Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, January 19, 2009

An Andalusia's Story 1

“Jom, liya. Ikut saya pergi meeting.”
“Hmm..okay.”
“Kenapa tak bersemangat aje ni? Tak sihat?.”
“Penatlah, bos. Kerja yang bos bagi kelmarin tu pun saya tak sempat sentuh lagi.” Penat. Memang penat. Sebagaimana sibuknya bos, begitulah juga sibuknya aku.
Kadang-kadang kerja yang sepatutnya dilakukan oleh secretary pun bos serahkan pada aku. Nak memprotes pun, aku baru kerja dua bulan dengan dia. Nanti kena pecat, niaya aku.
“It’s okay. Saya pun bukannya nak dokumen tu cepat. Saya boleh tunggu sampai awak siapkan.”
Jawapannya itu betul-betul melegakan sesiapa pun yang mendengarnya.
“Kalau saya siapkan bulan depan, bos?.”
“Eh, itu melampau tu!.” Dia ketawa. “Kalau bulan depan baru siap, bulan depan jugalah baru saya keluarkan gaji awak.”




“Bila lagilah kau ni nak cuba couple hah?.”
“Ntah akak ni. Ingat muda lagilah tu.”
Amboi, mulut diorang ni kan…tak ada insurans hayat langsung. Aku baru nak duduk rehat dah habis kerja ni, dah mula bengkel cinta mak. Haih, nak rehat pun susah.
“Akak muda ke tua ke, there’s nothing to do with you farah. So, please don’t be such a busybody person. Mind your own business.”
“Ish, itulah.” Hah, mak ni pun satu. “Walaupun farah adik kamu, tak semestinya apa yang dia cakap tu tak boleh nak diterima.”
Mak..mak…kalau dengan mak, aku ni selalu aje tak berapa betul. Iyelah, aku tau anak cantik dia tu dah nak nikah tapi janganlah sampai buat aku macam ni.
“Mak…”
“Hah, dah lah. Sebab kau nak sangat stay single, stay alone…mak dengan adik2 kau nak pergi shopping malam nanti. Kau duduk rumah ajelah. Siapkan kerja office tu.” Terjuih mulut mak jeling beg kerja aku. Dengan fail bersusun atas katil, aku memang busy sesangat.
Hmm…apelah aku nak buat. Dah memang tak ada orang minat ngan aku. Bayangkan aje aku dah 30 tahun ni, hati aku ni kosong aje. Jangankan ada yang nak ketuk, nak toleh sesaat dua pun tak ada. Mungkin jugaklah tak cantik, serius sangat, tak suka bersosial pulak tu.
Time sekolah dulu aku memang bertegas tak nak ganggu pelajaran so 11 tahun aku berlalu macam tu aje. Masuk matrikulasi, memang aku focus sangat kat pelajaran. Tambah 1 tahun. Masuk U pulak, tunggu jugaklah kot ada yang minat tapi sumpah, memang tak ada langsung. Sampailah sekarang.



Lepas lunch, aku dah sedia nak masuk office semula sebelum bos kitorang tiba-tiba panggil nak aku temankan dia makan. Hah? Aku dah makanlah!!
“Come. I belanja.”
“Err..tapi boss..”
“Alah. Tak ada tapi-tapi lagi. Kejap aje.”
Nak tak nak, aku ikutkan ajelah. Dia makan n aku baca majalah. Dia cakap n aku dengar. Dia itu n aku ini.
“Okey, I’m finish.”
Huh. “ Finally.”
Bos kerutkan dahi. Ops, tak sengaja. Hehe…..



Weekend macam ni selalunya aku duduk rumah aje. Tapi kali ni nenek panggil temankan dia pulak. Nak minta tolong uruskan something jugak.
Aku sendiri aje yang datang. Farah macam biasa merayap pergi jumpa bakal mak mertua dengan Adib. Rania pulak bagi alasan tak nak berpisah tidur ngan mak.
“Jom makan bingka ubi ni. Nenek buat sendiri.”
Lenguh aku drive dari KL. Kalau dapat minum teh panas dengan kuih-muih pun best jugak ni.
“Malam karang, kita pergi rumah orang kahwin.”
“Siapa yang kahwin, nek?.”
“Bukan orang lain. Sepupu nenek punya anak. Pak su kamu.” Pak su? Pak su yang mana pulak ni?
“Ini sedara jauh. Kamu memang tak kenal punyalah.”



