Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Monday, January 19, 2009

An Andalusia's Story 2

Haih, ini yang aku tak senang hati ni. Kejap lagi dia mesti panggil aku masuk bilik dia. Alala….black monday betul aku kali ni.
“Eh, napa dengan ko ni Liya? Lain macam aje aku tengok.”
Err… “Hehe…apa yang lain? Aku ok aje pun.” Kelam-kabut aku masukkan kertas dalam printer. Aik, alamak!!!
Dania dah geleng berkali-kali. “Tengok. Apa aku cakap?.”
“Hmm…okay, I’m nervous so please leave me alone. Kerja ni bos nak tengok awal and kejap lagi dia sampai.” Dania ni memang tak boleh layan sangat. Dia tak banyak kerja sebab tu suka kacau orang.
“Iyelah.” Panjang aje muncung dia. Tambah tak cantik lagi ada aku tengok.
Haih, dah pukul lapan. Matilah aku. Kejap lagi dia mesti sampai. Maunya aku relax dulu ni. Oh ya, aku tak breakfast lagi!!! Nasib baik aku ada bawa bekal sandwich tadi.
Tapi belum pun gigi aku mencecah kat hujung sandwich, aku terpaku sendiri. Dia!!!! Dia!!! Bos!!!!!!!!
Dia berdiri betul-betul kat depan aku. Tenung aku macam tenungan jerung bila jumpa kura-kura. Ya Allah…..dahlah aku tak sembahyang subuh tadi!!!





Menonong aje aku ikut bos masuk bilik dia. Iyelah, orang dah salah ni kan. Pasrah ajelah.
“I’m sorry, bos. Saya tak sengaja hari tu. Saya salah tekan aje.” Tak sempat duduk, aku dah melutut depan dia.
Siapa tak takut dengan dia ni. Dulu fahmi kena fired pun sebab hal kecik aje. Dia lupa off komputer dia hari jumaat. So hari isnin, komputer rosak and kitorang black out dekat satu hari.
“Apa yang kamu salah tekan, Aliyah?.” Dengan selambanya dia tanya. Eh, takkan buat-buat tak tahu pula?
“Eh, habis kenapa bos panggil saya masuk ni?.”
“Kamu tanya kenapa?.”
“Taklah, bos. Saya tanya bila.”
Dia renung lagi. “ Iyelah, bos. Kenapa bos panggil saya ni?.”
“Aliyah, kamu ni sakit agaknya.”
Aku tuding jari kat kepala. Rasa dahi, sejuk aje suhunya macam selalu. Entah-entah diri sendiri yang sakit. Nak mengata orang pula.
“Kamu tu PA saya!!! Takkan saya tak boleh panggil???.”



Bukankah kerja PA ni cuma kat office? Kenapa aku ni pula kena temankan dia pergi ke mana aje? Entahlah, aku betul-betul rasa aku ni dah bukan PA lagi dah tapi bodyguard.
Iyelah, dia pergi mana pun mesti nak angkut aku sama. Kekadang tu aku rasa nak rehat aje kat office and siapkan mana-mana kerja yang tertangguh tapi dia tak bagi peluang langsung.
“Malam ni dinner kat Hotel Grand Blue Wave.”
“Ikut saya pergi meeting.”
“Cepat pack baju, kita pergi Cherating dua hari.”
“Get ready. Kita nak pergi jumpa klien penting.”
“Petang nanti bawakan briefcase saya. Jumpa kat lobi.”
Aduh, pening kepala aku.
“Tapi bos, malam saya bukan PA bos lagi.”
“Kenapa saya?.”
“Seminggu ajelah bos. Alang-alang dua hari tu.”
“Biar saya ajelah yang pergi jumpa dia, bos.”
“Office ni tak nak bawa?.”
Hee…memang aku mengaku kekadang tu aku kurang ajar dengan dia tapi aku betul-betul dah tak tahan. Kalaulah tak sebab susah sangat nak cari kerja sekarang ni, jangan harap aku nak jadi hamba dia ni.
Buat orang macam bodyguard. Karang aku lapor dengan CUEPECS, padan muka tu.






“Hah, makanan dah siap kat bawah tu. Jom makan.” Mak terjengul depan pintu.
Aku tengok mak pakai blaus merah hati ni, sedap hati aku dibuatnya. Iyelah, baju ni aku yang belikan masa pergi Terengganu bulan lepas. Shopping habis aku sebab bos tinggalkan aku seorang masa dia pergi seminar.
“Mak masak apa?.”
“Bukan mak tapi mak jah kamu tu yang masak. Ada kari ayam, kangkung belacan dengan ikan cencaru goreng aje.”
“Aje?.” Dah tiga lauk tu.
Mak ketawa tengok aku. Mungkin sebab aku balik awal hari ni jadi mak senang hati. Sebab tu dia mesra dengan aku.
“Tinggal kita bertiga aje yang nak makan malam ni. Lupakah, adik-adik pergi camping.”
Astaghfirullah…patutlah sampai dah malam ni budak berdua tu masih tak balik-balik juga. Ingatkan pergi manalah tadi.



Belum pun hilang penat lepas ikut dia pergi meeting, ini aku kena pula ikut dia pergi dinner. Memang aku malas yang amat tapi dia ni sampai ugut nak fire aku.
“Kejap aje.”
“Tapi, bos…”
“Alah, takkan tak boleh kot? Awak kat rumah bukannya ada husband yang tunggu pun.”
“Habis mentang-mentang saya bujang, ikut boslah?.”
“Nak ikut siapa lagi?.”
“Tapi saya nak claim penat saya nanti. Cash.”
“Hah? Nak claim apanya?.”
“Eh, saya drive guna minyak, bos. Bukan air liur. Nak beli baju baru. Duit juga yang nak guna. Tudung.”
“Saya jemput awak malam nanti kat rumah.”
Kali ini barulah aku boleh senyum sedikit tapi… . “ Baju saya?.”
“Lah, beli ajelah sendiri.”
“Kedekutnya. Dahlah gaji tak tahu nak keluar. Bos lah yang tak pandai urus gaji ni. Sengaja lambat-lambat.”
“Bukan sayalah. Akauntan tu !.”
“Iyelah tu. Apapun saya tetap nak guna baju baru. And tak lain tak bukan memang bos lah yang kena belikan.”
Dan petangnya sebelum aku tinggalkan office, dia datang balik ke office beri aku beg paling eksklusif pernah aku pegang. Baju kebaya potongan moden!!!



Entah apa agenda mak malam ni, aku memang tak boleh jangka dan sebenarnya malas nak jangka. Aku penat dan sakit hati.
Bos tiba-tiba paksa aku ikut dia pergi majlis makan malam kat rumah salah satu klien penting syarikat. Kalau bukan mak dah ‘book’ aku awal-awal suruh balik rumah, memanglah aku terpaksa juga ikut dia tapi mak dah call aku sejak tengah hari.
“Bos, ini arahan mak saya.”
Dia merengus. Macam kerbau nak kena korban aje. “Mak awak ajak pergi mana-mana ke?.”
“Manalah saya tahu, bos. Dah dia suruh balik awal. Bos pergi sorang takkan tak boleh?.” Ini ajelah peluang aku nak mengelakkan diri. Semalam baru aje kami pergi tonton teater musical.
“I need a company, aliyah.”
Aduh, pening kepala aku dengan manusia seekor ni. Kenapa perlu ada aku kat sebelah dia baru dia nak bergerak? Apa dia nak sangat dengan aku ni? Kalau suka, cakaplah. Aku boleh reject.
“Ajaklah secretary bos tu pula. Dia teringin tu nak jalan-jalan.” Nak tak nak, memang kena pujuk juga.
Setahu aku si Dania memang jealous bila bos ajak aku ikut dia pergi ke sana ke mari. Alasan bos, PA mestilah sentiasa ikut bos dia. Dan aku pula tersepit di antara dua manusia ni.
“Dania nak keluar shopping dengan kawan-kawan dia. Awak ni malas sangat kenapa?.”
“Saya yang bos tuduh malas?.”
“Iya.” Dia angguk. Tegaslah tu konon.
“Bos, kawan-kawan saya yang PA lain tu malam-malam rehat kat rumah, keluar dating tau. Saya pula macam bini bos aje ikut bos ke hulu ke hilir. Itu bos kata saya malas?.”
Memang aku marah sangat sekarang ni. Tak sedar dek untung punya majikan. Mentang-mentang dia bos, ingat boleh pijak kepala orang sesuka hati dia aje? Aku dah cukup sabar layan karenah dia selama ni dan ini pula balasan yang aku dapat.
“Sudahlah. Kalau sekali ni awak tak ikut, tak apa.”
“Ya, memang saya dah bosan nak ikut bos siang malam. Macam dah jadi bini aje.”
Mungkin yang ini aku tercelupar sangat, aku perasan muka dia dah berubah. Nak minta maaf pun dah terlambat sebab dia dah terus masuk bilik dan kunci pintu.




Sampai aje di rumah, semua orang dah siap pakai baju lawa-lawa. Mak pakai jubah hitam baru dia, Farah pakai kebaya favorite dia, Rania dengan gaun biru, Adib pula macam nak pergi konsert kat hotel.
“Hah, cepat Liya. Kejap lagi tetamu kita sampai.” Gesa mak sampai aku hampir terhantuk kat pintu. Iyelah dah semua orang berdiri macam tunggul tunggu aku kat pintu.
Tetamu mana pula? Setahu aku tak ada saudara-mara kami yang berjanji mahu datang makan malam.
“Baju akak saya dah siap iron. Ada atas katil tu.”
Eh, Farah tolong aku iron baju? Biar betul budak gila ni.
“Apa lagi ni, cepatlah.”
Hmm…mentang-mentang aku yang paling lambat sampai dan tak tahu apa-apa, jadi ikut ajelah. Yang penting aku nak makan sebab perut ni dah lima kali berbunyi.
Lepas sembahyang maghrib, barulah aku bersiap ala kadar sebab mak dah dua kali ketuk pintu suruh cepat. Macamlah anak raja yang nak datang tu. Menyampah betul.



p/s : sudi2lah komen ye...

8 comments:

  1. hahaha...
    msti rombongan nk meminang liya 2 kn??
    hihi...sukanya...
    pndai tul lah liya menjawab dpan bos dia..
    ayt mmg sempoi lah...huhu
    agak2 bos dia de hti ngn liya x??

    ReplyDelete
  2. hah??
    sape yg nak datang tu??
    huhuhu..
    saspen..saspen..

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..
    kes macam nie memang selalunya kes minang..

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. kak tia...nape citer part 1 ni...citer sesuci kasih isteri episod 24

    ReplyDelete
  5. nape klik part 1 kuar citer sesuci kasih seorang isteri.....?

    ReplyDelete
  6. saya rasa mesti rmbongan meminang kan? haha

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts