Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Wednesday, January 21, 2009

An Andalusia's Story 4

“Liya, masuk kejap.”
“Ya, datuk.”
Apa ajelah yang dia nak awal-awal pagi ni. Awal bagi dia ajelah sebab dia cuma masuk office pukul sepuluh. Lambat bangunlah tu.
“Ya, datuk?.”
“Hmm…” lelaki tua ni tengok aku atas bawah macam ni, dah kira kurang sopan ni.
“Ada apa, datuk?.”
Senyuman dia tu, hrrr…rasa macam nak aje aku ketuk tumit kasut ni dekat kepala botak dia tu. Senyum…senyum…senyum…
“Hmm…malam nanti you ikut I pergi dinner rumah Tan Sri Lutfi. Pukul sembilan. Nak saya ambilkah?.”
Dinner? Dengan dia? Ambil?
“Err..kalau saya tak pergi tak bolehkah, datuk?.”
“Kenapa tak nak pergi?.”
Err.. “Saya rasa tak berapa sihatlah, datuk. Mungkin lain kali saya boleh ikut datuk?.” Aku betul-betul takut nak keluar dengan dia ni. Lainlah dengan bos..bos?
“You sakitkah? I boleh bagi you pelepasan pergi klinik sekarang.”
“Hmm..it’s okay. Sakit kepala biasa aje, datuk. Kalau saya rehat awal malam ni, insyaallah esok okeylah ni.”
Dia senyum lagi. Renung muka aku lama-lama. Ish, jangan nak buat orang gelabahlah…dahlah ambil berat aje selalu.
“So, petang nanti boleh drive sendiri?.” Dia masih nak mengambil berat. Entah memang sikapnya begini semula jadi atau hanya ketika berurusan dengan mana-mana perempuan.
Kalau diikutkan, lelaki ini sepatutnya sudah lebih dari layak untuk beristeri. Umur dia pun dah empat puluh lapan. Kaya. Kacak. Dan sekarang prihatin pula orangnya.
Tapi kalau aku, mungkin kena fikir beratus kali sebelum terima lelaki yang suka berfoya-foya dengan perempuan ni. Pernah juga aku terdengar desas-desus majikan baru aku ni selalu aje melanggan …… entah betul entah tak. Aku malas nak ikut beli share neraka ni.
“Insyaallah, saya memang pulang sendiri.”
“Okey tapi kalau rasa tak larat pun, call me straight away. Saya balik lambat sikit hari ni.”
Aku terus senyum. Dan untuk pertama kalinya kami berbalas senyuman yang paling ikhlas. Aku rasalah.






“Keluar ajelah dengan dia. Kesian dia datang dari jauh.” Belum sempat buka tudung, mak dah datang. Bersungguh betul mak nak aku berkenalan dengan mamat tu.
“Mak. Siapa suruh dia datang? Liya penat sangat ni. Orang nak rehat bukan nak pergi layan orang gila tu makan.”
“Susah sangatkah? Temankan makan aje.” Dari berdiri kat pintu, mak perlahan-lahan dah masuk. Duduk atas katil dengan muka betul-betul mengharap.
“Cukuplah, mak. Liya memang tak nak.”
“Makan aje pun, liya. Kesian dia.”
“Kalau dah tau lapar, makanlah kat rumah sendiri. Apa nak minta orang teman pula. Nak manja-manja pula.”
“Sekejap aje pun.”
“Mak ni takkan tak faham? Liya penat ni, mak. Kalau dah dia nak makan sangat, hah makan aje kat dapur tu.” Ah, aku tak berniat nak berkasar dengan mak tapi…
“Dengan liya?.”
“Eh, buat apa dengan liya pula. Mak kan kesian sangat dengan dia. Mak ajelah teman dia.”
“Ya Allah, liya ni!!.”
“Liya minta maaf, mak tapi liya betul-betul nak berehat. Nak tidur awal malam ni.”
Terjuih mulut mak tengok aku degil sangat tapi aku betul-betul tak nak layan mamat entah apa-apa tu. Dahlah tengok orang macam tengok orang telanjang. Ish, geli-geleman aku dibuatnya.
Kalau baik perangai tu, mungkin apa yang aku perlukan untuk menerimanya cuma masa. Tapi yang ini, dapat ku jangka perangainya. Baru azan maghrib dia dah ada kat rumah orang. Nak ajak anak dara orang pergi makan pula tu. Kot ya pun tak sembahyang, tak payahlah tunjuk sangat dengan orang.
Yang hairannya kenapa mak tetap beriya-iya nak menjodohkan kami? Setahu aku mak tak suka orang yang tak sembahyang. Ke mak tak perasan mamat tu sampai time azan berkumandang?
Kalau setakat nak jaga hubungan kekeluargaan tu, mak tak juga sibuk sangat nak ajak kami pergi rumah adik-beradik dia selama ni.









Kalau kelmarin dapat escape, nampaknya hari ni aku betul-betul langkah songsang. Masuk aje office, Datuk terus ajak pergi jumpa klien dia makan tengah hari.
Ya Allah!!! Kebetulan pula bos ada kat depan kitorang time tu. Memang malu habis dibuatnya. Dia tengok aku pun senyum-senyum. Senyum kalau ikhlas bagus juga. Ini mengejek.
“Sure, datuk.”
Entah kenapa, bila tengok aje muka temberang dia tu aku terus tersetuju cadangan datuk. Ah, nasib aku ni memang macam ni agaknya…..




“Hai, best ya dapat lunch dengan orang besar-besar.”
Hhrrrr…menyindir aje.
“Mana ada lunch dengan orang besar. Setahu saya Tan Sri Ali tu kecik orangnya, bos.”
Niat nak balas tapi bersungguh-sungguh pula dia ketawa dengan jawapan aku tu.
“Makin pandai awak sekarang ya.”
“Macamlah sebelum ni saya tak pandai.”
“Saya tak pernah nampak pun awak pandai?.”
Aku juih bibir dengan sepenuh hati. “Kalau tak pernah nampak tu tak ada lain sebabnya tertutup oleh si bodohlah.”
Walaupun dia ni orang atasan aku tapi sejak dari awal aku kerja dengan dia lagi aku dah memang selalu aje melawan dengan dia. Tak pernahnya aku rasa takut dengan dia.
“Si bodoh? Siapa si bodoh?.”
“Siapa lagi. Bekas majikan saya tu lah.”
Langsung aku tak sangka dia tambah kuat ketawa. Nasib baik cuma kami berdua yang ada dalam lif. Lagi tak disangka bila dia tiba-tiba berani kuis hidung aku. Guna hujung fail pula tu. Tak sopan sungguh.












“Eh, jom pergi minum kat bawah.”
Dania, Linda dengan Amirah dah ready kat depan pintu. Aku jenguk bilik datuk, kosong. Hmm…apa salahnya?
“Ok. Jom.”
Kitorang terus aje menyerbu gerai Pak Usop. Gerai paling best kalau nak dapatkan makanan kampung. Sedap.
Sebab masing-masing dah sibuk, jadi peluang yang ada ni memang kami tak lepas. Tak ada pilihan lain, kalau dah perempuan ramai-ramai berkumpul mestilah kami mengumpat. Atau nama modennya gossip.
Linda kalau bab ketawa memang raja. Aku walaupun kedua kuat tapi aku jugalah yang paling banyak topik petang ni. Dari satu ke satu.
“Ehemm..”
“Hah?.”
Bos? Serentak kami diam. Iyelah, dia ni paling tak suka perempuan yang suka mengumpat. Paling pucat antara kami mestilah PA baru dia.
“Liya, jom teman saya kat sana.”
“Hah?.” Sebelum aku tengok bos, aku dah nampak reaksi Dania. Dia herot bibir ke kiri ke kanan.
“Apa hah?.”
“Heh?.”
“Ish, awak ni memang tak nak mengalah agaknya.”
Dan dengan selambanya dia tarik tangan aku suruh duduk kat meja sebelah hujung. Siap angkatkan gelas teh tarik aku. Masa ni aku memang dah tak nampak muka kawan-kawan aku.
“Apahal bos ni? Suka sangat memaksa orang. Saya bukan PA bos lagi. Bos ajaklah Dania.”
“Dia kan tengah syok dengar gossip tu.”
Hah? “Habis bos tak nampak ke saya busy nak sebar gossip tadi? Orang nak senang pun tak boleh.”
“Senang awak cakap? Gossip tu buat awak susah kat akhirat ada.”
“Macamlah bos pegang tangan saya tadi tu boleh buat bos senang-lenang kat akhirat.”
“Itu saya tak sengaja.”
“Alah. Alasan aje tu.”
“Memang tak sengaja pun. Macamlah saya bernafsu sangat nak pegang tangan awak tu.”
“Eh, jahatnya mulut!.”
“Dapat dari awak kot?.”
“Tak. Sebenarnya sifat semula jadi yang terkeluar sebab dah tak terlindung. Tuhan nak tunjuk.”
“Hmm…okey, saya kalah.”
“Memang selalu.”

7 comments:

  1. hahahaha
    lwak tul lah bos nie...
    yg liya nie pn 1..
    asal mlut 2 sk sgt mnjwab???
    tpi ok gak lah..
    blh sy bntai glak kt dpn pc nie srng2...hihi
    sib baik xde yg prsan..
    yg heran 2 asal bos ajak liya???
    liya kn bkn pa dia g..
    asal xajk dania je??
    musykil tul lah...huhu

    ReplyDelete
  2. asl ajk liya lg tu~hehe
    bos lme die tu da sgkut kt liya ye...hikhik
    suke2...sweet=)

    ReplyDelete
  3. hahahahahahahaha

    lawak siot arr..

    orang keliling nie buat muka heran jerk teng0k aku seny0m s0rang2 depan k0mputer..

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. wahwahwah
    ajak liya gak.
    agagagag.
    suke2
    -na'dz

    ReplyDelete

cakap aje..saya layan..

Popular Posts