Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, January 21, 2009

An Andalusia's Story 3

“Hah, dah siap pun!.”
Siapa semua ni? Ramainya?
“Lawanya dia. Ikut rupa sebelah ayah dia ni.”
“Haah. Liya ni dengan Adib aje yang ikut sebelah arwah tu. Lagi dua anak dara saya ni fotostat habis muka saya.”
Dan diorang semua terus ketawa. Aku pula dah tak tahu nak duduk dekat mana, join ajelah senyum. Semua sofa dah penuh. Farah dengan Rania pulak duduk kat lantai.
“Liya, tak salam pun?.”




Tak sangka betul mak ingat yang aku ni dah desperate sangat sampai dia boleh kenalkan anak dia ni dengan entah siapa-siapa.
Faith. Sepupu yang tak pernah aku kenal. Dia anak saudara Mak Siah. Sepupu arwah atuk. Jadinya Faith itu sepupu tiga kali dengan aku. Tapi pelik ya sebab selama ni dia tak pernah pula muncul.
Walau apa pun, aku memang tak terbuka hati langsung nak berkenalan dengan lelaki begitu. Bukan Faith aje tapi hati aku ni memang belum terbuka dengan mana-mana lelaki.
Biarlah masa aje yang tentukan apa yang akan berlaku kemudian. Apa yang aku tahu, setakat ini aku malas mahu berkasih-kasihan dengan sesiapa. Kalau ada jodoh nanti, adalah.




Dah dekat tengah hari ni tapi bos tak juga masuk-masuk office. Selalunya kalau dia keluar jumpa klien, dia mesti inform aku.
“Bos pergi mana erk?.”
“Err…aku tak tahu. Dia tak cakap apa pun. Call pun tak.” Memang betul dia tak ada call office.
Dania pun tak tahu apa-apa. Tapi dah dekat nak waktu lunch, Dania tiba-tiba dapat call. Dia tengok-tengok aku dan kemudian bergegas bawa handbag terus keluar.
Dia pergi mana tu erk? Ah, tapi biarlah. Mungkin dia nak keluar lunch dengan boyfriend lah tu.



Esoknya, bos datang lepas lunch time. Dia tak tegur aku pun. Tapi dia panggil Dania ikut dia masuk bilik.
Aku tunggu jugalah kalau-kalau dia intercom aku tapi memang tak ada sampailah dah nak pukul lima, dia panggil aku dengan Dania serentak jumpa dia.
“Duduk, Dania.”
Eh, Dania aje? Aku?
“Ada apa bos panggil ni?.” Aku masih buat-buat selamba dengan dia walaupun dia langsung tak tengok aku.
Atas meja dia dah ada secawan kopi dengan sebotol mineral. Mungkin Dania yang sediakan sebab hari ini aku belum masuk pun ke bilik ni.
“Hmm…mulai esok, Dania akan jadi PA saya dan awak Aliyah akan gantikan tempat Khairani.”
“Jadi PA Datuk Hamid?.”
Dia angguk walaupun tak tengok aku. Dania senyum puas.
“Don’t worry sebab Datuk Hamid tu takkan ajak awak temankan dia pergi mana-mana.”
Eh, macam menyindir aje? “Baguslah macam tu. Boleh juga saya rehat kat rumah selalu.”
“Iya. Insyaallah.”





Memang aku bengang sangat sekarang. Aku tak tahu aku happy atau sedih kerja dengan orang tua ni. Tugas sama aje kecuali temankan dia ke mana-mana sebab dia ada senarai perempuan simpanan untuk temankan dia.
Itu aku ok. Tapi tiap kali bertembung dengan Dania dengan bos, hati aku ni rasa macam nak keluar aje. Diorang memang mesra. Tapi aku bukannya jealous. Sumpah!!!
Walaupun aku selalu pura-pura tak tengok gelagat diorang tapi aku tahu hati aku ni sakit sangat. Bos pun dah makin berlagak dengan aku sekarang. Tak bertegur langsung kami.
Tapi time kami pergi family day dua hari lepas, bos bukan dengan Dania lagi. Dia dah bawa satu perempuan lawa yang tak pernah nak berenggang dengan bos. Gedik sangat.

5 comments:

  1. spa lah girl 2??
    kekasih bos ke????huhu
    asal lak liya kna tkr position??
    kn dah ok dia ngn bos 2...
    sweet je..wlaupun sllu gduh..hihi

    ReplyDelete
  2. uish..
    jelos ke liya tu??
    huhuhuhu...

    sis..
    umo bos tu bape??
    adessss...

    ReplyDelete
  3. hahaha..

    kiranya bos nie nak menguji lah eyk??

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. wow.
    mcm nak menguji je.
    ari tu majlis ape kat rumah liya2?
    -na'dz

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts