Klik?

Maha Suci Allah

Maha Suci Allah

Kata saya...

MAAF. MAAF. MAAF.

1. Andai terlewat update.
2.Andai terlalu pendek.
3.Andai tak memuaskan hati.

Friday, March 26, 2010

Mr & Mrs BFF 16

Orang ramai sudah berbaris panjang mahu meninggalkan perut kapal. Amishah capai beg tangan di tepi kerusi. Ditolehnya pada Khusyairi yang masih duduk tegak, tanpa ada tanda-tanda mahu bangun.
“Ri, tak nak keluar ke?.”
Lelaki itu tidak memberi reaksi apa-apa. Orang ramai yang lalu-lalang di sisinya juga tidak dipedulikan.
“Kenapa ni, Ri?.” Amishah duduk semula. Bila Khusyairi membisu begitu, pasti ada sesuatu yang sedang menyakitkan hatinya. Bahu lelaki berbaju kemeja hitam itu diusapnya perlahan.
“Ri, jom keluarlah ya. Pramugari tu dah signal suruh keluar.”
Khusyairi mengeluh lemah. Apabila tangan Amishah mula mencapai kotak makanannya yang belum bersentuh, dia cepat-cepat menahan.
“Nak makan ke?.”
“Temankan aku makan sekarang kalau kau nak aku keluar dari kapal ni.” Arahnya dengan riak selamba sedang Amishah sudah terkebil-kebil.
Dia boleh saja menolak dan membiarkan Khusyairi terus duduk di dalam perut kapal ini. Biar sampai dia dihalau oleh kapten kapal. Tetapi seperti selalu, dia tetap akur. Dia tidak kisah terpaksa menjadi seperti emak kepada Khusyairi malah melayannya adalah perkara paling membahagiakan.
Dalam hati, dia senyum sendiri. Kotak makanan Khusyairi dibuka. Sudu dan garfu dihulur.
“Okey, jom makan.”
“Sayang, kita kongsi ya. Kau makan separuh, aku makan separuh. Kau makan dulu.”



“Aku betul-betul harap aku boleh apply cuti, shah. Tapi kompeni kedekut sangat. Kata kalau aku tak kerja sehari, kompeni boleh bankrap.” Omelnya sambil menyua kek kukus pandan buatan Amishah ke mulut.
Salah satu sebab yang buat dia sayang betul pada Amishah ialah kelebihannya yang pandai memasak. Suruhlah masak apa saja, dia akan sediakan. Kalah emaknya sendiri.
“It’s okay. Kalau kau kerja dengan aku pun, aku tak bagi cuti lama-lama.”
“Tak adalah. Kalau aku cuti, boleh juga aku temankan kau dekat rumah ni. Atau bawa kau jalan-jalan.”
Temankan di rumah? Amishah telan liur sendiri. Macamlah Khusyairi jujur dengan apa yang dia cakap. Habis tu, girlfriend yang satu lagi tu? Tak rindu ke?
“Aku okey. Kau teruskan aje kerja kau. Yang penting, jam 5 nanti kau balik. Jangan lupakan aku terus, sudah.”
Kata-kata Amishah mengundang ketawa kuat Khusyairi. Mana boleh dia lupa wanita kurus lampai ini? Sesaat pun sukar untuk dia lupa.
“Shah, kalau boleh, jam 12 ni pun aku nak balik.” Ujarnya dengan senyuman. Kalaulah Amishah ambil serius setiap kata-katanya...
Ikatan tali leher Khusyairi dikemaskan Amishah. “Nak balik lunch ke?.”
“Kau nak ke masak untuk aku?.”
“Ri, aku sentiasa sanggup buat apa saja untuk kau tau! Jangan kau lupakan tu.”
“Apa-apa pun yang aku minta?.” Keningnya sengaja diangkat. Khusyairi sudah mula senyum nakal.
Amishah angguk yakin. Selagi dia mampu, apa pun permintaan Khusyairi dia akan tunaikan. Lelaki ini memang menyenangkan hatinya. Walau kadang-kadang dia nampak manja keterlaluan, Amishah sendiri tidak kisah.
“Whatever you want, Ri.”
“Err...kalau aku minta...”
Keningnya dijungkit tinggi. “Nak minta apa? Masakkan sayur kangkung? Atau kebab ayam? Ke ikan kukus?.”
“Ermm...”
“Ish, kalau dah susah sangat nak cakap, sms lah aku nanti. Sekarang kau geraklah. Nanti jam, susah kau nak sampai office before 9 o’clock.”
Khusyairi ketawa perlahan dengan apa yang akan dia katakan nanti pada Amishah. Biar gadis ini terbeliak mata. Tapi tak boleh marah sebab dia akan bawa sekali kunci rumah ke pejabat. Jangan biar pisang berbuah dua kali! Jangan sampai si dia lari sekali lagi!


Bosan. Itu yang dia rasakan sejak Khusyairi meninggalkan rumah dua jam lepas. Sekarang sudah pun pukul sepuluh. Dia sendiri tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Menonton TV, tiada apa yang menarik pun. Kebetulan laptop nya pula ditinggalkan di rumah.
Perlahan langkahnya diatur ke arah bilik tidur di hadapan biliknya. Dia mencuba nasib memutar tombol.
“Ek, tak kunci?.”
Dengan lafaz salam, Amishah melangkah masuk. Ruang bilik bercat merah itu nampak terlalu bersepah dengan sehelai baju t-shirt tersadai di atas katil, baju-baju kemeja dilonggokkan di dalam bakul pakaian dan stokin yang pastinya sudah digunakan bersepah di bawah katil.
Spontan jarinya mengepit hidung. Sibuk sangatkah Khusyairi sampai tak sempat nak mengemas bilik sendiri?
Dalam berkira-kira mahu keluar itulah telefon bimbitnya berdering kuat dari arah biliknya. Kelam-kabut dia berlari anak. Mana tahu abah atau emaknya yang menelefon.
“Assalamualaikum. Hello, Cikgu.” Suara parau lembut itu menyentakkannya seketika. Bukan Haji Rusdi. Atau Amri. Atau Nikman.
“Err...waalaikumsalam. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap ni?.”
Suara itu kedengaran lagi selepas dia ketawa kecil. “Baru berapa hari cuti sekolah, takkan dah tak kenal suara saya kot, cikgu?.”
“Erm..sorrylah tapi memang saya dah lupa. Apa kata awak cakap aje siapa awak. Mungkin saya boleh ingat balik?.”
“Harap-harapnya masih ingatlah ya.”
Ah, Amishah ketap bibir. “Kalau awak tak cakap, macam mana awak nak tahu saya masih ingat ke tidak.”
“Okeylah. Ilyas ni. Ingat lagi?.”
Ilyas? Sekejapan dia sudah terkedu. Kepalanya digaru perlahan. Ilyas? Dari mana pula lelaki ini dapat nombor telefon aku? Dan apa yang dia nak dari aku waktu-waktu cuti macam ni? Jie pun tak pernah call waktu cuti.
“Ilyas? Cikgu Ilyas ke?.” Soalnya lagi walau dia tahu, memang hanya ada seorang Ilyas yang dia kenali.
“Alhamdulillah, ingat juga awak kat saya ya.” Dan nada kelegaan itu semakin menambah debarnya pula. Amishah memandang kosong pada almari kayu di depannya yang masih kosong. Sekosong fikiran dan hatinya mendengar suara lelaki itu.
“Apa tak ingat pula,cikgu. Rakan sekerja. Takkan lah boleh lupa pula.”
Ilyas mengekeh ketawa. “Manalah tahu. Kot kot cuti ni boleh terlupa. Maklumlah, dengar-dengarnya ada orang meredah laut china selatan cuti ni.”
“Redah laut china selatan? Siapa?.”
“Tak usahlah pura-pura pula, cikgu.”
Amishah melopong sendiri. Aku ke yang dia maksudkan? Meredah laut china selatan? Oh, maknanya ke Sabah! Beberapa ketika kemudian barulah senyuman terukir di bibirnya.
“Oh, cikgu maksudkan saya ke? Lah, siapa cakap saya meredah laut china selatan pula ni, cikgu?.” Dalihnya dengan gelak perlahan. Dalam hati, dia sudah dapat menjangka mulut siapa yang membawa khabar ini sampai ke telinga Ilyas.
“Tak penting siapa yang cakap. Cuma betullah cikgu meredah laut china selatan ya? Masih di Sabah ke?.”
“Macam mana pula cikgu boleh sangka saya ada dekat Sabah sekarang ni ya?.”
“Alah, cikgu.” Kemudian kedengaran pula suaranya ketawa halus. Tepat menampar ke gegendang telinga. “Tak usahlah bermain tarik tali pula. Sebenarnya kalau cikgu betul-betul ada di sana sekarang, saya ni nak minta tolong sesuatu.”
“Minta tolong? Apa tu?.”
“Tolong belikan mak saya gelang mutiara seutas, cikgu? Dia dah lama teringin tapi saya tak ada pula kesempatan nak ke sana. Jadi kalau boleh...”
Lah....gelang?
“Oh, nak gelang mutiara ke? Boleh tu. Insyaallah boleh saya belikan. Nak satu aje ke?.” Amishah terus teruja tanpa sedar sudah membenarkan dakwaan dia sememangnya berada di Sabah saat ini.


p/s : salam alaik...korang, ini new n3 just untuk korang..cikgu ni busy memanjang aje..kadang2 rasa x larat pun ada.esok cikgu akan diselia sekali lagi setelah tadi cikgu berpeluh ketiak diselia..susah jadi cikgu..cikgu harap korang yang masih doing business dgn cikgu korang tu, hormatlah diorang ye..huhu..kalaulah...and 1 more thing, esok cikgu balik kampung sebab my sis yg pregnant keguguran sampai masuk wad..nak melawat dia..tunggu cikgu balik ya..

Wednesday, March 24, 2010

Mr & Mrs BFF 15

Selepas dua malam berturut-turut ditahan di hospital, akhirnya dia dibenarkan juga keluar. Bingung sekejap. Tidak tahu mahu pulang ke mana.

Ke rumah sendiri, dia tidak yakin hendak berdepan dengan emak dan abahnya yang mungkin sampai sekarang masih marah. Hendak ke rumah Khusyairi, tidak selesa pula. Sebolehnya dia cuma nak berehat. Lagipun kalau ke rumah mentua, nanti-nanti tambah merajuk pula orang tuanya sendiri.

“Ri.” Lelaki yang dari tadi duduk membelek laptop itu dipanggilnya. Serba-salah pula melihat Khusyairi sibuk dengan kerjanya. Masuk hari ini, maknanya sudah dua hari lelaki itu mengambil cuti.

“Kenapa, shah?.”

“Err...” garu kepala.

Khusyairi ukir senyuman. Biarlah Amishah akan memberi keputusan yang sama sekali dia tidak mahu terima nanti, Amishah tetap yang terbaik dalam hatinya.

“Kenapa ni? Cakaplah.” Dia cuba memujuk dengan suara lembut. “Kau dah nak cakap pasal keputusan kau ke?.”

Amishah menggeleng cepat. Soal itu masih berkubu dalam fikiran. Nanti-nantilah baru dia membuka mulut. Kepalanya masih terasa pening sekarang. Kalau soal itu lagi hendak difikirkan, entah sampai bila baru kepalanya jadi tenang.

“Ri, boleh tolong bagi pandangan tak?.”

Sekali lagi Khusyairi senyum. Ikhlas. “Bukan setakat pandangan, kalau kau nak minta nyawa aku pun, insyaallah aku sanggup beri.”

“Ri!.” Ah, ini yang dia tidak suka! Bila Khusyairi sudah mula mengarah bicara ke soal hati.

“Betul, shah. Aku sanggup buat apa saja untuk kau.”

“Ish, tak nak cakaplah kalau macam ni!.” Mencebik.

“Okey..okey...aku main-main aje. Apa dia yang kau nak minta pendapat aku?.”

“Pada kau, aku patut balik rumah mana satu? Rumah aku ke rumah kau?.”

“Lah, itu ke halnya?.” Khusyairi diam sejenak. Sesekali dia menggeleng tapi senyuman di bibir tetap ada. Dia sudah ada rancangan untuk Amishah, tapi itu pun kalau Amishah sudi.

“Ri?.”

“Okey, yang. Macam ni.” Punggung dilabuh rapat ke sisi Amishah yang sudah siap bertukar pakaian. Kedua-dua tangan Amishah dicapai. “Aku dah ada cadangan sebenarnya tapi itu pun kalau kau boleh setujulah. Aku tak memaksa.”

Cadangan? Amishah sudah mula berkerut dahi. Masakan Khusyairi hendak beri cadangan yang mereka akan bercerai hari ini juga? Jadi dia tak perlu susah-payah berfikir hendak pulang ke rumah mana satu? Begitukah? Dadanya berdebar tiba-tiba.

“ Rancangan apa?.”

“Err...sebenarnya aku dah kena balik ke Sabah malam nanti sebab aku tak boleh cuti lama-lama. Tahu ajelah kerja dengan swasta ni macam mana.”

“Don’t explain, Ri. Just tell me what is your plan.”

“Okay. Jadi sebab tu, aku kira....err...lagipun aku nampak kau dah sembuh kan. Walau masih perlukan rehat. Jadi...”

Amishah sudah kegeraman. Genggaman tangannya pada lengan Khusyairi jadi semakin kejap. “Just say it, Ri. Apa yang susah sangat? Kenapa? Kau dah nak ceraikan aku ke?.”

“Shah!!.”

“Habis tu apa?.” Sekali lagi dia tewas. Sekali lagi dia menangis. Untuk kali keberapa dalam seminggu ini pun dia sudah tak terkira. Yang pastinya, sudah terlalu kerap.

“Shah, you have heard my words before. Jangan nak bangkitkan lagi hal ni. Kau tahu sendiri yang keputusan ada di tangan kau sendiri.”

“Ri, aku....”

Dia berniat mahu menjatuhkan kepala ke ribaan Khusyairi seperti yang dia biasa lakukan dulu-dulu semasa mereka berbual-bual sambil bergelak-ketawa selepas mengulangkaji. Namun niatnya terpaksa dibatalkan pabila empunya riba sudah bingkas bangun kembali kepada laptopnya.

“Aku dah belikan dua tiket. Kalau kau rasa selesa dan setuju, kau tak perlu pilih mana-mana rumah di sini. Rumah aku di Sabah tu yang akan tunggu kau.” Suaranya mendatar namun dalam hati, dia cukup berharap Amishah akan setuju.

Bukan sebab duitnya yang melayang begitu saja semata-mata untuk membeli dua tiket economy class dengan Malaysia Airlines itu tapi kerana dia memang mahu Amishah ada di sisinya untuk saat-saat akhir ini.

Mana tahu kalau nanti keputusan tak memihak pada dirinya?



Amishah duduk tegak di tempat duduknya. Menoleh sekilas pada Khusyairi yang terlena di sisi. Kepalanya tegak seperti orang sedang menonton tv.

“Argh!.”

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia setuju mengikut Khusyairi kembali ke Sabah. Untuk menghabiskan sisa cutinya yang cuma ada empat hari saja lagi.

Sayang duit membeli tiket? Bukanlah. Sebabnya bukan duitnya yang terkorban.

Sayang? Entahlah, sedangkan Khusyairi sudah ada orang lain di sini.

Tapi kalau dia sudah ada perempuan lain, kenapa pula dia kena mengaku tak mahu bercerai? Kononnya dia syukur jadi suami aku. Tapi, entah-entah itu cuma kata-kata manis Khusyairi di depan emaknya.

Supaya kalau akhirnya nanti mereka bercerai, semua orang akan nampak dialah sebenarnya yang bersalah. Yang tak mahu meneruskan perkahwinan ini.

Dua jam setengah lagi baki perjalanan. Amishah capai majalah di dalam poket kerusi hadapan. Tiada apa pun yang menarik. Dia lapar tapi belum ada tanda-tanda makanan hendak dihidangkan. Mahu tidur, seumur hidupnya dia memang tak pernah tidur dalam kapal terbang.

Sesekali kepala tegak Khusyairi jatuh terlentok di bahunya. Mahu saja dia menolak tapi melihat wajah tenang Khusyairi yang begitu dekat, akhirnya dia cuma mengelus rambut lelaki itu. Macam selalu dia lakukan bila Khusyairi datang mengadu padanya.

Dalam kebingungan itu, dia teringatkan pula mp3 yang Khusyairi hadiahkan dua bulan lalu. Dia cuba menyeluk poket baju panasnya perlahan-lahan tetapi entah macam mana, dia tersenggol siku Khusyairi.

Lelaki itu terpinga-pinga menegakkan kepala. “Kenapa, yang? Tak dapat tidur ke?.”

“Tidur?.” Dia lupakah aku memang tak tidur dalam kapal? Amishah diam sejenak. Nampaknya banyak perkara yang Khusyairi sudah mula lupa. Mungkin sebab dia perlu mengingat banyak perkara pula tentang si dia.

“Sayang?.”

Bergetar dadanya dipanggil mesra begitu. Sejak kejadian Khusyairi bertelefon dulu, dia pula yang makin dingin. Kelu rasanya nak terus memanggil darling. Sebab dia tahu sendiri yang Khusyairi ada orang lain untuk dipanggil sayang.

“Tak ada apa-apalah, Ri. Kau sambunglah tidur. Nanti bila diorang serve makanan, aku kejutkan kau ya.”

“Kau?.”

“Ri, tidur ajelah.” Dia bukan mahu memaksa tapi makin lama Khusyairi merenung begitu, makin tak keruan dia dibuatnya.

Senyap seketika. Amishah jenguk ke sebelah. Khusyairi sudah terlena semula. Lelaki ini kepenatan. Di hospital dua malam, mestilah dia tak selesa tidur. Di wadnya cuma ada sofa pendek dan kerusi kayu.

Hampir sejam kemudian barulah makanan dihidangkan. Amishah memilih untuk makan spagheti manakala untuk Khusyairi pula, dia memilih nasi dengan hidangan ayam. Setahunya, Khusyairi tak suka spagheti.

“Ri, bangun Ri.” Bahu lelaki itu diusap-usap.

“Hurmm...”

“Makanan dah ada ni. Bangun ya. Aku tahu mesti kau lapar sekarang.”

“Kau makanlah dulu.” Itu pula jawapan Khusyairi masih dengan lagak mamainya. Amishah tahan senyuman. Dia tahu, Khusyairi mana pernah mahu makan lambat berbanding orang lain.

“Betul nak aku makan dulu ni?.”

“Hurmm...”

“Okey, kalau macam tu aku nak makanlah.” Melihat Khusyairi nampak serius dengan keputusannya, Amishah akur.

Dia mula membuka hidangan di depan mata. Walaupun tidaklah nampak terlalu menyelerakan, namun dia memang perlu makan. Sudah beberapa hari ini dia tidak makan apa-apa melainkan minuman susu yang dimasukkan doktor ke tubuhnya melalui suntikan.


Monday, March 22, 2010

Mr & Mrs BFF 14

“Ri!.”
Khusyairi bingkas berdiri. Wajah lesu dan pucat Amishah buat dia betul-betul rasa bersalah. Walau sampai sekarang dia tidak tahu apa punca sebenar Amishah melarikan diri, dia yakin dia sudah berbuat kesalahan besar. Kalau tidak, Amishah takkan pernah buat hal begini. Amishah bukan jenis mudah merajuk.
“Aku nak ke toilet.”
“Okey, aku temankan ya.”
Amishah menggeleng laju. “Tak payah. Aku cuma minta jasa baik kau tolong aku turun dari katil ni.”
“Shah, kau masih tak sihat. Tekanan darah kau pun rendah.” Dia sendiri sudah diberi nasihat oleh doktor untuk memastikan Amishah tidak banyak bergerak. Kalau hendak bangun, perlu dipimpin atau menggunakan kerusi roda.
“Kalau tak nak tolong, tak apalah. Aku boleh usaha sendiri.”
Amishah....
“Yalah..yalah..aku tolong. Sampai bilalah agaknya baru kau nak fikirkan yang positif tentang aku ya, shah?.”
Soalannya terbiar tidak berjawab. Amishah sekadar menjeling sebelum Khusyairi mendekat mendukungnya turun dari katil. Kalau bukan sebab kepalanya yang sedang berpusing, sudah lama dia menjerit menghalang lelaki itu daripada berbuat begitu.
Khusyairi terus memandang tiap langkah lemah yang diatur Amishah ke bilik air. Selangkah dua, wanita itu berhenti di tepi dinding, berehat sebentar sebelum menyambung langkahnya.
Entah kenapa, tiap langkah Amishah menimbulkan debar yang bukan sedikit di dadanya. Risau Amishah akan jatuh. Demamnya masih kuat, tekanan darahnya rendah. Dia boleh jatuh bila-bila masa sahaja.
Belum sempat dia mengalih pandangan, Amishah tiba-tiba jatuh tersungkur ke lantai sambil memegang erat kepalanya.
“Shah! Sayang!.”



Doktor Halim baru saja berlalu. Bilik wad kelas satu yang dihuni Amishah sunyi semula. Amishah diam tidak berkutik di atas katil sedang Khusyairi mundar-mandir di tepi tingkap.
Gara-gara Amishah jatuh pengsan, dia yang terpaksa menebalkan telinga mendengar leteran Doktor Halim. Dia dimarahi kerana tidak boleh memantau kesihatan isteri sendiri.
“She’s your wife. You should take good care of her. Dia dah kena gastrik yang teruk, tekanan perasaan, demam. Dan you boleh biarkan dia berjalan sendiri ke toilet? Apa yang sebenarnya you buat tadi, hah?.”
Dia cuma mendiamkan diri. Dijelingnya sekilas pada Amishah yang cuma menunjuk reaksi seolah tiada apa-apa yang berlaku.
“Lepas ni, I dengar lagi your wife jatuh, I akan suruh you sendiri rawat dia sampai sembuh.”
Apa lagi yang boleh dia katakan? Di mata doktor lelaki sebaya Haji Rusdi itu, dialah yang menyebabkan Amishah jadi begini.
“Dia sepatutnya dah boleh discharge esok tapi since you dah suka sangat bayar bil, I akan tahan lagi dia sampai satu masa yang I kata dia dah stabil.”
Khusyairi diam lagi. Kalau soal bil yang hendak dirisaukan Doktor Halim, dia pula sama sekali tidak kisah. Soal duit boleh dicari. Lagipun Amishah isterinya sendiri. Tanggungjawabnya. Masakan dia hendak berkompromi soal kesihatan Amishah. Kalau pun sampai perlu dia membayar ratusan ribu ringgit, dia sanggup asalkan isterinya sembuh semula.
Mundar-mandir hampir sejam, Khusyairi cuma terduduk pabila Kamariah dan Latiff muncul membawa bunga segar di tangan.
Kamariah terus meluru pada Amishah. Mengelus-elus wajah menantunya tanpa sedikit pun menyapa anaknya sendiri.
“Anak mak menyusahkan Mishah ke?.”
Khusyairi terus memandang ke anak mata Amishah. Wanita itu terkebil-kebil sendiri tidak memberi sebarang reaksi. Kalau Amishah buka mulut, dia juga akan dapat tahu apa sebenarnya yang membuat Amishah nekad lari.
“Maafkan mak ya. Mungkin mak yang tergesa-gesa putuskan tentang masa depan kamu berdua, Mishah.” Kamariah sudah teresak sendiri.
“Apa maksud mak?.”
“Ri, Mishah, kamu sengsara ke dengan aturan kami ni?.” Soalnya dengan air mata. Suaminya sekadar mendiamkan diri di sisi Khusyairi. Khusyairi yang nampak cengkung dan tak terurus.
“Ri tak faham maksud mak.”
Kamariah diam sejenak. Berat rasanya hendak menyampaikan apa yang ada di dalam dada. “Kalau Ri dan Mishah tak bahagia, tak apalah. Mak pun dah tak boleh buat apa. Cuma mungkin mak kena lapangkan dada, ikhlaskan hati, izinkan kamu berdua berpisah.”
“Mak!.” Tanpa sedar, Amishah dan Khusyairi menjerit serentak sebelum kedua-duanya saling berpandangan.
“Mak tak boleh memaksa. Cukuplah dengan dosa mak sebab dah musnahkan masa depan kamu berdua. Terutamanya Mishah.”
“Ri tak pernah terniat nak buat macam tu, mak.” Lirih suaranya membuatkan Amishah tersentap.
Bukankah dulu Khusyairi sendiri yang merancang perpisahan mereka? Dan dia juga sudah setuju? Namun bila mendengar kata-kata ibu mentuanya tadi, dadanya berdebar kuat. Dia tidak tahu apa yang sedang berlegar dalam hatinya saat ini.
Dia tidak pernah merasakan kasihnya lebih dari sekadar kawan baik pada Khusyairi tapi dia mengaku yang dia sama sekali tidak mahu bercerai. Dia sayangkan perkahwinan ini. Jadi adakah itu boleh disebut cinta?
“Mak kalau boleh nak Amishah jadi menantu mak sampai bila-bila tapi kalau kamu tak bahagia, apa gunanya mak memaksa?.”
“Ri tak nak, mak. Ri dah cukup bahagia jadi semakin dekat dengan Mishah.” Biarlah Amishah terkejut. Dia tidak kisah. Tapi dia memang tak akan melepaskan Amishah selagi dia mampu.
Jawapan Khusyairi menambah hebat debar di dadanya. Air mata yang cuba ditahan mengalir juga. Jadi betullah Ri sukakan aku lebih dari sekadar best friendnya?
“Tapi...”
“Tapi Ri tak tahulah pula macam mana dengan menantu mak ni. Mak kenalah tanya dia juga.” Lirikan matanya tepat memandang kepada Amishah sedang wanita itu sudah tersedu-sedan sendiri.
Rasanya dia tak silap menelah yang Amishah memang tengah tertunggu-tunggu bila waktunya dia nak melafaz cerai.
Pandangan Kamariah dikalih pada Amishah. Sedih melihat ada air mata di pipinya tapi dia sudah nekad. Kalau memang Amishah tak sudi lagi terus jadi menantunya, dia sudah bersedia. Memang dia tak berhak memaksa pun.
Lengan Amishah diusap lembut. “Mishah macam mana? Nak teruskan atau macam mana?.”
“Mariah, abang rasa tak elok kita pergi paksa budak-budak ni buat keputusan melulu. Amishah tengah sakit, awak pergi tanya soalan macam tu.”
“Tak apa, ayah. Shah tahu mak pun terpaksa.” Walau dalam hati, dia juga tidak setuju dengan keadaan dirinya yang begini pula dia dipaksa membuat keputusan. Sudahlah tiada emak dan abahnya.
Emak? Abah?
Orang tua berdua itu sudah merajuk. Kecil hati barangkali dengan perangai Amishah. Sampai ke hari ini mereka langsung tak datang menjenguk.
“Shah?.” Khusyairi pula yang bersuara, mengharapkan jawapan.
“Errr....tolong bagi shah masa, mak. Shah akan cuba fikirkan sendiri, dalam-dalam. Shah nak solat istikharah dulu.”


p/s : minta ampun banyak2 sebab baru malam ni dapat upload ya, korang...cikgu busy betul. almaklumlah..hehe..hari rabu saya free. lenggang kangkung. so insyaallah esok akan ada lagi new entry just for u all yang sudi menjadi sebahagian dari hidup maya saya...

Thursday, March 11, 2010

Mr & Mrs BFF 13

Seorang gadis muda bertudung biru duduk tegak menghadap Amri dengan debaran yang cuba ditahan. Menurut apa yang dia tahu, firma ini memang agak popular di kalangan pelajar undang-undang.
Dia betul-betul berharap Amri akan memilihnya melakukan chambering di sini. Kalau dapat, mudahlah urusannya. Tempat tinggalnya juga dekat.
“Ermm....Suraya Hani.”
“Saya, encik.”
“Based on what you have said before, I think you have the potention. I really want to take you but I’ll have to discuss with someone. She’s my partner actually.” Kebetulan Syuhadah sedang cuti bersalin, jadi dia perlu ke rumah wanita beranak tiga itu untuk berbincang terlebih dahulu.
“Baik, encik. Tapi kalau boleh saya tanya, bila agaknya saya boleh dapatkan keputusan encik?.”
“Err...saya akan confirmkan dulu dengan Puan Syuhadah. Then, saya..” belum sempat menghabiskan bicara, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi perlahan di dalam laci. Dia cuba untuk tidak mahu menerima panggilan itu tetapi sehingga tiga kali ia berbunyi.
“Excuse me, Su. I have to accept this call. Su tolong tunggu di luar dulu. Lepas ni saya jumpa Su, ya.”
Suraya Hani tersenyum dengan anggukan walau di dalam hati sedikit terkejut dengan selambanya Amri memanggilnya Su.
Sebaik sahaja Suraya keluar, Amri lekas-lekas mengambil telefon di dalam laci. Terkejut melihat tiga kali panggilan tidak dijawab. Dua daripada ibu bapanya dan sekali daripada Nikman.
“Hello, abah?.” Antara keduanya, dia rasa panggilan Haji Rusdi lebih penting.
“Hah, Am ke tu?. Abah ni.”
Reaksi Haji Rusdi membuatnya senyum sebentar. Sudah sememangnya dia menelefon abahnya, mahu juga abahnya memperkenalkan diri.
“Ya, abah. Am lah ni. Kenapa abah call Am sampai dua kali tadi, bah?.”
“Ini, tentang adik kau. Si Mishah.”
“Mishah?.” Entah kenapa, hampir-hampir dia tersedak mendengar nama yang disebutkan Haji Rusdi itu. Takkan semua orang dah tahu Amishah hilang? “Kenapa dengan adik, abah?.”
“Adik kau hilang, Am. Khusyairi baru call abah tadi. Mishah hilang sejak kelmarin lagi. Abah tengah risau ni.”
Mishah? Amri telan liur sendiri. Kesat rasanya. Semua orang sedang riuh mencari Amishah sedangkan adik perempuan tunggalnya itu sekarang ada di rumahnya. Apa hendak dikata ya?
“Am? Amri?.”
“Ya..ya, abah. Am dengarlah ni. Jadi kita nak buat macam mana sekarang, abah? Dah laporkan pada polis ke?.” Dalihnya dengan lagak cemas.
Kedengaran keluhan berat Haji Rusdi terlepas perlahan. Serba-salah juga dia dibuatnya membiarkan orang tuanya risau begitu. Apatah lagi orang tua Khusyairi. Tapi kalau diberitahu, bagaimana pula dengan Amishah?
“Abah kira, lepas Khusyairi laporkan pada polis nanti dan polis dah beri maklum balas, abah minta tolong dengan Am.”
“Abah nak ke Sabah ke?.” Soalnya pantas.
“Hurmm...macam begitulah kiranya. Abah dengan mak kau. Tak tahulah pula Mak cik Mariah kamu macam mana.”
Entah kenapa, dia dapat mengesan rasa kecil hati Haji Rusdi di hujung kata-katanya itu tadi. Takkanlah orang tuanya berkecil hati dengan besan mereka? Kalau sudah berkecil hati begitu, jangan-jangan boleh putus saudara pula.
“Err...jadi abah nak Am belikan tiket sekarang ke untuk abah dengan mak?.”
“Tak apa. Abah cuma nak beritahu kamu dulu. Nik dah dalam perjalanan nak balik ke sini tu. Kalau kamu rasa kamu patut pulang, ambillah cuti sehari. Kita berbincang di rumah.”
“Abah?.” Sah. Haji Rusdi memang sedang marah. Perlahan dia melonggarkan tali leher yang terasa seakan hendak menjerut itu. Ah, macam-macam masalah yang timbul!




Bingung dan resah membuatkan Amri akhirnya mengambil cuti kecemasan dan terus pulang ke rumah sebelum sempat berhubung semula dengan Suraya Hani.
Amishah sedang menggosok-gosok mata semasa dia menjengah ke bilik adiknya itu.
“Aku rasa macam nak kena bunuh sekarang ni, shah.” Keluhnya kasar sambil menghempas punggung ke atas katil.
“Kenapa, bang?.”
“Kau bangunlah dulu. Kalau nak sambung tidur, lepas semuanya selesai. Bukan sekarang.”
Walaupun sedikit tersentak, Amishah menurut juga. Kalau sudah Am tunjuk muka singa jantannya itu, dia yakin abangnya sedang menghadapi satu masalah besar yang melibatkan dirinya.
“Abang bukan nak marahkan kau tapi masalah kau ni dah bertambah besar sekarang ni.”
“Maksud abang?.”
“Semua orang dah sibuk cari kau sekarang ni tahu!.”
Amishah lekas angkat muka. “Maksud abang, mak dengan abah dah tahu? Macam mana boleh..”
“Jangan tanya macam mana boleh mak dan abah tahu. Laki kau tu bukannya tak ada mulut. Dah bini dia hilang sehari semalam, takkan dia nak simpan sendiri kot? Dia dah report dekat abah.”
“Habis tu?.” Amishah menggegar bahu abangnya. Kalau Amri takut, dia apatah lagi. Malah dialah yang akan mati kalau semuanya terbongkar.
“Sekarang abah dah suruh aku balik kampung. Dan lepas Ri lodge report, abah dan mak nak ke Sabah. Nak cuba cari kau dekat sana.”
Tidak sedar, sudah ada air bergenang di matanya. Dia cuma merajuk pada Khusyairi. Tapi mengapa harus sampai jadi begini?
“And one more thing, shah. Dari kata-kata abah tadi, aku tak silap kalau aku cakap abah dah rasa marah dan kecil hati dengan Khusyairi, dengan keluarga dia. Aku takut diorang bergaduh sebab benda bodoh ni.”
“Ibu?.”
“Ya, mak si Khusyairi tu. Mak mentua kau.”
“Ah!.” Kali ini dia tahu dia sudah menangis kuat. Kepalanya terasa berat semacam. Nampaknya dia akan ‘mati’ dijerut walau apa pun keputusan yang akan dia ambil selepas ini. Tapi sampai membuatkan abah dan mak risau? Sampai membuatkan hubungan mak dan ibu jadi dingin?
Amishah menahan nafas dalam-dalam bersama air matanya. Telefon bimbit Khusyairi dipinjam. Dia sudah nekad!




Suasana di rumah kayu Haji Rusdi senyap sunyi. Semua orang berdiam diri namun masing-masing menyimpan amarah sendiri.
Di satu sudut, Amishah bersendirian terhenjut-henjut menangis. Nampaknya telahan awalnya tadi betul-betul terjadi. Walau apa pun keputusan yang diambil, sama ada berterus-terang atau terus menghilangkan diri, dia tahu keadaan ini tetap akan berlaku.
Dia sama sekali tidak menyangka Khusyairi akhirnya akan buka mulut tentang kehilangan tiba-tibanya kepada Haji Rusdi dan Mak Biah. Maksudnya risau juga dia. Tapi, ah, sebenarnya dia takut kalau aku betul-betul hilang sebenarnya.
Sehingga ke malam, Amishah cuma duduk mengeringkan air mata di dalam biliknya. Tanpa ada seorang pun datang memujuk. Dia tahu salahnya.


Amishah cuba melelapkan mata semula namun ternyata baru seminit dua, matanya segar semula. Ternyata bunyi enjin di luar rumah sebentar tadi sudah membawa jauh rasa mengantuknya.
Dia cuba berkalih ke kiri dan kanan sebelum akhirnya memeluk bantal menghadap dinding kayu biliknya. Rasa panas tiba-tiba terasa. Dia meraba dahinya sendiri. Panas! Demamkah?
Baru saja dia berniat hendak bangun, dia tiba-tiba dikejutkan dengan bayang seseorang berdiri di belakangnya. Siapa? Kalau bukan disebabkan tekaknya terasa perit, sudah lama dia menjerit.
“Shah?.”
Suara parau itu membuatkan lehernya terasa tegang sendiri. Dia mahu menoleh namun rasa ego menghalangnya dari berbuat begitu.
Amishah menepis bila tangan itu singgah di pinggangnya.
“Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau. Aku dah datang ni, shah.”
Amishah keraskan tubuh. Air matanya bagai mengerti, sudah mula menjejer turun ke pipi. Dia cuba untuk tidak menepis namun tangannya lebih pantas bergerak.
“Shah? Sayang?.”
Mendengar pujuk rayu Khusyairi, tangis yang cuba dikawal semakin menjadi-jadi. Dia sudah tersedu-sedan menutup mukanya dengan bantal peluk. Ini kali pertama dia dipujuk, oleh Khusyairi.
Dia tidak sempat menahan bila tubuhnya sudah dikalihkan menghadap Khusyairi. Khusyairi menjatuhkan tangan ke wajahnya namun sepantas kilat pula seluruh tubuhnya disentuh cemas.
“Sayang, kau demam ni! Bangun jom. Aku bawa kau ke klinik ya.” Khusyairi sudah bingkas bangun.
Amishah cuma menggeleng. Perasaannya saat ini kosong. Dia tidak tahu harus berasa apa. Walau Khusyairi tiba-tiba sudah muncul di rumah kayu ini di tengah malam begini. Walau Khusyairi sudah muncul menunjukkan rasa kasihnya. Walau Khusyairi sudah muncul memanggilnya sayang.
“Izinkan aku dukung kau ya. Aku akan bawa kau ke klinik.” Putusnya tegas sebelum mengangkat tubuh kurus Amishah.

p/s : Hello, all..hehe..cikgu datang!!!! Ini untuk malam ni dan esok. kalau cikgu ada kesempatan, esok lepas sekolah cikgu update lagi ya. petang esok cikgu nak balik kampung dah..korang tunggu ya..muahaha

Tuesday, March 9, 2010

Mr & Mrs BFF 12

Amishah buru-buru mendekati balai berlepas. Selepas mendaftar masuk tadi, dia tidak lagi menunggu di luar. Risau jika Khusyairi mengejar dan terkesan dirinya.
Lapangan terbang ini pertama kali dia kunjungi. Mujur saja ada buku panduan telefon Yellow Pages di rumah Khusyairi tadi memudahkannya memanggil teksi. Itupun dia cuma mampu bertawakal dia akan dihantar ke airport dengan selamat.
Untuk Khusyairi, dia tidak meninggalkan apa-apa pesanan atau notis memberitahu di mana dan ke mana dia menghilang. Biar seriau lelaki itu mencari. Itupun kalau dia masih ada hati mahu mencari.
Untuk ibu bapanya di kampung pula, dia cuma memaklumkan bahawa segala-galanya selamat di sini. Dia gembira bersama Khusyairi. Cuma dia risau bagaimana reaksi ibu bapanya dan orang tua Khusyairi bila mereka tahu dia menghilang nanti. Haji Rusdi pasti mengamuk sakan. Itu saja yang dia tahu.



Selepas menghantar Nurainah kembali ke pejabat, Khusyairi terus memandu ke Bukit Padang. Dikerlingnya sekilas pada bungkusan makanan di tempat duduk belakang, spontan dia mengukir senyuman.
Amishah...Amishah...
Hampir setengah jam perjalanan, akhirnya dia tiba di rumah. Suasana masih sepi dan senyap sepertimana dia meninggalkannya pagi tadi. Nampaknya Amishah masih merajuk.
“Yang?.” Panggilnya bersama ketukan di pintu. “Shah, aku dah balik ni. Aku ada belikan makanan untuk kau. Keluar ya. Aku temankan kau makan.”
Senyap lagi.
“Sayang? Kau kena makan. Nanti kau sakit.” Nanti bukankah dia juga yang akan dimarahi kalau ibu bapanya dapat tahu Amishah sakit?
Ibu bapanya sayang benar pada Amishah. Mengalahkan sayang pada dirinya sendiri sebagai anak kandung mereka. Terutama sekali ibunya. Kalau dulu-dulu asalkan Amishah sakit, dia jugalah yang akan didenda.
“Shah? Kau tidur ke?.”
Khusyairi garu kepala. Telefon di dalam kocek diseluk. Dia cuba mendail nombor telefon Amishah namun gagal bila hanya suara mesin yang menyambut panggilannya. Telefonnya habis bateri ke?
Malas mahu terus berteka-teki, dia mencapai kunci bilik di dalam almari pakaiannya. Entah Amishah pengsan atau apa di dalam sana. Kerisauannya memuncak tinggi. Amishah berpenyakit gastrik. Kalau sudah seharian tidak makan, entah-entah benarlah dia sudah pengsan.
Namun sebaik pintu terbuka, dia sendiri pula yang terasa mahu pengsan melihat bilik tidur yang memang dia sediakan buat Amishah itu sunyi. Kosong. Katilnya tersusun rapi.
“Shah?.”
Khusyairi membuka pintu almari dengan rakus. Di situ juga kosong. Di bilik mandi juga kosong. Malah dia sudah tidak terlihat beg pakaian Amishah. Dia bergegas pula ke ruang tamu. Meneliti rak kasut dan sememangnya kasut tumit tinggi Amishah tiada.
“Shah, kau pergi mana pula ni? Shah?.”
Kerisauannya menguasai diri. Bingung seketika hingga tidak terfikir mahu menelefon hinggalah hampir beberapa minit kemudian, dia menepuk dahi sendiri saat terpandang telefon bimbitnya.
Tapi siapa yang perlu dia hubungi dulu?
Ah...
Nombor mertuanya yang terlintas di fikiran tapi ketakutan pula datang ke dalam diri. Sudah pastilah orang tua berdua itu akan menyoal siasat dirinya pula. Amishah anak mereka, isterinya. Masakan isteri seorang pun tak mampu dijaga? Sampai hilang?
Ah, itu belum lagi ibu bapanya sendiri...






“Please ya, bang. Jangan cakap dekat sesiapa shah ada dekat sini. Especially mak dengan ayah.” Rayunya dengan mata hampir terkatup rapat.
Dia sampai sahaja, Am sudah sedia menanti di ruangan ketibaan. Dia betul-betul bersyukur hinggakan sekali lagi air matanya turun berderai. Mujur saja kali ini dia dapat mengawalnya dengan mudah.
“Habis tu, laki kau?.”
“Ah.” Amishah mencebik. Begnya yang masih tersadai di tepi almari dipandang sepi. Malas hendak memikirkan lelaki itu.
“Okeylah kalau kau tak sedia lagi nak cerita. Aku nak balik office dulu. Kalau nak makan, ada leftover dekat fridge tu.”
Amishah angguk saja. Dalam keadaan begini, apa jenis makanan pun dihidang di depan mata, sedikit pun tidak mampu mengusik seleranya. Sejak sampai di Sabah semalam sampailah saat ini, dia belum menjamah apa-apa. Risau juga gastriknya menyerang tapi syukur alhamdulillah, penyakit itu belum muncul.
Memandang jam di dinding, Am lekas-lekas menyarung semula kotnya. Sejam lagi dia perlu bertemu seorang pelajar UIA yang mahu melakukan latihan chambering di firma guamannya.
“Rumah aku kunci dari luar tahu. Nanti kalau tinggalkan dengan kau, aku jerit dekat luar pun belum tentu kau nak dengar.”
“Shah pun nak tidur ni. Mengantuk sangat.”
“Tidur tu jangan sampai tak sembahyang pula. Kalau tak, aku report kes kau ni dengan ayah dengan mak dekat kampung.”
“Yelah, yelah..shah tahulah. Ajar orang macamlah orang masih sekolah menengah.” Rajuknya dengan mulut memuncung panjang.
Am cuba untuk tidak ketawa melihat reaksi adiknya. Kata dalam kesedihan tapi boleh pula buat muka memuncung begitu. “Abang tahulah kau tu dah ‘overcooked’.”
“Overcooked? What is that?.”
“Dah lebih dari sekadar dewasa. Dah kahwin pun. Sebab itu boleh lari tinggalkan laki.”
“Ish, abang ni!.” Amishah menjeling tajam. Sempat juga dia membaling sebiji bantal yang akhirnya tepat mengena perut abangnya. Mengekeh dia ketawa melihat kerutan di dahi Am.
Seketika dia terlupa soal Khusyairi. Soal lelaki yang menganggapnya sekadar seorang kawan itu. Lelaki yang sudah punya ‘kawan’ lain, yang dipanggilnya ‘babe’, yang membuat air matanya mengalir keluar.
“Ah, sudahlah!.” Akhirnya dia menutup kepala dengan sebiji bantal lain. Dia betul-betul letih. Daripada memikirkan Khusyairi, lebih baik dia tidur.


“Apa? Anak mak hilang? Ri?.”
Khusyairi menahan air matanya dari terus mengalir. Dia sudah tiada pilihan lain pabila sehari berlalu sedangkan Amishah langsung tiada jejak. Dan kini, mendengar serak sendu suara Mak Senah, dia terasa menyesal yang amat pula.
“Ri minta maaf, mak. Ri tak tahu dia ke mana. Semalam Ri pergi office, bila Ri balik, sedar-sedar aje Mishah dah tak ada.”
“Ya Allah, Khusyairi!!! Apa dah kamu buat dekat anak mak? Sampai hilang ni? Kamu dah report polis ke?.”
“Belum, mak. Ri nak cuba mencari dia dulu.”
“Ri...”
Suara Mak Senah menghilang. Kedengaran suara lain di belakangnya mengambil gagang dengan kasar. Khusyairi tahan nafas. Itu pasti Haji Rusdi.
“Khusyairi, cakap betul-betul dengan ayah. Apa kamu dah buat sampai anak ayah hilang ni? Cakap.” Walau suaranya perlahan namun siapa pun yang mendengar pasti akan bergegar lutut mendengarnya.
“Ayah, Ri sendiri tak tahu apa yang buat dia merajuk sampai macam ni.”
“Merajuk? Jadi kamu berkelahi?.”
“Errr....”
Haji Rusdi mengeluh kasar. Salah lagikah keputusan mereka menyatukan Amishah dan Khusyairi? Salahkah kalau niat mereka cuma untuk mengelakkan dua orang anak ini terhindar dari dosa? Kalau sudah berkepit tiap kali berjumpa, duduk rapat malah kadang-kadang berkongsi pakaian, apa lagi maksudnya?
“Ri, kau telefon orang tua kau dulu. Ayah dengan mak dekat sini akan cuba hubungi Am dengan Nik. Tengok macam mana.” Putusnya akhirnya.
“Baik, ayah. Ri minta maaf banyak-banyak.”
“Lagi satu. Pergi buat laporan polis secepat mungkin. Anak ayah tu perempuan. Kalau ada apa-apa berlaku pada dia, ayah tak tahu nak kata apa lagi dah.”
Khusyairi senyap cuma. Dia tahu ini semua salahnya walaupun dia sendiri tidak tahu atas alasan apa Amishah harus menghilangkan diri begini. Masakan hanya disebabkan salah faham semalam?

p/s : hai,korang..memandangkan cikgu free malam ni, cikgu postkan lagi ya..hehehe..esok cikgu nak melenggang kangkung aje datang sekolah..1 hari tak ada apa nak buat..

Monday, March 8, 2010

Mr & Mrs BFF 11

Amishah serba-salah. Hendak buka ke tidak? Merenung pintu kayu di hadapannya, dia tak terbayang apa yang ada di dalamnya selain tuannya.
Tapi aku perlu minta maaf dengan Ri....
Bibirnya terkumat-kamit membaca selawat. Perlahan-lahan pintu kayu bilik Khusyairi ditolak. Dia baru mahu mengukirkan senyuman bila terlihat kelibat Khusyairi berdiri di tepi tingkap sedang berbual di telefon, dengan suara yang cukup perlahan. Patutlah dia tidak terdengar apa-apa tadi.
“I tengah siaplah ni. Tak jadi cuti.” Lembut suara Khusyairi diiringi senyuman. Senyuman yang bukan biasa-biasa.
Amishah tahan nafas. Entah kenapa cemburunya datang menerpa, mengisi seluruh ruang hati. Dia yakin Khusyairi sedang berbual dengan seorang perempuan. Kalau dengan lelaki, masakan suara perlu jadi selembut itu?
“Tak. Kawan yang I cakap semalam tu nak rehat dulu. Dia tak nak keluar pergi mana-mana. Penat kot. Biasalah dia tu. Dia memang selalu rehat panjang dulu, baru boleh jalan-jalan. “
Kawan? Dia katakan aku kawan? Amishah ketap bibir. Khusyairi memang kurang ajar!!!! Kalaulah ada kayu di tangannya sekarang, sudah lama kepala lelaki berbaju kemeja putih susu itu pecah.
“You kacau I. Kalau tak, I mesti dah siap sekarang.”
Amishah jelir lidah. Menyampah dengan kelembutan suara itu.
“Okey...okey...if you want me to be there, biarkan I bersiap dulu. Lagi lama you kacau I, lagi lambat I sampai sana.” Dan di hujung kata-katanya sendiri, Khusyairi ketawa.
“Ya..ya...Lepas kerja nanti kita pergi Warisan Square sekejap. I temankan you. Don’t worrylah, babe.”
Babe? Patutlah aku pun dipanggilnya begitu. Tapi cuma sekali. Sebelum kami kahwin.
“Ya...I sayang you. You sayang I ke tidak?.”
Amboi...I love you, you love me? Genggaman tangannya pada tombol pintu menjadi semakin kejap. Semakin lama semakin bergegar. Panas di hati usah dikira.
Tidak mahu kewujudannya disedari, pintu kayu itu dikatupkan semula perlahan-lahan walaupun jika diikutkan rasa hati, mahu saja dia menghempasnya. Biar sampai roboh. Biar sampai Khusyairi terkejut beruk.
Sebaik sahaja pintu biliknya terkunci, Amishah menghempas tubuh ke tilam. Dia tahu ada air mata yang sudah mula turun ke pipi. Sedih dan hampa membuatnya kecewa tapi apa yang lebih mengecewakan ialah mengapa harus dia mengalirkan air mata. Untuk apa?
Sedu-sedannya dilenyapkan di atas bantal. Semakin cuba ditahan, semakin banyak pula air mata yang merembes keluar.
“Shah, aku keluar dulu ya. Jangan lupa makan pula. Aku tinggalkan nombor telefon McDonald dan Pizza Hut kalau-kalau kau tak nak masak.” Suara Khusyairi di luar pintu menambah kuat tangisannya.
Kalau saja dia tahu Khusyairi sebenarnya sudah ada wanita lain di sini, sumpah dia takkan ikut cadangan orang tua mereka. Biar Kamariah terasa hati sekalipun dia sanggup daripada duduk melongo di rumah ini sementara Khusyairi pula berseronok dengan girlfriendnya di luar.
Tapi kenapa Khusyairi tak pernah bercerita apa-apa padanya sebelum ini? Bukankah biasanya semua rahsianya akan dicurahkan padaku? Siapa wanita yang dia puja. Bagaimana rupanya. Dengan siapa dia selalu keluar. Siapa yang baik dengannya. Bebelan ibunya. Rindunya.
Dalam kesedihan itu, dia teringat semula tawaran abangnya yang sanggup membelikannya tiket penerbangan serta-merta jika dia ada masalah di sini. Am!
Telefon di bawah bantal dicapai. Amishah menarik nafas dalam-dalam sambil berusaha keras menghentikan tangisan. Jangan sampai Am syak yang bukan-bukan pula kalau mendengar suaranya serak semacam.
“Assalamualaikum, cik adik.” Am menyapa riang di hujung talian. Amishah menarik nafas kelegaan.
“Err..abang.”
“Aku tunggu-tunggu juga bila kau nak call minta aku belikan tiket semalam. Tapi bila sampai ke pagi kau tak ada telefon, aku lega jugalah. So tak ada apa-apa problemlah kan?.”
“Ermm..” Dia mahu menjelaskan saja perkara sebenar tapi jika difikirkan semula, dia tidak mahu pula keluarganya nanti kerisauan. Tapi kalau tiada alasan, mustahil Am akan mengikut saja permintaannya.
Amishah ketap bibir. Saki-baki air mata yang melekap di pipi diseka dengan lengan baju.
“Ada masalah ke, shah?.”
“Abang, boleh tak abang belikan shah satu tiket penerbangan ke tempat abang? Yang terawal untuk hari ni. Boleh tak?.”
Kedengaran suara abangnya kebingungan. “Tapi kenapa? Ri tak jemput kau ke semalam? Kau dekat mana ni sekarang? Masih dekat airport ke? Kenapa tak inform abang awal-awal? .”
“Tak, shah bukan dekat airport. Panjang ceritanya tapi sekarang boleh tak belikan tiket paling awal? Dalam tiga jam ni kalau boleh?.”
Kalau dia lambat, Khusyairi pasti sudah balik. Lagipun kalau lambat, Khusyairi pasti masih boleh mengesan di mana dia berada. Dan dia tidak mahu itu. Tapi, akankah Khusyairi mencariku sampai begitu sekali? Ah, perasan lagi!
“Ceritakan nanti. Kalau tak, aku cakap dekat mak.” Sempat lagi dia mengugut.
“Ya, shah janji. Lagipun shah nak tumpang rumah abang sampai hari sabtu depan. Abang ada terlalu banyak masa nak soal-siasat shah.”
“Okey, abang beli sekarang. Hati-hati. Nanti abang inform maklumat lanjutnya.”

Wednesday, March 3, 2010

Mr & Mrs BFF 10

Terperasan? Malunya....
“Aku tinggal dekat sinilah sejak kita dah kahwin ni.” Ujarnya sebaik sahaja keretanya memasuki kawasan perumahan sederhana itu. Amishah di sisi diam membisu namun masih mampu mengukirkan senyuman.
Berpusing-pusing tiga kali melalui jalan yang kemas berturap namun agak berbukit, akhirnya Khusyairi membelokkan kereta ke lorong kiri. Kereta Toyota Viosnya berhenti di petak 2A 5-2.
“Okey, dah sampai dah. Jom.”
“Hurmm...”
Khusyairi dengan pakaiannya yang masih basah bergegas membukakan but kereta mengeluarkan beg pakaian Amishah. Amishah di belakang hanya memandang namun sebaik sahaja pintu but ditutup, dia tiba-tiba memeluk pinggang Khusyairi dengan lagak manjanya. Dia benar-benar rindukan lelaki ini.
“Baju aku basah ni, shah. Nanti kau demam pula.” Khusyairi cuba mengelak.
“It’s okay, darling. Biar kita sama-sama demam.”
“Darling?.” Khusyairi segera berpaling. Memandang pelik pada Amishah yang sekadar menayang reaksi selambanya. Bukankah dia sendiri tidak mahu dipanggil dear? Sebab aku bukan dearnya?
“Terkejut?.”
“Err...bukannya kau...”
“Aku tak suka kau panggil dear?.” Amishah sudah menahan senyuman. Dia tahu salahnya. Menempelak Khusyairi gara-gara memanggilnya dear.
Khusyairi angguk. Memandangkan Amishah tidak mahu berenggang, tangan wanita itu ditariknya menuju ke arah tangga sebelum mereka bersama-sama mendaki anak tangga ke tingkat dua.
“Kalau kau boleh panggil aku sayang, kenapa aku tak boleh panggil kau darling pula?.”
“Sayang?.”
“Hurmmm....” kunci di tangan Khusyairi dirampas. Dengan mudah, kunci pintu sudah terbuka. “Aku suka dengar kau panggil aku macam tu, darling. Rasa macam betul aje kau sayang sangat dekat aku.”
Macam? Khusyairi senyum sendiri. Kalaulah Amishah boleh melihat dia sememangnya sayang benar padanya, cinta padanya, bolehkah Amishah menerima itu?
Lampu utama dipasangnya. Mujur saja rumahnya tidak bersepah. Kalau tidak, dia memang akan mendengar leteran Amishah. Seperti dulu-dulu bila Amishah datang ke rumahnya melihat barang-barang bertaburan di lantai.
“Cantiknya rumah kau, darling. Ada masa ke nak kemas semua ni?.” Matanya meliar ke seluruh rumah. Ruang tamunya walaupun nampak ringkas tetapi sudah terlalu kemas untuk seorang lelaki yang tinggal bersendirian. Kalau hendak dibandingkan dengan rumah abang-abangnya, Khusyairi pasti akan menang.
“Kemas bila rasa nak kemas. Ini rezeki kaulah jumpa rumah aku tengah kemas.”
“Okeylah ni. Lagipun kau sibuk dekat office kan.”
Khusyairi angguk saja. Lazimnya dia mengemas rumah setiap hari ahad. Selepas menghantar pakaian kotor ke dobi.
“Oh ya, kau pergi mandi dululah. Aku buatkan air untuk kau.” Arahnya bila melihat Amishah sudah menahan kuap. Berjam di dalam kapal terbang, kemudian menunggunya, Amishah pasti letih.
“Hermm...kau yang patut mandi dulu, darling.” Bahunya disentuh lembut. “Nanti demam, susah pula. Aku nak bawa pergi klinik pun bukannya aku tahu sangat selok-belok kawasan ni.”
“Susah-susah, kita mandi sama-sama. Before that, biar aku masakkan air panas dulu. Lepas mandi kalau nak minum, tak payah tunggu lama.”
“Mandi sama-sama?.”
Bulat mata Amishah merenung Khusyairi. Apa nakal sangat ni?
“Yelah. Mandi.”
“Eesh, nakallah.” Marahnya. Bahu Khusyairi dipukul kasar. Tidak sangka pula Khusyairi boleh nakal begini. Kalau dulu, pernah juga dia mengusik hendakkan ‘benda’ tu tapi mukanya waktu itu memang pun tak serius.
Khusyairi kerut kening tidak mengerti. “Apa yang nakalnya? Mandi sama-sama pun nakal ke?.”
“Kau tak rasa mandi sama-sama tu nakal?.” Amishah pula mengerut kening. Di rumah begini, berdua-duaan, tiba-tiba hendak mandi sama? Oh, menakutkan betul rancangan tu!
“Mandi pun nakal. Tak faham aku.” Dengan selambanya, Khusyairi merebahkan kepala ke riba Amishah. “Kau mandi dekat bathroom kau, aku dekat bathroom aku. Apa yang nakalnya, shah?.”
“Hah?.” Amishah buntang mata. Malu. Terasa panas kulit mukanya dipandang Khusyairi begitu. Aku salah faham ke? Habis tu kata mandi sama-sama? “Err...”
Khusyairi angkat kepala. Memandang tepat kepada reaksi Amishah yang tiba-tiba berhenti menyentuh rambutnya. Beberapa saat kemudian, bibirnya mengukir senyuman nakal.
“Oh, oh...aku rasa aku tahu. Shah..shah...ini mesti kes kau suka berprasangka buruk dengan aku kan?.” Terasa mahu saja dia meledakkan ketawa namun risau dengan reaksi Amishah, akhirnya dia cuma menahan senyuman.
Shah...shah...fikirannya asyik ke situ, tak ada lain....tunaikan betul-betul nanti, hah, baru padan dengan muka...


“Yang, masak breakfastlah.”
Senyap. Khusyairi mengeluh lagi. Gara-gara malu dengan kisah semalam, sampai sekarang Amishah merajuk. Dari malam ke lewat pagi ini, sekali pun kelibatnya tidak kelihatan di luar bilik.
Tak sangka pula Amishah hendak ambil serius dengan perkara itu. Sedangkan dia sikit pun tak mengusik, apatah lagi mengungkit.
Hari ini dia sudah mengambil cuti. Rencananya mahu menghabiskan masa dengan Amishah di rumah. Atau membawa Amishah berjalan-jalan. Ke Suria Sabah. Atau ke One Borneo. Warisan Square. Ke mana saja yang Amishah mahu.
“Shah, keluarlah ya. Kalau tak nak masak breakfast pun tak apa. Aku boleh masak. Tapi keluarlah.” Khusyairi terus merayu.
Amishah masih tidak bereaksi. Dia malu yang amat. Entah apalah yang dikatakan Khusyairi dalam hatinya semalam ya bila aku tersalah sangka? Ahhh!!!!!!! Tapi yang aku boleh pergi salah faham tu pula kenapa?
Beberapa minit menanti, akhirnya Khusyairi mengalah. Dia ke dapur menjenguk peti sejuk. Ayam bekunya masih banyak berbaki. Sayur brokoli dan cendawan butang pun masih ada.
“Yang, kalau kau tak nak keluar, tak apalah. Mungkin kau tak nak tengok muka aku, jadi aku nak keluar sekejap. Ada hal dekat site. Petang sikit nanti bila kerja dah siap, aku balik. Kalau lapar, dekat dapur tu ada bahan-bahan nak masak. Atau boleh call pizza hut ke atau McDonald.”
Masih tiada balasan. Mungkin dia malu sangatlah tu. Khusyairi senyum sendiri. Biarlah kalau Amishah perlukan masa. Lagipun ada baiknya dia ke pejabat daripada duduk melangut di rumah macam pungguk rindukan bulan.
Kemeja putih lengan pendek segera disarung ke tubuh. Dipadankan dengan seluar jeans biru gelap. Hari ini hari sabtu. Tidak perlu berpakaian terlalu formal lagipun dia cuma akan duduk di dalam pejabat.
Sedang asyik menyikat rambut, telefon bimbitnya tiba-tiba bergegar di atas meja.

Popular Posts