Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, June 24, 2009

cuci bersih-bersih ya...3

Seawal pagi lagi suri sudah bertapa di meja makan. Menghirup milo panas sambil membaca akhbar yang ditemuinya di dalam stor. Kerana rutinnya di universiti dulu memang bangun awal, sampai ke sini pun dia masih bangun awal.
Lagipun dia tidak selesa tidur. Teringatkan Ratna yang masih stay di UK. Memang dia rindu tidur sekatil dengan anak gadis bank manager itu. Mereka memang rapat. Kawan baik selama enam tahun belajar bersama.
“Bangun, sweety.”
Suri merengus. Dia terlewat menutup mata semalam disebabkan tugasan yang berlambak.
“Hello, my dear. It’s 8 am you know?.”
“So?.”
“You asked me, ‘so’ ?.” Terbeliak mata Ratna dibuatnya. Tak pernah dibuat suri bangun lewat sebegini.
Dia masih buat tidak layan pada ‘kebesaran’ mata Ratna sebaliknya menarik selimut menutup seluruh tubuhnya sampai ke muka. Pedulilah apa nak jadi.
“Suri?.”
Suri terkejut. Hampir-hampir air milonya tersembur keluar.
“Mama?.”
“Jauh melamun? Missing someone?.” Juwairiyah pasang pancing. Bagus juga kalau suri mengkhabarkan yang dia dah jumpa sesiapa yang baik untuk jadi menantunya.
Suri menjuihkan bibir. Memang dia rindukan seseorang..Ratna..eh, bukan seseorang tapi duduaorang..err, ada ke duduaorang? Lantaklah..
“Ehem? Wanna share with me?.”
“Nak rindu kat sapa pula, ma. Rindu kat Ratna aje.” Dia menutup akhbar. Meneguk milo buat kali terakhir sebelum bergerak ke sinki.
“Mama nak minum?.”
“Hmm..teh campur lemon satu, cik?.”
“Aiyosh, mama..ingat anak mama ni waitress ke apa?.” Suri tarik muka sekejap tapi akhirnya ketawa juga. Mamanya pun nakal apa!
“Bila lagi nak jadi waitress kan?.”
Tak sampai dua minit, secawan teh dengan hirisan lemon sudah terhidang di atas meja. Diambilnya juga balang biskut di rak. Mamanya memang tak pernah sarapan sebelum ke dobi.
“So, lunch nanti mama suri ni balik tak?.” Suri mengambil kerusi dan merapatkannya pada kerusi mamanya. Dia siap bersandar di bahu juwairiyah sambil menyambung membaca akhbar.
“Kita nak masak apa?.”
“Mamalah masak this time. Suri tolong makan aje. Dinner, suri siapkan semua. Mama balik, mandi, sembahyang dan makan. Orait?.”
Juwairiyah kulum senyum. Pandai saja suri mengenakannya. Sebelum beredar, diusapnya rambut ikal suri, pipi anaknya dicium lama.
“Orait. Mama jalan dulu.”
“Suri sayang mama.”
“Yalah…tapi mama lagi sayang anak dara mama.” Juwairiyah tiba-tiba berpusing merenung anak mata suri. Suri angkat kening pelik.
“Dara lagi kan?.”
Siot.. “Mama!!! How dare you!!.”





“Apa aku nak buat satu hari ni sorang-sorang kat rumah?.”
Dari bilik, dia ke bilik mamanya. Masuk ke dapur, ambil coklat di dalam fridge bawa ke ruang tamu. On tv, off tv. Boring.
“Hah!.”
Bibirnya tiba-tiba menguntum senyum. Laju saja dia berlari mengambil telefon bimbit di dalam bilik.
“Mama?.”


“Alahai, cucu nenek dah sampai?.” Lebar senyuman Hajah Maidah di muka pintu. Dipeluknya erat-erat tubuh cucunya.
“Nenek baru cadang nak pergi rumah suri lepas mak long kamu habis mengajar.”
“Semalam orang sampai tak datang pun?.” Dia sengaja berlagak merajuk. Sengaja nak tengok reaksi neneknya.
“Nenek kan kena jaga baby kecik. Mana dapat jalan jauh pergi airport?.”
Suri ketawa. Tak berkesan pula lakonannya kali ini. “Suri tahu. Mama dah siap cakap awal-awal sebelum suri masuk kapal lagi.”
“Hish, nakal. Saja nak mengusik.”
“Takkan marah kot?.” Belakang bahu wanita berumur itu ditepuknya. Dia memang rapat dengan semua orang dalam keluarga mamanya. Dari tua sampai ke bayi dia rapat. Tapi baby yang baru dua bulan setengah ni, dia tak pastilah pula.
“Nak marah pun tak guna. Bukan boleh buat cucu nenek ni menangis pun. Buat penat nenek adalah.”
“Hah, tahu tak apa.”
“Malang betul nasib nenek dapat cucu banyak mulut ni.”
“Mana ada suri banyak mulut. Suri ada satu mulut aje tau.” Suri bertambah seronok mengusik neneknya. Hajah Maidah pula sudah kematian idea mahu membalas. Sudahnya dia mengalih perhatian cucu perempuan sulungnya itu dengan menghidangkan puding karamel kesukaan suri.
“Waa..ini yang suri tambah sayang kat nenek.” Dia sudah terkinja-kinja melompat memeluk Hajah Maidah.

No comments:

Post a Comment

cakap aje..saya layan..

Popular Posts