Kekok jugak mula-mula datang kenduri orang kampung ni. Orangnya ramai sangat, tak putus-putus. Tapi meriah tau. Diorang tolong-menolong macam satu family aje.
Nenek pula tolong kupaskan bawang dengan geng2 seusia dia. Aku? Aduh, baru sebiji bawang yang aku kupas, air mata aku dah macam orang meninggal laki. Aku memang tak biasa. Selalu mak atau mak jah ajelah yang duduk dapur tu.
“Cucu kau ni dah ada yang punya ke?.”
Ish, orang tua ni! Tanya tu berlapiklah sikit. Ni depan2 aku pulak. Nenek senyum aje tak jawab apa-apa.
“Kalau kain kosong ni dibiarkan lama-lama, nanti berhabuk pula. Aku ada juga warna cat kat rumah tu. Merah, biru, hijau, putih pun ada.” Kawan nenek menambah lagi.
“Tak tahulah, mas. Kau tanyalah sendiri kat tuan punya badan.”
“Err, nek…liya nak ke toilet kejaplah.” Aku tak nak dengar discussing orang-orang tua ni. Karang aku jugak yang telan pahit. Maklum ajelah mulut orang ni. Cakap ikut suka aje.











Kerja office memang tak habis-habis. Mula isnin sampai jumaat pun dah cukup penat, inikan pula bila nak kena datang jugak hari sabtu. Bos ni memang tak boleh tengok orang senang sikit.
Asyik nak kena ikut semangat dia aje. Konon nak majukan syarikat. Alah, orang lain yang maju syarikat tu tak semestinya kerja sampai tak cukup hari. Menyeksa namanya ni!!!
Aku dapat rasa semua orang pun murung hari ni. Tak ada sesiapa pun yang bangun dari kerusi sampai waktu rehat. Sambung lagi sampailah jam lima ni hah.
Mana orang tak protes, hari rabu dah kena datang awal dan balik lambat. Ini datang lagi hujung minggu. Dia cakap senanglah sebab dia boleh datang lambat. Orang mula pukul sembilan, dia dah nak tengah hari baru muncul. Tahulah bos tapi….
Ah, malaslah aku nak menambah kemuraman hari sabtu ni. Lebih baik aku ikhlaskan diri aje. Sekurang-kurangnya tak adalah aku menanggung beban perasaan berjam-jam.
“Eh, tak nak balik dah kau ni?.”
Hah? Aduh, lamanya aku ni melamun. Sekali tengok, tinggal aku dengan Amirah aje yang masih tercongok kat meja kerja.
“Itulah, melamun aje.” Amirah mencebik nakal. “Entah siapa yang kau ingat.”
Malas hendak melayan, aku sengih sahaja sebelum kelam-kabut berkemas. Nanti lambat niaya pula aku seorang di sini. Dah lah office ni paling tinggi. Karang….
“Eh, you’re still here, Aliyah?.” Sapaan seseorang dari arah pintu masuk betul-betul buat aku terkejut beruk. Nasib baik handphone kat tangan tak jatuh.
Bos? Dia baru nak datangkah?
“Aliyah?.”
“Err…nak baliklah ni, bos. Kemas barang aje lagi.” Terpaksalah aku menambah dosa petang-petang begini. Takkanlah aku nak terus-terang yang aku tadi sibuk melamun sampai tak sedar dah tamat office hour.
“Drive sendiri?.” Aduh, banyak tanya pula mamat sebiji ni.
“Takkan saya kaya sangat nak pasang driver kot, bos.”
Dia angguk aje tapi muka dia tiba-tiba jadi muram. Kenapa pula? Aku tak niat nak perli tapi memang aku dah perli pun.
Malas nak melayan, aku terus angkat beg kejar lif. Dahlah tinggal kami berdua aje dalam office, karang kena tangkap kering naya aku. Aku tak ingin langsung nak kahwin dengan lelaki macam dia tu.
Belum sempat pintu lif tertutup, aku nampak dia berlari kejar aku. Minta tahan pintu lif. Dia gabra dan aku gabra. Tanpa sengaja aku tertekan pula button tutup.
Alamak!!!!!!!!

7 comments:

  1. hahahaha...
    permulaan yg ok...
    org first yg kmen...hihi
    saspent nie...
    agak2 pe jdi pas nie ek??
    yg ak xpuas ati 2 asal writer xde mskkn nma bos liya 2..nk thu gak dia nk pe...huhu

    ReplyDelete
  2. org first yg kmen..hihi
    permulaan yg baik..
    god job writer..
    yg ak xpuas ati 2 np writer xde mskkn nma bos liya 2..
    at least nk thu gak bos dia nm pe...huhu

    ReplyDelete
  3. org first yg kmen..hihi
    permulaan yg baik..
    god job writer..
    yg ak xpuas ati 2 np writer xde mskkn nma bos liya 2..
    at least nk thu gak bos dia nm pe...huh

    ReplyDelete
  4. insyaallah ada namanya tu..tunggu ya..

    ReplyDelete
  5. bos dia tu umo bape??
    tua ke muda lagi??
    huhuhu..
    hakim..
    byknye awak pos????

    ReplyDelete
  6. biasalah tu..perasaan ni memang x boleh nak sembunyi..especially rasa kagum..huahuahua..kidding :)

    ReplyDelete
  7. permulaan yang bagus,
    teruskan usaha,
    berusaha bersungguh-sungguh.
    itu ler yg cg aku selalu tulis dlm kad kemajuan
    huhuhu...
    aku tujulan khas k kak tyea
    deelah

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts