Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, January 22, 2009

An Andalusia's Story 5

Baru aje nak masuk office, seseorang tiba-tiba aje pegang tangan aku. Kuat sangat. Siapa ni?

“Sshhh…”

“Eh, siapa awak ni?.”

Sekali dia pusingkan aje muka aku tengok dia, masyaallah… mamat gila ni lagi? Berani-beraninya dia buat aku macam ni?

“Awak nak apa dengan saya ni hah?. Kalau saya report polis, baru padan muka.”

“Sorry, liya. Tapi saya betul-betul gilakan awak.”

Pagi-pagi begini dia bertindak biadab dengan mendekatiku seperti ini hanya untuk memberitahu bahawa dia tergila-gilakan aku? Ini memang gila!!!

“Saya tahulah awak tu memang gila.” Menyampah tengok muka sesen dia tu. Ingat orang nak ke terima kalau begini caranya? Kalau aku tak ingatkan diri yang aku di khalayak ramai sekarang, ada juga yang kena penampar nanti.

“Please, liya. Cubalah terima saya.” Bila dia nak pegang tangan, aku terus mengelak.

“Kalau awak nak saya terima awak, ini bukan caranya. Ganggu orang sampai kat office? Ini biadab namanya.”

“Ya, I’m really sorry.”

“Hah, kalau dah saya nak masuk. Kalau punch card saya merah nanti, saya juga yang rugi.”



Bekerja sama ada dengan bos atau datuk ni, sama aje. Aku tetap kena angkut sama ikut diorang. Bezanya aje, dengan bos aku memang lebih selesa dan terus-terang.

“Kita singgah lunch dulu ya.”

Walaupun aku tak lapar tapi aku memang tak ada pilihan lain. Kalau dengan bos, aku bolehlah mengada-ngada nak tunggu dalam kereta sementara dia pergi bungkus makanan.

Paling aku tak selesa bila dia ni sibuk nak treat aku macam girlfriend dia aje. Kadang-kadang tu dia sibuk nak tolong angkat beg aku. Jalan berdua pula tu. Aku risau sebenarnya kalau-kalau saham aku makin jatuh.

Saat-saat beginilah aku merasakan bos, jauh lebih baik dan menyenangkan aku…



Aku dah cukup bengang dengan perangai mak sekarang. Mula-mula jemput ke rumah. Kemudian suruh temankan pergi makan. Lagi cakap dengan mamat gila tu di mana office aku.

Sekarang Faith tak henti-henti hantarkan bunga pada aku sampai aku rasa pejabat ni dah macam jadi taman bunga pula. Kawan-kawan pun sampai dah tak ada idea nak mengusik.

Kesian juga tengok bunga-bunga ni semua tapi sesak mata aku tengok. Aku bukanlah romantic sangat orangnya so bunga memang bukan kegemaran aku. Last-last masuk tong sampah ajelah.

Aku dah cakap kat mak, suruh mak beritahu mamat ni jangan hantar bunga lagi tapi mak boleh buat tak tahu.

“Mak tak masuk campur, tau.”

“Tak masuk campur apanya? Mak tolonglah cakap kat dia, mak. Liya tak suka bunga dan liya tak suka dia.”

Sampai pagi tadi kami bertekak pasal bunga. Mak cakap kalau dah aku memang tak suka, disuruhnya pula aku membawa semua bunga itu pulang. Adakah patut.



“Liya, petang ni ikut saya pergi Penang. Seminggu. Saya ada seminar kat sana.”

“Tapi datuk…”

“Please, liya. Jangan takutlah sebab saya bawa sekali anak saudara saya. Perempuan juga.”

“Ok.”

Tak apalah kalau betul dia ajak anak saudara dia sekali. Aku bukannya apa, siapalah tahu kalau datuk ni nak buat tak senonoh kat sana nanti. Dahlah berdua aje kat sana.

Datuk ni bukan boleh percaya sangat. Lainlah kalau dengan bos tu. Kalau dia bawa pergi luar negara pun aku tak takut sebab dia memang boleh percaya orangnya. Cuma aku aje yang malas.

“Oh, ya! Bawa pakaian yang elok-elok sikit. Ada function kat sana nanti malam-malam. Dress ada tak?.”

“Dress, datuk?.” Mahu terbeliak mata aku tengok dia punya serius angguk kepala.

“Saya mana boleh pakai dress, datuk. Saya pakai tudunglah.”

“Tak apalah. Kat sana mana ada orang kenal awak. Saya aje.”

Kurang ajarnya lelaki tua ni. Apa dia ingat aku pakai tudung tutup aurat selama ni untuk ke pejabat aje ke? Heee…rasanya nak aje aku hambat muka dia tu dengan fail keras ni.

“Datuk, kalau betul saya diperlukan ke sana, datuk kena hormati pendirian saya. Saya tak akan sesekali buka aurat atas permintaan datuk.” Memang aku geram sangat.

Lama dia berfikir lepas tenung aku atas bawah. Aku hairan betul dengan lelaki ni. Sekejap nampak ikhlas dan ok, sekejap nampak macam syaitan bertopengkan manusia.

“Hmm..okeylah. pakailah apa aje. Yang penting awak ikut saya ke sana.”

“Ya, datuk.”



Pukul satu, aku bergegas tinggalkan pejabat. Aku mesti pulang ke rumah berkemas apa yang patut. Seminggu tu mahu juga penuh beg pakaian aku dibuatnya.

Dalam kelam-kabut, aku hampir terlanggar seseorang di depan lif. Bos !

“Eh, kelam-kabut ni nak ke mana? Lunch ke?.”

Aku senyum aje. “Taklah, bos. Nak balik rumah.”

Dari berdiri kaku, tiba-tiba dipegangnya dahi aku. Tak sempat aku menepis. Nasib baik hanya ada kami berdua sekarang.

“Tak demam pun?.”

“Demam? Siapa cakap saya demam?.”

Dahinya berkerut tebal. “Then why would you go home? Anything wrong with your family?.”

Ya Allah!!!

Tiba-tiba sejuk hati aku. Mungkin sebab dia tunjuk sangat rasa prihatin dia ke? Entahlah.

Aku tepis tangan dia yang nak sentuh pipi aku. “Thanks lah kalau bos betul-betul caring tapi saya balik ni sebab nak pack barang. Petang nanti nak pergi Penang.”

“Pergi Penang? Dengan siapa? What for? How long?.”

“Eh, bos ni busy body sangat apasal? Nak ikut?.” Sengaja aku mengusik. Dia terangguk-angguk dengan muka serius. Tambah galak aku ketawa.

“Dengan siapa lagi? Datuk Hamid lah.”

“Dia ajak awak pergi sana? Berdua aje?.”

“Ish, takkan berdua aje? Dia bawa anak sedara dia. Bukan macam orang tu, angkut anak dara orang berdua-duaan dengan dia ke sana ke mari.”

“Kejap..kejap…anak sedara?.”

Aku angguk. Memang aku tak kenal siapa tapi sekurang-kurangnya dia perempuan juga. Ada jugalah teman sebilik aku nanti.

“Lamakah?.”

Aik, bos ni. “Seminggu. Bos ni banyak tanya betullah. Kalau nak ikut, cakap ajelah. Tak payah jadi polis pencen macam ni.”

“Tak adalah. Penang tu boring tau. Saya baru aje pergi sana last month. Tak ada apa yang special.”

“Iyakah? Ke jealous?.”

Dia diam. “Hmm…jealous tu memang ya tapi Penang memang betul-betul tak interesting. Tambah-tambah kalau sampai seminggu duduk kat sana. Saya duduk dua hari pun muak.”

“Apa-apa ajelah, bos. Eh, saya dah lambat ni. Nanti jam pula.”

“Saya ikut awak boleh? Turunkan saya kat depan pejabat Tabung Haji tu.”

“Lah, malasnya drive. Driver bos mana?.”

“Cuti. Takkan nak tumpang pun tak boleh?.”

“Okay..okay…tapi bayarkan minyak.”

“Liya.”

6 comments:

  1. nk tmpg pon kne byr minyak ka...haha
    best2..next n3 plezz!!!..hehe

    ReplyDelete
  2. suka, suka. nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. sweet gile dorang ni..
    adeh...
    nak lagi,,,
    nak lagi,,

    ReplyDelete
  4. alahai!!!
    'jimat' nyer liya nie..
    hUhUhU
    nway besh bangat sih..

    ReplyDelete
  5. hahahahaha..

    memang besh la liya nie n boss tue..

    serasi gitu!

    (^_^)

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts