Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, November 4, 2013

Ciri gadis pilihan lelaki

Sepanjang pengamatan aku selama beberapa tahun ni, aku senaraikan sedikit ciri gadis yang selalunya akan jadi pilihan lelaki untuk dijadikan girlfriend atau isteri. Check diri masing-masing....ada ke tidak ciri ni dalam diri korang.

1. Ayu
Oh...cakap dengan aku lelaki mana yang tak suka perempuan ayu? Ikut pengalaman dan pengamatan aku, 95% lelaki memang suka dan cepat tertarik dengan perempuan ayu. Kadang-kadang rupa belakang kira, asal ayu hati dia orang dah jadi tenang. Baki lagi 5% tu jarang sangat nak ditemui.

2. Lemah-lembut
For sure lelaki tak suka perempuan yang kasar dan garang. Bagi mereka, cukup mereka saja yang berperwatakan sedemikian. Lagi pun bagi mereka perempuan kasar dan garang ni tak sesuai langsung dijadikan ibu pada anak-anak mereka.

3. Ada sifat keibuan
Benda ni sangatlah penting. Sifat keibuan ni walaupun ada sesetengah perempuan yang pura-pura memilikinya bila berada di depan lelaki, sebenarnya ia lahir dan tampak secara semula jadi. Bukan semua perempuan ayu dan cantik tu punya sifat keibuan. Jadi walau macam mana kita berpura-pura pun, kalau hati kita memang tak sukakan budak, kita takkan mampu menyembunyikannya selama-lamanya.

4. Terlalu berdikari
Memang kebanyakan lelaki sukakan perempuan yang tak terlalu manja dan berharap kepada mereka semata-mata tapi kalau terlalu berdikari pun, mereka tak suka. Lagi-lagi kalau perempuan tu boleh buat macam-macam benda sendiri. Pandai potong rumput, pandai bertukang, pandai macam-macam lagilah.



Apa pun, bagi aku semua ni cuma permainan dunia. Janganlah sebab korang tak ada satu pun ciri pilihan lelaki, terus berpura-pura atau memaksa diri untuk berubah.

Tak payah!

Jadilah diri-sendiri. Karakter seseorang ni sesuatu yang dah sebati dalam jiwa kita, jadi memang payah nak diubah. Melainkan bab-bab malas beribadah tu, wajiblah ketuk kepala kalau tak mahu berubah. Aku percaya sampai masanya, korang akan ditemukan juga dengan pasangan yang sesuai dengan korang.

Aku sendiri tak ada sifat-sifat kat atas tu. Dan aku tak terfikir nak memaksa diri jadi orang lain semata-mata untuk jadi gadis pilihan lelaki. Sampai masanya, ada orang yang akan nampak semua kelebihan korang yang tersembunyi di sebalik semua kekurangan itu.

Don't worry, just be happy. :)

Popular Posts