Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, January 30, 2009

so what? 9

Six years later…



Lusa dah nak balik malaysia. Alhamdulillah, nampaknya aku x hampakan harapan mak dengan ayah yang susah2 hantar aku further study kat oversea ni. Aku balik ni, aku akan jadik doktor.
Alhamdulillah…syukur sangat2.
Bila dah free ni, aku rasa aku nak shopping dengan kengkawan. Nak belikan macam2 untuk mak, ayah, hana, hafiz and paling penting untuk anak manja sorang 2, Ifti Asha Amisha….
Baby, mama miss u so much…..mmuah..mmuaahh….
Tunggu mama balik ya, sayang..





“Eh, you pun nak balik Malaysia jugak ke?.”
“Haah. Malaysian macam awak jugak. Study ke?.”
“X. kursus aje kat sini. Tapi dah dekat 2 bulan jugak kitorang kursus. Dah boleh adapt dah dengan life kat sini. Best jugak tapi Malaysia is still better.”
Betul 2. Lelaki ni aku tengok muda sikit aje dari fikri. Mungkin dalam 30 kot. Fikri tahun ni dah 32. Fikri…mana lah dia sekarang yerk?
“Awak dah habis study? Study apa?.”
“Alhamdulillah. Dah habis. Penat jugak kan jadik student.”
Dia angguk aje. “Tapi awak study apa?.”
“Adalah..”
“Aik?.”


Keluar aje kat arrival hall, aku dah nampak ayah, hani dengan hafiz lambai macam x cukup tangan. Mana mak? Asha?
X sempat salam, aku dah sibuk tanya pasal anak manja aku. Ketawa aje ayah kat aku.
“Dia merajuk 2 dengan hana. Last time hana call 2, kan hana nak cepat tapi sebenarnya anak manja hana 2 nak cakap dengan hana.”
Oh, kes merajuk rupanya. Alamak, nak pujuk anak aku 2 susah sikit taw. Bukannya bagi aje coklat dia terus x marah. ( bab dia x makan coklat ). Hehe..


“Sayang…sayang mama…Asha sayang?.”
Aik, x jawab mama panggil? Marah sangat ke baby aku ni? Takkan aku x sempat cakap dengan dia, nak marah2 macam ni? Haih, jangan jadik pemarah macam papa dia sudah…
“Asha?.”
“Hmm…ada kat atas. Tidur lepas nangis.”
“Nangis? Napa, mak?.”
“Mak nak simpan gambar ko kat stor. Yang lama2 tu. Time sekolah. Tetiba pulak Asha dah nangis.”
Alala…anak mama!!!


Comelnya tengok dia tidur macam ni. Peluk teddy bear aku yang dah busuk tu. Bekas hani punya. Aku mintak sebab teddy bear ni ada sentimental value pada aku. Ingatkan aku kat papa Asha.
Aku cium dahi dan pipi Asha. Muka dia betul-betul ikut muka fikri. Kecuali mata tu, memang fotostat mata mama dia.
Macam tak percaya kan, aku baru 18 dah jadik mak budak? Hehe…percaya x percaya, memang aku dah kena panggil mama pun. Best dan bahagia sesangat taw bila ada orang panggil kita mama. Tak rasa tak taw…hehe….


Mula-mula aku fly pergi UK dulu, aku kena tinggalkan Asha dengan mak. Aku kan baru 18. First time pulak tu pergi oversea. X kenal sesiapa. Banyak benda nak kena uruskan. Cari rumah, buat assignment. Kalau Asha ikut aku time 2, tak taw lah camna aku nak uruskan hidup kitorang.
Masuk sem 3, aku bawak Asha tinggal dengan aku sebab aku dah ada rumah, ada biasiswa and assignment pon xde lah banyak sangat.
Dekat setahun kitorang tak duduk sama, mula-mula memang Asha nangis aje. Dia tak biasa dengan aku. Tak nak menyusu, tak nak makan dan tak nak apa-apa. Sampai demam dia.
Tapi alhamdulillah, lama-lama tu kitorang jadik rapat sangat. Selayaknya mama dengan anak. Asha dah manja sangat kat aku. Tido nak mama, makan nak mama, mandi nak mama.
Tapi last semester, aku hantar dia balik dengan mak. Balik awal sikit dari aku. Sebab aku ada banyak kerja. Busy sampai takde masa nak layan Asha macam selalu. Memang lah dia nangis tak nak balik Malaysia tapi lepas aku pujuk-pujuk, lastly dia nak jugak.


“Sayang?.”
“Mama.” And bangun-bangun aje, Asha terus peluk aku kuat-kuat. Hah, nangis lagi budak ni…
“Syhh..what’s wrong, baby? Miss me? Mama miss u too.”
Tambah kuat dia nangis. Haih, memang lah kalau dah manja kan? Hehe…manja Asha ni sampai dia tak nak stop menyusu taw. Umur dia dah enam tahun ni, masih nak menyusu.
“It’s okay, I’m here. Stop crying, ok?.” Aku peluk dia macam peluk baby. Pelan-pelan baru dia stop produce air mata. Tenung aku and hmm…taw lah apa yang dia nak bila dah tengok mama dia cam tu.


Siapa sangka kan aku dapat kerja kat hospital KL ni? Betul-betul dekat dengan rumah yang pernah aku duduk dulu. Entah fikri still ada kat sana ke tak. Aku dah tak taw satu apa benda pun pasal dia.
Nasib baiklah Asha tak tanya-tanya aku pasal papa dia sebab dia mati-mati sangka ayah tu lah papa dia. Kesian Asha.
Aku pulak tak pernah tunjuk gambar kawen aku dengan fikri kat Asha. Sebab aku takut nangis depan anak aku ni. Asha ni bukan boleh kena kelentong, pandai aje dia teka apa yang aku nak sembunyi.








Lepas breakfast makan nasi ayam, aku terus hantar Asha pergi tadika. Kat sini cikgu-cikgu dia ok sangat. Bebudak cepat pandai. Itu yang kengkawan kat hospital tu promotekan sebab diorang pun hantar anak diorang kat sini.
Asha pun nampak selesa kat sini. Tengah hari baru aku ambik Asha dan hantar kat rumah hajah kalsom sebelah rumah. Nasib baik jugak lah mak cik tu nak jaga budak. Lau tak, mana aku ada masa nak pergi cari pengasuh lain.
Orang gaji dari seberang ni aku tak percaya sikit. Takut dia bawak Asha lari ke apa nanti….nauzubillah…merana aku nanti.


“Dr. Hana.”
“Eh, macam kenal aje.” Iyelah, muka ni macam aku pernah nampak aje. Tapi kat mana yerk? And siapa dia ni?
Tetiba aje dia nak salam tapi aku sekarang memang dah tak sentuh-sentuh lelaki taw. Kenalah aku senyum dan angguk kepala aje. Nasib baik dia paham.
“Saya rasa saya pernah nampak awak tapi tak ingat pulak kat mana. Siapa ya?.”
Dia senyum aje. Tengok kot yang dia pakai ni, nampaknya kitorang kerja kat tempat yang samalah. Doktor baru kot…
“Awak tak ingat saya dah?.”
“Sorry, muka tu aje yang familiar sikit.”

6 comments:

  1. huhuhu...
    kawan hana yg baru tu...

    ReplyDelete
  2. besh2..
    ntah2..fikri..
    dr fikri..
    huhu

    ReplyDelete
  3. huuuuuu
    msteri nyer si fik ni..
    mn die eh..
    woi fik kuar la..
    sian kt hana taw..
    huuuuu hana sabar eh..
    cewwaah cm aku lk yg jd kwn hana
    lm citer ni
    eheeeee
    ~darwis~

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu....
    bila dia nak jmpa dgn fikri...
    sian dkt hana n asha...

    x sbr nk bce n3 bru utk citer ni....

    ~rEeNa~

    ReplyDelete
  5. misteri nyer fikri...ilang mane ek???
    x sabo nk bca lg...

    ReplyDelete
  6. mmg best ar cite nie...tahniah2x

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts