abang dah sampai?.”
Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma berbual di telefon. Macam mana dia nak nampak apa yang aku buat?
“Ya. Dah duduk pun.”
“Sekejap ya, bang. Sofea nak park kereta lagi.”
“It’s okay. Take your time.” Dan talian segera ku putuskan.
Kenapa aku tiba-tiba setuju keluar makan tengah hari dengan Sofea hari ini? Selepas peristiwa dua hari lalu itu?
Sementara menanti dia sampai, aku membelek-belek gambar-gambar Alishah dan Asha di dalam telefon bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup aurat. Katanya dia takut ada orang lain melihat atau terlihat dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera.
Aku pernah cuba menangkap gambarnya tidak memakai tudung semasa dia tidur tetapi akhirnya dia dapat tahu. Dia takut aku marah tetapi akhirnya dia merayu memintaku memadamnya.
“Assalamualaikum.” Seseorang berbisik betul-betul di telinga.
Sofea!!
“Waalaikumsalam.” Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun kata-kata baik yang dihulur Sofea tetapi dengan cara yang begitu, sungguh aku terkejut.
Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk. Senyumannya melebar di bibir. Pastilah dia berbahagia kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari. ‘Temujanji’ pertama kami selepas bergelar suami isteri.
Seketika muncul seorang pelayan lelaki menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir memilih makanan hinggakan pelayan tadi mengalihkan perhatian beberapa kali.
“Kata favorite food ada kat restoran ni.” Perlahan aku memberi isyarat yang aku juga sudah bosan menunggu tanpa ditanya apa yang hendak ku makan.
“Hurrmm..confused. Tak tahu nak makan apa bila dah duduk sama dengan abang ni. I used to be with my colleague.”
Terharu? Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya…dapat ku lihat betapa terujanya dia dapat bersama diriku. Mengapa ya? Di mana sebenarnya dia mengenaliku hingga dia begini suka kepadaku?
Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya sesekali datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya. Baru tiga tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri. Menguruskan bisnesnya. Itupun setahuku, dia menjalin hubungan perniagaan dengan syarikat perkapalan antarabangsa sahaja.
Syarikatku yang tidak semegah mana itu? Belum pernah berurusan dengan Top World Shipping Company miliknya.
“May I have your order now, madam?.” Mungkin dah tak tertahan lagi tertunggu-tunggu, pelayan itu akhirnya bersuara juga.
Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu Sofea. Sempat lagi matanya melirik padaku sebelum bersuara.
“I’d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How about that, abang?.”
“Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah pada sofea nak makan apa.” Sungguh respon yang sangat mematikan selera seorang isteri.
“Oh, abang suka fish and chips rupanya.”
“I think so.”
Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya sebentar dan aku pula yang bergegar sendiri. Mujurlah akal warasku sempat menghalangku daripada melakukan tindakan refleks yang dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea jatuh diinjak kaki pelayan ini.
“Okay.”
Pelayan tadi senyum mesra. “So, what would be your final order?.”
“I’ll decide.” Putusnya. Tegas. Walaupun suaranya masih lembut.
Aku cuma mampu terangguk-angguk. Sepanjang perkahwinanku dengan Alishah, dia tidak pernah memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-sungguh memastikan aku jugalah yang akan paling berpuas hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan.
“We’ll take fish and chips but please put some chicken sauce on mine. About the drinks, we’ll take fresh orange. That’s all for now.”
Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh orange dan aku tidak suka fish and chips…
Dari langkah pertama yang diambil pelayan itu hinggalah pertemuan kami berakhir di muka pintu restoran tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan rumusanku : membosankan.

p/s: Assalamualaikum...sorry erk..lambat masukkan entry...SYS pula mungkin kena tunggu lagi sebab saya tengah diserang penyakit kekeringan idea..hehe..so sorry...

17 comments:

  1. take your time..xsabar nak sambung baca SYS ni..

    ReplyDelete
  2. its ok lau sikit pon..
    janji terubat rindu ni..
    hehehehehe...
    kak tyea pleaseee...
    sape sofea tu sebenarnye..
    dia misteri sgt la...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  3. lagii.. lagii.. (muka simpati)

    -aini's-

    ReplyDelete
  4. erm... setiap insan ada hak utk bahagia..
    cite ni wat kn ak tpk..
    bgus sgat ke laki ni???
    membosankan..

    ReplyDelete
  5. sambunglah tyea esok kalau boleh....tak boleh nak tunggu....makan tak kenyang, tidur tak lena....dah suka sgt kat cerita ni, asyik nak check blog ni aje....

    sambung ye please.....

    ReplyDelete
  6. gedik la sofea ni nyampah aku

    ReplyDelete
  7. hahah..x ske lelaki.. jgn ckp laki tu akn terpesona ngn layanan sofea.. mmg dsr llki..hishh...

    ReplyDelete
  8. k tyea...ending dia bagi la Alisha n Zikri tu bahagia...nak happy ending...

    ReplyDelete
  9. asal lambat ngat nk sambng citer kaktyea wei...
    bukak2,citelame dah nie..

    ReplyDelete
  10. alamak..jgnlah marah saya..huhu..saya lupa nak maklumkan erk..sksi kena direhatkan buat sementara waktu disebabkan oleh 1 hal penting ni..saya kena siapkan dulu manuskripnya...saya kena tahan lu, jgn publish..hehe..sorry, dear....

    ReplyDelete
  11. saper sofea tu sbenrnye??
    huhuhuuu
    tringin nk tau
    penasarannnnnn

    ReplyDelete
  12. to anonymous 1 Dec and sapa2 yg berkenaan..hehe :
    cerita sksi saya ni dah 99% siap..tengah pening nak siapkan ending..huhu..and sofea punya identiti / rahsia dah direvealed kan dlm bab tah ke berapa ni..insyaallah, kalau jadi diterbitkan, korang boleh baca dlm versi buku tp kalau x diterima pun, korang selalu2 lah dtg jenguk blog saya..saya akan publish di sini sampai habis..insyaallah..

    ReplyDelete
  13. cita ni menarik kalau boleh cepat lah sambung.

    ReplyDelete
  14. cepatlah sambng... x sabar leh...

    ReplyDelete
  15. bler nk smbg n3 bru ssuci ksh seorg isteri nie...plezzz...smbg

    ReplyDelete
  16. kak tyea..best la citer ni.. harap dpt baca sampai ke penghujungnya.. heee~

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts