Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah
Powered By Blogger

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Thursday, September 30, 2010

promo..SKSI..mesti beli!!!


Salam, all...tinggal sehari gi dah oktober..hee..ada 2 event teramat penting,My bday and kelahiran novel SKSI aku..kepada yg minat cerita ni, dapatkan cepat2 tau..boleh order online dengan Kaki Novel gak..takat ni itu aje yg aku tau...pada yg dah order tu, aku nak say thank you very much, honey for supporting me...luv u all!!! and oh ya, nama aku dah tambah jadi Dzie Tyea bab dulu kak editor tanya nak letak nama apa, aku dengan polosnya jawab "Kak Tyea" lah bab org kenal aku gitu tp malu aku..rupanya nama aku tu tak komersial..haha..tak ke malu..hahaha....

Wednesday, September 29, 2010

Mr & Mrs BFF 49

“Kau okey ke ni?.”
Amishah mengangkat kepala memandang ke arah abangnya. Am dan Nikman sanggup pulang bercuti semata-mata kerana masalah yang dihidapinya kini bersama Khusyairi.
“Abang rasa shah okey ke?.”
Am mengangkat bahu. Jika Amishah seperti wanita-wanita lain yang biasa, dia tahu adiknya itu sepatutnya sedang bersedih saat ini. Saat dia kini sudah bertukar status daripada seorang isteri menjadi janda.
Tapi Amishah bukan begitu. Sejak ketibaannya semalam, sekali pun dia tidak melihat walau setitis air mata mengalir di wajahnya. Itu yang paling dia sedihkan berbanding keputusan tidak adil Khusyairi.
“Aku tak pernah kahwin. Aku cuma pernah berkawan. Jadi aku tak pasti macam mana keadaan yang berlaku antara kamu.” Ujarnya jujur. “Kalau kau rasa nak kongsi, aku sedia mendengar. Aku ada dekat sini.”
“Bila abang nak balik?.”
“Tengoklah. Abang pun dah lama tak bercuti lama.”
“Hurmm…” Amishah terangguk-angguk. Bagus juga sekiranya Am dan Nikman dapat meluangkan banyak masa di rumah ini.
Sekurang-kurangnya dia tidak terlalu kesepian. Mujur juga mereka berdua melayannya seolah-olah tiada sebarang masalah berlaku. Itu yang dia mahu. Biarlah segala kesakitannya ini disembuhkan oleh masa yang berlalu.
“Hurmm, abang dah dapat gaji tak?.” Dia tiba-tiba mengukir senyuman. Ada sesuatu sedang berlegar di dalam kepalanya saat ini.
Am cepat mengangguk. Sudah hampir hujung bulan, dia sudah menerima gaji bulanannya dua hari lepas. “Tapi kenapa?.”
Duduknya di kerusi kayu itu diperbetulkan. Mungkin kerana kandungannya yang semakin membesar, dia sudah tidak seselesa dulu duduk di atas kerusi keras seperti ini. Apatah lagi sudah hampir sejam dia duduk berteleku sambil membaca majalah di ruang tamu.
“Shah ada satu cadangan. Abang kata abang tak nak tengok shah sedih-sedih kan?.”
Senyuman Am melebar. Jarinya sempat menguis hidung adiknya. Mereka memang rapat sejak kecil. Dia sayangkan Amishah, satu-satu adik perempuan yang dia dan Nikman ada. Apa sahaja yang Amishah mahu, dia akan cuba memenuhinya.
“Cadangan apa?.”
“Kita pergi bercuti, nak tak?.”
“Kita berdua? Shah dengan abang aje?.” Soalnya dengan kerutan di dahi. Apa mimpi Amishah?

Tuesday, September 28, 2010

Mr & Mrs BFF 48

Dia mendapat respon yang berbeda dari pelbagai individu. Kedua-dua orang tuanya menunjukkan reaksi yang memang sudah dia jangka. Mereka marah dan kecewa dengan keputusan yang dia ambil. Adik-adiknya, Khalisah merajuk panjang enggan lagi bertegur sapa, si bongsu Khuzaimi pula ambil langkah berkecuali. Mungkin kerana dia kurang tahu berkaitan rumah tangganya dan Amishah.

Amishah. Menyebut nama itu, hatinya tiba-tiba terasa pedih sendiri. khusyairi menghempas punggung ke atas sofa. Wajahnya diraup berkali-kali.

Amishah bersama kedua-dua orang tuanya sudah selamat kembali ke Kuala Lipis sejak semalam lagi. Orang tuanya kehabisan tiket tetapi keduanya enggan kembali ke rumahnya. Mereka nekad menetap di hotel sementara menanti jadual penerbangan seterusnya.

Ya Allah….

Sekali lagi dia meraup muka. Letih rasanya menjalani kehidupan ini. Letih menghadapi rajuk demi rajuk Amishah yang tidak kunjung padam. Letih dengan hukuman demi hukuman diberi Amishah tanpa sekali pun dia mendapat penjelasan.

Tetapi entah kenapa, setelah keputusan berat itu diambil, hatinya masih belum terasa lapang. Fikirannya masih terganggu, hatinya masih sakit malah sedikit sebanyak mula terasa kesunyiannya.

Dia rindukan Amishah?

Mustahil! Dia sudah puas memendam rasa menghadapi Amishah, bekas teman baiknya sejak kecil itu. ‘best friend forever’ yang selalu diungkap Amishah sejak dulu nampaknya tak bererti lagi kini.

Dia yakin dia bukan merindui wanita bertubuh kurus itu. Mungkin apa yang dia rasakan saat ini hanya rasa bersalah. Ya, dia pasti!

Seketika dia merenung ke arah dinding ruang tamunya, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi perlahan. Enggan diganggu, panggilan itu dibiarkan mati sendiri namun sekali lagi telefonnya berbunyi.

“Hurmm…” dia menjawab sedikit marah. Bosan.

“Bos, Aisyah ni. Bos ke mana sebenarnya? Dah tiga hari tak dapat contact. Doktor kata dah discharge.” Suara di hujung talian sedikit cemas. Oh ya, Aisyah…tentu dia risau. Dia sepatutnya sedang berehat di hospital tapi dia merayu minta dibenarkan keluar lebih awal.

“Bos?.”

“Err…aku ada dekat rumah. Ada urusan penting, sebab itu aku kena discharge awal. Kenapa cari aku?.”

“Yelah, kitorang ni semalam pergilah wad, nak melawat bos tapi tengok nama dah tukar. Kebetulan kami tanya doktor kat situ, dia suruh kami refer ke kaunter. Baru itu kami tahu bos dah discharge.”

Khusyairi melepas nafas berat. Segala-galanya memeningkan kepala. Dia terlalu rusuh dengan masalahnya hingga terlupa memberitahu sesiapa di pejabat. Silapnya juga tidak peka.

Tapi dalam keadaan serupa ini, dia mengaku dia sudah tidak mampu memikirkan sehingga kepada hal kerja. Dalam otaknya kini cuma ada Amishah, yang sudah dia lepaskan dengan satu talak semalam.

Monday, September 27, 2010

Akhirnya.....Sesuci Kasih Seorang Isteri

Alhamdulillah...dah dekat nak6 bulan (hidup kena sabar)..Hee...lepas hantar manuskrip ke Kaki Novel, alhamdulillah akhirnya aku terbaca di page KN bahawa cerita aku yang tak seberapa ni akan dikeluarkan pada OKTOBER depan...hooooooray......suka...suka..suka..suka..suka...haha..macam aku sorang jer pernah menulis..hee..nak tau ceritanya? aku tak ada dengar khabar dari KN, ingat bulan 11 or 12 baru keluar kalau ada rezeki.
Haha...hari sabtu baru ni, aku ada kat kampung, tau ajelah kat kampung tu tak ada line celcom broadband ( kena tunggu nasib kalau dapat GPRS ) tapi tiba2 aku terhingin menggatalkan tangan nak online. Memang Allah s.w.t nak tunjuk, tiba2 aku tergerak hati nak buka page KN juga. Berkurun tak buka..Hee..Ampuuuun....Ya Allah, macam nak pecah dada aku bila nampak tajuk Sesuci Kasih Seorang Isteri...tak ada gambar pun tapi bila baca, eh..macam kenal aje tajuk ni? Haha...aku baca lak sinopsis..pun macam kenal..Hee....punyalah aku ni. Haha...aku sorang2 aje time tu...nasib baik..nak teriak takut lak kena marah..tapi aku happy..happy..happy..happppppppyyyy sesangat.
And, paling lucunya, si Wendy dah lebih awal tahu dari tuannya ni sendiri..Haha...aku tahu hari sabtu, wendy tahu hari jumaat...teruknya aku...haha..So, kepada peminat2 SKSI ( perasan, macam ramai..), dapatkanlah novel I yang tak seberapa tu..Hee..bulan oktober 2010, harga semenanjung 19$ aje, Sabah Sarawak 22$...ahli KN pulak leh dapat lagi murah...Beli..beli..beli...hee..kalau dah habis baca, tolong respond macam mana yer pada aku...korang puas hati ke tak dengan cite aku ni...Hee..blum abes suka lagi ni...suka..suka..happy..happy..happpppppppppppppyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!

untuk rujukan lanjut, view this page.... http://www.kakinovel.com/

Friday, September 3, 2010

aku bukan gila!!!!

Aduh..pening..rasa berpijar kepala ni dibuatnya..aku tak cukup tido..Huhu..Sejak beberapa minggu ni, aku asyik ketinggalan buat keja.Orang lain dah best tido berguling, aku dok menghadap laptop sampai hang laptop dibuatnya. Sejak kelmarin aku tak tido. Pagi tadi habis lecture sempat tido setengah jam, pastu mata terkebil-kebil tak boleh nak tutup..alih2 malam ni pun kena stay up sampai la ni..Uish, kepala ni rasa macam nak pecah dibuatnya. Tengok pun dah tak berapa nak betul. Tuhan..belajar susah, mengajar pun susah..Kuatkan imanku...

Thursday, September 2, 2010

Mr & Mrs BFF 47

*Harap u all x menyampah...*

Haji Rusdi mahupun isterinya diam membisu di atas kerusi. Mata masing-masing saling memandang dengan pandangan tersendiri. Suasana sepi di dalam bilik sederhana besar yang menempatkan anak mereka itu.
Di sisi kiri katil, Latif dan Kamariah menunduk sama. Tidak mahu melafazkan apa-apa. Saat ini hanya suara Khusyairi yang akan mereka dengari. Biarlah anak muda itu dulu meluahkan semuanya.
“Mishah.”
Amishah tidak mengangkat sedikit pun kepalanya. Dia sudah tawar hati hendak berhadapan dengan lelaki itu. Biarlah apa sahaja keputusan yang akan keluar dari celah bibirnya nanti, dia tidak lagi teringin mahu membantah. Sementelah dia sendiri terlalu terluka sebaik mendengar bicara Khusyairi tadi.
“Sebelum tu, abang nak minta maaf.”
Ah, apalah gunanya kata maaf kalau lebih dalam luka yang akan Khusyairi lorekkan di hatinya selepas ini?
“Teruskan saja, Ri. “
Khusyairi melangkah menghampiri tubuh Amishah yang kaku. Hanya pandangannya memandang kaku ke arah pasu bunga yang terletak di atas meja.
“Ayah, mak, abah, mak..”
Keempat-empat mereka mengangkat kepala seketika sebelum pandangan Mak Biah memandang simpati kepada Amishah. Entah kenapa ini pengakhiran perkahwinan anaknya. Entah apa silapnya. Sudahlah di saat ada benih yang membesar di rahimnya, konflik tidak berhenti-henti datang menduga.
“Saya dah putuskan sesuatu dan saya harapkan tak ada sesiapa yang mempertikaikan keputusan saya. Saya tahu keputusan ini nanti mungkin akan mencalar perasaan tapi ini semua untuk kebaikan kami berdua.”
Amishah mengebam kuat bibirnya. Nekad sudah Khusyairi hendak menceraikannya. Antara sedih dan kecewa, dia masih keliru haruskah dia meminta lagi penjelasan suaminya itu sebelum perpisahan yang diimpikan Khusyairi disuarakan.
Apa besar benarkah kesalahannya menyembunyikan kehadiran bayi kecil di dalam rahimnya ini sehingga Khusyairi nekad mahu berpisah?
Dan bagaimana pula dengan kesalahannya sendiri, yang sudah pasti besar semuanya. Tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai isteri di hadapan orang ramai, berhubungan dengan wanita lain. Kecilkah kesalahannya itu?
Ah, satu saja sebab yang dia boleh fikirkan saat ini…Khusyairi sebenarnya tidak mencintainya. Cuma dia tidak pasti sama ada sememangnya dia langsung tidak pernah dicintai sejak dulu atau perasaan Khusyairi berubah selepas dia mempunyai hubungan terlarang dengan wanita lain.
“Mishah.” Tangannya ingin disentuh Khusyairi namun lekas dia mengelak. Tidak sudi rasanya mahu membiarkan diri disentuh lagi.
“Ri, kalau awak dah nekad, lafazkanlah. Saya tak kisah. Saya sendiri dah puas merana memendam perasaan sepanjang kita kahwin.”
Tanpa sabar, dia yang terlebih dulu melepaskan kesakitannya. Air matanya jatuh mengalir perlahan ke pipi. Dia tidak terbeli sama sekali dengan reaksi terkejut Khusyairi dan kedua-dua orang tuanya.
“Apa maksud Mishah?.”

Popular Posts