Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, June 16, 2009

sesuci kasih seorang isteri 17

Sama macam yang aku sangkakan, papa mengajakku berjaga sambil minum kopi di beranda. Walaupun kepenatan tapi aku tetap melayan ceritanya. Kesian. Dia rindukan Along sekeluarga. Terutamanya cucu-cucu dia yang dah nak setahun tak juga balik Malaysia.

“Papa kira macam nak tunai umrah lagi sekali.” Menyimpang ceritanya tiba-tiba.

“Eh, dulu kan dah pergi? Kena pergi lagi ke?.”

Papa ketawa. Dihirupnya kopi di cawan dengan penuh nikmat. Sedaplah kot buatan mak. Aku memang tak berapa kenan dengan kopi ni.

“Dah lama tu. Sebelum kau kahwin dengan Isha. Sekarang kau dah ada anak pula. Dah dekat 3 tahun tu.”

“Bila papa nak pergi?.”

“Tengok dululah. Mama kau pun dah lama tak ke mana-mana jadi lepas umrah nanti ingat nak lawat Along kau terus.”

“Along?.” Hampir tersembur keluar kopi pahit yang baru melepasi lidah.

“Kenapa dengan Along?.” Papa pula yang terkejut.

“Tak adalah.” Beberapa kali pula aku berdehem sambil pura-pura membelek majalah di tangan.

Bukankah anak-anak Along masih dalam genggaman si pengecut tu? Habis kalau papa dengan mama datang sana tak jumpa diorang, mestilah diorang tanya macam-macam.

Nak kelentong boleh tapi papa selalunya akan tetap syak bila ada benda pelik macam ni jadi. Nak kata diorang pergi summer camp kat Canada, aku tak tahu pula kalau-kalau papa dengan mama nak pergi bukan waktu summer.

Syukurlah, semalam phone aku langsung tak berbunyi. Maksudnya Sofea tak mengada-ngada nakkan aku macam selalu. Lena aku tidur sambil memeluk erat tubuh Alisyah.

Awal-awal pagi pula, kami terpaksa pulang ke rumah. Bergegas sebab aku baru dapat tahu yang aku kena jumpa board of directors jam sembilan nanti.

Asha pula terpaksa kena tinggal. Bukan terpaksa apa, mama paksa Isha tinggalkan Asha. Konon nak bagi kami peluang rehat tapi aku tahu mama tu sebenarnya saja nak main dengan cucu dia.

“Tak apalah, bang. Isha tak kisah.”

“Hmm..nanti penatlah Isha nak pergi sini lagi ambil Asha. Jam pula tu.”

Mama dah memasamkan muka. Mama tak faham ke? Dari office Alishah ke rumah kami sudah hampir sejam. Lain pula ceritanya kalau jalan sesak. Tambah lagi 20 minit ke sini. Jam berapa dia nak sampai rumah?

“Ma, bagi kami bawa Asha baliklah. Nanti weekend, kami datang lagi.”

“Abang…”

“Ma?.”

“Tak apalah, bang. Nanti Isha cuba keluar awal sikit. Hari ni pun bukannya banyak kerja.” Alishah ni kalau tak mengalah, tak sah.

“Tengok tu, Zik. Sayang lagi menantu dengan mama daripada anak sendiri. Dengan mama pun nak berkira sangat.”

“Bukanlah, ma.”

“Mama tahulah kamu tu macam mana. Dah lah nak cucu yang ramai tu, jauh sangat, tak reti-reti nak balik. Ada sorang ni pun, takkan tak bagi kat mama sekejap kot?.”

Aduh…mama ni…Alishah dah senyum-senyum mengelus belakang Asha yang lena sangat tidur. Kesiannya isteriku.

3 comments:

  1. ala...
    pendek nyer...
    xpuas nk bace....
    huhu....

    ReplyDelete
  2. SEMOGA KEBAHAGIAAN BUAT ALISHAH.DIE TU BAIK KAN....

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts