Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, January 23, 2009

An Andalusia's Story 6

Memandangkan datuk yang nak menjemput, maka adalah masa untuk aku berehat sekejap sementara tunggu dia datang. Beg pakaian aku dah tercongok kat depan pintu.
Sepuluh minit sebelum pukul empat, datuk sampai. Aku tengok dia seorang aje dalam kereta.
“Mana anak sedara datuk?.”
Dia ketawa. Happy nampak?
“Rumah dia dekat airport aje. So saya ambil awak dululah.”
Oh, ingatkan dia tak jadi ikut tadi. Kalau dia tak jadi ikut, mampuslah aku berdua aje dengan lelaki tua miang ni. Seminggu pula tu.
“Seminar nanti pagi aje kan, liya?.”
“Oh, ya datuk. Pagi aje. Tapi petang selasa nanti ada hi-tea dengan Mr. Lee dan Datuk Raymond.” Jadualnya selama ini aku yang pegang maka semuanya ada dalam kepala aku.
“Nanti saya bawa awak jalan-jalan kat sana. Kita pekena nasi kandar sekali. Suka nasi kandar?.”
“Suka, datuk. Saya dengan mak saya memang hantu nasi kandar.”
“Hantu nasi kandar macam ni punya cantik?.” Dan dia berdekah-dekah ketawa. Lucukah?






Selepas mengikut datuk Hamid ke seminar, aku dibenarkan pulang semula ke hotel dengan arahan segera bersiap kerana dia akan membawa kami berjalan-jalan ke Komtar.
Aku bergilir dengan Sofea, anak saudara datuk mandi dan sama-sama bersiap. Kami hampir sebaya, cuma Sofea tua beberapa tahun jadi kami memang mudah aje jadi rapat.
Anak saudara dia ni memang cantik. Seksi. Pandai bergaya. Manja pula tu dengan datuk. Mula-mula aku nampak dia berganding bahu dengan datuk, geli jugalah. Iyalah, dia pun dah dewasa. Lekuk badan tu dah cukup matang.
Tapi menurut datuk, Sofea anak yatim. Bapanya meninggal semasa Sofea masih kecil. Logik jugalah kalau dia menganggap bapa saudara dia ni macam bapa dia sendiri.
“Hei, menungkan apa lagi tu?.” Dia tiba-tiba menepuk bahuku.
“Tengok kau lah. Cantik baju ni dengan kau.”
Dia ketawa suka. “Ini uncle yang belikan. Dia memang selalu belanja aku. Tiap bulan dia bagi aku dua ribu tahu.”
“What? 2 ribu? Banyaknya?.”
“Mana ada banyak tu. Gaji kau berapa?.”
Aku angkat dua jari dan satu jari lagi ku angkat separuh. Dengan bos dulu gaji aku lebih murah. Dua ribu dua ratus.
“Ops, nampaknya aku yang goyang kaki kat rumah ni dapat hampir sama banyak dengan kau kan.”
“Mesti datuk sayang sangat dengan kau.”
Sofea angkat bahu dan senyum penuh makna.


Mungkin betul apa yang bos cakap hari tu. Penang memang boring. Hari ni dah masuk hari ketiga kami kat sini. Memandangkan tak ada tempat yang nak dilawati jadi aku dan Sofea duduk saja di bilik.
Datuk pun dah tak perlukan aku di bilik seminar. Dua kali ikut dia masuk dewan seminar tu, masyaallah…memang bertambah-tambah boringnya aku. Diorang semua cakap pasal bisnes. Aku ni faham satu dua benda ajelah.
Tengah aku tengok tv, Sofea tiba-tiba dapat call dari boyfriend dia. Suruh turun sebab lelaki tu nak berjumpa. Dia ajak juga aku ikut sama tapi tak teringin aku jadi pengganggu.
“It’s okay. Aku duduk bilik aje.”
“Lunch kat bilik ke nanti?.”
“Terpaksalah. Nak turun sorang pun sama aje.”





Tak disangka-sangka, rupanya seminar hanya berjalan selama empat hari. Maknanya hari ini ialah hari terakhir. Bersungguh-sungguh aku mengajak datuk dan Sofea untuk pulang awal.
Anehnya dua-dua beralasan masih mahu duduk di Penang. Ada apa-apa plan ke diorang berdua ni?
Tapi aku memang dah tak boleh buat apa-apa sebab tiket pun datuk tak nak bagi aku pegang. Tension!!!!
Dan sekarang, sudah malam tapi aku masih terperuk dalam bilik. Sofea sudah berpesan dia hanya akan pulang selepas dia selesai membeli-belah dan berjalan-jalan.
Syok aje dia atur rancangan dengan boyfriend dia. Aku pula di sini macam orang bodoh. Geram. Menyampah.

Tengah aku mengantuk sangat tunggu Sofea, tiba-tiba pula telefon aku menjerit. Nasib baik aku tak terkejut.
“Hello.”
“Liya.” Eh?
“Bos? Ada apa ni, bos?.”
Siapa tak pelik kalau kena telefon dah tengah malam macam ni. Bos mana pernah call selama ni kalau tak benda penting. Pasal kerja. Itupun paling lewat dia call, sebelum waktu isyak.
“Awak buat apa tu? Tak tidur lagi?.”
“Tengah tidurlah ni, bos.”
“Liya!!! Serius sikit boleh tak?.”
“Kalau saya cakap tak boleh?.”
“Liya!!.”
Dia marah, aku ketawa. Entahlah, hilang mengantuk kalau bercakap dengan bos ni. Dengan dia ajelah bertekak jadi best bagi aku. Kalau dengan Farah….
“Bos nak apa malam-malam call ni?.”
“Hmmm….tak ada apalah sebenarnya tapi…”
Belum sempat dia habiskan kata-kata, pintu pula dah kena ketuk. Kelam-kabut aku terus bangun.
Ya Allah!!!!!! Selangkah demi selangkah aku berundur ke belakang. Di hadapanku kini ialah majikanku dengan pakaian selekeh, tubuhnya berbau masam dan dia merenungku dengan senyuman syaitan.
“Datuk? Mana Sofea?.”
Dia sengih. Baru aku nak lari, dia tiba-tiba kunci pintu dan kejar aku sampai telefon jatuh di lantai. Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. erk...
    bos,,bos,,
    tolong liya cepat...
    tolong la.....

    adui..
    jgn la terjadi ape2...
    sis..
    smbg cepat...

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts