Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, June 26, 2009

siapa yang salah? 8

Tengah seronok rehatkan badan atas tilam, telefon bimbit yang abang beri last year tiba-tiba berbunyi. Lagu Pussy Cat Dolls…Sway…lagu lama. Maklumlah, mana aku pernah keluar nak update ringtone phone lagi dah.
“Hei, Sha.”
“Wazir???.” Oh god, my best friend yang dah pindah ke Jepun time kitorang habis SPM dulu. Dari mana dia dapat phone number aku erk?
“Woi, kau kenal jugak suara macho aku ni.”
“Siot…apa aku tak kenal. Kau sorang aje yang suara kalah Amy Search…apa orang kata, garau?”
“Ceh, jahatnya mulut.”
Puas aku ketawa dengar dia membebel merajuk. Wazir ni ketua kelas kami, perempuan tapi suara paling garau. Sampaikan selalu kena ejek dek budak lelaki.
“So, bila kau balik Malaysia ni?.”
“Nak dekat dua minggu dah. Puas aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Ingat dah pindah mana entah.”
“Memang aku dah pindah pun. Tapi mana dapat number ni?.” Dia jumpa abang ke? Apa agaknya khabar dia? Sms pun kami tak pernah. Aku segan.
“Apa lagi…aku siasat tiap hari sampailah aku terjumpa abang kau kat bank, time nak keluarkan duit. Dia yang pass no ni dengan aku.”
Ah, betullah aku cakap. Wazir jumpa abang. Siapa masak untuk dia selalu? Ah, dia kan boleh makan kat luar. Tinggal nak tanggung diri sendiri aje, berbukit duit gaji dia.
“Sha…”
“Huh?.”
“I’m so sorry about your mum. Aku dah pergi ziarah dah kubur arwah dengan family aku. Mak pun sedih. Your mum tu baik sangat.”
Tak perasan, ada air mata yang gatal sangat nak keluar. Aku rindu mak, rindukan abang. Dah dekat tiga bulan kat sini, mak ngah tak pernah benarkan pun balik rumah abang. Or at least, menziarah kubur arwah mak dan ayah.
“Tak apalah, sha. Dah sampai masa. Aku pun….”
Tok..tok…tokk
Tak sempat aku habis cakap, tak sempat buka pintu, mak ngah dah menjerit panggil nama aku. Harap-harap Wazir tak dengar aku kena suruh basuh kain kotor yang dah bertimbun dalam bilik mencuci tu.


“Sha, nanti tolong hantarkan Izzah pergi klinik. Dia rasa badan dia panas.”
Izzah? Semalam elok lagi. Bila masa dia demam? Ini mesti kes malas nak bangun pagi pergi sekolah.
“Duit ada kat dalam bilik sha. Mak ngah dah letak atas meja.”
“Okey.” Hmm…macam mana aku nak pergi hantar si kembar kalau Izzah tak pergi sekolah? Takkan nak tinggal dia kat rumah pula?
Lepas mak ngah, pak ngah dan fahmi bergerak, aku mula kebingungan kat dapur. Suara Nadia berebut pinggan dengan Nasya makin kuat. Adoi…
“Makan dulu. Akak nak tengok adik kejap.” Kelam-kabut aku naik atas. Izzah masih lagi tidur. Lena betul pula tu. Budak ni…entah-entah dia memang tak demam ni. Tapi bila aku jamah dahi dia, aduhai…panasnya. Demam budak ni.
“Izzah? Izzah?.”
“Apa dia, kak?.” Mata dia pun dah merah.
“Larat tak nak bangun? Kita pergi klinik, nak tak?.”
“Klinik?.”
Aku angguk. Terpaksalah aku bawa dia sekali pergi hantar Nadia dan Nasya pergi sekolah. Selalunya jam lapan, klinik confirm buka.
“Akak mandikanlah izzah. Izzah mana larat nak bangun, kak.”
Aduh…ya tak ya juga. Akhirnya aku bawa dia masuk bathroom, mandikan serba sikit sebab dia dah merayu kesejukan. Kemudian aku juga yang kena sarungkan pakaian dia. Minta Nadia bawa adik dia turun sementara aku pula sibuk geledah almari carikan sijil lahir izzah.
“Okey, kita gerak sekarang. Nanti lambat sampai sekolah.”
“Nanti kejap. Buku saya tinggal.”
Belum sempat aku respon, Nasya dah berlari sampai tertolak Izzah yang tengah bersandar kat hujung tangga.
“Ya Allah..”
Izzah bila dah kena menangislah dia. Hish, tak habis-habis nak menyusahkan oranglah si Nasya ni. Tahulah rabun tapi takkan tak nampak adik dia ni?
“Dah lah tu. Jangan nangis. Izzah tak apa-apa.”
“Eh, akak ni. Tak apa-apa konon. Adik kan demam.” Nadia menyampuk tak puas hati.
“Saya tahu dia demam. Saya yang uruskan dia tadi.” Geram. Menyampah. Orang nak pujuk cara psikologi, kau apa reti? Diorang berdua ni, hadap tv, chatting, keluar lepak aje yang diorang tahu. Suruh belajar, hampeh.

3 comments:

  1. asal terok sgt perangai anak2 mak ngah sha neh?
    mak ngah dya pon..
    x senonoh perangai nyer..
    awat dorang neh mcm zalim sgt??

    ReplyDelete
  2. kesian sha kena dera ngan anak2 mak ngah tu..
    bile lah hero citer ni nak muncul..?
    cian kat sha tu..

    ReplyDelete
  3. siannya kat sha... mesti rindu gla nak jumpa ngan abg dia kan? teruk betul la makngah tu di buatnya sha cam org gaji tp gaji sesen pun x byr.. apadaaa... fahmi ni plak apsal tiba2 jadi baik plak? ish mushkil...mushkil

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts