Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Tuesday, June 16, 2009

cuci bersih-bersih ya...2

After dinner, suri sudah mencapai telefon bimbit baru hadiah pak usunya yang sudi datang menyambut kepulangannya petang tadi.
“Congratulation , dear. You have just finished your master.”
Suri senyum senang. Enam tahun dia habiskan di negara orang semata-mata untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Harap-harapnya berbaloilah juga…masa yang habis, duit mamanya yang terkikis..
“So, takkan pak usu datang tangan kosong?.”
“Tangan kosong? What’s that?.”
“Pak usu!!.”
“Ya, seriously I don’t know what is tangan kosong means. Do you have any idea, kak long?.” Sengaja Faiz menyakat.
Merah muka suri dibuatnya. “Pak usu, I didn’t tell you a joke. I’m serious, okay?.”
“Who said that you were not serious, huh?.”
“Pak usu, jangan menyesal.” Tak dapat cara halus, kita gunalah cara kasar pula. Bukankah usaha itu tangga kejayaan?
Faiz tersengih. Kalah. Dia nampak tangan suri yang sudah mencapai botol sos di atas meja. Kalau dilayan lagi, alamatnya serba merahlah baju kemeja barunya ini.
Dia berjalan ke luar rumah. Suri masih menunggu di ruang tamu.
“Okey, here.”
“What’s that, pak usu?.” Sekelip mata nada suaranya berubah, moodnya menjadi lebih positif. Dia menyerbu mendekati adik bongsu mamanya yang memang pemurah dan baik hati itu.
Faiz menggoyang-goyangkan sebuah kotak sederhana berbalut kain organza yang dihias cukup kreatif tapi sumpah dia tidak pandai meneka isinya.
“What do you think is this?.” Faiz bermain tarik tali. Masih memegang erat hadiah di tangan.
“Alah, tell me..tell me..tell me..”
“Suri.” Juwairiyah yang sedari tadi jadi penonton, mendehem. Kurang senang dengan pemaksaan anaknya. Mungkin sebab terlalu ramai tempat menumpang manjalah suri jadi begini. Semua adik-beradiknya sayangkan suri, berlebih-lebih…semata-mata kerana suri ditinggalkan papanya semasa dia masih dalam kandungan.
“Pak usu, cepat.”
“Suri.”
Faiz ketawa. Dia tidak kisah pun dengan perangai gila-gila suri. Manja. Garang. Suka memaksa. Tapi dia sentiasa ceria. Dan itu akan turut menceriakan orang yang berdamping dengannya.
“Okay, you are going to take this. But please, don’t open it in front of me. Wait till pak usu masuk dalam kereta dan hidupkan enjin.”
“Pak usu dah nak balik ke? Awal lagi ni. Tak pun stay satu malam kat sini. Bolehkan, mama?.” Suri kenyit mata pada juwairiyah dan dia melihat mamanya terus menganggukkan kepala. Apa salahnya Faiz tidur di sini?
Walaupun memang terasa malas mahu memandu pulang tapi dia terpaksa jual mahal. Esok awal pagi, flightnya ke Miri, Sarawak. Dan dia belum mengemas satu apa pun untuk dipakai selama seminggu dia di sana nanti.
“Pak usu nak balik ni. Ingat, jangan buka sampai pak usu bunyikan hon. Promise?.”
“Ya, promise.” Dengan penuh yakinnya dia berjanji dan belum pun sempat lelaki itu masuk ke dalam kereta, suri sudah berteriak kuat.
“Pak usu!!! I love you…mama, I got E series.”

2 comments:

cakap aje..saya layan..

Popular Posts